Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, August 29, 2012

Tinggal

12:52:00 PM | | Best Blogger Tips
Ketika setia, kamu tahu apa yang kamu lakukan tidak sia-sia --Perempuansore

"Sayang, jaga diri okay?"

Aku tak ingin mendengar kalimah itu keluar dari mulutnya. Jujur, setiap kali kalimah itu meluncur keluar dari mulutnya seolah-olah seperti tiada lagi pertemuan selepas itu. Aku berlagak tenang. Senyap. Tanpa suara.

"Sayang tak nak cakap apa-apa?"

Aku masih membatu. Tunduk. Ada air jernih bertakung di tubir mataku.

"Sayang, jangan sedih okay?"

Perlahan suaranya. Aku pandang muka dia. Dia hadiahkan aku senyuman.

"Awak jangan lupakan saya. Jangan curang. Jangan menggatal. Jangan mengada-ada." 

Mendatar suaraku. Bukan semua itu yang aku ingin katakan sebenarnya. Bukan!

"Aik!!. Itu je sayang?" 

Dia sedikit terkejut mendengar apa yang aku suarakan.
Aku senyap. Dia meraup mukaku perlahan. Aku merelakan tingkahnya. 

"Sayang,jangan sedih okay. Jaga diri baik-baik tau." 

Sekali lagi kalimah itu diluahkannya.

"Saya kena pergi. Nanti kita akan jumpa lagi okay sayang. Sabar okay." Suara dia.
"Okay." hanya itu yang mampu aku ucapkan. 

Dia hulurkan tangannya kepadaku. Fahamlah aku, itu petanda dia akan tinggalkan aku. Aku sambut tangannya lalu ku cium. Dia senyum. Aku melarikan anak mataku dari bertaut dengan renungan matanya. 

"Jaga diri baik-baik sayang. Jaga diri sayang tu untuk kita."

Aku angguk perlahan. Dia pergi, aku juga pergi. Berpisah untuk sementara.Aku melangkah pergi tanpa aku menoleh ke arahnya. Ada satu yang inginku katakan kepadanya tapi tak terluah. 

"Saya sayangkan awak dan saya harap awak tetap di sini. "

Hanya itu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...