Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, November 27, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 4

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Aku tak boleh teruskan hidup sebegini.Aku tak boleh terus terusan asyik termenung sahaja...pagi petang siang malam apa yang aku fikirkan hanya tentang Yati...Sehingga aku tak mampu lagi mengingati tentang hal lain...begitu sarat sekali apa yang kutanggung...akhirnya aku gagahkan diriku untuk mencoret surat untuk Yati...surat yang terakhir...Ya... yang terakhir kerana aku rasa aku perlu berdiri di atas realiti. Di atas dunia yang nyata. Bukan angan angan lagi.

Tiba satu ketika aku merasakan yang aku tidak mengenali apa sebenar kemahuan diriku atau Yati...Di manakah destinasi hubungan kami berdua...Aku telah berfikir sewajar wajarnya dan membuat pertimbangan dengan berkali kali...Bahawa jika seseorang itu tidak mahu memberi khabar berita pada seseorang yang mahu tahu khabar beritanya..maka tentulah secara logiknya orang itu mahu melupakan orang tersebut...

Setelah yakin dengan keputusan itu aku membuat satu lagi langkah wajar dengan bertanya pada orang ketiga yang boleh di percayai...Mana mana orang yang boleh dipercayai di dalam hidupku...Hanyalah seorang despatch di sekolah itu yang selalu menghantar surat suratku ke pejabat pos...Kerana pernah juga despatch itu bertanya kepada aku...siapa orang yang selalu dikirimkan surat tu...

"Must be special lah ini sarikei...yang kau hantar surat ni brader..."kata Arul seorang despatch di sekolah tersebut.

"Mestilah...kau sorang je tahu pasal ni Arul...than you must keep this as a secret..."

*******************************************

"Arul I have to ask you la brader..."
"Whats that la macha?Kau nampak serius je...Ada surat kau nak mintak aku tolong kirim ke?"
"Yes...And maybe this is the last surat aku kasi kau kirim..."
"Why like that la macha?"
"I think she wants a break of our relationshiplah Arul"
"Kau sure?"
"Yes sure...dah 99 hari dah aku tunggu dia balas surat aku..."
"Kau tipu dey...baru je sebulan..aku tahu lah aku yang kirim ke pejabat pos..."
"Saja aku nak tambah cerita la dey...hahaha..."
"Well, frankly speakinglah brader...I think you do the right thing..."
"Thank you Arul..." lantas aku hulurkan surat yang terakhir buat Yati...surat memaklumkan bahawa tiada lagi ikatan seperti dahulu antara aku dan dia.

*******************************************

Surat kepada Yati yang terakhir...


Yati yang di sayangi...

Mizi harap Yati berbahagia hendaknya di sana...tentang diri Mizi memang tiada lagi musim indah seperti mana masa lalu...yang ada hanyalah keperitan hidup seorang sahabat yang dilupakan...tidak berniat Mizi menyindir Yati jika itu yang Yati fikirkan...

maafkan Mizi Yati...jika Yati tersinggung dengan kata kata Mizi dalam surat ini...dalam surat ini tak ada yang lain kecuali perasaan hati seorang sahabat untuk sahabatnya yang pernah di sayangi dan di rindui...atas sebab itu juga Mizi tak sanggup lagi berdolak dalih lagi akan perasaan Mizi sekian lama...

mungkin Yati mempunyai alasan tertentu untuk tidak lagi mengutus surat buat Mizi...sebagai manusia yang menyedari hakikat kehidupan ini...tentang hati manusia bila bila boleh berubah Mizi faham akan tindakkan Yati pada Mizi...

untuk tidak memanjangkan lagi kandungan surat ini dengan kata kata yang menyesakkankan perasaan antara kita berdua...maka dengan kehadiran surat ini adalah yang terakhir dari Mizi...

Mizi harap Yati berbahagia selamanya tanpa Mizi...Mizi tidak meminta apa apa dari Yati sebab cukuplah apa yang Yati beri pada Mizi selama ini...

dan Mizi rela mengundur diri dari hidup Yati maksudnya selepas ni kita tidak ada apa apa hubungan lagi.semua kenangan manis itu akan Mizi simpan dan abadikan dalam kenangan...

selamat tinggal Yati ku sayang...
selamat berbahagia di masa hadapan mu...


Mizi

Sunday, November 25, 2012

Isi dan Kuku

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips



"Adakah dia yang benar atau mereka itu yang salah?" 

Sekurang-kurangnya itulah persoalan awal yang terlintas difikiran aku saat seorang rakan menceritakan kebenaran dirinya terhadap aku. Sepertinya telah lama dia memendamkan kisahnya itu dan ingin meluahkannya juga. 

Aku terdiam sebentar. 

Dan sebelum ini pun aku pernah dengar juga. Sebab cerita dia beredar dari mulut ke mulut. Kemudian, singgah ditelinga aku. Tapi, aku tak ambil pusing sangat sebab bukan aku yang jemput. 

Bagi aku, lebih baik kita abaikan sahaja cerita-cerita tanpa bukti. Lebih baik kita kita kenal dia sendiri dengan mata kepala kita. 

Selain itu, pulanglah kembali kepada Tuhan. 
Kerana Dia Maha Mengetahui.. 


Hak Cipta: Fauzan Zain
fauzanzain.blogspot.com

Saturday, November 24, 2012

Erythrocytes

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips




Bulan mengambang.

Jalanan lengang itu ku susuri macam biasa. Cari mangsa di sudut gelap. Darah baru dan manis menusuk kalbu. Ini yang aku tunggu. 

Itu kali pertama ku lihat wajah indah yang tak mungkin aku lupa untuk seribu tahunnya. Aku congak strategi terbaik untuk merapatinya. Aku susun langkah kanan kiri kanan depan lurus menghampiri haruman musk dampingan gadis manis pekerti itu. Genggaman tanganku kemas tak berlapik atas kulit mulusnya, sejuk dan menggetar jiwa perawan. Dia dah terkulai layu, taring dah melembap di sisi tengkuknya namun hatiku terkekang. Adrenalin tak mengalir seperti biasa, kaki tersekat sekat dan nafas terhenti henti.

Inikah cinta? 

Hak Cipta: rizqsyadza

Thursday, November 22, 2012

Anitha

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips




“kau tahu tak, model terkenal tu, dia kekasih bos!”

Anitha hanya terkaku mendengarkan kata-kata Joni. “Kau tak percaya, kan Anitha?” tambah Joni lagi, menyeringa. Anitha menjeling tajam ke arah Joni, dan sambung mengadun tepung yang tersedia di atas meja. Joni kemudiannya tertawa, dan langsung duduk di atas meja, tepi sedikit dari tempat Anitha.

“Demo nok kenat kawe ni deh, Joni deh?”

“Hahaha. Aku tahu, kau sukakan bos kan? Kan? Tidaklah, Anitha. Betul ni. Aku dah kerja dengan bos tu hampir tiga tahun. Sebelum ni pun kami sama-sama kerja kat Pacific. Bila bos buka restoran, dia terus offer aku kerja dengan dia,” Anitha tersenyum mendengar Joni bercerita. “Ala, demo nok ghoyat demo kijo baguh, pah boh tawar la demo kijo nga dio deh? Demo keh anok kesayange boh,” Jawab Anitha, dan menyusun adunan tepung kemas di atas dulang.

“Hahaha, itu pun, ya juga. Kau tahu, masa kami kerja kat Pacific dulu, dia selalu datang!”
“Putri?”
“Ya, Putri! Model tu. Aku selalu nampak mereka berdua di lobby hotel,”
“Saing dio kot”
“Saing mende… Kawan, dengan kekasih, gayanya berbeza, beb!”
“Demo rajin tanyo bos dok?”
 “Pernah. Ala, kau tahu je lah bos tu, mana nak bercerita,”
“Dok eh model tu nok nikoh dengan VIP Singapore ko?”

***
Budi duduk di atas sofa, berhadapan sudut dinding kaca. Sengaja dia aturkan dekorasinya sebegitu. Katanya, biar ada rasa rumah di dalam restoran. Tenang, dan selesa. Hari ini pelanggan sedikit ramai. Bila restoran sudah ditutup, dia punya sedikit ruang untuk melepas lelah. Kopi dihirup sedikit-dikit, sambil fikirannya melayang entah ke mana.

“Boh, selesa doh ni kijo dapur nu. Bahan untuk esok pong siap belako doh. Joni kelik dulu lagi boh. Pah, sayo pong nok kelik jugok la deh? Kuci ado atah mejo tuh,”

Budi mengangguk. Cawan kopi diletakkan perlahan di atas meja sambil memerhatikan Anitha yang bersiap mahu pulang. Awal dulu, Anitha diperkenalkan Budi oleh Joni, katanya dia mencari kerja kosong di bandar. Atas dasar percaya kepada Joni, dia mengambil Anitha bekerja. Dan terbukti, dia seorang pekerja yang rajin, dan petah bercakap. Cocok dengan Joni. Cuma bila Budi tidak berapa melayan, maka Anitha tahu sendiri. Budi lebih selesa untuk fokus ketika bekerja, tetapi dia tidak pernah kisah jika bagaimana cara anak-anak buahnya bekerja, asalkan tugasan siap.

“Anitha.. Kalau mahu, biar aku hantarkan kamu pulang,”

Di dalam kereta, keduanya diam. Budi, memang sikapnya yang pendiam, manakala Anitha pula berasa serba salah. Dia sudah lama mengkagumi majikannya, tapi Budi jarang membalas kata-kata Anitha. Kebiasaan Anitha untuk petah berbicara kini menjadi canggung. Ah, kacau! coba saja!

“Bakpo boh tok kelik awal? Sokmo sayo tengok bos lepah kijo gak, duduk kat restoren jah sore-sore,”

Diam.

“Duk ghumoh keh lagi selesa. Abih kijo gak, kelik selalu. Mandi. Berehat. Tidur,”

Masih lagi diam.

“Kalu sayo la deh, biar tok habih pong kijo, sayo kelik jugok. Tapi kalu sayo jadi bos la.”

Kali ini diam, tapi berukir senyum.

“Kamu ni, banyak cakap ya?”

“Doh boh senyap jah. Sayo nok bui jadi suasano cerio jah,”

 “Kamu bosan dengan aku?”

“Buke gitu. Tapi gak, bos bekeng sangat. Pah, suko duk sore-sore pulok tu,”

“Ada baiknya jika aku tidak hantarkan kamu pulang. Elok jika aku bawakan kamu pulang ke rumah aku, langsung aku letakkan kamu di dalam peti kaca. Biar kamu cakap terus tidak henti. Paling tidak, rumah aku tidak akan jadi sebegitu sunyi dengan adanya kamu,”

“Bos takdok gewe ko?” soal Anitha, sambil tertawa.

Diam semula.

Saat ini, mahu saja Anitha menanyakan soal Putri, tetapi dia juga ikut diam. Mungkin lain hari. Sekarang sudah sempurna. Mungkin tembok yang memisahkan mereka berdua, semakinnya merekah. “Sudah sampai. Kamu mahu aku hantarkan sampai depan rumah?”

“takpo bos, tok perlu. Tok perlu. Cukup sapa sini jah. Kalu masuk pah dale nuh gak, susoh la nok tubik. Terimo kasih deh!”

 “Sudahlah kalau begitu. Hati-hati. Selamat malam,”

Usai hantar, Budi terus bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia mula tersenyum. Fikirannya sekarang berkisarkan tentang Anitha. Boleh tahan petah budaknya. Orangnya juga elok. Mudah bawa bicara, malahan juga rajin bekerja. Dan senyuman Budi terus kekal sehingga ke hujung malam.

***
Di hujung pintu rumah, Anitha terlihatkan seseorang. Dari jauh, Anitha sudah cukup kenal susuk tersebut. Anitha tersengih, dan mendekati dia. “Joni, Joni… demo buat gapo depe rumoh kawe male-male gini?”

Joni ikut sama tersengih, sambil tangannya memegang sekuntum bunga mawar merah.


.END.


Tuesday, November 20, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 3

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips

Susahnya aku nak pertahankan long distance relationship ini...Namun kalau hati tu dah setia memang tak ada apa halangannya...jarak?jauh?masa? Semua itu  tak menjadi bebanan pun pada orang yang asyik antara satu sama lain....Aku akui memang banyak dugaannya...sama macam yang aku hadapi sekarang..Aku terpaksa berkorban perasaan bila Yati sudah tidak mengutus surat padaku lagi...namun aku tetap setia dan entah sampai bila...Aku masih berharap Yati kembali ke pangkuanku seperti hari hari yang lalu...

Sudah lebih sebulan...akhirnya aku pasrah...Memang di hatiku masih mengingati Yati...namun aku kesepian tanpa surat surat Yati...sedangkan si cantik Farah pula sangat pandai mengambil hatiku...

"Mizi...rasanya dah sebulan awak berkeadaan begini...bolehkah awak ceritakan apa yang merunsingkan hati awak tu? awak tak mahu cari pengganti ke..."

"Wooohhoooo....tak boleh Farah...saya tak mahu awak salah sangka...saya dengan awak cuma kawan...saya tak pernah anggap awak yang seperti awak fikirkan tu..."

"Saya faham... saya gurau saja...tapi kalau betul pun apa salahnya kan..? Kita sama sama senasib...saya sunyi dan awak pun sepi...?"

"Mungkin betul saya sunyi dan sepi...tapi sepi itu sendiri sudah jadi teman pada saya sejak sebelum awak kenal saya lagi Farah...Cukuplah awak asyik melayan perasaan awak tu...Saya hargai awak sebagai sahabat...Jangan minta lebih dari itu kerana saya tak kan beri..."

"Kenapa hati awak ni keras sangat Mizi...?"

"Memang hati saya macam ni...Saya tak punya hati untuk orang lain...maaf Farah...jangan buat saya tak selesa berkawan dengan awak..."

"Ke awak tak mahu mengaku..?"

"Awak nak saya mengaku apa lagi Farah...maafkan saya... bolehkah awak terima kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa balasan dari saya..saya tak mahu cakap lagi...tolong fahami saya...perasaan awak tu tak ada salahnya...tapi saya tak pernah memikirkan untuk menerima sesiapa lagi dalam hati ini... "

"Mizi..."

"Sudahlah Farah...Saya tak mahu menghiris perasaan awak...tapi cuba terima kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa dari saya...saya tak pernah anggap awak lebih dari seorang sahabat..."

Farah terdiam dan mula tunduk...dia memang keterlaluan terhadap aku..dia memaksa sesuatu yang tak pernah ada di hati aku ...dia memaksa aku untuk menerima dirinya...sedangkan satu ikatan tak pernah bisa terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan... Farah meminta lebih dari ku...sedangkan dia tahu hati ku hanya pada Yati yang jauh di mata...Entah apa yang membuat Farah terlampau mendesak aku..Hinggakan dia tak peduli lagi samada dia di kata syok sendiri...

Dan aku mula menjauhkan diri dari Farah. Mungkin hanya di situ sahaja hubungan kami berdua. Sesuatu hubungan persahabatan yang jujur telah Farah calarkan dan tak mungkin lagi terjalin sekuat dahulu. kini kami hanya kawan sekelas yang cuma bertegur sapa atas dasar kawan sahaja.

Sunday, November 18, 2012

Seri

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Lindap lampu jalan menggelap suasana. Akim melebar pandang mata, meliar sekeliling. Langit kelihatan legam. Mujur bintang berserak ke sana sini. Boleh menghibur diri sendiri. Namun seriau mula menguasai. Akim gelisah. Benarlah penantian itu satu penyeksaan. Dia sudah berjanji dengan Seri, untuk bertemu empat mata di hujung simpang ini. Di atas aspal beralas batuan konkrit. Tepat jam 12 tengah malam.

Kau ni gila ke apa? Blind date tengah malam buta? Kau biar betul Kim.

Saiful meninggi suara. Membiar Akim termangu dengan soalan demi soalan yang dilontarkan. Kotak fikirnya kehairanan. Berjumpa di tengah malam? Hendak menyaksi malam bulan dipagar bintangkah?;Ceh! Ingat ini cerita P.Ramlee?

Dah lama bertangguh Pol. Setahun rancang, asyik tak jadi. Malam ni jelah peluang aku. Mana tau kot berhasil?

Kau ni gila Kim. Bercinta bagai nak rak. Tapi muka dia pun kau tak pernah tatap. Macam mana? Orang lain, setahun kenal dah boleh ajak kahwin. Kau? Nak jumpa pun, merancang sampai setahun.

Masih terngiang leter Saiful ke segenap ruang ingatan. Akim menggeleng kepala sendiri. Dia persetan dengan setiap butir kata kawan baiknya itu. Harapan dia menggunung tinggi. Mengenali Seri di depan mata sendiri.

Malam semakin menginjak masa. Asap nikotin itu dihisap acuh tak acuh. Puntung yang masih berbaki suku dicampak jauh. Selang minit, kelibat susuk tubuh giur  terpacul di celah gelap malam. Akim merasakan kehadiran Seri. Seperti yang dijanjikan; Berbaju putih suci dan berambut panjang ikal mayang. Semakin lama semakin kujur tubuh itu menghampiri. Akim masih samar mengenal wajah. Terlindung di sebalik rambut panjang mengurai.

Akim...

Suara Seri bersipongang syahdu. Gerak langkahnya sangat perlahan. Bagai tidak menjejak bumi. Bagai terawangan. Akim mula terbata-bata. Berselang dengan rasa seriau yang makin berleluasa. Seri makin menghampiri. Makin mendekati. Perlahan-lahan mendongak, bertentang mata. Akim terpana, pempan beku seketika.

Dah lama tunggu? Maaf ya. Seri ada sedikit kesulitan tadi. Tengkuk Seri, masih tidak terpacak paku. Nah, Akim tolong pakukan?

Akim hilang sedar. Terus tak ingat apa.


 Hak Cipta: Faraherda Razalan


Anjing

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
...sekadar hiasan...


Ceritanya bermula dengan... 
Alan melangkah menuju ke depan. Bersemangat untuk berkongsi cerita. 

“ Ini kisah tentang anjing. Kenapa anjing? Hah... Sebabnya saya takut dengan anjing. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu saya jalan kaki seorang diri ke kedai. Laluan dari rumah saya ke kedai tu mesti kena lalu sebuah rumah cina yang bela tiga ekor anjing yang besar-besar gaban saiz dia. Semasa saya menuju ke kedai, semuanya berjalan dengan lancar sebab semua anjing tu masih lagi dalam pagar. Saya pun macam, ‘fuhhh...selamat aku...’. Tapi... Hah, tang nak balik tu yang tak lepas! Saya nampak tiga ekor anjing yang besar-besar tu dok asyik mundar-mandir depan rumah tuan dia. Langkah saya terus termati bila melihat anjing-anjing tersebut sedang memandang ke arah saya. Mungkin ia dapat menghidu bau ayam mentah yang telah saya beli di kedai sebentar tadi. Saya pun apa lagi, selangkah demi selangkah saya menapak kaki ke belakang. Entah bagaimana, ketiga-tiga anjing itu terus mengejar saya. Saya terus mencampakkan bungkusan ayam yang saya telah beli tadi dan lari sepantas Ussin Bolt.” 

Alan berhenti sejenak. Memandang satu persatu wajah teman-temannya yang sedang khusyuk mendengar. Masing-masing bagaikan memintanya untuk meneruskan cerita yang selanjutnya. cerita diteruskan selepas satu helaan nafas panjang dihembuskan. 

“Tapi itu bukan cerita yang sebenarnya pun... ekeh ekeh ekeh, ceritanya begini... bila anjing tu dah nampak saya melangkah ke belakang, ia terus berlari ke arah saya. Apa yang hendak ditakutkan, ilmu silat sudah penuh di dada. Kemudian, saya letakkan bungkusan ayam ke atas jalan. Kaki sudah pun saya pasangkan kuda-kuda. Menanti ketibaan tiga ekor anjing tadi dengan sedikit debaran yang kian terasa. Bimbang juga sekiranya langkah silat yang bakal dibuka sumbang jadinya. Namun, sayang... Itu semua hanyalah khayalan saya sahaja.” 

Sesaat, Alan berhenti untuk mengambil nafas kembali. Senyum. Lucu benar tika dia melihat wajah teman-teman yang merasakan mereka sudah terkena. 

“Rupa-rupanya, cerita yang sebetulnya macam ni. Kan saya dah takut bila Nampak tiga ekor anjing yang besar tu kan, saya pun berhenti dari terus melangkah. Cuba mematungkan diri. Bila saya tengok anjing tu mula melangkah ke arah saya, saya dengan penuh berhemahnya mengundurkan diri setapak demi setapak. Saya berhenti bila melihat anjing itu turut berhenti. Kemudian, saya terdengar satu suara, ‘Laiii...Lai...Laiii... Peter, Balack, Jack, Laiiii....’. tuan empunya anjing telah pun memanggil anjing-anjingnya untuk masuk ke rumah. Dan saya, terus berjalan pulang dengan selamat bertemankan bungkusan ayam mentah yang di pesan oleh mak. Ok, itulah kisah saya dan anjing”.


Saturday, November 17, 2012

Fine Without You

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips



You always tell that your feelings are true...
You always say “I love you”...
You always there when I need you...                 
You always say that you won’t leave me...

And I let my guard down for you...
And I open my heart for you...
And I share my feelings for you...
And I share what I wanted in life with you...

Then you start telling lies...
Then you came and go as you like...
Then you always pick a fight...
Then you disappear without saying goodbye...                      

I was devastated...
I was numb...
I was unaware...
I was stupid...

Now you came back...
Now you tell that you still need me...
Now you tell that you still love me...
Now you tell that you want me back in your arms...

All I can say to you now is...
You are my history...
You are my past...
And I’m fine without you...


Hak Cipta: Gorie

Bukan Seperti Kamu! #Episod Akhir

10:52:00 AM | | Best Blogger Tips


"Wei bro, kalau aku sendiri pun aku terajang hang sekali” dan itu tidak membantu. Mus jujur dengan lafaznya barangkali, tapi masih tidak sedikitpun melegakan hati Tuah.

“Itu tindakan spontan dude. Manalah aku tahu aku nak pegang tangan dia”
“Dan dia pun spontan la piang hang kan” ya. Tak payah diingatpun, dia masih lagi terasa pelempang Imah hari itu. Sedikit pun tak hilang rasa sakit itu biarpun merah padam mukanya sudah pun pelahan-pelahan padam dari pandang. Tapi, marah kah Tuah dengan dendam padam Imah atas hal itu? Bukan salah Imah pun kan?

'Ha’a, bukan salah dia. Dia pun bukan sengaja aku rasa. Macam mana aku tak sengaja pegang tangan dia. Mungkin aku perlu minta maaf lah kot kan Mus?”

***

“Eh, takkan aku pulak nak minta maaf. Dia yang pegang tangan aku dulu. Aku bukan tak ada aurat dan peraturan okay” marah Imah pada handphone nya. Ya, pada yang di talian. Mardiah.

“La, ko tetap salah kan pi tampar dia kan”
“Tak sengaja sengaja kan?”
“Tapi tetap salah kan?” dan kali ini diam. Imah ini nampak saja seperti diam, tapi dia sebenarnya suka berbalah, terutama pada apa yang dia percaya betul.

“Tak. Tak salah” ha, kan tengok. Melawan.

Mardiah tahu, kalau dilayan sangat pun si Imah ni tak akan ada sudahnya. Imah sebagai Imah, dia harus dilentur lembut dulu dan bukan ditebang keras ucapannya. Benang basah pun kalau boleh dia nak tegakkan kalau dia percaya dia betul. Wei, kalau dah benang basah tu benang basah la kan!

“Ok, why not you are doing this just to calm thing down, and full stop.”
“But”
“Ya, ko tak salah. Tapi tetap tak salah kalau ko minta maaf je, just tanya dia ok ke tidak? Lagipun ko kan sekelas dengan dia, kang bermasam muka berdendam lagi apa segala, kan susah”

Imah dah senyap. Sekejap. Berfikir barangkali. Hatinya bukan keras mana sangat, Cuma bila amarah itu menjadi ratu jiwa, pasti ada saja yang tak kena. Dulu selalu pesan orang beristifar kalau kalut, tapi bila dah jadi hal pada diri sendiri, semua bisa lupa segala.

“Anyway, hang pun pernah cakap hang suka dia kan?”
***
“Dia kenal aku ok”
“dah korang sekelas, mestilah dia kenal. Tak ke ngok cakap dengan aku macam tuh”
“But, dia tahu aku Tuan, i mean, Azizul yang bising. Jadi, dia ada tengok aku lah kan?”
“Dan dia pun ada lempang hang kan?”
“That is another story. Itu lepas aku buat silap. Aku kan gelabah. Anyway, my point is, dia kenal aku dan barangkali dia sendiri pernah jeling-jeling aku kan?”

Mus tak jawab. Mus pun tak mengangguk. Senyap. Barangkali menghadam kata Tuah.
“Mana tau aku ada can lagi” dan waktu itu handphone dia berbunyi. Menjeling sekejap, dan kemudian biarkan saja. Nombor tak kenal sms, maknanya tak penting. Orang tengah sibuk hal hati, dia nak sms nak bunyi apa segala.

“Ko mintak maaf je lah bro. Kendian baru tau ada can ke tak ada can”
Maaf? Hmm. Kena tunggu minggu depan la nampaknya. Cuti belajar baru habis seminggu, ada lagi seminggu. Tapi, tak ada belajar apanya, sebab seminggu pun sakit di pipi tak hilang, mana nak mengadap buku lagi.

Trut Trut, Trut Trut!

Message lagi. Aiseh.

***

Pagi ini, cuaca kembali panas. Mungkin semalam hujan dah turun habis di sekeliling kampus buatkan hari ini tak ada baki titisannya untuk sejukkan cuaca. Dalam kelas tadi pun masih terasa panasnya bahang hari, bertambah bahang hangat bilamana orang yang dinanti Tuah tadi sedikit pun tak pandang. Masuk kelas terus duduk di hadapan dan pandang hadapan tanpa toleh. Terasa dua jam kelas hari ini terlalu lama untuk sebuah penantian. Lagi-lagilah kalut bila minda hanya fikirkan apa yang nak disebut ucap dan laku karang-karang nanti.

“Ok kelas, jumpa lagi lusa. Assalamualaikum” oh, dah habis. Cepat. Kelas dah habis!

***

Ah cepat. Beg dah kemas tadi lagi. Langkah terus dibuka, dan biar segera terus hilang dari kelas ni. Imah langkah lebih deras dari selalu. Nak deras lagi boleh tak!!!

“Imah,” dan kali ini folder kelas dikepit jemarinya di tarik. Ah, dia lagi. Kaki tarik ke apa nih!
“Imah, maaf” dan imah diam. Nak lari pun tak guna dah, si pengejar dah di depan mata. Budak ni memang gila, Imah bergegas rasanya dah cukup laju tadi, tapi masih dapat tangkap. Gila!

“Tak, saya tak gila. Saya Cuma hilang pertimbangan” Gila la tuh.
“Maksud saya hari tu. Hilang pertimbangan hari tu. Maaf” dan kali ini baru Tuah berdiri betul. Dah hilang lelah nafasnya tadi barangkali. Dan kali ini baru berdiri betul-betul menghadap Imah. Dan semua yang lain dah hilang. Dah seperti tinggalkan dua insan ini. Dan jadi sunyi. Seperti dibuang dari dunia yang realiti dan hanya tinggalkan mereka berdua. Dua. Dalam satu dunia. Barangkali.

“Maaf” sepatah, selepas lama Tuah mendiam diri sambil melihat Imah yang tunduk, dan menkuis-kuis hujung folder kerja yang ditarik ke kepitannya semula. Ah, seperti pandang selalu, dan pandangan ini yang Tuah suka. Paling suka.

“Maaf untuk hari itu. Betul-betul maaf” sekali lagi ucap Tuah. Imah masih senyap. Dan Tuah makin kaku. Tak cukup tatabahasa lagi untuk diucap. Ah gila. Bila dah nak masuk bab hati semua bisa mati. Tapi, dah masuk ke belum ni bab hati?

“Belum. Maksud saya belum cukup” pendek, tapi tegas. Dan Imah turun balik pada pandang lantainya. Ah, dia sendiri tidak tahu mahu berucap apa barangkali.

“Maafkan saya Imah. That was an accident. Saya tak berniat nak pegang tangan awak”
“Tapi awak dah pegang kan?”
“Dan awak sendiri dah lempang saya kan?” dan kali ini Imah terangkat mukanya sekejap, dan tertawa manis halus. Ah, lesung pipit tu pun nak keluar macam tak nak keluar. Ah, gila. Ini yang menggilakan seorang lelaki barangkali. Atau, setan dah datang bertenggok dekat pipi dia dah, tu sebab Tuah dah nampak semua manis dah menggoda. Gila!

“Saya maafkan” dan lega. Itu sudah cukup buat Tuah tersenyum kembali. Ah, senyum sikit pun dah cukup banyak buat waktu ini.

“Tapi saya betul sukakan awak Imah” spontan.
“Stop!” ah, marah balik?
“Saya baru maafkan awak, tapi belum terima awak” dan kali ini senyum tadi hilang. Imah kembali tegas.
“Belum terima bermaksud belum menolak sama kan?” dan Imah terdiam. Hilang kosa kata sekejap, dan merah padam mukanya. Ah, hal hati mana boleh berkata ‘never’, kerana kita tidak pernah tahu kan.

Waktu itu wajah Imah sudah sedikit bangkit. Matanya sudah berani mencari sudut lain dari hanya tegak mengadap lantai. Tapi memandang Tuah betul-betul memang bukan kerja dia. Dan seketika masa menjadi terlalu lama antara mereka. Masa juga berhenti sejenak memandang mereka barangkali.

“Kita kawan?” lontar Tuah. Dan wajah imah berpaling memandang Tuah. Dia senyum, dan kemudian angguk, pelahan. Dan terus melangkah pergi.

Dan waktu itu dunia kembali berbunyi, bising. Dan Manusia berkeliaran mula kelihatan, kerana Imah dah mula hilang dalam kebanyakan.

Tuah? Masih di tempat sama. Dan tersenyum. Kali ini manis. Lebih manis dari senyum Imah yang akhir tadi. Ya, lebih manis dari itu.

Trut Trut! Trut Trut!

Ah, message lagi. Memang selalu anti kemuncak macam ni ya, ada bunyi-bunyi handphone segala?

“Ah, no tak kenal ni lagi” dan click buka.

[Mana ada orang yang reply sms orang yang dia suka dengan ‘siapa nih?’. Tak cukup suka la kot? – Kawan Awak]

“Siapa nih?” berkerut. Dahi. Kemudian senyum. Kali ini lagi manis. Dan nampak gigi. Yang ini baru macam orang gila. Gila!

[END]

***

{BEGIN SUBPLOT}
Lepas mandi, Tuah kembali ke handphone yang berbunyi tadi. Waktu itu Mus dah balik. Duduk lama-lama pun bukan dia nak hidang makan minum untuk si Mus tuh. Rumah bujang kan?
Peti Pesanan. Buka. Baca.

[Sorry]
“Sapa pulak nih? No 011 ni mana aku ada” dan laju ibu jari berlari pada papan keyboard untuk menjawab [siapa nih?] dan sent.
No tak kenal ni jangan dilayan sangat, kat?

{END SUBPLOT}



Thursday, November 15, 2012

Bawah Langit

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
Malam itu, aku melihat dia menari dengan gaya sebegitu indah seakannya bidadari. Ya, seakan bidadari di antara rintik renyai hujan. Kami sama-sama kebasahan, di bawah langit.

“Kamu mahu jadi penari, atau model?”
"Kenapa?”


Aku hanya tertawa sebagai balasan pertanyaan-nya. “Kamu tak percaya yang aku bisa juga jadi model, ya?” soalnya lagi lalu melabuhkan punggung di sisi aku. Tangannya aku ambil, dan genggam. “Bukan aku tak percaya. Tapi kamu, tidak cukup tinggi untuk jadi model,” jawab aku, separuh gelak. Mukanya mula memerah, tangannya ditarik semula. “Kamu jahat!”

“Tak ada-lah. Bercanda,” balas aku, sambil meraih semula tangannya.
“Kamu tahu?”
“Tidak,”
“Aku mahu jadi model, dan berada di atas pentas seluruhnya dunia. Aku mahu jadi yang terbaik, dan… kamu juga!”
“Aku?”

“Ya, kamu! Bukankah cita-cita kamu mahu buka sebuah restoran? Kamu bayangkan. Di majlis pembukaan restoran kamu, Aku pula peragakan pakaian. Sepertinya, konsep butik-cafĂ©? Kan menarik?”
“Hahaha. Kamu fikir pelanggan aku nanti mahu makan apa? Makan baju, makan blaus?”
“Ah, aku bersungguh ni. Aku tahu aku mampu, dan aku tahu kamu juga mampu, kasih.”

***
Selesai urusan di dapur, aku tutup lampu. Pintu aku periksa berulang kali, takut-takut terlupakan. Paranoid. Pernah dulu ada orang pecah masuk, habis rosak semuanya. Majalah atas meja aku susunkan kemas-kemas. Sambil itu mata aku tertancap pada salah satu paparan hadapan majalah, ‘Model Terkenal bakal nikahi VIP,’

Aku hanya melempar senyum. Kamu sudah terbang tinggi, sayangku. Cuma tinggal aku sekadar mampu melihat dari bawah langit. 

.END.

Wednesday, November 14, 2012

Alahai Tasha - 2

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
*sambungan Alahai Tasha.





"Aku suka kau, Sha." bisik Kojek dalam hati.

Kojek tahu tak mungkin Tasha akan suka padanya. Dari dulu lagi Tasha selalu menjadi mangsanya. Mana mungkin Tasha akan melupakan semua itu. 

"Eiii! Aku benci kau Kojek! Kenapa kau selalu usik aku? Kenapa kau suka sorok barang-barang aku? Aku tak pernah pun ganggu kau!" Tasha marah. Kemarahan yang tak dapat dibendung apabila Kojek tidak pernah jemu mengganggu dia. Kojek buat muka selamba. Tasha makin geram. Kojek mendekati Tasha, ditariknya tudung putih yang tersarung di kepala Tasha dari belakang. Tasha terundur ke belakang dan hampir-hampir jatuh terduduk. Nasib baik Tasha dapat menstabilkan kedudukan badannya. "Sha, suka hati aku lah nak buat apa!" marah Kojek. Tasha yang tidak tahan melayan karenah Kojek terus keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru. Kali ini Tasha berjumpa dengan Cikgu Mokhtar iaitu guru disiplin. Kojek di panggil. Semasa masuk ke dalam bilik guru disiplin, Kojek sempat menjeling tajam ke arah Tasha yang nangis teresak-esak. "Apa lagi masalah kamu?" soalan pertama yang keluar dari mulut cikgu Mokhtar. Kojek diam. "Kenapa kamu ganggu Tasha? Rasanya dah banyak kali saya dapat aduan dari Tasha. Hari tu cikgu Nordin pun ada cakap pasal ni." Kojek kehilangan kata. "Saya sukakan Tasha cikgu.." bisik hati Kojek. Selepas sessi soal jawab tersebut Kojek menerima habuannya. Habuan yang tak mungkin dia lupakan. Habuan yang akan menguatkan lagi perasaannya pada Tasha. Kojek telah di hukum mencabut rumput dengan tangan tanpa menggunakan sebarang peralatan di antara blok kelas dan blok bilik guru. Sejak peristiwa itu, Kojek dan Tasha diasingkan. Mereka duduk di kelas yang berlainan dan semestinya peluang Kojek tak berpeluang untuk mengusik Tasha seperti sebelumnya. Sejak itu juga, Tasha semakin jauh dan semakin membenci Kojek. 

Sehinggalah pertemuan di dalam van sewa petang tadi. "Tasha semakin cantik. Masih pemalu macam dulu. Cuma, bezanya sekarang dia dah berani melawan cakap aku." Kojek bercakap sendiri. Kojek senyum. Pagi itu Kojek bangun awal. Dia bercadang untuk menemui Tasha. Kojek mendapatkan maknya dia dapur. "Mak, orang nak pegi rumah Sha ni. Nak jumpa Sha." Mak Imah yang sedang menggoreng pisang mengecilkan api dapur bagi mengelakkan pisang yang digorengnya hangus. "Eh, nak buat apa jumpa Sha? Kamu jangan nak kacau anak dara orang." suara Mak Imah sedikit keras. "Laaa. Orang nak jumpa Sha. Ni ha nak bagi keropok lekor dan kain batik yang orang beli kat Sha. Bukannya nak mengacau anak dara orang." Kojek mencubit sedikit goreng pisang yang masih panas di atas meja. "Oh.. Kalau macam tu kamu bawa sekali goreng pisang ni untuk Sha dan mak ayah dia." arah Mak Imah sambil meletakkan goreng pisang ke dalam bekas. "Mak nak bagi menantu mak ke?" Kojek senyum nakal. 

Kojek mematikan enjin motosikalnya setelah sampai dihadapan pagar rumah Tasha. Kojek memberi salam dan salam disambut oleh satu suara yang Kojek kenal. Tasha muncul dengan wajah segar pagi itu. Kojek senyum bahagia melihat Tasha sudah berada di hadapannya.

"Hai..tak bagi aku masuk ke Sha?"
"Eh! nak buat apa? Berdiri je kat luar pagar tu. Ada apa ni pepagi dah merayap kat rumah orang ni?"
"Amboi Sha! Ganasnya. Ni ha, mak suruh hantarkan goreng pisang. yang ni pulak keropok lekor dan dot dot dot untuk Sha."
Kojek menghulurkan bungkusan dan bekas goreng pisang kepada Sha. Sha senyum.
"Terima kasih. Susah-susah je"
"Tak ada susahnya. Sha, minta nombor telefon boleh tak?"
"Eh kau ni bagi semua ni sebab nak nombor telefon ke?"
"Isk! mana ada. Nak bagi ke tak?"
"Tak!"
Kojek sedikit kecewa. Tapi, Kojek takkan cepat mengalah.
"Okay lah kalau macam tu. Tak nak bagi takpe. Balik dulu lah."
"Okay. Sila lah"
Tasha sengaja mengusik Kojek. Sementara Kojek mengharapkan Tasha akan bersimpati dengan dia. Kojek menghidupkan enjin motosikalnya dan terus meninggalkan Tasha yang sudah masuk ke dalam rumah. "Alahai Tasha...jual mahal betul!"

Tasha membuka bungkusan yang berbalut dengan kertas berwarna merah jambu berbunga kecil pemberian Kojek. Ada 5 helai kain batik berlainan warna dan corak. Ada satu nota yang terselit di dalam bungkusan tersebut. 

"Nak nombor telefon boleh tak Sha? Ni nombor aku 013-2266912. Kalau rindu, sms/call aku."

Tasha melipat nota kecil tersebut dan menyimpannya ke dalam dompet. "Amboi kau Kojek, tak cukup minta guna mulut, siap tulis nota lagi." 

-bersambung--


Tuesday, November 13, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 2

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips

Kosong...aku rasa jiwaku kosong...Bahkan setiap hari penuh siksa aku menanti dan menanti... khabar berita dari Yati.Namun terisi juga segala kekosongan itu dengan hadirnya Farah.

"Yati...mampukah aku bertahan?mampukah aku merpertahankan kesetiaan dia padamu Yati?sedangkan sudah lama tak ku terima surat surat kau padaku...apa kau dah lupakah padaku Yati?

"Awak...awak tak pegi makan ke?"

"Kenapa Farah...awak nak belanja ke?"

"Dah beli pun...ni haaa...kuih ...kenapa awak suka duduk sorang sorang kat sini ?"tanya Farah kerana Mizi asyik menyendiri sahaja di bangku court basketball lapang yang sesekali susasana segar di tiup angin...

"Saya dapat ketenangan kat sini Farah..."sambil memandang pada Farah yang berdiri di hadapannya...Angin mengelus rambut ikal gadis itu menutupi dahinya dan sinaran matahari pula di lindungi oleh redup pepohon rhu yang tumbuh berdekatan...cuaca memang sedikit panas tapi agak nyaman...

"Apa yang berat sangat..sampai jiwa awak tak tenang?apa yang awak fikirkan Mizi?...girlfriend ke?"

"Saya memang dah biasa sorang sorang macam ni...keluarga saya selalu berpindah randah...saya tak ramai kawan...baik saya macam ni saja..."

"...dan awak takut nak rapat dengan seseorang...sebab takut berpisah kan?"

"Apa maksud awak cakap macam tu Farah..."

"Sama macam awak saya pun baru berpindah kat sini...cuma saya mahu menggembirakan hati saya dan tak mahu ingat perkara yang tak menggembirakan hati saya..."

"Senyumlah sikit Mizi...awak asyik bermuram sahaja..apa tak ada apa yang boleh menggembirakan hati awak ke?"

"Ada...tapi...ahhh...lupakan saja..."

"Lupakan saja...tapi boleh kah awak lupakan?"




"Cantik lukisan ni Mizi...perempuan ni pun cantik..."puji Farah pada lukisan Mizi yang tergantung di bilik lukisan...

"Masa ujian hari tu...saya lukis lukisan potret...lepas tu cikgu nak gambar tu buat hiasan dalam bilik lukisan ni..."

"Apa lagi keistimewaan awak yang awak rahsiakan Mizi"

"Rahsia...?"

"Awak pandai simpan rahsia awak Mizi...walau saya dah bukakan jalan bagi awak luahkan apa yang tersirat...tapi awak masih melipat kemas rahsia awak tu..."

"Awak masuk Kelab Seni Kreatif ni sebab nak tahu rahsia saya ke?...pandai ker awak melukis...hehehhe?"

"Awak jangan pandang sebelah mata kat saya Mizi...saya dapat A1 dalam sabjek lukisan..."

"Kalau macam tu...TRIAL SRP ni kita tengok siapa lagi HEBAT!!!"

"Itu takder hal Mizi...jangan cakap saya tak pernah warning awak...hahahhaha"


*******************************************

Sunday, November 11, 2012

Fuad dan Aryana 2

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Terjaga, telefon tangan berdering. Tekan punat berwarna hijau.

“Hello.” Gosok mata.
“Hello. Tidur ke?”
“Hmm.. Awak kat mana tu?” Tukar posisi mengiring ke kiri.
“Maaf ganggu awak tidur. Saya baru turun kapal ni.” Ada suara orang menjerit di belakang.
“Oh, ye ke! Tak apa, saya okay saja.”
“Okay. Awak jaga diri ya.”
“Ya. Awak pun.”

Tekan punat merah.
Senyum. Terasa istimewa. Terawangan.




Hak Cipta: Suffyanrazzaq
twitter: @suffyan_razzaq

Aku

11:50:00 AM | | Best Blogger Tips


Hai… nama aku Milah. Budak kampung? Ya, tapi itu dulu. Sekarang aku menetap di Kuala Lumpur. Kota yang penuh dengan warna-warna noda. Orang panggil aku Melly. Baru mencecah 21 tahun. Aku joint group menulis ni pun sekadar nak berkongsi kisah benar kehidupan aku. Yelah… Gadis kampung yang berhijrah ke bandar, mestilah culture shock kan. Dan aku salah satu daripadanya.

Aku anak sulung. Punya seorang adik lelaki. Mak aku dah pergi masa umur aku 12 tahun. Bapak aku penoreh getah. Sejak mak aku meninggal, akulah yang jaga makan pakai bapak aku. Bapak aku baik orangnya. Warak. Pandai arwah mak aku pilih suami. Cukup segala ilmu fardhu ‘ain bapak aku ajarkan. Solat lima waktu aku tak tinggal. Puasa bulan Ramadhan sempurna aku laksanakan. Semuanya berlaku dengan elok pada awalnya sehinggalah umur aku mencecah 17 tahun.

Waktu itu aku rasa diri aku dah besar betul. Matang kononnya. Aku dah pandai nak main cinta dengan hero kampung. Bapak aku beri nasihat pun aku dah pandai nak membidas. Aku cakap bapak aku kolot. Arghhh… anak jenis apa aku ni?

Zakuan, lebih dikenali sebagai Zack. Hero kampung kerana terkenal dengan kehebatannya bermain bola sepak dan bersilat. Suzie, rakan sekelas ku bertindak sebagai orang tengah dalam perhubungan aku dan Zack. Suzie bilang, aku cocok benar digandingkan dengan hero kampung itu. Aku hanya senyum. Bunga mekar di dasar hati. Lama juga aku dan Zack menjadi teman tapi mesra.

Suatu hari setelah tamat SPM, Zack mengajak aku dan Suzie bertandang ke rumahnya. Saja, sebagai meraikan kemerdekaan kami daripada jajahan SPM kononnya. Aku enggan namun Suzie beriya benar mahu ke rumah Zack. Akhirnya, aku turutkan saja.

Sesampai di rumah Zack, sunyi. Tiada kelibat orang tua. Bila aku tanya, Zack bilang bapaknya bekerja di pekan sedang maknya pula bertindak sebagai kerani di estet. Sungguh, Zack pandai melayan tetamu. Dihidangkan air sirap dan keropok sebagai jamuan ringan. Sebentar, Zack hilang. Entah kemana, aku sendiri tidak pasti. Lima belas minit berlalu, Zack kembali dengan pakaian yang lebih santai. Berbaju T dan berseluar tiga suku. Segar penampilannya. Kelihatan seperti baru usai mandi. Lantas, dia mengambil tempat untuk duduk di sebelahku. Rapat. Aduhhh… Haruman pewangi jantannya membuat aku sedikit resah. Gelabah.

Zack mendepangkan sebelah tangannya di belakangku. Cuba memeluk bahu. Aku? Hanya diam membisu. Tiada penolakan yang berlaku. Dan Suzie, lagaknya biasa seperti selalu. Hanya duduk mengunyah keropok sambil membutakan mata. “Aku sayang kau Ila”, Zack membisik lembut di cuping telingaku. Rapat benar jarak kami tika itu sehinggakan aku bisa terasa hembus nafasnya. “Kau sayang aku?”. Aku hanya mampu memberi jawapan dengan anggukan. Ternyata Zack orang yang paling gembira saat itu. Semakin berani tangannya menjalar ke bahagian tubuh montokku. Dasar jantan bernafsu kuda.

“Mari…”. Zack bangun menarik tanganku agar mengikutinya. Tetapi gadis kampung macam aku mana biasa dengan keadaan sebegitu. Rasa takut yang kian menular dan dalam waktu yang sama keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru merasuki ruang hatiku. “Sue…”, aku cuba untuk mendapatkan kepastian dari Suzie. “Terpulang pada kau… Aku ada kat sini…”. Kata-kata dari Suzie tidak sedikit pun membantu pada dasarnya. Zack kian menarik. Dan aku akhirnya, hanyut dibuai nafsu…

Sejak hari tu, boleh dikatakan seminggu sekali aku dan Zack melakukan perbuatan terkutuk tu. Kadang-kadang dekat rumah Zack, kadang-kadang dekat bilik aku sendiri. Sungguh aku takut pada mulanya, tapi disebabkan nafsu yang bermaharajalela, segala perasaan takut aku tolak ke tepi. Apa yang aku inginkan, hanyalah belaian kasih dari Zack. Dan ternyata, aku puas bila bersama dengan Zack. Zack segala-galanya bagi aku hinggakan makan pakai bapak aku sendiri kian terabai. Arghhh… Anak jenis apa aku ni?

Meskipun aku berasal dari keluarga yang miskin, tapi aku dikurniakan dengan otak yang bijak. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, aku tidak pernah mengecewakan bapak. Begitu juga dengan keputusan SPM… Aku berjaya perolehi 6A dari sembilan subjek yang aku duduki. Akhirnya, aku buat keputusan untuk tinggalkan bapak di kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sengaja aku beri alasan ingin mencari rezeki di bandar kotaraya metropolitan demi menyejukkan hati bapak. Sebetulnya aku mahu mengikut Zack, menjadi perempuan simpanannya yang bisa menjanjikan aku kehidupan yang serba mewah. Ya, aku sudah menipu bapak. Arghhh… Anak jenis apa aku ni?

Dan kini, sudah menginjak tiga tahun lebih hidup aku bergelumang dengan dosa. Aku bukan hanya melayan Zack, bahkan sudah bermacam-macam jenis lelaki hidung belang aku sudah puaskan. Menyesal? Pernah juga aku rasa menyesal. Seketika cuma. Itupun hanya ketika bapak meninggal dunia. Bapak kena serangan jantung bila saja dia tahu pekerjaan sebenar aku di sini. Masakan tidak terkejut, duit yang selama bertahun-tahun aku kirimkan buat bapak dan adik di kampung rupa-rupanya hasil dari mata pencarian yang tidak halal. DUIT HARAM!!! Kesian bapak… Mati kerana sikap aku, anaknya sendiri. Arghhh… Anak jenis apa aku ni?

Sekarang, saat aku menulis kisah ini, aku masih lagi hidup di dalam kemurkaan Allah. AIDS…??? Siapa yang mahu kan? Aku tahu potensi aku untuk menghidap penyakit durjana tersebut amat tinggi tapi pintu hatiku masih lagi belum terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Mungkin Allah tidak sayang aku… Arghhh… Aku silap di situ. Bukan Allah tidak sayangkan aku, tetapi aku sendiri yang tidak sayangkan diriku. Apa yang aku harapkan buat kamu, kamu dan kamu yang mungkin tika ini sedang membaca kisah hidupku, semoga saja kamu semua tidak tersalah dalam memilih jalan hidup… Jangan pernah sangka lorong yang indah dengan taman bunga yang berseri merupakan destinasi yang kamu semua ingin tujui. Mungkin saja taman bunga yang berseri itu bakal mengeluarkan bau-bauan yang busuk yang akhirnya melekat di pakaian kamu.

 Sekian…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...