Ada sebiji rumah banglo di hujung
kampung. Rumah itu semestinya besar dan tentu sekali milik orang
kaya. Kalau nak dikirakan, halaman rumahnya saja sudah boleh bina
lima biji rumah kos rendah. Tentulah tuannya terlebih kaya untuk
tidak tukarkan laman kepada lima biji kos rendah. Berbalik kepada
rumah tadi, rumah besar itu ada sepuluh biji bilik. Besar bukan?
Setiap bilik lengkap dengan setiap
perkakas. Dari almari, katil, rak buku hingga ke set meja kopi,
semuanya adalah dari luar negara. Semuanya indah indah seperti yang
pernah kita tonton dalam rencana rencana gaya barat tentang susun
atur kediaman mewah keluarga diraja Britain. Dalam setiap bilik juga
tersedia bermacam bentuk harta. Ada dalam bentuk wang, emas, perak,
barang kemas dan pelbagai lagi jenis perhiasan mewah. Kaya bukan?
Kini aku berada dalam ruang tamu rumah
tersebut. Tersusun rapi. Mewah dan besar. Oh, sememangnya banglo mewah bukan? Kelengkapan rumah serba lengkap. Memang selesa hidup
nampaknya. Antara sepuluh bilik itu, aku cuma boleh pilih sebiji. Aku
boleh bawa balik apa apa yang ada dalamnya. Kalau pilih lebih
daripada satu, orang akan kata tamak pula. Harta dari satu bilik
sudah buat orang semacam aku ini berasa kaya. Cukuplah.
Sekarang ini cuma aku punya sedikit
masalah. Tiba tiba saja perut terasa lapar. Masa untuk aku berada
dalam rumah itu cukup singkat. Cuma cukup cukup untuk aku mengeledah
satu bilik sahaja. Keadaan lapar aku ini betul-betul perlukan sesuatu
untuk dimakan. Tak tertahan. Pilihan aku kini menjadi satu antara
sebelas.
Ini rumah orang kaya. Aku tak pernah
dengar tentang dapurnya. Mungkin saja dapurnya lengkap dengan segala
makanan. Mungkin juga dapurnya kosong. Maklumlah, orang kaya. Boleh
saja mereka keluar tiap kali waktu makan, makan di kubikal-kubikal
mewah para kapitalis makanan. Mereka mewah bukan?
Pilihan yang asalnya sepuluh, menjadi
sebelas dan kembali ke satu, dapur. Aku hilang rasa untuk terus ke
dapur. Patut saja aku pulang ke rumah, makan saja makanan yang telah
ibu sediakan, sebelum fajar menjelang.
Siapakah aku?
Hak cipta : CassiaSiamea
7 comments
kucing ?
cik ti?
pencuri rahsia kau ni Jacky.
Pemakan.
Amboi! 'hanya manusia biasa' yang makan dan duduknya biasa2 juga.
Ps: dalam 'rumah' ni masih ksong beberapa bilik. Nak try? Syaratnya cuma toleransi. ;)
er..er...
Kau adalah kau, yang kau rasa itu kau. Komplikasi bukan?