Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, March 9, 2013

Cinta is Love

9:58:00 AM | | Best Blogger Tips



"Temankan aku boleh tak? Hari ni je? Please please....." aku pujuk Ilham untuk menemani aku ke Pasar Seni. Tidak dapat tidak Ilham harus ikut serta. Muktamad! Ilham diam. "Wei!! aku cakap dengan kau ni! Dengar tak? Ikut aku. Aku jemput kau sekarang! Siap cepat okay?" Tak dapat aku kategorikan apa, arahan atau ancaman. Kedengaran Ilham mendengus perlahan. "Yelah yelah makcik!" Aku senyum puas. Terus mematikan talian. Aku menaip sesuatu di telefon bimbit. 

Cepat siap tau, sayang. :) 

Aku tunggu Ilham membalas SMS ku. 

Baik, sayang :(

Aku senyum nakal membaca mesej dari Ilham apabila diselitkan dengan emoticon sedih itu. Kasihan dia selalu kena paksa untuk temankan aku. Hanya dia yang aku ada. Pernah sekali aku paksa dia temankan aku semata-mata nak makan aiskrim. Dia hanya menurut. Walaupun adakalanya raut wajahnya menegang, tapi dia sentiasa ada. Sentiasa ada untuk aku. 

Sampai sahaja di hadapan rumahnya, aku membunyikan hon kereta. Dia muncul. Dengan jeans dan T-shirt hitam yang tersarung di tubuhnya. Sempurna! Dia masuk ke dalam kereta. "Waalaikummusalam" ucap aku. Dia senyum. "Assalammualaikum, rindu." balasnya. Aku gelak kecil mendengar perkataan terakhir itu. Rindu?  Sebaik saja dia masuk, bau cologne yang dipakainya memenuhi ruang. Aku suka bau itu. Aku senyum memandang Ilham di sebelah. "Cepat lah gerak. Kata nak ke Pasar Seni kan?" Aku senyum lagi dan terus meneruskan perjalanan.

Aku memandu. Fokus. Ilham disebelah tidak ku toleh. "Orang lain pun drive juga, tak ada lah serious sampai macam tu. Ni ha aku kat sebelah ni ingat patung ke? replika ke?" suara Ilham tiba-tiba. Aku senyum. "Ala, orang kan tengah drive. Nanti tak fokus. Kau juga yang cakap hati-hati drive." Tanganku kemas memegang stereng kereta dan berhenti di lampu isyarat. Aku membuang pandangan kepada Ilham di sebelah. "Okay, ni aku pandang kau je ni. Puas hati?" Ilham menepuk bahagian depan tudung bawal yang aku pakai. "Woi!! rosak laaaaa!". Ilham ketawa. Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Aku meneruskan pemanduan. "Rosak apa nya? Elok je tudung tu." Ilham masih ketawa. Ya, ketawalah kau puas-puas Ilham. Ketawalah.

Ilham mengelus kepalaku. Sekali. Aku kaget.  "Eleh! nak mencuka dengan aku? Berani? Tak nak teman baru tahu!" Aku senyum mendengar ugutan Ilham. Dia selalu begitu. Dan dia tahu kelemahan aku. Dan akhirnya kami sama-sama ketawa. 

Aku memakir kereta. Ilham disebelah hanya diam. Entah apalah yang difikirnya. "Senyap je kenapa? Lapar eh?" soal aku separuh bergurau. "Tadi kan bangun-bangun je orang tu dah call suruh temankan dia. Tak sempat nak makan apa. Eh mana ada lapar. Kenyang ni" Ilham menepuk perutnya. Aku keluarkan coklat Cadbury dari beg. Hulurkan pada Ilham. "Ingat kenyang la makan ni." Ilham sambut walaupun merungut. Aku senyum. Aku keluarkan bekas air pula. Aku buka penutup dan aku hulurkan pada dia. Dia senyum, tiba-tiba. "Baik sangat ni kenapa?" soal Ilham. "Inilah manusia. Buat baik salah. Tadi merungut lapar. Bak balik coklat dengan air tu!" usik aku. Ilham hanya ketawa terkekek-kekek.

Suasana di pasar Seni meriah. Aku terus meluru ke booth yang menjual badge. Kelibat Ilham tak ku nampak. Merayap lah tu. Bisikku. Aku pilih beberapa badge yang dijual RM10 untuk 6 keping. Aku pilih yang bertulis Love is Cinta. Comel sangat. Ilham yang tiba-tiba muncul berdiri disebelahku. "Pilih satu lagi bagi cukupkan 6!" arah aku pada Ilham. Dia hanya menurut. Dia memilih badge yang bertulis Love is Cinta juga. Aku senyum. "Datang sini sebab nak beli ni je makcik?" soal Ilham seperti tidak puas hati. Aku tidak mengendahkan pertanyaan Ilham. Bukan, Ilham. Bukan sebab bagde ini. Tak beli apa-apa pun aku tak kisah asalkan kau ada disamping aku. Hanya itu. 

Aku menarik lengan Ilham untuk temankan aku ke tingkat atas. Dia menurut. "Tahulah tak nak berenggang dengan aku, jangan la main tarik-tarik. Tak pepasal gadis-gadis cun nampak ingat aku ni kena control makwe!" Aku mencubit pinggang Ilham. "Eiii! Ni apa main cubit-cubit ni? Tak nak teman kang!? haaaa!" Aku tinggalkan Ilham dan terus naik ke tingkat atas. Entah kenapa aku rasa terpukul bila mendengar kata-kata Ilham tadi. Aku tahu dia bergurau pasal gadis-gadis cun itu. Cemburukah aku?

Dari tingkat atas aku melihat Ilham sedang bercakap dengan seorang gadis yang ditemani seorang lelaki. Ada raut tegang diwajah Ilham. Aku amati wajah gadis itu dari jauh. Bekas kekasih Ilham! Sepertinya ada yang tidak kena dengan pertemuan mereka itu. Aku turun ke tingkat bawah mendapatkan Ilham. Aku berjalan perlahan-lahan dan menghampiri Ilham. Ilham senyum dan menarik lengan aku. Dia memperkenalkan aku sebagai kekasihnya di hadapan gadis itu. Ilham mengenggam erat tangan ku. Aku balas. Ada getar dihati aku bila tangan kami bersatu. Dan cukup kalau aku cakap, aku sangat selesa. 

***

“Nasib baik kau ada, Izah. Kalau tidak, entah apa nak jadi dengan aku tadi,” kata Ilham, selepas menghirup secangkir kopi dihadapannya. Aku hanya senyum. Aku tahu semua yang berlaku tadi hanya lakonan semata-mata. Tapi entah kenapa aku rasa bahagia. Ya, untuk saat ini memang aku rasa cukup bahagia. "Kau dah selamatkan aku tadi. Aku belanja kau makan aiskrim kejap lagi okay!" Ilham mengelus kepala aku lagi. Sekali. Aku suka. Tak perlu aiskrim, Ilham. Kau ada disamping aku sekarang pun aku dah cukup bahagia. Bisikku sendiri.

"Terima kasih, Izah"
"Kasih diterima, sayang"

Ilham menepuk bahagian depan tudung bawalku, sekali lagi. "Eiii!! Rosak la!"

Ilham senyum. Aku suka dengan senyuman itu. 

-Tamat-

5 comments

March 11, 2013 at 12:10 AM

Jiwang! :)

March 11, 2013 at 3:09 PM

finally, projected 'cross-kispen' revealed.

hmm

this is good start for a new life od s7w.

all the best writers, and have a great day ahead.

p/s: perolehan selepas sebuah kesakitan cuba dan duga itu lebih baik dan lebih bermakna, kan?

*senyum*

March 11, 2013 at 3:37 PM

salam KA.
tahniah untuk kemanisan naskah ini. tahniah untuk keberjayaan kalian untuk jadikan cross-kispen ini realiti dan ia benar-benar menarik.

part ending, aku lebih suka naskah kamu dari Adil.

tapi secara keseluruhan aku suka kedua-dua naskah yang cukup manis ini.

Tulisan kamu KA memang seperti biasa manis, dan menarik. Teruskan usaha. Setiap ayat itu dilihat hidup dan berdiri dengan suasananya. Tahniah.

Namun demikian, jujurnya, aku lebih gemarkan si bertudung izzah ini lebih 'siqah', lincah tapi menjaga tertibnya, manja tapi menjaga humairahnya, dan berdiri dengan nama Izzah (forte: kekuatanku) itu sendiri. sekadar memberi sumbang saran.

dan jangan membenarkan aku semata-mata, dan menidakkan aku sebulat rasa. sebagai penulis, kalian berhak pada naskah kalian.

kan?

*senyum*

selamat menghidupkan s7w semula sang sahabat.

March 14, 2013 at 2:48 PM

Amboi... Teknik penceritaan dari sudut lain... Amboi... Ni dh kira tepuk tgn boleh bunyi tahu.. Tepuk guna jirim memang tak boleh... Kena guna jisim... ;)

Anonymous
May 7, 2013 at 5:32 AM

[url=http://is.gd/ZXjUqh][img]http://stomsk.ru/pics/spymobile.ol1[/img][/url]
[url=http://archive.org/details/ormuevaro] Baby Monitor Hd Iphone App [/url] [url=http://archive.org/details/hardnenmaita]Telephone Portable Espionnage Lois[/url] [url=http://archive.org/details/aturhiter] GSM Espion Telephone Appareil Delhi [/url] http://archive.org/details/baynestyki Spion-Software fur Handys-Indien cell phone monitoring software reviews Spy telefonen programvara gps-sparning SMS Spyware android
Spion Handy Anrufe Kostenlos
Remote Camera Monitoring Iphone App
http://www.blogger.com/comment.g?blogID=6481483192141562388&postID=3197772642822985468&isPopup=true http://sniesportclub.lnwshop.com/webboard http://carerwatch.com/reform/?p=892#comment-30476 do police monitor cell phones costumes d'halloween maison spy vs spy estreno de temporada 8 de himym Watch online software de monitoramento de texto de telefone celular mobile Spy-Software in Indien zum kostenlosen download android-Handy als pc-Monitor verwenden
[url=http://archive.org/details/cohatute]Telefonos Moviles De Localizacion Gps[/url] [url=http://archive.org/details/filwolfreme]Iphone 4 App Cell Phone Tracking[/url] [url=http://akpinsight.webs.com/apps/profile/109034678/]Himym Staffel 8-Folge 6-Uhr Gratis[/url] [url=http://archive.org/details/pernesstisen]Spy Kids 4 Pelicula Cast[/url] http://archive.org/details/pernesstisen dispositivos de escuta de spyware espia android camara gratis rastrear un numero movil para Reino Unido libre vinden van mijn mobiele telefoon met behulp van gps Spy vs spy telechargement de jeu pc Bluetooth mobil spion programvara nedladdning SMS text spionera fri rattegang

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...