Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, August 2, 2013

Perang

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
Bagi aku kita semua sama. Serumpun. Warnanya juga sama. Asasnya hitam. Kita semua punya sesuatu yang berwarna hitam yang dinamakan ia dan ia itu berwarna hitam. Tiada yang warnanya lain. Aku sudah tetapkannya dalam fikiran.

Kali itu kami bertemu. Matanya sedikit merah. “Aku kurang tidur. Tak sihat. Makan ubat”, katanya. Aku merenung wajahnya. Mungkin lebih dalam. “Bukan hitam. Sedikit perang. Atau ia lebih terang”, aku gumam. Aku kurang percaya. Mungkin kesan kimia ubat atau perubahan hormon badan, mengubahnya daripada warna hitam. Atau juga mungkin ilusi mata yang kadang-kadang tak mampu bezakan yang mana ilusi dan yang mana realiti.

Di rumah, aku menatap wajah pada cermin. Sesusuk wajah yang aku kenal bentuknya tapi belum benar aku mengenalinya, muncul. Aku merenung pada wajah dalam cermin. Beberapa bayang muncul pada anak mata, berkali-kali akibat pantulan berulang antara cermin dan anak mata. Masa yang agak lama aku ambil untuk buat satu kepastian. “Benar! Aku juga punya sedikit perang. Bukan hitam total”, aku terkejut. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku tidak perasan pada sesuatu yang ada pada wajah yang sudah bertahun aku pandang.

Lain hari, kami bertemu lagi. Kali ini, matanya sudah tidak merah lagi. Sudah sihat sepenuhnya barangkali. Aku merenung lagi pada wajahnya. Dia sering tersenyum. “Benar. Ianya perang”, aku juga tersenyum.


Kali itu, aku seperti ingin memohon pada tuhan, jika ingin putihkan yang perang tersebut, putihkan kepunyaan aku terlebih dahulu kerana mungkin aku tak sanggup memandang pada wajah sendiri dalam tempoh masa yang lama pada cermin sebelum ianya juga bertukar menjadi putih seperti kepunyaannya.

Hak Cipta : CassiaSiamea

Tuesday, April 30, 2013

Alahai Minah - Part 1

10:44:00 AM | | Best Blogger Tips



"Lepas kerja ni kita pegi kedai makan tu nak tak?" Aku hanya menjungkit bahu. Tak tahu sama ada harus setuju atau tidak. Kebiasaannya aku harus pulang dulu ke rumah dan selepas itu barulah aku berkunjung ke kedai makan tersebut. Hidup merantau di tempat orang begitulah. Tiap-tiap hari makan tengahari dan makan malam di luar. Namun, ajakan Azman buat aku mengubah rutin yang sedia ada. 

Sampai saja di kedai makan, seorang gadis datang menghampiri kami untuk mengambil pesanan. Aku seperti selalunya akan makan nasi ayam dan Teh C Special. Selesai mengambil pesanan, gadis itu berlalu meninggalkan kami. Sejak sebulan lalu kedai makan ini selalu jadi tumpuan aku dan kawan-kawan. Dan tidak mustahil kalau pekerja dan pemilik kedai ini sudah aku cukup kenali wajah mereka. Ya, aku cukup kenal setiap antara mereka.

Petang ini, sedikit meriah. Mungkinkah kerana hari ini adalah hari pertama untuk bulan April? Atau mungkin hari ini semua orang berpakat ingin melepak di sini? 

Aku menikmati nasi ayam yang sudah berada di depanku. Kawan-kawan asyik bercakap pasal gadis-gadis yang mereka jumpa di kolej berhampiran. Aku kurang berminat. Dan aku tak ambil pusing dalam topik yang mereka bualkan. Selesai makan, aku bercadang untuk pulang ke rumah. Keletihan satu hari bekerja harus dibayar dengan istirehat di rumah. Belum sempat aku mengangkat punggung, aku terpandang seorang gadis bertudung bawal dan berbaju kurung cotton berbunga kecil berwarna putih dan hijau turun dari kereta. Gadis itu melangkah masuk ke kedai makan. Aku amati betul-betul. Tinggi orangnya, berkulit cerah, berhidung mancung. Dia hanya tunduk dan tidak mengendahkan orang di kiri-kanannya. Dan dia berhati-hati melabuhkan punggungnya di sebuah meja berhampiran kaunter bayaran. 

Aku perhati raut wajahnya. Tenang walaupung sedikit muram. Tapi, aku suka pesona itu. Datang seorang gadis lain ke arah meja gadis tersebut. Gadis yang aku cukup kenal. Dia adalah teman wanita kepada kawan ku. Adakah mereka saling mengenali? Adakah mereka berkawan rapat? Ah! aku terus bangkit untuk pulang ke rumah. Namun, sempat aku memandang dia yang sedang duduk tenang dimejanya. Seolah-olah dia berada didunianya sendiri. Tahukah kau gadis, kau punya pesona tersendiri.

"Lan, tadi aku nampak awek kau kat kedai makan tu. Dia bawa seseorang. Perempuan. Sapa eh?" belum sempat aku melabuhkan punggung di sofa, soalan itu terus ku lontar pada Lan yang sedang menonton TV. "Kakak awek kau ke? Sepupu?" sambungku lagi. "eh kau ni! Mana lah aku tahu. Kakak dia yang keja kat kedai tu je la. Mana ada kakak lain. nape?" ujar Lan. "Macam ni, ada sorang pompuan ni aku jumpa kat kedai. Tinggi, putih, hidung mancung, pakai tudung, pakai baju kurung. Sapa eh? Kau tanyalah awek kau." usulku pada Lan. "Berminat ke? nanti lah aku tanya dia." jawapan Lan buat aku sedikit lega. Mungkinkah aku akan tahu siapa gerangan gadis bermuka tenang yang punya pesona itu?

Malam itu aku masih tidak mendengar apa-apa perkembangan terkini dari Lan. Entah mengapa aku begitu tertarik ingin mengenali gadis itu. Aku sendiri kurang pasti. Yang pasti, gadis itu buat aku asyik teringatkan dia. 

"Bangunlah woi! Tak bujang betul tidur awal sangat ni." Aku yang baru melelapkan mata terkejut bila bahuku di goncang oleh Lan. Lan sengih. "Kau tahu tak? Si dia tu kawan kepada awek aku." kata-kata Lan buat aku bersemangat. "Sampaikanlah salam aku kat dia. Minta nombor telefon sekali. Boleh tak? Cakap kat awek kau." sekali lagi aku meminta pertolongan dari Lan. Lan sambung sengih. "Ni dah tahap cinta pandang pertama ke? Esok baru diorang jumpa lagi. Sabar la bro." 

Entah kenapa lah aku tak sabar nak menunggu hari esok. Sudikah dia menyambut salam perkenalan dari aku seorang perantau ini? 

***

"Dia cakap waalaikummusalam. Lepas tu dia cakap, segan lah." kata-kata yang keluar dari mulut Lan buat air yang ku teguk hampir tersembur. Segan? Dia gadis berwajah tenang punya pesona yang aku suka itu hanya cakap segan? Ya Tuhan, ternyata dia punya pesona tersendiri. Aku hanya senyum mendengar. "Sampaikan salam aku kat dia lagi." Lan hanya mengangguk dan senyum penuh makna. Dia tahu aku sudah punya kegilaan sekarang. Wahai gadis berwajah tenang yang punya pesona, lagi awak segan kat saya, lagi saya jatuh suka kat awak. Bisikku sendiri.

Keesokkan harinya, jawapan yang aku hanya dapat dari Lan melalui aweknya hanya 'segan', 'malu', 'isk, taknaklah'. Hanya itu. Dan berterusan begitu. 

Entah angin apa yang menyerang gadis berwajah tenang punya pesona itu tiba-tiba sudi memberikan nombor telefonnya kepadaku. Aku lah insan paling gembira di atas muka bumi ini ketika Lan menunjukkan nombor telefon milik dia. Tengok nombor telefon dia pun dah cukup buat aku bahagia. Malam itu, dengan keberanian dan rasa yang aku ada pada dia aku mula menghantar satu SMS kepada dia. 

"Assalammualaikum. Dok kat mana lagi ni???" Terus aku tekan butang hantar. Seminit, dua minit, tiga minit. Selepas sepuluh minit baru ada balasan dari dia.

"?"

Eh dia ni. Takkan jawab tu je. Dia ni memang tak ada perasaan ke nak jawab mesej aku. 

"Sorry. Saya tersilap hantar sms. mesej ni dah smpai mana?" Terus ku tekan butang hantar. Tunggu.

"sampai uganda dah."

Membaca SMS dari dia buat aku senyum sendiri. Pandai bergurau juga rupanya dia ni.

"Amboiii. di mana tu?"

"Apsal nak tahu? Penting sangat ke? Kalau dah salah nombor tu, salah la."

"Sorry. Saya saja nak tanya mana awak. Nama siapa ni?"

"Minah."

Aku gelak besar. Tak dapat aku menahan geli membaca SMS dia. Ya Allah, kenapa comel sangat dia ni bergurau?

"Ha'ah minah. Cukup lama saya tak dengar nama orang pompuan macam tu di zaman moden ni. Jangan marah tau.he he"

"Peduli apa saya.Ni awak betul-betul ke salah nombor? Kalau tipu, saya sumpah awak jadi peti ais"

Sumpah lah jadi peti ais, kerana apa yang pasti awak lah tuan punya peti ais tu nanti. Ah gadis ini memang punya pesona tersendiri.

"Ok, saya Ilham. "

"Tak tanya pun.Awak ni kawan kepada bf kawan sy kan? kan? kan? kan? Awak yang dok pandang2 saya kat kedai makan tu kan? kan? kan?"

Ya Tuhan, comel sungguh dia ni.

"Ok. kerana gadis berwajah tenang yang masuk kedai tak pandang org kiri kanan inilah buat saya pura-pura tersalah hantar mesej. Sorry, saya Ilham. Saya nak berkenalan dengan awak. Boleh?"

Gadis berwajah muram dan tenang tapi punya pesona itu senyap tanpa membalas SMS aku. Seminit. Lima minit. Sepuluh minit. 

-bersambung-

Thursday, April 4, 2013

Bersemi Cintaku Fateha

12:01:00 AM | | Best Blogger Tips
 gambar hiasan google

"Fahmi!!! Tolong perlahankan sikit radio tu...mak nak mengajar budak mengaji ni. "

Entah bila pula ibuku menjadi guru dan rumahku sudah menjadi tempat untuk budak budak kecil mahupun orang dewasa untuk mentelaah dan mengaji. Aku yang selama ini duduk di asrama hanya tahu bila aku pulang ke rumah pada hujung minggu.

Surah itu juga menjadi pembuka ...surah itu juga menjadikan pintu hati aku bagai di ketuk ketuk...Aku yang mendengar kelembutan suara nya dan sedapnya suara  orang yang mengaji tu...Puji hati aku selepas aku kecilkan volume radio ke minimum..Aku yang sebelum ini hanya release tension berkhayal dengan lagu Pearl Jam aku sahaja dalam bilik aku...

Sebagaimana orang yang akan mengambil peperiksaan memang berada dalam keadaan  pressure . Aku rasa sakit kepala kerana berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Dan juga aku selalu rasa tidak cukup tidur. Namun segala rasa runsing aku hilang dengan alunan suara merdu tersebut..Perasaan bengang tadi hilang . Betul juga cakap orang tua tua..Kalau kita baca surah al Fatihah ini tujuh kali tentu Insyallah segala penyakit dapat di tawarnya.

Mulanya aku tak mengendahkan sahaja semuanya...Apa sangatlah bacaan surah tersebut.Tetapi bila sudah lima hari terlantar di asrama aku tidak mendengar kelembutan suara tu aku jadi tidak tentu arah dan tidak keruan. Jadi kerap kali aku berjaga hingga ke di inihari pun aku hanya terjegil jegil menunggu pagi dan aku pasangkan radio . Dan aku terpana juga bila mendengar suara orang membacakan doa tersebut hampir sama macam yang aku dengar ..Yang lembut merdu dan mendamaikan hati itu....

Tak boleh jadi..aku lantas menelefon dan bertanya pada ibu aku siapa yang selalu mengaji surah al Fatihah semasa mak aku mengajar mengaji. Dengan selamba ibu aku menjawap .

"Esok kau balik kau jumpalah tuan punya suara tu..." lantas ibuku memberi salam dan meletakkan telefon.

Hatiku berdebar debar menunggu akan esok menjelma untuk pulang ke kampung seperti biasa selepas solat Jumaat tengaharinya...Lantaran hanya suaranya aku pernah dengar macam mana pulak dengan orangnya. Terus aku pun terlena hingga ke pagi...Dalam pada awal pagi itu aku terkejut juga kerana aku bermimpi pula bertemu orang yang aku ingin jumpa tersebut.

Dan pada pagi hari minggu setelah aku berada di rumah tanpa mungkir janji maka sampai dalam dua tiga murid ibuku..Semuanya budak kecil...mana pula juga orang yang bersuara lembut tu..Dia tak datang ke..Ahhhh... ibuku mahu aku berteka teki pula...

"Dia datang...tapi lambat sikit mungkin selepas dia menyediakan sarapan lah tu..."kata ibuku lantas mengakhiri pertanyaaan dan persoalan dalam kepala aku.

Aku pun tanpa di minta membawa sejug air ke tempat ibuku dan duduk membaca suratkhabar menanti dan menanti...

"Assalamualaikummmm..."suara itu memberi salam.

"Waalaikumsalam Fateha..." ibuku menjawap salam.

"Alhamdulillahhh...." lafazku bila aku berpeluang melihat orang yang bersuara sama seperti dalam mimpiku....Rehal kayu itu hati aku dan al quran itu engkau wahai Fateha.

Saturday, March 30, 2013

Origami Berbentuk Hati

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips



Malam itu, aku duduk berteleku di sudut katil. Cuma merenung meja studi yang dibilas cahaya malap lampu dinding. Mata masih tertancap ke arah sekeping origami berbentuk hati di atas meja. Origami berbentuk hati itu aku kira seperti hati aku juga, renyuk tetapi masih berbentuk.

Aku bingkas bangkit dan duduk menghadap meja studi. Origami berbentuk hati itu aku capai dan aku belek dari depan dan ke belakang. Aneh, aku sudah hafal bentuk dan ‘ukiran’ renyuk pada lipatan kertas itu. Sesekali, aku tersenyum apabila melihat sisi bawah origami berbentuk hati itu yang tertulis ‘Untuk Kamu’.

***

“Bagaimana kamu lakukan!”

Ada tersenyum melihat keterujaan aku. Entah bagaimana dia lakukan. Dengan sekeping kertas yang dipotong segi empat sama, Ada melipat dari sisi atas ke sisi bawah, dan dilipat lagi separuh bagian di sisi bawahnya dan.. entah? Tiba-tiba sahaja menjadi sesuatu berbentuk hati!

“Kalau Ada boleh buat, kamu juga mesti boleh buat,” balas Ada. Aku masih memerhati origami berbentuk hati yang terhasil. Kemas lipatannya.

“Boleh kamu ajarkan?” soal aku, terus. Ada senyum dan memotong satu lagi kertas berbentuk segi empat sama.

“Nah, kamu ambil ini dan ikut Ada ya?” jawab Ada. Aku menyambut potongan kertas segi empat sama dan hanya memerhati. Ada melipat kertas tersebut kepada separuh, jadi aku ikutkan. Kemudiannya dia melipat sisi bawah, dan aku masih ikutkan.

“Bukan begitu. Yang lipatan bawah harus dilipat ke hadapan, bukan belakang. Nanti susah nak selitkan,” ujar Ada. Aku diam. Apa yang nak diselit lagi? Sama sahaja hadapan atau belakang, masih terlipat. Aku biarkan, mahu ikutkan lipatan aku sendiri.

“Kamu, tak boleh begitu. Kamu harus tertib dan mengikut yang sepatutnya. Nah, begitu juga soal hati, kamu harus tertib. Kamu tidak boleh melawan arus dan cuba meninggalkan apa yang sepatutnya. Jika kamu buat mengikut mahu kamu, hati kamu juga akan melawan dan akan tersangkutkan.”

Aku mengangguk tanda faham. Masih menjadi soal, ini cuma origami berbentuk hati, bukannya hati aku yang sebenar. “Kamu kepilkan bagian hujung ini, begini,” kata Ada lagi, sambil menunjukkan cara. Aku mengikut patuh dan…

“Siap!” Ada menunjukkan origami berbentuk hati yang dihasilkan. Ianya kemas. Ianya berbentuk hati. Ianya sempurna. Aku punya? Entah jadi apa. Aku menunjukkan origami yang aku bentukkan pada Ada. Ada memandang dan tergelak. “Hahaha, ini bukan origami berbentuk hati lah, ini origami berbentuk kepala alien!”

Aku membuang pandang. “Mungkin saja hati aku tidak sesempurna hati kamu, Ada.”
Ada mengambil pena mata biru dan menulis sesuatu di sisi bawah origami berbentuk hati tersebut sambil berkata, “Tidaklah. Ada perempuan, dan kamu lelaki. Seorang lelaki, jarinya lebih kemas dan teliti. Ada yakin jika kamu melapangkan hati kamu, kamu akan hasilkan satu origami berbentuk hati yang paling indah. Tiba masa itu nanti, Ada mahu kamu hadiahkan origami berbentuk hati yang paling indah, yang paling sempurna, untuk Ada.”

'Untuk Kamu', tertulis kemas di sisi bawahnya.

***

Aku mengambil gunting, dan memotong kertas menjadi segi empat sama. Selesai, gunting aku letakkan di sisi meja studi. Ada pernah kata, jika mahu lakukan sesuatu, pastikan kemas. Barang dan alatan haruslah letaknya di sisi apabila selesai guna, supaya tidak menganggu kerja.

Aku mengikut semua yang pernah diajarkan Ada. Aku melipat kertas segi empat menjadi separuh bagian. Sisi bawahnya aku lipatkan juga, ke hadapan. Usai lipatan, aku lipat dan membiarkan di bucu bawahnya menjadi segi tiga. Dan di akhirnya, aku kepilkan bahagian atas dan siap.

Ya, ini adalah origami berbentuk hati yang paling sempurna pernah aku hasilkan. Cumanya, mungkin aku sedikit terlewat. Sudah aku katakan dulu, takdir tidak pernah tersenyum pada aku. Tiada siapa yang lebih sempurna untuk aku hadiahkan origami berbentuk hati ini, selepasnya Ada.

Origami berbentuk hati itu aku selitkan pada buku, dan biarkan dingin malam terus membeku.



.END.

Thursday, March 28, 2013

Perempuan Jawa

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Batu batu atas bahu Miah naik atas kepala. Batu batu itu makin bertambah bila dia pandang Budi. Tapi Miah senyum manis sekali pada Budi. Miah buka ikatan kain sarung tempat Budi tidur di bahu. Budi Miah dudukkan atas tanah hitam. Sambil dikutip kutip besi dan plastik masuk dalam karung kosong, Miah lihat Budi tepuk tepuk tanah dan baling-baling tanah bersekali batu pada Miah. Habis kuku Budi terlekat lekat pasir hitam, jadi kotor. Budi sengih sengih nampak gigi susu belum gugur. Pulang ke kolong nanti aku asah pisau lipat Atan yang tertinggal tempoh hari, potong kuku Budi biar bersih. 

Setiap helaan nafas Miah berdarah. Tapi tak terlihat dek mata yang pandangannya hanya pada uang. Bila badan manusia bisa dilihat orang untuk jadi tukaran ganti uang, terhapus semua sifat yang pernah buat dia jadi manusia dahulu. Orang itu sudah tidak lagi manusia. Orang itu cuma iblis iblis perosak. Budi adalah hasil jualan badan manusia. Dan dulunya Miah adalah barang jualan tanpa rela. 

Setiap bangunnya Miah di pagi subuh, Miah pandang Budi dulu. Budi kulitnya gelap. Bulu matanya lebat melentik. Hidungnya leper. Perutnya buncit. Baju Budi pakai Miah yang punya. Seluar Budi pun Miah yang punya. Dikoyak sedikit bawah seluar itu, diikat getah sedikit di perutnya, Budi bisa muat. Miah ajar Budi berdikari. Kalau mahu berak harus cubit lengan Miah kuat kuat. Budi bisu. Kalau kira kira, umur Budi sama dengan umur anak Atan si pembeli karung harian Miah. Miah senyum senget. Budi kita sama nasib. Kau bukan anak tapi kau teman. 

Budi senyum pada Miah lagi. Tanah hitam ditepuk tepuk Budi lagi. Budi suka main atas tanah. Bila Miah dudukkan Budi, Budi takkan bangun. Budi tak boleh bangun, kakinya belum mampu. Mungkin lambat sikit. Biarlah. Kadang bila pikir, buatan siapa Budi ini Miah tidak tahu. Juga tidak mahu tahu. Budi adalah Budi. Lahirnya atas tanah, dari kelangkangan Miah yang perit jerih meneran hanya Yang Kuasa saja tahu. “Budi, Budi, senyum kamu meleret leret saja bila aku acah acah kamu. Apa kamu paham atau tidak dunia sedang mencacimu,mencaci aku? Tak apalah anak, senyumlah kamu. Dunia tidak tahu apa Tuhan atur untuk kita dua orang, ya bukan?”

Miah kutip kutip juga pucuk pucuk di hutan. Sebelum subuh pun Miah sudah keluar. Rutin hariannya juga, Miah bawa bekas isi air lalu diletakknya air embun atas daun daun dalam bekas air itu. Budi suka sekali air itu. Kuasa Tuhan, Miah tidak punya susu yang banyak. Embun yang ganti. Miah dan Budi hanya makan pucuk pucuk rebus sama ubi kayu. Bila Miah lalu dekat dengan p ekan, Miah nampak papan tinggi melangit. Cantik cantik sekali orang dalam itu. Moga moga saja hidup mereka bahagia seperti senyum mereka beri dalam itu. Miah juga kadang terlihat perempuan berjalan ke sekolah kelek buku dan bagasi. Hati Miah juga kadang meronta ronta. Orang sama baya ke sekolah kelek buku, Miah dukung Budi.

“Budi, ya Budi. Budi mahu jadi apa besar nanti? Aku kasi kau tahu ya? Di luar sana nanti, kau ajari orang ya. Ajar mereka jadi pandai, pandai seperti Rasul kamu. Kamu tahu ya Budi, aku ada dengar di madrasah sana, ada pak Kiai bilang begitu. Budi, Rasul kamu itu baik sekali orangnya. Nanti aku bawa kamu ke tepi jambatan sana ya? Kita dengar sama sama.” Miah omongan sama Budi sambil tunduk kutip botol dan masuk dalam karung. Budi hanya senyum. Hanya senyum dan tepuk tepuk tanah.

“Budi, ya Budi. Kamu tahu ngak, jadi ibu guru itu pasti seronok, bukan? Dulunya, aku juga bercita cita mahu jadi ibu guru. Pegang buku di tangan kiri, sambil kapurnya di tangan kanan.Kemudian aku tulis. Atas papan hitam itu. Andai ada yang mahu menanya, ah angkat saja tangannya. Usah ribut-ribut. Ha, kamu yang hujung sana. Ada apa kamu mahu tanya pelajaran ini hari? Nanti hantar ya kerjaan ibu beri. Main di padang pun jangan lupa kerjaan ya anak anak. Oh gembira sekali ya Budi?” Miah beraksi seperti seorang guru. Batang kayu pendek di jari jadi kapur. Langit jadi papan hitam. Budi dan lalang lalang pula jadi pelajar pelajarnya. Cuma itu hiburan Miah dan Budi. 

Penuh sekarung, Miah lilit kain di kepala. Kemudian kain sarung satu lagi Miah ikat pada badan, jadi rumah Budi. Bila Budi sudah selesa, kain atas kepala Miah jadi alas untuk karung penuh tadi. Miah angkat karung dan junjung atas kepala. Miah betulkan letaknya agar tidak jatuh dan terus ke rumah Atan. 

Itu rutin harian Miah dan Budi. Di pekan letaknya rumah Atan, Miah dapat uang dan simpan dalam bekas kopi. Jauh juga Miah berjalan. Orang orang pekan selalu saja usik Miah. Tapi Miah diam. Sudah jadi biasa. Sebab Miah yakin kata kata pak Kiai benar. Dia tahu dia ada Tuhan. Ada Rasul. Ada Budi.

Sesekali dalam perjalanan pulang ke kolong, ada suatu madrasah ini akan ada seorang pak Kiai yang suaranya kuat sampai ke luar. Hari itu, pak Kiai ada. Miah senyap senyap dengar dari luar. Miah duduk atas tanah tepi pokok dekat madrasah dan dudukkan Budi atas tanah. Budi pun senyum. Miah juga ikut senyum. 

Pak Kiai itu mula berkata, “Kita manusia ini hanya menyinggah di muka bumi. Kalau kalian semua hidup susah, hidup ngak ada uangnya, sabarlah, sabarlah, sabarlah. Malam akan berganti siang. Hari akan berganti bulan dan bulan akan berganti tahun. Selama mana aja susahnya kamu itu sih. Yang tetap sifatnya Cuma Dia yang Maha Bijaksana, tetap pada segala keadaan dan sifatnya. Tuhan mungkin akan cipta yang baru setelah semua itu. Kalian harus tahu yang setiap yang sulit itu ada kemudahan di setiapnya.” 

Sampai habis pak Kiai mengajar, Miah masih di tanah. Dengar dengan tekun sekali. Bila pak Kiai mulai mahu keluar dari madrasah, Miah cepat cepat beredar. Malu dilihat pak Kiai. Tangan Miah pantas saja betulkan semula kain sarung rumahnya si Budi pada bahunya. Sambil berjalan, pikiran Miah terbang ke langit. Kata kata pak Kiai sungguh terkesan pada hati. Beberapa langkah sampai ke kolong, Miah pandang Budi. Sudah lelap. Miah senyum pada temannya itu. Miah tahu satu persatu batu batu dari kepalanya turun ke bahu dan jatuh ke tanah bergelimpangan. Budi, biar aku dukung kau sampai bila nanti kau besar kau dukung aku dalam doa kau hari-hari hidupnya kau atas tanah ini.


 
Hak Cipta: Azza Li
Email: izhanim22@gmail.com
Twitter: twitter.com/IzzatulFarhanim

Thursday, March 21, 2013

Kahwin

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

"Youuuuuuuuu......"
"Hmmmm."
"You nak bangun ke tak ni?"

Seperti selalu, si perempuan mengejutkan si lelaki dari tidur subuh itu. Dan seperti selalu juga si lelaki agak liat untuk membuka mata. Kepenatan, barangkali. Tanpa merungut, si perempuan gigih membangunkan si lelaki dari lena. Setelah beberapa ketika mencuba, si lelaki akhirnya bangkit jua. Dikucup pipi si perempuan sebelum bergegas ke bilik air untuk mandi dan seterusnya mengimamkan si perempuan yang sudah bersedia di tikar sembahyang. Sesudah Subuh itu, si lelaki kembali ke pembaringan. Tanpa dipinta, si perempuan menurut di sebelah.

"Youuuuuuuu...."
"Ye sayang, apa dianya ni?"
"Sampai bila kita nak macam ni?"
"Apa maksud you ni sayang?"
"Ah, you ni. You fahamkan apa maksud I sebenarnya!"

Si perempuan sudah mula memasamkan muka. Dia berpaling lalu mencebik. Sebal dengan kepura-puraan si lelaki. Si lelaki yang akhirnya memahami kehendak sebenar si perempuan segera memujuk.

"Sayanggggg....."
"........"

"Okay okay okay...I faham dah. I tahuuuu. Baik. I janji lepas ni I jumpa parents you."
"......."

"Kita kahwin okay, sayang? You. Me. Us. We're going to be together. Forever. Okay, sayang?"
"......"

"You! Dengar tak apa I cakap ni?!"
Si perempuan kembali berpaling lalu diukir senyuman yang paling manis. Dia mengangguk setuju dengan senyuman menggoda.

Dan keluarga syaitan kembali bertempik riang. 

Hak Cipta: The PinPin

Tuesday, March 19, 2013

Untuk Dia

5:06:00 PM | | Best Blogger Tips



5.53 petang seminggu lepas
“Maaf” berpaling, dan berlalu sama dengan mata yang pecah empangnya. Sekejap sahaja kelibat kebaya hitam berbunga merah itu hilang di celah keramaian. Sedang Amir, berdiri masih berkira-kira reaksi yang selayaknya.

“Aiseh..”dan hujan turun. Cliché sungguh.

***

8.03 malam hari ini
Ash dah keluar dengan budak facebook dia. Jed pun dah keluar, dengan budak pejabat. Amir sahaja yang berperang dengan Tv waktu itu. Habis satu channel ke satu channel, semua tak kena dengan hati. Mahu lusuh punat-punat remote tu nanti kalau terus-terusan begini.

“Maaf”

Dan Amir terhenti. Hati masih belum reda dari momen itu. Yakin dia yang perjumpaan itu seharusnya meredakan emosi dan jiwanya, sebaliknya lebih merusuh dan menggila. Jernih berkaca yang berjujuran keluar dari mata bundar manis itu yang sebenarnya membuat hati berbolak-balik.

Cuti Adila yang seminggu sudah mahu habis. Esok harus dia mulakan kerja. Hati masih tetap sama. Bagaimana nanti mahu ketemunya keesokan hari yang buatkan Amir kerisauan. Bab hati bukan suntuk masanya. Ibarat kaca yang berkecai, disambung baik pun sudah tidak serupa dulu.

Lumia 920 kesayangan di capai. Sms sajalah.

***

5.38 petang seminggu lepas
“Amboi, manisnya” dan balasnya hanya merah kemerahan pipi gebu itu. Blusher original tu!
“Pandai je lah”
“Serius, memang comel apa?” dan kali ini jujur, pada Amir.

Adila manis orangnya, berpipi gebu, berkulit cerah kemerah-merahan, bertudung bawal ber-brooch dua di bahu. Sering berkebaya manis, dan sesekali berkurung dan berjubah yang tak pernah salah dengan rendah tubuhnya. Serba-serbi Nampak manis dan menyempurnakan. Terutama, senyum yang itu. Ya, yang manis itu!

“Apa tengok-tengok nih? Tengok macam nak makan” dan terseyum yang itu. Ah, gila! Kan manis tuh.
“Bukan nak makan. Kagum saja” bermulut manis, dah tersenyum. Sebetulnya, memang Amir kagum dengan kecantikan si rusuk kiri entah siapa lagi ini. Kalaulah dia sususk kiri Amir lah nanti, pasti saja Amir gembira tidak sudah, fikirnya.

“Bukan nak makan? Kata tadi nak makan”
“Ye, ye. Nak makan. Makcik ni lah. Picit hidup tu kang” dan menggaya-gayakan pergelangan tangannya ke muka Adila.
“Buek, tak boleh” dan berlari-lari anak, kemanjaan. Aiseh, memang manis.

Ceh, bukan lari mana pun. Adila berhenti di tepi jalan, menunggu lampu isyarat melintas bertukar hijau, dan menunggu Amir untuk beriringan sama. Amir melangkah, dah kemudian sampai, betul-betul berdiri di sebelah kelibat Adila.

Lampu masih merah, tapi kereta dah tak ada. Jangan tunggu lampu la macam ni, lintas saja!
Bergegas. Amir mula mahu melintas dan tanpa sedar jemarinya menggenggam jemari Adila dan cuba melintas. Pantas!

Gagal!

Adila masih berdiri. Kali ini mukanya kemerahan yang amat. Tangannya yang dirampas semula dari genggaman Amir itu didekatkan ke dada.
Ah, sialan refleksi ini! Kenapa tak tunggu saja lampu hijau, dan tak lah terjadi hal ini.
Amir terdiam.

“Kita ke sana ya. Nak makan kopok lekor lah” dan terus bergerak Adila ke sisi kirinya. Mengarah ke gerai jalanan yang memang sedia ada dari tadi. Mahu redakan kekejutan itu tadi barangkali.
Amir yang masih terkaku tadi sudah mula boleh berfikir, dan perlahan bergerak ke Adila. Menurut langkah-langkah kecil tapi laju Adila itu.

“Dua ringgit ya” dan Amir lihat duit bertukar tangan. Keropok lekor berplastik kecil itu di sua pada Amir, sambil satu darinya Adila dah suap sendiri. Comot, tapi comel. Kan?

“Terima kasih” dan waktu itu merah padam Adila dah mula surut. Aduh, harapnya semua ini tidak memburukkan cobaan untuk memujuk hati Adila yang sedia dia suka sejak dahulu. Rugi weh, dah berbulan mengayat dan memujuk, baru ini dapat keluar sama, kalau dirugikan dengan perangai-perangai busuk, memang rugi dunia ini!

Adila mencari duduk di divider jalan yang berhampiran. Makan sambil duduk la kan. Sedang Amir, masih seperti pelakon tambahan yang first time dapat berlakon filem, kaku dan ikut saja, Cuma masih memilih untuk berdiri. Depan Adila.

“Nak sos sikit” jari jemari amir singgah lagi ke plastic kecil itu untuk sos yang sedikit, dan entah macam mana situasinya, plastik itu tergelincir dari genggaman dan jatuh pada tudung merah jambu Adila.

Shit!

“Maaf Adila” dan spontan Adila berdiri, sebelum Amir sendiri entah bagaimana menyelup sapu tangan di kocek dan pantas mencuba untuk menghilangkan sos itu dari tudung Adila.

“Pang!” Ouch.

Ianya terlalu pantas. Dah kali ini Amir yang kemerah-merahan, tapi hanya pada pipi kirinya. Pedih. Lagi pedih.

Dan.

“Maaf” berpaling, dan berlalu sama dengan mata yang pecah empangnya. Sekejap sahaja kelibat kebaya hitam berbunga merah itu hilang di celah keramaian. Sedang Amir, berdiri masih berkira-kira reaksi yang selayaknya.

“Aiseh..”dan hujan turun. Cliché sungguh.

***
8.13 malam hari ini
“Maaf Adila. Salahkan saya untuk tindakan luar kawal itu. Percayalah yang semuanya bukan atas tindakan kawal saya. Barangkali saya bukan sebaik mana untuk berkawan, tapi percayalah saya bukan seburuk mana untuk tidak mampu berubah. Percayalah, saya akan cuba yang sebaik mungkin untuk jadi yang lebih baik, dan untuk awak, tiada apa yang mustahil. Tolong, untuk beri saya peluang. Boleh Adila? Maafkan saya, ya Adila”
5 minit
10 minit
20 minit
Dan message masuk.
Dari Adila
“Maaf.
Hp saya jenis lama, first page je sampai. Boleh hantar semula”
Aiseh
Dan 2 minit selepas resent yang tadi.

“Bukan untuk saya. Saya boleh mati. Tapi Dia tak mati!”
“Sudahlah. Esok nak kerja. Jumpa Esok! Dan ganti balik keropok lekor saya!!!!!!!”

Wednesday, March 13, 2013

Siapakah aku?

9:43:00 AM | | Best Blogger Tips



Ada sebiji rumah banglo di hujung kampung. Rumah itu semestinya besar dan tentu sekali milik orang kaya. Kalau nak dikirakan, halaman rumahnya saja sudah boleh bina lima biji rumah kos rendah. Tentulah tuannya terlebih kaya untuk tidak tukarkan laman kepada lima biji kos rendah. Berbalik kepada rumah tadi, rumah besar itu ada sepuluh biji bilik. Besar bukan?

Setiap bilik lengkap dengan setiap perkakas. Dari almari, katil, rak buku hingga ke set meja kopi, semuanya adalah dari luar negara. Semuanya indah indah seperti yang pernah kita tonton dalam rencana rencana gaya barat tentang susun atur kediaman mewah keluarga diraja Britain. Dalam setiap bilik juga tersedia bermacam bentuk harta. Ada dalam bentuk wang, emas, perak, barang kemas dan pelbagai lagi jenis perhiasan mewah. Kaya bukan?

Kini aku berada dalam ruang tamu rumah tersebut. Tersusun rapi. Mewah dan besar. Oh, sememangnya banglo mewah bukan? Kelengkapan rumah serba lengkap. Memang selesa hidup nampaknya. Antara sepuluh bilik itu, aku cuma boleh pilih sebiji. Aku boleh bawa balik apa apa yang ada dalamnya. Kalau pilih lebih daripada satu, orang akan kata tamak pula. Harta dari satu bilik sudah buat orang semacam aku ini berasa kaya. Cukuplah.

Sekarang ini cuma aku punya sedikit masalah. Tiba tiba saja perut terasa lapar. Masa untuk aku berada dalam rumah itu cukup singkat. Cuma cukup cukup untuk aku mengeledah satu bilik sahaja. Keadaan lapar aku ini betul-betul perlukan sesuatu untuk dimakan. Tak tertahan. Pilihan aku kini menjadi satu antara sebelas.

Ini rumah orang kaya. Aku tak pernah dengar tentang dapurnya. Mungkin saja dapurnya lengkap dengan segala makanan. Mungkin juga dapurnya kosong. Maklumlah, orang kaya. Boleh saja mereka keluar tiap kali waktu makan, makan di kubikal-kubikal mewah para kapitalis makanan. Mereka mewah bukan?

Pilihan yang asalnya sepuluh, menjadi sebelas dan kembali ke satu, dapur. Aku hilang rasa untuk terus ke dapur. Patut saja aku pulang ke rumah, makan saja makanan yang telah ibu sediakan, sebelum fajar menjelang.

Siapakah aku?


Hak cipta : CassiaSiamea

Saturday, March 9, 2013

Cinta is Love

9:58:00 AM | | Best Blogger Tips



"Temankan aku boleh tak? Hari ni je? Please please....." aku pujuk Ilham untuk menemani aku ke Pasar Seni. Tidak dapat tidak Ilham harus ikut serta. Muktamad! Ilham diam. "Wei!! aku cakap dengan kau ni! Dengar tak? Ikut aku. Aku jemput kau sekarang! Siap cepat okay?" Tak dapat aku kategorikan apa, arahan atau ancaman. Kedengaran Ilham mendengus perlahan. "Yelah yelah makcik!" Aku senyum puas. Terus mematikan talian. Aku menaip sesuatu di telefon bimbit. 

Cepat siap tau, sayang. :) 

Aku tunggu Ilham membalas SMS ku. 

Baik, sayang :(

Aku senyum nakal membaca mesej dari Ilham apabila diselitkan dengan emoticon sedih itu. Kasihan dia selalu kena paksa untuk temankan aku. Hanya dia yang aku ada. Pernah sekali aku paksa dia temankan aku semata-mata nak makan aiskrim. Dia hanya menurut. Walaupun adakalanya raut wajahnya menegang, tapi dia sentiasa ada. Sentiasa ada untuk aku. 

Sampai sahaja di hadapan rumahnya, aku membunyikan hon kereta. Dia muncul. Dengan jeans dan T-shirt hitam yang tersarung di tubuhnya. Sempurna! Dia masuk ke dalam kereta. "Waalaikummusalam" ucap aku. Dia senyum. "Assalammualaikum, rindu." balasnya. Aku gelak kecil mendengar perkataan terakhir itu. Rindu?  Sebaik saja dia masuk, bau cologne yang dipakainya memenuhi ruang. Aku suka bau itu. Aku senyum memandang Ilham di sebelah. "Cepat lah gerak. Kata nak ke Pasar Seni kan?" Aku senyum lagi dan terus meneruskan perjalanan.

Aku memandu. Fokus. Ilham disebelah tidak ku toleh. "Orang lain pun drive juga, tak ada lah serious sampai macam tu. Ni ha aku kat sebelah ni ingat patung ke? replika ke?" suara Ilham tiba-tiba. Aku senyum. "Ala, orang kan tengah drive. Nanti tak fokus. Kau juga yang cakap hati-hati drive." Tanganku kemas memegang stereng kereta dan berhenti di lampu isyarat. Aku membuang pandangan kepada Ilham di sebelah. "Okay, ni aku pandang kau je ni. Puas hati?" Ilham menepuk bahagian depan tudung bawal yang aku pakai. "Woi!! rosak laaaaa!". Ilham ketawa. Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Aku meneruskan pemanduan. "Rosak apa nya? Elok je tudung tu." Ilham masih ketawa. Ya, ketawalah kau puas-puas Ilham. Ketawalah.

Ilham mengelus kepalaku. Sekali. Aku kaget.  "Eleh! nak mencuka dengan aku? Berani? Tak nak teman baru tahu!" Aku senyum mendengar ugutan Ilham. Dia selalu begitu. Dan dia tahu kelemahan aku. Dan akhirnya kami sama-sama ketawa. 

Aku memakir kereta. Ilham disebelah hanya diam. Entah apalah yang difikirnya. "Senyap je kenapa? Lapar eh?" soal aku separuh bergurau. "Tadi kan bangun-bangun je orang tu dah call suruh temankan dia. Tak sempat nak makan apa. Eh mana ada lapar. Kenyang ni" Ilham menepuk perutnya. Aku keluarkan coklat Cadbury dari beg. Hulurkan pada Ilham. "Ingat kenyang la makan ni." Ilham sambut walaupun merungut. Aku senyum. Aku keluarkan bekas air pula. Aku buka penutup dan aku hulurkan pada dia. Dia senyum, tiba-tiba. "Baik sangat ni kenapa?" soal Ilham. "Inilah manusia. Buat baik salah. Tadi merungut lapar. Bak balik coklat dengan air tu!" usik aku. Ilham hanya ketawa terkekek-kekek.

Suasana di pasar Seni meriah. Aku terus meluru ke booth yang menjual badge. Kelibat Ilham tak ku nampak. Merayap lah tu. Bisikku. Aku pilih beberapa badge yang dijual RM10 untuk 6 keping. Aku pilih yang bertulis Love is Cinta. Comel sangat. Ilham yang tiba-tiba muncul berdiri disebelahku. "Pilih satu lagi bagi cukupkan 6!" arah aku pada Ilham. Dia hanya menurut. Dia memilih badge yang bertulis Love is Cinta juga. Aku senyum. "Datang sini sebab nak beli ni je makcik?" soal Ilham seperti tidak puas hati. Aku tidak mengendahkan pertanyaan Ilham. Bukan, Ilham. Bukan sebab bagde ini. Tak beli apa-apa pun aku tak kisah asalkan kau ada disamping aku. Hanya itu. 

Aku menarik lengan Ilham untuk temankan aku ke tingkat atas. Dia menurut. "Tahulah tak nak berenggang dengan aku, jangan la main tarik-tarik. Tak pepasal gadis-gadis cun nampak ingat aku ni kena control makwe!" Aku mencubit pinggang Ilham. "Eiii! Ni apa main cubit-cubit ni? Tak nak teman kang!? haaaa!" Aku tinggalkan Ilham dan terus naik ke tingkat atas. Entah kenapa aku rasa terpukul bila mendengar kata-kata Ilham tadi. Aku tahu dia bergurau pasal gadis-gadis cun itu. Cemburukah aku?

Dari tingkat atas aku melihat Ilham sedang bercakap dengan seorang gadis yang ditemani seorang lelaki. Ada raut tegang diwajah Ilham. Aku amati wajah gadis itu dari jauh. Bekas kekasih Ilham! Sepertinya ada yang tidak kena dengan pertemuan mereka itu. Aku turun ke tingkat bawah mendapatkan Ilham. Aku berjalan perlahan-lahan dan menghampiri Ilham. Ilham senyum dan menarik lengan aku. Dia memperkenalkan aku sebagai kekasihnya di hadapan gadis itu. Ilham mengenggam erat tangan ku. Aku balas. Ada getar dihati aku bila tangan kami bersatu. Dan cukup kalau aku cakap, aku sangat selesa. 

***

“Nasib baik kau ada, Izah. Kalau tidak, entah apa nak jadi dengan aku tadi,” kata Ilham, selepas menghirup secangkir kopi dihadapannya. Aku hanya senyum. Aku tahu semua yang berlaku tadi hanya lakonan semata-mata. Tapi entah kenapa aku rasa bahagia. Ya, untuk saat ini memang aku rasa cukup bahagia. "Kau dah selamatkan aku tadi. Aku belanja kau makan aiskrim kejap lagi okay!" Ilham mengelus kepala aku lagi. Sekali. Aku suka. Tak perlu aiskrim, Ilham. Kau ada disamping aku sekarang pun aku dah cukup bahagia. Bisikku sendiri.

"Terima kasih, Izah"
"Kasih diterima, sayang"

Ilham menepuk bahagian depan tudung bawalku, sekali lagi. "Eiii!! Rosak la!"

Ilham senyum. Aku suka dengan senyuman itu. 

-Tamat-

Saturday, January 26, 2013

Cinta Yang Terhalang

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips





            FAUZ tergesa-gesa keluar dari perut kereta mewahnya yang dipandu oleh pemandu peribadinya. Fauz pantas menggalas beg laptopnya lalu berlari sambil menarik bagasinya menuju ke kaunter. Mata Fauz melirik pada jam tangannya. Sudah hampir menjangkau pukul 4.30 petang. Pesawat yang bakal dinaiki olehnya akan dijangka tiba pada pukul 5.15 petang. Sudah terlewat untuk menghantar bagasinya ke dalam kargo. Tetapi, tidak lama lagi akan terlewat untuk mendaftar diri di balai perlepasan. Seharusnya, aku membaca undang-undangnya dahulu. Penumpang yang akan menaiki pesawat seharusnya tiba di lapangan terbang 2 jam sebelum masa berlepas. Tetapi aku, boleh pula terlewat dengan masa yang ditetapkan. Aduh!
            Fauz tidak perasan pula dirinya melanggar seorang gadis bertudung dan memakai T-Shirt lalu dipadankan dengan skirt labuh yang sama warna. Sampai jatuh terduduk gadis yang tidak kenali itu.
            “Husna!” panggil seorang lagi gadis yang berlari anak mendapatkan Husna, gadis dihadapannnya.
            “Miss! I’m so sorry, U ok? Ujar Fauz sambil membuka kaca matanya untuk melihat keadaan gadis yang namanya baru saja Fauz kenali.
            Kelihatan gadis itu sedang memicit-micit kakinya. Kasut bertumit tingginya ditanggalkan. Lebam merah kelihatan jelas daripada pandangan Fauz. Kuat sangat ke aku langgar dia tadi? Tapi apasal perempuan ni diam je. Tak jawab soalan aku. Getus hati Fauz.
            Gadis itu cuba untuk bangun daripada duduk. Tetapi hampir terjatuh sebelum Fauz pantas menyambut tubuh gadis itu. Apabila gadis itu menyedari kelakuan jejaka itu, serta-merta gadis itu menolak tubuh sasa Fauz jauh daripadanya.
            “Don’t touch me !!”  ujar Husna tenang sambil memandang tepat wajah tampan Fauz.
            Fauz terpana memandang gadis dihadapannya. Fauz melirik setiap inci wjah mulus gadis itu. Baru aku dapat melihat wajah gadis ini. Sejak dari tadi, mukanya asyik tunduk ke bawah. Fauz menelan air liur. Gila cute muka dia. Matanya yang tampak cantik walaupun sepet macam orang cina. Hidung mancungnya tapi cute. Bibir merahnya yang dicalitkan lipstick sungguh tertarik hatinya. Wajahnya yang muram itu nampak cantik dimata Fauz. Kulit mukanya yang seperti putih kemerahan itu lagi memarakkan lagi jiwa lelaki tersebut. Ah!! Fauz, apa yang kau buat ni? !
            “Husna! Are you okay?” soal rakannya yang nampak seperti kacukan India setelah menghampiri gadis dihadapannya.
            Terus saja gadis kacukan India itu memimpin tangan rakannya. Cuba menolong rakannya yang dalam keadaan kesakitan.
            “I’m so sorry for what happened, sir
            “No, no! It’s okay. I’m just worried about your friend. Please forgive me. Are you okay, Miss?” ujar Fauz kesal.
            Gadis itu tidak mahu juga menjawab pertanyaan Fauz. Malah berpealing daripada memandang wajah tampan Fauz.
            “However, we have to go first. We’re sorry, sir” ujar rakan gadis itu sambil berlalu memimpin rakannya ke sudut lain.
            Fauz pula rasa bersalah apabila melihat gadis yang dilanggarnya begitu marah padanya. Riak wajah gadis itu sememangnya menunjukkan gadis itu begitu marah dengan kelakuan tidak sengaja Fauz. Hah!! Alamak!
            Pantas Fauz berlari ke kaunter pendaftaran. Macam mana aku boleh terlupa pula ni. Siap boleh leka lagi tengok gadis tadi. Tak pasal-pasal aku boleh jadi lebih terlewat untuk perkara ini. Adoi! Adoi!
            SINAR matahari memancar itu pantas menusuk mata Husna. Terkebil-kebil Husna mencapai bantal untuk menutup mukanya. Sakit matanya melihat pancaran matahari menusuk matanya. Athena pun satu. Awal betul dia bangun. Kalau ya pun janganlah buka langsir tu begitu luas.
            “Athena!! Please! Janganlah kacau I boleh tak. I nak tidur ni” rengek Husna.
            “Husna! You should be proud of yourself. Look, we were in Paris now. Ouh! I’m so excited” teruja Athena.
            “You baru tahu ke?” soal Husna malas-malas. Matanya masih terkatup rapat. Mengantuk lagi ini.
            “Takdalah. I sebenarnya memang teringin sangat nak pergi laur negara. Paris pun ok apa” jelas Athena.
            “I pun excited macam you jugak. But in this situation, I nak tidur. Baru pukul 8 pagi’ ujar Husna. Pantas Husna menarik selimutnya hingga paras dada. Bersedia untuk melelapkan matanya kembali.
            “No, no, no. Husna! Wake up! Bangunlah, Husna!” jerit Athena perlahan. Pantas Athena menarik balik selimut yang ditutupi seluruh tubuh Husna. “Bersiap cepat. 3 hours from now, kita kena pergi jumpa Miss Haida” jelas Athena.
            “For what?” soal Husna lagi. Dah la semalam sampai ke Paris CDG Airport tepat pukul 3.00 pagi bagi di kawasan itu. Sekarang ni pulak, kena bangun awal. Alahai.
            “We would like to trip!! Hehe” teruja Athena. “And, lepas kita round-round dekat Bandar yang cantik ni, kita kena prepare untuk majlis nanti. Jangan buat tak tahu pulak, ya? Klien kita nanti ada mesyuarat penting petang nanti.” ujar Athena panjang lebar.
            “Owh! Yelah. Baru I teringat. Penat punya pasal, sampai lupa” ujar Husna sambil bergegas untuk turun dari katilnya.
            Tanpa disangka, apabila melangkah untuk turun dari katil, Husna jatuh terjelepok ke bawah sambil menjerit kesakitan.
            “Ouch!!!” jerit Husna kesakitan.
            “Eh!! Husna! Are you okay?” risau Athena lalu cuba memimpin Husna untuk bangun semula. “You ni kenapa? Tergesa-gesa sangat. Sabar la sikit. Kan dah jatuh!” rungut Athena.
            “Bukanlah! Kaki I ni sakit. Berdenyut-denyut rasa. Lebam pula tu. Aduh!!” Husna mengaduh kesakitan. Gila sakit. Boleh jadi biru lebam ni.
            “Amboi. Kaki sendiri sakit pun tak tahu?” gurau Athena.
            Husna mula mengerutkan dahinya. Husna berasa pelik.
            “Kaki you tu memang dah sakit la. Takkan you tak tahu?”
            “Bila masa kaki I sakit” Husna masih keliru.
            “Oh God! You memang betul-betul tak tahu” Athena menepuk dahinya.
            “You ni kenapa? Macam tengok I ni bangang sangat ke? Eh! I betul-betul tak tahu, ok!” getus Husna. Husna mula memuncungkan mulutnya.
            “Huh!! Husna, you kena langgar semalam!” jerit Athena perlahan. Geram betul aku macam ni. Dia ni sekejap ingat sekejap tak ingat.
            “WHAT!!” jerit Husna. Rakan-rakannya yang lain terkejut dengan jeritan Husna yang hampir kuat itu.
            Husna menekan-nekan punat pada remote televisyen di ruang tamu yang mewah itu. Takda siaran yang menyeronokkan baginya. Ahh! Bosalah duduk seorang saja dalam hotel mewah ini. Tiada ada apa yang dapat menarik perhatiannya. Miss Haida telah mengarahkannya untuk berehat saja di  hotel ni. Maklumlah. Kaki Husna sakit sebab kena ‘langgar’. Athena pun satu, ingatkan langgar kereta ke, lori ke. Langgar orang je pun. Selalu buat dirinya terkejut.
            Hmm. Nak jalan sana sini tak boleh buat apa. Lebam ni masih baru. Sakit lagi. Mungkin dalam beberapa jam lagi, sakitnya mula redha. Tapi, takkan nak tunggu berjam-jam. Boleh jadi mati beku aku dangan bilik ni. Dah l;a sejuk.
            Kalau bukan lelaki semalam yang berjalan menonong tak tentu hala itu, pasti aku sekarang sedang seronok melihat keindahan bandar ini bersama-sama rakan-rakan aku. Arggh! Kini, aku keseorangan di bilik ini bersama kebosanan aku.
            Dua jam kemudian. Perut mula berkeroncong. Husna berasa lapar. Tiada apa-apa pun yang terhidang di meja makan. Husna pada mulanya tidak mahu keluar disebabkan kakinya yang sakit. Tetapi kerana lapar, terpaksa digagahkan diri untuk keluar di bandar Paris tersebut.
            Sebaik saja turun dari tingkat dua puluh lapan bangunan hotel itu, Husna menoleh kanan dan kiri. Lalu melambaikan tangan sebaik saja terlihat teksi untuk menaikinya. Terus saja teksi itu meluncur laju ke jalan raya. Beberapa minit kemudian, Husna sampai ke sebuah restoran yang cantik. Makanan yang dijual semuanya halal. Dengan kakinya yang sakit, Husna terpaksa jalan perlahan-lahan memasuki restoran tersebut. Hampir saja Husna ingin mencapai tombol pintu tersebut, Husna dilanggar sekali lagi oleh seorang lelaki. Memang aku ni setiap hari kena langgar ke? Apa lagi yang patah lepas ni?
            “Owh! Sorry, Miss. I do not see you. Sorry!”
            Husna mula naik angin. Dia baru saja ingin buka mulut. Tiba-tiba saja Husna terkejut dengan wajah lelaki tersebut.
            “Awak!!!’ jerit Husna.
            “Eh, awak. Nasib baik saya jumpa awak lagi. Saya nak minta…..”
            “Awak ni kenapa? Ni dah masuk dua kali tau awak langgar saya. Sampaikan kaki saya ni lebam disebabkan awak tau. Awak ingat saya nak maafkan awak?” marah Husna sambil mencekak pinggang. Merah mukanya menahan marah.
            “Sebab tu saya nak minta maaf kat awak. Pasal semalam, pasal ni dan.. pasal kaki awak tu. Kaki awak ok ke tak? Kalau tak boleh, saya tolong hantarkan awak balik” ujar Fauz simpati.
            “Arrgh!! Tak payah. Lepas ni saya tak nak jumpa awak lagi. Hurgh!!”ujar Husna geram lalu berpaling daripada melihat lelaki itu. Terpaksa jalan terjengket-jengket berlalu daripada kawasan itu. Terpaksa juga cari restoran yang lain berdekatan dengan kawasan tersebut. Malas mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi.
            Fauz mengeluh dengan perangai pelik gadis itu. Baru dapat peluang jumpa dengannya. Niatnya ingin meminta maaf pada gadis itu. Harap-harap hati gadis itu terbuka menerimanya.
            “Ehem!!”
            Fauz pelik dengan suara garau di belakangnya. Fauz terkejut melihat ramai orang sedang beratur di belakangnya. Alamak!
            “Excuse me!!” tegas suara orang asing itu. Rupanya dah lama orang ramai tunggu dirinya beralih daripada berdiri di hadapan pintu restoran itu.
            “Sorry, sorry!” ujar Fauz lalu beredar dari kawasan itu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih.
            Pada petang itu, semuanya sudah siap sedia untuk mengatur setiap meja makan di ruang bilik yang besar itu. Di sudut lain pula telah siap terhidang makanan yang banyak termasuk manisan dan pencuci mulut. Di sudut lain pula, sudah tersedia pelayan-pelayan tetamu memakai pakaian vase khas untuk pelayan-pelayan tetamu di hotel. Husna dan Athena sama-sama menyiapkan diri sebelum bermulanya majlis tersebut.
            Tiba-tiba, ramai wartawan berkerumun masuk ke pintu utama. Tetamu pertama telah pun hadir di majlis tersebut. Mr. Hudsons bersama isterinya hadir memakai pakaian yang sedondon mengikut tema majlis pada mala mini. Beliau baru saja bernikah dan baru pulangberbulan madu di Hawaii. Kini pasangan ini hadir untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga di Syarikatnya.
            Setengah jam berlalu. Semua tetamu telah hadir di dalam dewan itu. Hanya tinggal untuk menghidangkan makanan untuk tetamu sahaja. Husna dan Athena telah ditugaskan untuk melayan tetamu di meja paling hadapan, iaitu meja VVIP. Husna bersama rakannnya, Bob akan mendampinginya membawa dulang makan yang banyak khas untuk meja VVIP dimana meja itu khas untuk Mr. Hudsons dan isterinya bersama rakannya. Jadi, Husna agak gementar untuk bertemu dengan mereka.
            Setelah makanan telah disediakan di atas meja tersebut, Husna membawa air untuk dihidangkan pada tetamu itu. Husna mula mesra dengan keluarga Mr, Hudsons dan mereka juga suka dengan layanan Husna. Husna ingin menuangkan air pada lelaki di sebelah Mr. Hudsons. Sebaik saja Husna bersemuka dengan rakan Tuannya, dirinya tersentap. Jejaka yang dia jumpa pagi tadi ada di sini.
            Fauz diam tidak berkata apa. Fauz berasa geli hati melihat gadis itu cemas saja. Agaknya dia tahu aku ni kawan pada Tuannya, Mr. Hudsons. Tapi, dirinya terpana melihat gadis itu. Memang cantik walaupun dengan pakaian gadis itu yang khas untuk pelayan.
            Sebaik saja Husna telah pun menyediakan air, pantas Husna berlalu daripada tempat tu. Ingin melarikan diri daripada lelaki yang pernah dimarahinya. Husna mula risau jika lelaki itu akan pecat dia daripada pekerjaannya.
            Jam sudah menganjak ke angka sebelas malam. Tetamu yang lain sudah pun bersurai dan majlis tersebut telah tamat. Husna masih lagi membersihkan meja makan. Tiba-tiba dirinya terkejut apabila ada sesuatu menyentuh bahunya. Husna berpaling lalu dirinya jadi lebih terkejut apabila lelaki yang dimarahinya ada di depan mata.
            “I’m sorry, dear” ujar Fauz dengan simpati. Kini dirinya rasa benar-benar sudah jatuh cinta dengan gadis comel ini.
            Husna mula cuak. Pantas Husna mengambil pinggan di atas meja lalu berlalu daripada tempatnya. Fauz cuba memanggil gadis comel itu. Tapi, Husna langsung tidak mengendahkannya. Baik aku lari sebelum aku dipecat.
            Keesokan harinya, Husna keluar dari hotel. Hanya niat ingin berjalan-jalan saja. Husna masih dalam keadaan bimbang dengan dirinya. Apa akan terjadi pada dirinya? Adakah kariernya selama ini akan menjadi sia-sia hanya kerana sikap dirinya sendiri? Habislah! Segala pengorbanan aku selama akan jadi sia-sia.
            Tiba-tiba tangan Husna seperti ditarik ke belakang. Husna terkejut. Ah! Habislah. Lelaki ni lagi. Apa dia buat kat sini?
            “Awak pergi mana? Saya belum habis cakap lagi” ujar Fauz dengan keadaan dirinya yang lelah. Seperti baru saja lepas kena kejar hantu. Agaknya. Tapi ada ke pagi-pagi buta ni ada hantu? Bisik hati Husna.
            Husna diam tak terkata. Malah wajahnya menunduk ke bawah. Husna langsung tak perasan tangannya masih lgi dipegang erat oleh Fauz.
            Fauz tidak puas hati. Soalannya masih belum dijawab. Fauz memanggilnya lagi. Kali ni dengan lembut. Husna masih diam.
            “Kalau encik nak pecat saya, pecat lah. Saya dah tak kisah dah. Tolong lah biarkan saya sendirian. Saya tahu saya bersalah. Tolong la encik, saya….”
            “Saya cintakan awak!” ujar Fauz pantas. Husna terkejut. Husna seperti mahu pengsan akan kata-kata lelaki itu.
            HUSNA berjalan perlahan-lahan memasuki bilik hotelnya. Selepas pintu hotel tersebut ditutup dengan sempurna. Arggggghhhhhhh!!. Husna menjerit kegembiraan. Hatinya berdegup pantas apabila mengetahui lelaki itu mencintainya. Husna langsung tidak mahu melepaskan senyumannya. Kini hanya menunggu untuk pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengannya. Ah! Seronoknya. Ini ke perasaannya bila bercinta?
            “Oi!” jerit Athena. “Buang tabiat ke?” gurau Athena. Husna terkejut dengan laungan rakannya.
            “Ish! You ni. Sibuk hal orang je” ujar Husna gurau. Husna masih tersenyum kegembiraan.
            Setelah beberapa hari, akhirnya Husna kembali ke Malaysia. Fauz juga kembali bersama. Akhirnya mereka berdua dapat mengekalkan hubungan cinta ini selama 5 bulan. Fauz akhirnya berkesempatan ingin berkahwin dengan Husna. Husna dengan rasa gembira menerima lamaran tersebut. Tapi..
            “Umi langsung tak suka dengan budak yang Husna kawan selama ni” ujar ibu Husna tegas melarang perhubungannya dengan Fauz.
            “Tapi, kenapa? Ayah! Tolong cakap dengan umi, terima lamaran Fauz. Husna sayang sangat dengannya” rayu Husna pada ayahnya.
            “Husna! Dengar cakap ayah. Ayah dengan umi dah buat kata putus. Husna tak boleh kawin dengan budak tu” ujar ayah Husna tegas.
            “Tapi, kenapa? Umi, umi cakap la sesuatu” rayu Husna sambil melutut depan ibunya yang sedang duduk di sofa sambil memeluk tubuh. Ibunya masih diam tidak mahu bersuara.
            “Ayah dengan umi putuskan yang Husna akan berkahwin dengan pilihan kami. Husna tak boleh bantah!” ujar ibu Husna tegas.
            “Husna cuma sayangkan Fauz saja. Husna tak mahu siapa pun ada dalam hati Husna selain Fauz” ujar Husna lembut cuba menenangkan hati kedua ibu bapanya agar dapat berbincang dengan baik.
            “Umi tetap tak setuju. Sayang ke, tak sayang ke, Husna mesti lupakan budak tu. Umi tak kira”
            Husna mula menitiskan air mata. Pantas Husna memasuki biliknya. Husna ingin menangis semahu-mahunya. Patah hatinya mendengar kata-kata ibunya.
            Keesokan harinya, Fauz menelefon Husna.
            “Hello! Awak! Awak ok ke? Kenapa nangis ni?” ujar Fauz hairan.
            “Awak! Umi saya tak izinkan kita berkahwin. Tapi, umi saya dah tetapkan saya berkahwin dengan orang lain. Macam mana ni, awak?” ujar Husna sambil tersedu-sedan dengan tangisannya.
            “Tak mengapalah, awak. Kita fikir cara lain. Sabar ya, awak. Awak…..”
            Husna masih lagi bertutur, tapi tiba-tiba saja telefonnya dirampas. Husna terkejut apabila ibunya merampas telefon bimbit dari genggamannya. Ibunya terus keluar daripada bilik itu dengan wajah yang mencuka.
            Husna terkejut dengan keadaan ibunya. Mengapa mesti begini? Apa yang aku nak buat? Husna kebingungan.
            Sudah beberapa hari Husna tidak dapat apa-apa berita tentang Fauz. Fauz pun dilarang untuk bertemu dengan Husna. Kini, sudah ada berita buruk yang dapat menghalang hubungannya dengan Fauz. Husna diberitahu bahawa keluarganya bakal berpindah ke Afrika selama 5 tahun atas pekerjaan. Husna terpaksa mengikut keluarganya pergi bersama. Tetapi, yang membuatkan dirinya makin sebak, Fauz langsung tidak tahu menahu tentang ini. Rakannya Athena juga tidak mengetahui. Hanya diberitahu Husna akan berpindah. Tidak diberitahu dimana dan bila.
            Fauz bagaikan gila mencari Husna dimana dia berada. Fauz cuba berkali-kali menelefon Husna, malangnya tidak terjawab. Fauz hampir putus-asa. Hatinya rebah jatuh dengan keadaannya. Hubungan yang ingin baru terbina, runtuh dengan sia-sia. Kecewa bukan kepalang. Bagaimana dirinya ingin mengharungi dunia ini tanpa Husna? Berapa lama hati ini patah begitu saja?
            Lima tahun kemudian.
            Husna membuka pintu keretanya setelah memakirkan keretanya di tempar pakir. Didepannya ada sebuah kedai kek kegemarannya dahulu. Dirinya berhasrat ingin membeli kek kegemarannya. Husna berjalan menuju ke pintu itu. Husna tak sedar dirinya terlanggar seorang wanita. Husna terkejut apabila mengetahui orang yang dilanggarnya adalah seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Husna cepat-cepat membantu wanita mengandung tersebut. Di sisi pintu itu terdapat bangku. Tanpa berfikir panjang, Husna pantas membawa wanita mengandung itu duduk sebentar.
            “Akak! Akak tak ada apa-apa ke? Saya hantar akak ke klinik terus, ye? Saya minta maaf pasal tadi. Saya betul-betul tak perasan akak. Saya minta maaf, ye kak?” Husna mula panik kalau-kalau kandungan wanita itu terjejas sebabkan kemalangan kecil tadi.
            “Eh! Takpa. Akak ok je. Anak akak pun tak ada apa-apa. Tak payah susah-susah la” ujar wanita itu. Lembut saja cara percakapannya.
            “Eh! Tak boleh camtu kak. Akak kan mengandung. Saya takut kalau ada apa-apa jadi dengan kandungan akak ni” ujar Husna panik.
            Husna terlihat ada sebuah klinik kecil di sebelah kedai kek ini. “Akak, kat sebelah tu ada klinik tu. Saya bawa akak ke klinik, ye?” ujar Husna bimbang.
            “Tak pa lah, dik. Akak ni pun baru je lepas pergi check kandungan ni. Kat klinik tu jugak. Tadi terlanggar pun bukannya sampai jatuh terduduk. Akak sempat berpaut juga dengan tombol pintu kedai ni” jelas wanita itu.
            “Saya risau la, kak. Betul akak tak ada apa-apa ni?” tanya Husna minta kepastian.
            “Betul. Akak tak da apa-apa” jawabnya lembut sambil tersenyum.
            “Akak pergi seorang je ke? Suami akak mana?” tanya Husna cuba beramah mesra.
            “Owh! Suami akak ada kat dalam klinik tu. Doktor tengah cakap dengan dia. Nanti dia keluar la tu” ujar wanita itu.
            Pintu dibuka perlahan-lahan daripada dalam. Seorang lelaki yang berkemeja baru saja keluar daripada klinik. Lelaki itu sibuk membelek beg yang dijinjingnya.
            “Sayang! Jom kita….” Lelaki itu tersentak melihat gadis yang bersama dengan isterinya.
            “Haa! Itulah suami akak” ujar wanita mengandung itu. Husna juga terkejut melihat lelaki yang dikatakan itu. Fauz!
            “Awak ok ke ni?” tanya Fauz cuba mengelakkan diri dari memandang gadis di sebelah isterinya.
            “Saya ok, bang. Tadi terjatuh sikit je. Dia ni lah yang tolong tadi” ujar wanita itu sambil memandang Husna.
            “Err. Terima kasih banyak, ye sebab tolong..err..isteri saya ni” ucap Fauz.
            Husna tersenyum. “Tak mengapalah. Kebetulan je” ujar Husna sambil tersenyum. Entah kenapa dirinya suka melihat pasangan ini. Walaupun suaminya adalah Fauz. Kekasih lamanya.
            “Tak mengapalah. Kami pergi dulu. Terima kasih banyak sekali lagi. Assalamualaikum” ucap Fauz lalu membawa isterinya berlalu pergi menaiki keretanya.
            “Waalaikumussalam” jawab Husna. Sebaik saja kereta yang dipandu Fauz berlalu. Husna menarik nafas panjang. Sayu wajahnya melihat mereka. Entah hatinya dapat menerima takdir ini ataupun tidak.
            Keesokan harinya, Husna pergi ke pasaraya yang berdekatan. Husna sudah melupakan peristiwa kelmarin. Niat dirinya kesini untuk membeli barang-barangan dapur. Dirinya baru saja dapat menyewa rumah yang baru didudukinya.
            Husna masih tercari-cari barang yang mahu dibelinya. Masih lagi tidak jumpa. Husna berjalan di setiap tempat. Tiba-tiba dirinya melanggar barang ditepinya. Segera dia mengambil barang itu kembali. Tidak sempat untuk mengambilnya, seseorang telah menolongnya. Lelaki itu menghulurkan barang yang diambil itu kepada Husna. Bulat mata Husna melihat wajah lelaki itu. Fauz!
            “Saya nak cakap dengan awak sekejap. Please” ujar Fauz. Mulut Husna terkunci.
            Beberapa minit kemudian.
            “Macam mana awak tahu saya ada kat sini?” tanya Husna ringkas.
            “Hmm. Athena bagitau saya” jawab Fauz. Athena masih setia menanti mereka berdua berbicara. Athena sendiri dipaksa oleh Husna untuk menemaninya.
            “Awak nak cakap apa?”
            “Bila awak dah balik?” ujar Fauz.
            “Dah seminggu” Husna masih tetap dengan senyuman manisnya.
            “Awak pergi mana selama ni? Saya cari awak dah hampir setahun tau” ujar Fauz dengan wajahnya yang sayu.
            “Saya pergi ke Afrika. Selama lima tahun” ringkas saja jawapan Husna.
            “Kenapa awak tinggalkan saya” suara Fauz cuba meninggi sedikit.
            “Bukan semua ini yang saya nak, ok. Saya dipaksa ikut parents saya pergi” Husna tetap dengan suaranya yang lembut. Tidak mahu menimbulkan kemarahan antara satu sama lain.
            “Maafkan saya kalau saya tak dapat pertahankan awak. Sepatutnya saya tak boleh putus asa cari awak selama ni”
            “Awak tak boleh cakap macam tu. Sepatutnya awak fikir dulu isteri awak sebelum cakap macam tu. Sepatutnya awak dah boleh lupakan saya lepas awak kawin dengan isteri awak. Jangan sesekali abaikan isteri awak” Husna mula bersuara keras tapi tetap tenang.
            Fauz senyum. “Saya tau awak akan cakap macam tu. Jangan risau. Saya dah dapat kebahagiaan saya sendiri”
            “Baguslah macam tu. Saya gembira kalau awak dah dapat cari kebahagiaan awak sendiri. Lagipun, awak kan tak lama lagi jadi bapa” Husna senyum gembira. Cuba bergurau senda.
            “Terima kasih la sebab bagi nasihat. Saya sendiri pun tak sangka. Isteri saya mengandung.” Fauz tersenyum.
            “Dah berapa lama dah awak berkahwin?” tanya Husna. Cuba bermesra. Athena yang sedang duduk di antara mereka berdua pun turut tersenyum. Athena sendiri pun takut juga kalau mereka bertengkar sesama sendiri. Rupanya tidak. Bijak mereka mengawal diri sendiri. Agaknya mereka dah boleh terima kenyataan. Mereka boleh jadi rakan.
            “Sudah hampir empat tahun” ujar Fauz.
            Husna terkejut. “Empat tahun? Yang dalam kandungan tu anak ke berapa?”
            “Baru saja anak yang sulung” ringkas jawapan Fauz. Dirinya tahu pasti Husna terkejut.
            “Wow. Tak sangkanya saya” Husna mula berasa gembira amat. Itulah rezeki mereka.
            “Tulah. Saya sendiri pun tak sangka” Fauz tersenyum gembira.
            “Tahniah untuk awak”
            “Terima kasih. Oh! Ya. Awak pula bila? Dah ada calon?” tanya Fauz pula
            Husna tersenyum. “Saya dah pun bertunang”
            “Owh! Baguslah. Saya gembira untuk awak juga” Senyuman Fauz tidak mahu lepas. “Saya rasa dah tibanya saya balik sekarang”
            “Ya!” Husna bangun daripada tempat duduknya bersebelahan dengan Athena. Athena juga turut bangun.
            “Anggaplah kita ni kawan sahaja. Tapi tak pernah jumpa” ujar Husna.
            “Kita lupa saja apa yang dah lepas. Mungkin bukan takdir kita. Tapi Allah beri kita lagi terbaik untuk kita. In syaa Allah” ucap Fauz lembut.
            “Ya. Betul tu” Husna angguk dengan kata-kata Fauz.
            Fauz menaiki keretanya. Dia membuka tingkap keretanya. “Selamat tinggal Husna. Jumpa lagi” ucap Fauz sambil melambai pada Husna. Husna masih setia berdiri di tempatnya. Husna tersenyum sambil menyambut lambaian Fauz.
            “Selamat tinggal Fauz” ucap Husna selepas kereta yang dinaiki Fauz berlalu pergi. Husna mula mengalirkan air mata. Akhirnya beban yang selama ini dirinya tanggung, terlepas dari genggamannya.
            Dirinya harus sedar, Fauz bukan miliknya. Mungkin Fauz bukan yang terbaik untuk dirinya. Cinta yang terhalang ini pasti ada hikmahnya. Husna gembira hubungan ini bukan berakhir dengan pertengkaran atau perbalahan. Tapi berakhir dengan gembira. Husna tidak mahu mengganggu kebahagiaan Fauz yang dikecapinya. Cukuplah hanya sekadar rakan semata-mata. Husna berharap hubungan ini dapat berkekalan. Walaupun hakikatnya pertemuan ini adalah pertemuan akhir mereka. Husna berhasrat tidak mahu berjumpa dengan Fauz lagi. Yang sudah lepas, perlu lupakan. Inilah hari yang baru buat dirinya. Jangan sesekali menoleh kebelakang lagi. Dirinya harus memandang ke depan. Husna gembira kerana Fauz juga gembira.





Hak Cipta: Ani Mustapa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...