Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Persis Mutiara. Show all posts
Showing posts with label Persis Mutiara. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Persis Mutiara EP Akhir

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Persis Mutiara [ #1 - #Akhir ]



I know someday you'll have a beautiful life,
I know you'll be a sun in somebody else's sky, but why
Why, why can't it be, can't it be mine - BLACK - Pearl Jam

"Luukeee..." Macam nama omputeh pulak bila Nabila panggil aku macam tu. Namun bukan Nabila sengajakan. Memang begitu caranya bertutur. Aku senang juga dia panggil aku Luke.

"Ya Nabila...Permata hati...Apa sahaja yang Nabila mahu katakan sama seperti mutiara nilainya bagi Luke..."Ucapku agar bisa membuat hati Nabila senang walaupun bapanya Dato Shukri tidak akan senang akan pertemuan ini. Aku berani mengambil risiko demi Nabila. Tak akan aku guriskan perasaannya. Dan hatinya akan aku jaga bagai permata ...Bagai mutiara.

"Luukkeee...cuti semessterr nanntiiii... Nabila ikut faaaamily ke UK... "ujar Nabila

"Eloklah begitu Nabila...Sudah lama Nabila tidak bersama dengan mama dan papa Nabila kan?"Ucapku lagi melegakan perasaan Nabila.Aku tahu jika Nabila mengikut familynya. Itulah titik nokhtah akan hubungan kami berdua. Dato Shukri tentu mahu Nabila menetap di sana.

"Tapi kita akan berjauuuhhaaannn..."Kata Nabila. Sedikit emo di situ kerana suaranya bergetar tak seperti biasa. Bagai ada sesuatu yang Nabila tahan dari keluar. Airmata? Mungkin.

Aku mengeluarkan satu bungkusan kecil. Aku berinya pada Nabila.Aku mengambil tangan Nabila. Kali ini sahaja pun aku berpeluang memegang tangan Nabila. Lembutnya tangan anak dara ini. Nabila sedikit terkejut namun dia tidak menolak peganganku itu.

"Ada apa Luukeee?" Tanya Nabila. Dan sejurus bila dia membuka kotak kecil itu. Airmata gadisnya mengalir tanpa dapat di tahannya.

"Ciiincin mutiaraaaa...Tentu mahaaaall" Tutur Nabila dan dia memandang padaku.

"Kebetulan Nabila...Masa Luke nak ke sini teman Luke bertemu dengan Luke kerana dia...biasalah kesesakan wang...Maka dia mahu menjual sesuatu pada Luke. Inilah dia Luke beli dengan harga dua ratus." Jelasku pada Nabila. Sebenarnya aku mengikut kak Marsya di kantor aku untuk membeli cincin mutiara permata tersebut . Harganya dalam dua ribu setengah. Namun sebab kak Marsya pelanggan tetap di situ dia mendapat diskaun. Dan duit itu semestinya duit Dato Shukri.

"Terima kasihhh Luuuukkkkee..." Sambil jemari lembutnya meramas tanganku.
"Tentu orang itu seseorang yang begitu istimewa pada Lukman ya?" Kata kak Marsya padaku.
"Iya kak Marsya...Seorang yang istimewa...Terlalu istimewa bagaikan ibu saya..."
"Special macam itu cincin mutiara looo..." Usik amoi penjual cincin tersebut.
"Ya... Persis mutiara." Aku tersenyum.

Memang aku sayang padanya...Namun perasaan sayang manakan sama dengan cinta...Memang aku simpati padanya...Namun perasaan simpati manakan sama dengan cinta.

Aku ibarat pencuri jika aku mengambil Nabila dari keluarganya. Sesuatu yang di simpan begitu lama dan menjadi permata berharga dalam keluarganya. Sesuatu yang bagaikan mutiara pada ayahnya, pada ibunya...Dan aku sendiri takkan terjaga mutiara itu. selain aku letakkan di tempat yang sepatutnya.

Namun hati Nabila...Ya hati Nabila juga bagai mutiara...
Aku takkan memperjudikan nasib Nabila dan hatinya bak mutiara itu demi cita citaku...Ahhh...Selagi aku ini berperikemanusiaan aku akan doakan agar seseorang yang jauh lebih baik dariku untuk menjaga Nabila....

TAMAT.


Monday, June 25, 2012

Persis Mutiara EP2

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Persis Mutiara [ #1 - #To Date ]


"Aku bapa Nabila...pemandu aku cakap kau kerja di sini. Aku mahu tahu sudah sejauh mana hubungan kau dengan Nabila? "Seorang lelaki segak berumur lewat 50'an mengunjungi aku di kantor. Aku mengajaknya ke restoran berhampiran tempat kerja aku.


"Ooh kami baru berkawan Encik...."Jawapku ringkas.

"Dato...Dato Shukri..." Pintas orang tua itu.

Ohhh...Namanya Shukri..Maksudnya bersyukur...tapi tak nampak macam bersyukur pun. Getusku dalam hati.

"Hemmm..macam inilah siapa nama kau tadi? Imran?Amran?"

"Lukman...Dato..."Ringkas lagi jawapanku

"Ya Lukman...Aku rasa elok kau cari kawan lain sahaja. Sebab kalau kau nak cari calon isteri pun mesti ikut pilihan orang tua betul tak? Dan aku sebagai orang tua Nabila semestinya tidak akan memilih kau sebagai ahli keluarga aku. Kau tahu walaupun Nabila tak sempurna macam gadis sebayanya tapi dia permata di dalam keluarga kami. Dan aku tidak pernah menuduh kau mahu mengambil kesempatan ke atas Nabila. Namun walau begitu aku tak akan memperjudikan nasib Nabila jika dia rapat dengan kau dan kau sendiri tahu kau tak boleh rapat dengan Nabila bukan? Atas dasar cinta? Walaupun kau berdua masih belum sampai ke tahap itu namun aku sudah boleh mengagak tingkah laku Nabila yang riang tak seperti biasa. Aku hanya mahu yang terbaik untuk Nabila. Satu satunya anak perempuan aku. Aku harap kau faham. Dengan kerja kau sekarang ni kau tanya diri kau sendiri...Mampukah kau untuk bersama Nabila?"

"Awak kerja apa?" tanya Dato Shukri lagi.

"Saya kerja di Survey Research Malaysia."Jawapku walau dia sendiri cari aku di situ.

"Jawatan...?" Tanyanya lagi.

"Cleaner..."Jawapku agak teragak agak.

"Cleaner????Pencuci?"Tanya Dato Shukri. Ada unsur unsur menghina di situ.

"Data Cleaner..."Jawapku lagi. Bukan niat aku nak tunjuk kurang sopan ...Tapi hati yang perlu aku jaga hati Nabila. Bukan hati si tua ni.

"Kau tahu Ikhwan...kalau kau jual tanah kau dan kebun pisang kau kat kampung itu sekalipun itu tak akan mampu membeli kereta Mercedes mewah aku ni. Nah ambillah ini duit upah kerana kau menjaga Nabila selama ni. Dua ribu ...Aku rasa cukup bukan...? Aku harap kau jangan berjumpa dengan Nabila lagi. Aku akan bawa dia ke UK untuk buat rawatan dan pembedahan. Kalau aku dapat tahu kau jumpa Nabila lagi. Siap kau..." Tegas Dato Shukri berkata kata sebentar tadi unsur menghina sekarang ada unsur ugutan pula.

Huhhhh...bongkak sombong...Walaupun kau sering terlupa nama aku tapi sekurang kurangnya kau menggunakan Bahasa Malaysia standard dan tidak menggunakan bahasa rojak macam orang kaya yang lain.Aku berbicara sendiri.

Duit sudah berada dalam genggaman namun permintaan ayah Nabila untuk aku tidak bertemu lagi amat payah bagi aku. Memang sebagai orang tua Nabila dia berhak memilih dengan siapa Nabila berkawan. Dan walaupun tak terucap dengan kata kata bahawa aku menyayangi dan menyintai Nabila namun kami akan melewati tahap itu juga. Tindakan Dato Shukri adalah amat rasional dan profesional sekali . Dia tidak mahu hubungan kami pergi jauh dan tidak dapat di kawal lagi mungkin.

BERSAMBUNG LAGI....

Monday, June 11, 2012

Persis Mutiara EP1

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
...banggunan sama je klassik dari dulu tak berubah...


Persis Mutiara [ #1 - #To Date ]


SILA DATANG DAN BUAT PEMERIKSAAN XRAY DI KLINIK CAWANGAN KAMI DI KAMPUS.

Selesai membaca surat tawaran tersebut aku bagaikan ingin melompat melompat dan melompat kegembiraan. Akhirnya, setelah aku gagal berulang ulang ulang kali aku di terima masuk ke pusat pengajian tinggi tersebut.

Bagai bernyanyi pula beburung dan unggas pagi itu dalam kord D major...kord yang paling ceria. Entah apakah yang mengusik hatiku lantas aku pun menyanyi sama melagukan sebuah lagu yang indah. Matahari terbit di celah celah sekumpulan awan.Aku menyelusuri jalan jalan yang basah dek siraman hujan pagi. Perutku mula berkeroncong. Lantas ku singgah sahaja mana yang sempat untuk mengisi perutku ini sebelum aku ke tempat yang aku tuju . Aku melihat jam di tanganku baru pukul 8 pagi. Namun kerana terlalu teruja aku sampai awal sebelum klinik di buka.Aku hanya duduk di restoran yang terletak di hadapan klinik.

Kulihat ada sebuah kereta masuk ke perkarangan tempat letak kereta.seorang gadis di hadapan. Ku fikir tentulah doktor atau pun pembantu klinik yang datang. Namun yang keluar dari kereta tersebut ialah seorang gadis. Aku lihat begitu susah payah dia mengaturkan langkahnya. Sakitkah dia. Namun kereta itu berlalu meninggalkannya. Melihatnya keseorangan seperti perlukan bantuan aku lantas menghampiri gadis tersebut.

"Adik...boleh saya tolong apa apa ke?"Aku menawarkan bantuan.Namun gadis itu hanya tersenyum. Manis.Apakah kau hanya mampu senyum sahaja?Tiadakah atau di manakah lunak merdunya suaramu seperti ayunya wajahmu?Atau mungkin kau tak mahu di ganggu. Aku pun mendiamkan diri. Tak sampai lima minit begitu aku tak sabar lantas bertanya lagi.

"Adik kerja kat sini ke...?"Tanyaku sambil menghadiahkan senyuman tawar.Gadis comel itu hanya senyum. Aku kesal. Aku rasa seperti diriku hilang harga diri atau ghaib pula dari pandangan dia. Mungkin menyedari yang aku amat tidak selesa bila diperlakukan begitu olehnya. Dia lantas mengambil sehelai kertas dan menulis sesuatu. Selepas itu dia memberinya padaku.

"Maaf...saya tidak boleh bercakap...saya ada masalah pertuturan...dan saya juga tak boleh berjalan seperti orang lain...sejak saya kecil saya di jangkiti Polio...sebab itulah awak nampak saya seperti susah nak melangkah...tapi saya sudah biasa...terimakasih kerana ambil berat..."

Lantas aku pun terkedu dan menelan kesat air di kerongkong aku. Namun aku menghadiahkan senyuman padanya.Senyuman yang kelat dan tawar. Menyesal sungguh aku menghujani pertanyaan padanya.

" Saya Lukman...Maaf saya tak tahu...apa nama adik?" aku melihat dia tersenyum lagi. Gadis semanis ini tidak mampu bertutur dengan baik rupanya.

"Nammma syyaya Naaabilla Illaaani..." dengan susah payah dia cuba menuturkan namanya dengan tangannya dan suaranya yang tenggelam timbul...Namun aku rasa keindahan suaranya.Mendamaikan hatiku.Melenyapkan segala keraguan.

Ya Nabila Ilani....Indah namanya persis orangnya. Cantik. Ayu. Senyumannya manis. Kulit putih cerah.Rambutnya lurus paras bahu. Tubuhnya kecil sahaja.Gaya pakaiannya berbaju kurung dan memakai sepatu yang flat. Namun kelembutannya. Redup sinar matanya membuat aku terus jatuh hati pandang pertama. Tiada sebab aku ingin mahu menafikan satu rasa pada gadis manis ini. Namun aku harus berhati hati lantaran dia terlalu istimewa. Aku akan pastikan yang aku tidak mengambil kesempatan ke atasnya.

Aku dan Nabilla rupanya satu pengajian. Kami berdua mengambil kursus luar kampus dan sejak hari itu aku sering menemaninya ke mana mana. Aku bagaikan tidak mahu berenggang lagi darinya. Malah sering juga aku di berinya tumpang dalam kereta mewah oleh pemandunya. Aku pun sudah berjanji untuk menjaga Nabila dengan abang Umar.

"Eloklah kau tolong tengokkan dia abang pun risau juga ..Iyalah dengan keadaannya macam tu. mana tahu ada orang berniat tak baik dengan dia.Tambahan pula kaum keluarganya berada di luar negeri. Dia hanya tinggal dengan neneknya di sini."begitu jelas abang Umar bila aku bertanya tentang Nabila darinya.

Suatu hari setelah habis kelas aku mengajak Nabila ke sebuah komplek beli belah. Setelah aku menghubungi abang Umar supaya mengambil Nabila di situ. Maka aku dan Nabila pun bersiar siar di tasik berhampiran dengan kompleks beli belah tersebut. Pada saat itu aku rasa akulah insan yang sangat bertuah kerana dapat teman seistimewa Nabila. Walau kadang kadang dalam perbualan aku sukar menangkap apa maksud kata katanya. Namun aku tak menganggap itu satu masalah. Nabila seorang yang kuat semangat. Dia selalu tersenyum ceria. Dia tak pernah kesal apa yang terjadi pada dirinya. Dia sering berkata Allah itu adil.Allah tidak pernah menyiksa setiap hamba hambaNya.

Aku dan Nabila singgah di sebuah kedai yang menjual video dan kaset. Aku memerhati sahaja. Rupanya Nabila pun suka mendengar lagu dan muzik. Lantas dia menarik tanganku ke satu bahagian rak kaset. Nabila mengambil satu cd dan di hulurkan padaku. FRANZ SCHUBERT - SERENADE. Aku menerimanya dengan senang hati....Namun sempat juga bertanya pada diri aku sendiri. Apa mampukah telinga dan dada aku aku layan lagu lagu klassik ? Dengan hanya memikirkan sahaja aku mula pening dan pitam seketika. Selama ini aku hanya melayan lagu rock Alternatif sahaja. Macam lagu PEARL JAM atau NIRVANA.

"Ahhaa...Nabila suka lagu Instrumental ye?"

"Yaaa...saaayaya suka dengar laaguu niii..." lantas menunjukkan aku cd cd Instrumental kegemarannya. "Ambil ni saaaya hadiahkan buat aaawakkk..."

"Hemmm...terima kasih Nabila....kenapa Nabila suka dengar lagu macam ni?"

"memannng...dari kecil lagi saaayyaaa dengarrr muzik muzik macam ni..."

Sekembalinya aku dari kuliah malam itu aku terus memasang lagu cd tersebut...Belum lama aku tertidur juga juga dengan irama nya.

Apa yang aku alami dengan Nabila amat susah untuk aku gambarkan...Persis mutiara ia sangat bernilai dan kadang kadang tak terungkap dengan kata kata...Cinta ? Ya mungkin perasaan ini cinta...Namun ianya amat suci persis mutiara.

BERSAMBUNG....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...