Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, May 31, 2012

My Dear Fatin

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Fatin masih seperti berkeadaan seperti tadi. Termenung sambil menangis. Fatin sedih. Fatin menyesal. Airmata sedari tadi seakan enggan berhenti. Terkadang tangannya mengesat airmata dan terkadang memegang perut. Ya, Fatin loya. Fatin mahu muntah. Sebenarnya sudah beberapa kali Fatin muntah. Puncanya dari sekeping surat yang diterima siang tadi. Surat yang dipanggil surat cinta. Fatin membuang pandang ke arah surat cinta itu. Airmata Fatin jatuh lagi.
-------------------------------------------------------

To : My dear Fatin
Ngah buat ape tu sayang? Sihat? Harap awak sihat-sihat sentiasa.

My dear Fatin,
Sebenarnya saya ada something nak bagitau awak, dah lama saya pendam tau. Tapi kalau saya bagitau, awak jangan terkejut tau. Janji?

My dear Fatin,
Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu? Kita selalu main pondok-pondok kan? Ingat tak? Masa tu awak jadi isteri, saya jadi suami. Teddy bear awak yang nama Pinky pulak jadi anak kita. Saya suka awak jadi isteri saya. Saya seronok tengok awak dukung anak kita. Saya keluar pergi kerja, awak pulak masak kat rumah. Kelakar, bukan? Tapi saya suka.

My dear Fatin,
Ingat tak masa kita belajar bawak basikal? Awak pakai skirt pink dan kat rambut awak ada riben. Rambut awak lurus. Bila angin tiup rambut, awak nampak comel. Comel sangat tau. Tapi masa awak bawak basikal, awak jatuh. Lutut awak luka. Ada darah. Awak nangis. Saya sedih sangat. Lepas tu saya dah tak bagi awak bawak basikal. Biar saya je yang boncengkan awak. Saya tak nak awak jatuh lagi.

My dear Fatin,
Ingat tak masa kita sama-sama jalan kaki pergi sekolah? Seronok kan? Masa pergi sekolah, awak asyik menguap je. Awak cakap awak mengantuk dan tak suka bila kena bangun pagi-pagi. Awak mengomel cakap sepatutnya sekolah kena mula jam 10 pagi. Comel je awak ni. Bila balik dari sekolah, kita sama-sama beli aiskrim dekat tepi pagar sekolah. Awak comot bila makan aiskrim. Tapi tetap comel.

My dear Fatin,
Awak comel, saya suka. Itu dulu. Sekarang awak dah cantik, saya suka. Saya cintakan awak. Lama dulu. Sejak kita sama-sama main pondok-pondok, masa kita sama-sama bawak basikal, masa kita sama-sama jalan pergi dan balik dari sekolah. Awak ada dalam hati saya. Saya tak tipu. Awak buat saya senyum dan awak membahagiakan hari-hari saya.

My dear Fatin,
Saya tahu dan saya sedar saya perempuan. Tapi disebabkan rasa sayang dan cinta yang sangat mendalam untuk awak, saya nekad untuk tukar jantina. Saya akan jadi lelaki, hanya untuk awak, Fatin. Minggu ni saya akan ke Thailand dan bila saya balik Malaysia nanti, saya akan jadi lelaki. Hanya demi awak!

Tidak mahu lagi memandang bintang di langit,
Kerna aku sudah punya bintang di hati,
Dan itu kamu, sayang!

Love you forever,
-Azimah @ Azim-

-------------------------------------------------------
Fatin sekali lagi berlari ke tandas. Untuk kesekian kalinya Fatin muntah. Airmata Fatin tumpah lagi semasa muntah. Azimah, jiran merangkap teman baik untuk tempoh 25 tahun itu sudah melampau. Azimah sewel. Azimah gila. Fatin meraung.

Hak Cipta: suha

Saya Sayang Awak Tahu?

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
"saya sayang awak tahu?"


"Saya sayang awak tahu?"

Petang itu, untuk kesekian kalinya kami berkunjung ke taman pinggiran bandar. Dan seperti dulu, seperti pertama kali kami jejak kaki ke sini, taman ini masih sama. Suasana tenangnya langsung tak pernah surut. Aku kira sudah lama kami tidak ke sini. Katanya sibuk. Ya, aku tahu, kerana aku percayakan dia. Tapi kini, segalanya berubah.

"Saya sayang awak tahu?" 

Sengaja aku mengulang ayat itu berulang kali. Aku renung mata dia dalam-dalam. Mencari jawapan. Dia melarikan anak matanya dari aku. "Sayang, jangan pandang saya macam tu? Kang tak pasal-pasal saya jadi singa haaa..." katanya sambil mencuit hidung aku dan membuat mimik muka garang. Dia membetulkan topi dikepalanya. Merenung aku lalu meraih kedua-dua tanganku. Aku merelakan tingkahnya. "Ya, saya tahu awak sayangkan saya. Saya pun sayangkan awak juga." Aku meleraikan genggaman tangannya. Riak mukanya berubah. Mungkin dia terkejut dengan tindakan aku. "Habis tu kenapa awak berubah?" Untuk kesekian kalinya aku menimbulkan isu 'berubah' kepada dia. Wajahnya tenang. 

Kenapa lelaki tak pernah faham apa yang perempuan suka dan tak suka? Tak perlu rasanya aku nak jelaskan satu-satu apa yang tak kena sebenarnya. Dia raih lagi tangan aku sekali lagi. Aku tepis. 

"Sayang..sayang..dengar sini. Saya tak berubah. Oppsss. Okay, macam ni lah. Saya ngaku saya berubah. Berat badan saya dah berubah. Dah naik 3 kilo. Takkan pasal berat pun jadi isu..." belum sempat si dia menghabiskan kata-kata, PAP!!! Aku hadiahkan satu hayunan singgah ke lengan dia. Aku geram. Hatiku tercuit sebenarnya bila dia mengaku pasal berat naik 3 kilo tu. Si dia mengosok-gosok lengannya. 

"Saya tak suka awak comment ngada-ngada, manja-manja kat twitter dengan mereka tu. Saya tak suka! Saya geli. Kat saya takde pun awak buat macam tu kalau saya online kat twitter & FB, tapi kat orang lain bukan main lagi gatal. Eiiii..tak suka! Sakit hati tengok tau tak? Eiii..eiiiii! Ok, saya cemburu. cemburu yang wajar." Aku hambur segalanya. Kali ini aku tak ingin memendam lagi. Aku bukan saja-saja untuk cemburu. Cemburu aku sebab aku takut kehilangan dia. Takut kasih dan sayangnya berubah pada yang lain. Hanya itu. Dia senyum. Aku bertambah geram.

"Sayang, asal awak tahu, saya hanya cintakan awak. Hanya awak. Mereka bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Saya lebih suka menjaga hubungan kita tanpa perlu di campur dengan perkara remeh dalam Twitter dan FB tu. Selagi saya cintakan awak, selagi saya sayangkan awak, tiada apa yang dapat mengubah kecuali dengan izinNYA." lembut tuturnya. Ya, itu yang membuat aku semakin hari semakin jatuh sayang dan cinta padanya. Walau tegang macam mana pun situasi, si dia memang akan bertindak dengan tenang. 

"Saya takut. Takut kasih dan sayang awak pada saya hilang. Awak bayangkan, kalau hampir setiap hari awak layan manja-manja,ngada-ngada dengan mereka pasti ada yang dah jatuh suka kat awak. Pasti ada antara mereka yang simpan perasaan kat awak. Saya perempuan. Saya faham hati perempuan. Tak banyak, sikit pasti ada hati yang terusik dengan layanan macam tu." 

Dia membuang pandangan ke arah pasangan suami isteri yang sedang mendukung anak kecil. Dia senyum memandang aku. Tangan aku diraihnya sekali lagi. Kali ini, tangan aku digenggamnya kemas. Aku merelakan. Dia merapatkan mukanya ke cuping telinga ku. "Saya hanya cintakan awak. Awak pegang itu je." bisiknya lembut. Mukaku terasa hangat. Malu. "Saya pun sayangkan awak tahu?" bisiknya lagi. 

-TAMAT-

Wednesday, May 30, 2012

Kisah Di Waktu Tak Hujan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Kesinambungan dari Kisah Di Waktu Hujan


Ada 1 hari tue.. masa kat bus stop, aku terpandangkan girl yang sama aku jumpa ari tue dalam hujan. Sekarang nie, dia duduk sambil duk baca nota kot??? Aku tak tahu tapi yang pasti kat tangan dia ada sekeping kertas. Dia khusyuk gila duk baca. Sampai tak sedar orang duk lalu lalang depan dia ataupun orang duduk sebelah dia. Haa… time tue dah tak hujan dah. 

Outfit dia hari tue adalah baju kurung kuning bercorak bunga putih dan bertudung putih. Pergh.. memang khusyuk gila dia. Maybe dia ada kuiz kot esok??? Atau dia memang rajin??? Haa… Dia still sorang-sorang lagi. Aku tengok orang lain semua sibuk berborak-borak dengan kawan-kawan diorang. Siap gelak macam bus stop tue mak datok dia yang punya. Tapi girl tue still sorang-sorang… agaknya dia tak sama kelas dengan kawan dia kot??

Dan entah macam mana… aku nampak lelaki ari tue. Berjalan ke arah girl tue. But girl tue memang tak sedar la sebab dia khusyuk membaca nota kat tangan dia. Kat tangan lelaki tue ada 1 beg kertas. Aku tak tahu apa isi kandungan beg tue. Dan lelaki itu berjalan dengan penuh senyuman ke arah girl tue dan berhenti depan girl tue.

Dan entah macam mana girl tue yang khusyuk tunduk sambil baca nota dia, mengankat kepalanya dan terus memandang siapa yang berdiri depan dia. Aku rasa maybe girl tue daa sedar kot yang ada orang berdiri depan dia. Dan lelaki itu sambil tersenyum lebar bertanya kat girl tue “Awak ingat saya lagi tak?”. Dan sebelum sempat girl tue menjawab, lelaki tue dah duduk sebelah girl tue. Aku rasa girl tue tergaman kot dengan tindakan outrageous lelaki tu. 

Girl tue diam je sambil pandang sekejap lelaki tue before sambung balik baca nota kat tangan dia. Dan lelaki itu terus bertanya lagi kat dia “Awak baca apa? Rajinnya.” Girl tue pandang dia sambil senyum. Aku rasa mesti dalam hati girl tue cakap, “Eh, mamat nie sibuk je, suka hati la.”

Then entah, aku nampak lelaki itu bangun semula dan berdiri depan girl tue. Dan dia hulurkan beg kertas yang ada kat tangan dia kepada girl tue. Girl tue pun pandang semula kat lelaki tue. Mesti dalam hati tue, girl tue cakap, “Eh, apa kes mamat nie? Gila ke apa?”. Lelaki tue pun, macam daa syak yang girl tue akan fikir yang bukan-bukan, terus dia kata, “Awak, saya tahu hari nie hari jadi awak.” Girl tue pun terus menjawab, “Eh, awak nie salah orang ke?”

Aku tengok lelaki tue cool giler je. Senyum je dia before dia berkata, “Tak. Saya tahu hari nie hari jadi awak. Jangan risau. Saya tak de niat lain. Saya just nak bagi awak hadiah yang tak seberapa nie. Dalam nie (sambil memuncungkan mulutnya ke arah paper bag yang dia pegang) ada 1 nota. Nota yang cerita everything. Bagaimana saya jumpa awak. Tahu pasal awak dan so on la.”

Aku tengok orang-orang yang ada kat bus stop tue pun daa pandang semacam kat arah lelaki tue dan girl tue. Girl tue still pandang lelaki tue. Lelaki tue senyum je. Dan entah macam mana, lelaki tue letakkan paper bag tue sebelah girl tue. Girl tue just pandang je paper bag sebelah dia.

Dan lelaki tue terus cakap lagi, “Harap awak sudi terima hadiah nie. Jangan risau. Masih ada banyak masa lagi nak explain semua ni” Lelaki tue kembali senyum kat girl tue. Girl tue aku rasa daa terkedu kot. Haha. Pastue, lelaki tue sambung lagi before dia blah dari bus stop tue, “Saya rasa kita akan jumpa lagi.” Lelaki tue pun blah. Girl tue just pandang je lelaki tue blah, melintas jalan dan naik bas kat seberang sana.

Dan aku dengar ada orang menjerit.. err bukan jerit la cakap… “Wahhh.. romantic giler.” Aku tengok muka girl tue daa merah. Malu kot diperlakukan sebegitu kat orang ramai. Dan bus datang. Aku tengok girl tue pandang paper bag tue, memikirkan dia nak ambik ke tak. So lepas beberapa saat, dia pun bangun. At first aku ingat dia nak tinggalkan paper bag tue kat situ. Tapi tak. Aku nampak tangan kanan dia mencapai paper bag tue dan berjalan menaiki bus sebelum bus terus beredar dari situ.

Dan dari kejauhan, bus kat seberang sana still ada lagi. Tak bergerak lagi. Dan entah macam mana aku ternampak lelaki tue duduk kat bahagian tingkap dan pandang bus stop arah sini sambil tersenyum. Agaknya dia daa tahu yang girl tue akan ambil hadiah tue. kan kan kan??? 

~THE END ~

Hak Cipta: reenapple

Awin-Sara

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips




Awin : Sara, kau rasa budak-budak fakulti tahu tak yang kau macam ni sebenarnya?
Sara : Aku rasa tak. Aku kan type perempuan yang bebas dari kontroversi. Rekod aku bersih. Sok-sok suci je bila kat dalam.
Awin : Kau tak takut ke kalau-kalau dorang tahu?
Sara : Kalau dorang tahu pon, sebab kau yang buka mulut. Kan? Betul tak?
Awin : Takdelah… Aku cuma tanya je… Yelah, manalah tahukan kot-kot mulut aku ni terlepas cakap.
Sara : Aku percayakan kau. Kalau kau nak cerita pasal aku dekat orang lain, mesti dari dulu lagi kau dah cerita…
Awin : Ermmm… Tah laaa..
Sara : Sebab tu lah aku tak nak ada housemate lain. Belum tentu dorang boleh terima cara aku macam kau.

Dan Awin sekadar menjungkit bahu. Tidak tahu mahu melontar bicara apa lagi. Bagai tiada topik untuk mereka bualkan bersama.

Sara : Okay… Dah sampai.

Terus bangun mengatur langkah. Penuh gemalai. Pintu yang diketuk dari luar dibuka luas. Mengalu-alukan kedatangan tetamu yang tidak lagi asing bagi mereka berdua.

Sara : Nape lambat b…?? Lama I tunggu u tau.
Manja suara dilemparkan. Mulut sengaja dimuncungkan, tanda rajuk. Sambil jari memintal-mintal hujung rambut.

Kay : Sorry baby , Sayang… I mandi dulu tadi. Tak kan I nak datang dengan badan berbau kan. Nanti u mesti tak nak peluk I…

Bersahaja lelaki itu masuk ke rumah. Merangkul mesra pinggang Sara. Kedengaran mereka ketawa kecil. Mesra. Manja. Bahagia.

Sara : Macam lah rumah I ni takde bilik air nak mandi. U nak berenang dalam bath tub pun boleh, okay.
Semakin manja suaranya. Lentik tubuh kian rapat dalam dakapan Kay yang masih berdiri di hadapan pintu yang telah bertutup.

Kay : I datang bukan nak berenang dalam bath tub la, Sayang… I datang sebab nak berenang atas katil dengan u… Can I…?
Serentak French kiss diberikan. Berkali-kali mereka berkucupan.

Sara : Hihihih… Nakal ye U ni, b… That’s why I sayang U… U manja… Jum~
Sekejapan, Sara terus dicempung ke ranjang. Awin yang masih lagi berteleku di depan televisyen sudah berbulu mendengar. Kehadirannya dalam rumah itu bagaikan tidak lagi wujud.

Selang beberapa minit, kedengaran bunyi-bunyian yang rancak dari dalam bilik Sara. Tanpa berfikir panjang, kaki diangkat terus masuk ke bilik. Niat untuk menonton rancangan Doraemon yang menjadi kegilaan sejak dari kecil lagi terpaksa dibatalkan.

******************

Awin : Sara, aku tanya sikit boleh?
Sara : Sejak bila plak kau nak kena minta izin dengan aku dulu ni?
Awin : *sengeh seketika*. Dah masuk 3 semester aku duduk dengan kau. And selama tu jugalah aku simpan rahsia kau.
Sara : Alaaaa…tak payah nak pusing-pusing sangatlah dengan aku. Kau tanya je apa yang kau nak tanya. *terus memotong bicara Awin*
Awin : Apa yang korang buat sebenarnya hah bila dah masuk bilik? Bising dohhh… Sampai luar dengar. Kot ye pon buat projek, janganlah sampai ganggu konsentrasi aku nak tengok tv. Twice okay aku missed tengok cerita Doraemon.

Bicara Awin benar-benar buat Sara ketawa berdekak.

Sara : Sorry… Luar kawalan. Kau marah lah Kay. Dia yang buat aku jadi bising. *sambung ketawa*
Keadaan kembali sepi. Seketika cuma.

Awin : Kenapa kau buat semua ni? Aku tengok kau ni takde lah sosial sangat. Solat pun kau buat.
Sara : Satu je, aku perlukan duit untuk tampung hidup aku kat sini. Nak harapkan mak bapak aku yang kat kampung tu, memang tak dapat lah aku nak merasa pakai pakaian berjenama, hidup mewah kat bandar ni. Lagipun aku bukan layan ramai laki. Aku cuma layan Kay sorang je. Hahhh… Kau sendiri tahukan aku solat, kira okay lah tu. Dosa aku buat, pahala pun aku dapat. *senyum puas*
Awin : Aku nak try.
Sara : Wowowo… Betul ke apa yang aku dengar ni? Kau jangan cakap aku yang hasut kau pulak.
Awin : Aku tak tahu. Tapi aku nak try. Aku pun ada keinginan jugak wei nak merasa dibelai macam kau. Kau fikir aku takde nafsu ke bila dengar bunyi-bunyi masa korang buat projek?
Sara : Serius ni? *masih tidak percaya*
Awin : Eiii… Betul laaa… Tapi aku takde laki macam kau. Camne?

Sara sekadar memberi isyarat tangan tanda sekejap. Lantas telefon bimbit dicapai.

Sara : B, U datang rumah I kan malam ni? Ok sayang, U ajak Ijoy sekali ye… Thanks, bye.
Sara kembali memandang Awin. “Settle”. J

Tuesday, May 29, 2012

Cinta Bunga Tahi Ayam

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

“Nah, untuk kamu”.

Lalu sekuntum bunga tahi ayam bertukar tangan. Dan seperti biasa penerimanya, perempuan itu, sedikit kaget namun bibir segera mengukir senyum. Ya, bunga tahi ayam, seperti hari-hari yang sudah berlalu.

“Kenapa bunga tahi ayam?”, dan soalan yang sama meniti di bibir.
“Kerana ia bunga paling special, sama seperti kamu”, juga jawapan yang sama.

Sudah 3 tahun berlalu dan inilah rutinnya. Lelaki ini akan memberikan perempuan itu sekuntum bunga tahi ayam saban hari, tanpa pernah jemu, pada setiap kali pertemuan mereka. Bunga yang sama, soalan yang sama dan tetap jawapan yang sama.

Perempuan itu perlahan-lahan membawa bunga itu ke hidung. Dihidu bau bunga itu. Namanya pun sudah menjelekkan, apatah lagi baunya namun bibirnya tetap menguntum senyum. Lantas dia membuang pandang ke arah lelaki disebelahnya.

“Saya suka bau bunga ini. Bau ini istimewa. Ada bau ini, maknanya awak pun ada”.

Lelaki ini tersenyum nipis.

“Esok aku pasti akan datang lagi bersama bunga istimewa ini”
“Saya akan tunggu awak di sini. Saya janji”, lembut perempuan itu membalas.

Usai saja perempuan itu bersuara, alam mula dibungkus sepi. Tiada bicara diurai, tiada kata diuntai. Hanya sesekali terdengar halus desir angin menampar wajah. Lelaki ini hanya mencerna apa yang ada di hadapan dan perempuan itu masih setia menghidu bunga tahi ayam itu tanpa jemu.

“Awak”, lelaki ini segera berpaling ke sebelah tatkala terdengar perempuan itu memanggilnya, menunggu agar kata diteruskan.
“Suati hari nanti, bila saya tiada, awak akan tetap di sini?”, perlahan sekali suara seakan melirih.

Lelaki ini kaget. Entah mengapa rasa sayu bergayut di ruang hati.

“Jangan tinggalkan aku”, balas lelaki ini. Di saat itu, mata mereka beradu. Ada rasa tak terluah, ada cinta tak terungkap. Getaran di hati saat mata bertentang seakan mengiyakan.
“Kalau kamu tinggalkan aku, pada siapa lagi harus ku berikan bunga tahi ayam ni? Kamu yang istimewa, seistimewa bunga ini. Kalau kamu pergi, aku mati”, sayu sekali tuturnya, remuk sekali hatinya.

Perempuan itu hanya menunduk. Sepi mengisi ruang. 

“Jangan mati. Saya tak akan pergi. Saya akan sentiasa di sini. Saya akan menanti awak, seperti hari-hari yang sudah. Saya akan menunggu bunga tahi ayam awak. Saya tetap akan ada di sini”, seakan memujuk perempuan itu menutur kata.

“Kamu janji?”, pantas lelaki ini bersuara.
“Janji!”, dan sepantas itu juga perempuan itu membalas. Senyum sama diukir.

Aneh. Cinta bunga tahi ayam ini memang aneh. Cinta tanpa suara, cinta tanpa kata. Hanya sekuntum bunga tahi ayam setiap hari. Pertemuan yang sentiasa ditunggu dan bunga tahi ayam yang sentiasa dinanti. Bagai ada sesuatu yang mengikat. Dan sudah 3 tahun mereka terikat tanpa sedar.

Cinta bunga tahi ayam. Cinta yang hadir tanpa sedar. 

Hak Cipta: suha

Monday, May 28, 2012

Akan Ku Rindu Hatimu

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Sudah dua tahun aku merasa kesakitan ini. Tapi tiada tindakan yang dibuat. Ini juga bermakna penyakit aku mungkin tidak serius, Dalam beberapa bulan yang lepas, aku seringkali pergi bertemu dengan Doktor Suhana, iaitu doktor keluarga aku dengan tujuan melakukan pemerksaan pada aku.

Dahulu, pernah ayah aku menerima penyakit ini. Ayah aku dirawat di rumah dan dijaga oleh Doktor Suhana. Kerana aku tahu, ayahku cukup takut untuk pergi ke hospital. Apatah lagi melangkah pun, ayahku tidak mahu bermatian-matian. Sayu sekali hatiku untuk diingati kembali. Ayahku sedang melawan antara hidup dan mati. Tetapi, peluang untuk sembuh amat tipis. Akhirnya , ayahku telah kembali ke rahmatullah.

Hari ini, aku terpaksa bertemu sekali lagi dengan Doktor Suhana atas permintaan ibuku. Apabila selesai saja menerima pemeriksaan tersebut, ibuku diminta menunggu Doktor Suhana di pejabatnya. Aku hanya membiarkan ibuku dengan urusannya. Dan aku menunggu di luar pejabatnya dengan perasaan kosong. Tiba-tiba saja, hatiku ini berniat ingin mengetahui perbualan mereka. Aku mendekati pintu bilik itu dengan deruan tapak kaki yang perlahan. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu memberi peluang untuk aku mendengar segala bait-bait perbualan mereka.

Tiba-tiba saja aku mendengar suara ibuku sedang ketangisan bersama sedu-sedannya tanpa henti. Sepatah kata pun aku tidak dapat memahami kata-kata Doktor Suhana. Buntang mataku saat mendengar Doktor Suhana…

“Penyakit Kanser Hati anak puan semakin kronik. Tidak dapat disembuh lagi. Hanya dapat bertahan untuk beberapa bulan saja” jelas Doktor Suhana.

Terkejut bukan kepalang saat aku mendengar bait kata-kata Doktor Suhana itu. Barulah aku sedar, aku seringkali melakukan pemeriksaan adalah untuk memastikan keadaan aku tidak serius. Tetapi, sudah terlambat. Penyakit aku sudah semakin parah. Tidak berpeluang lagi untuk aku sembuh kembali.

Jelas memasuki corong telinga aku terdengar deruan tapak kaki dari dalam bilik tersebut menuju keluar pintu mematikan lamunanku. Cepat-cepat aku merebahkan punggung aku ke sofa yang empuk itu sambil berpura-pura dengan kelakuanku seperti tidak tahu apa-apa. Air mata yang berjujuran mengalir tanpa aku sedari, sempat aku hapuskan supaya tiada siapa tahu. Aku dikelilingi dengan rasa gelisah yang membuak-buak.

Akhirnya, ibuku keluar seperti keadaan sediakala sambil bersalam dengan Doktor Suhana. Selepas itu, aku pulang bersama ibuku dengan perasaan berbaur sedih, terkejut dan pelbagai perasaan lain yang menyinggah di hatiku ini.

Mungkin aku senasib seperti ayahku. Tetapi , aku masih tertanya-tanya dengan kelakuan ibuku seperti diam, cuba menutup mulut. Walhal aku tahu semua yang terjadi. Ibuku cuba menyimpan rahsia apa yang terjadi. 

Bagaimanakah aku akan menghadapi semua cabaran itu?

“Ya Allah, Ya Tuhanku. Berat sungguh ujianmu pada aku. Ya Allah, Ya Tuhanku. Berikanlah aku kesabaran dan kekuatan pada aku untuk aku menahan kesakitan pada diriku ini. Ya Allah, kuatkanlah imanku untuk aku terus taat padamu agar aku tidak terpesong di jalanmu, Ya Allah. Kabulkanlah doa hambamu ini, Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin”

Itu sahaja doaku yang mampu aku tuturkan setiap kali aku menunaikan solat. Mudah-mudahan, doaku ini dapat ditunaikan.

Sebulan telah berlalu. Ibuku memanggilku ke bIlik tidurnya. Rupanya ibuku ingin mengatakan sesuatu padaku.

“Esok, Ainnur kena ikut ibu. Pergi ke London” ujar ibuku sambil tangannya masih ligat melipat kain untuk diletakkan di dalam beg.
“Apa? Esok? Kenapa hari ni,bu baru bagitahu Ainnur? Buat apa kesana, bu?” soalku bertalu-talu. Tidak faham dengan situasi ibu ini.
“Untuk menjalankan pemeriksaan Ainnur di sana” jawabnya lembut.
“Tapi, kitakan ada Doktor Suhana yang boleh tolong kita” jelas aku.
“Masalahnya, Doktor Suhana tidak ada di Malaysia. Dia ada di London, ada hal penting katanya. Jadi kita buat temujanji disana sajalah” ujar ibuku panjang lebar.

Aku terkesima seketika dengan kata-kata ibu aku. Mungkin, aku harus ikut saja kemana ibuku pergi.
Keesokan harinya, aku berlepas ke London pada pukul 9.00 pagi. Sampai saja disana, hari sudah menjelang malam. Apabila matahari sudah terbit, aku pergi bersama ibuku ke hospital untuk temujanji seperti yang dikatakan. Ibuku nampak lebih gelisah selepas menjejakkan kaki ke dalam hospital. Apabila aku menemui Doktor Suhana, dokotr itu juga gelisah. Aku menanya pada ibuku disebelah.

“ Ibu kenapa?” soalku. “ Ibu nampak gelisah saja. Ibu tak ada apa-apa ke?” soalku sambil jari jemariku memegang erat lembut tangan ibuku. Cuba menenangkan ibuku yang seperti cacing kepanasan.
“Tak ada apa-apalah. Ibu Cuma risau saja. Biasalah tu.” Jelas ibuku sambil membalas pegangan eratku.
Kata-kata ibuku itu membuatkan aku kembali tenang sebentar. Doktor Suhana terus memberiku suntikan yang aku tidak ketahui. Tetapi, lama-kelamaan aku seperti ingin pitam. Hampir saja aku merebahkan tubuhku jatuh ke lantai. Tanpa menunggu lama, terus aku baring di ribaan ibuku. Ibuku yang menyedari tindakan aku, perlahan-lahan mengusap ubun-ubun kepalaku. Akhirnya. terkatup jua mataku perlahan-lahan lalu terlena di ribaan ibuku tanpa aku sedari.

Sedar saja aku dari tidur, aku terkejut melihat sekeliling. Aku sedang berbaring dalam keadaan terkulai di bilik rawatan hospital. Terus saja aku bangun terduduk. Tiba-tiba, kesakitan di dadaku mula terasa seperti dicucuk. Rupanya, hatiku telah dijahit seperti baru lepas melakukan pembedahan. Tiba-tiba aku tersedar, rupanya ibuku tiada di samping aku lagi. Tiba-tiba saja seorang jururawat wanita memasuki ruang bilik rawatannya. Aku menanya pada jururawat itu yang kelihatan seperti orang Melayu.

“Err! Di mana ibu saya?” soalku dengan muka yang berkerut-kerut. Sakit di dada masih terasa peritnya.
“Ibu adik ada di wad yang lain” jawabnya lembut. Terpana aku saat jururawat itu berkata. Betullah sangkaanku. Dia orang dari Malaysia.
“ Apa yang telah terjadi padanya?” soalku penuh hairan.
“Adik sebenarnya baru saja lepas menjalani pembedahan bersama ibu adik” jelasnya sambil menulis sesuatu pada fail ditangannya.
“Tetapi, saya langsung tidak bersetuju untuk melakukan pembedahan ini” ujarku bersungguh-sungguh.
“Ibu adik yang buat keputusan sebulan yang lalu untuk memindahkan hatinya pada adik” jelasnya.
“Tapi kenapa?” soalku lagi dengan merasakan tidak percaya dengan kata-kata jururawat itu.
“ Maaflah, dik. Itu akak tidak berapa pasti” jawabnya.

Aku terdiam sejenak dengan jawapan yang dibeikan oleh jururawat itu.
“Benarkan saya melihat ibuku?” mintaku dengan wajah yang sayu.

Jururawat itu terus pergi dan membawa kerusi roda kepada aku. Jururawat itu membawa aku ke bilik rawatan dimana ibuku terlantar di katil hospital.

Pilu hatiku melihat ibuku dengan keadaan seperti tidak sedarkan diri. Aku memegang jari-jemari manis ibuku dengan lembut. Mata ibu yang terkatup rapat sebentar tadi, tiba-tiba saja terbuka. Ibuku terus tersenyum manis saat menilhat diriku disisinya.

“Kenapa, ibu? Kenapa ibu lakukan semua ini?” Soalku penuh sayu. Air mata mula berjujuran dengan lajunya.
“Ainnur seorang saja satu-satunya anak ibu yang ada” ujarnya “Ibu tak mahu kehilangan kamu lagi memandangkan Ainnur ni anak tunggal ibu dalam keluarga kita” ujarnya lagi sambil mengusap pipi gebu aku lantas menyapu air mataku dengan lembut.

Aku mengucup lembut jari-jemari ibuku berkali-kali lantas meletakkan kepala aku di riba ibuku sebagai tanda yang aku amat sayang akannya. Tidak mahu meninggalkannya sendirian. Sakit di dada hilang serta merta dek kerana perasaan sedih mula bercambah di jiwaku.

Tiba-tiba, aku terdengar suara seperti orang sedang menahan kesakitan. Aku terus berpaling lalu menatap wajah ibuku yang kian pucat. Aku cuba mengingatkan ibuku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah pada cuping telinganya. Akhirnya, tenang ibuku setelah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hujan yang lebat di luar seolah-olah turut meratapi pemergian ibuku yang tersayang.

Beberapa hari kemudian, mayat ibuku telah selamat dikebumikan. Rakan-rakanku dan jiran tetangga yang lain banyak memberi aku semangat,

“Walaupun Ainnur adalah anak tunggal dalam keluarga Ainnur, Kamu tetap meneruskan kehidupan kamu kerana, Ainnur adalah satu-satunya waris yang tinggal dalam keluarga Ainnur. Ibu Ainnur cuba melindungi kamu. Doakanlah untuk dia supaya ditempatkan dengan orang-orang yang beriman” uacapan rakanku, Shida masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku. Walaupun aku sudah menjadi anak yatim piatu, tapi aku masih mempunyai keluarga yang besar seperti Datuk dan Nenekku.

Aku selalu memanjatkan doaku kepada Allah S.W.T agar kebahagiaan antara keluarga ini berkekalan. Perjalanan hidupku seperti meniti kaca yang amat tajam. Aku hanya dapat mengenang hati ibu yang telah mendermakan pada aku untuk aku mewarisi keluarga aku memandangkan aku anak tunggal dan kesayangan dalam keluargaku. Namun, jika itu semua kehendak Allah S.W.T, aku pasrah kerana manusia terlalu kerdil untuk melawan ketetapan Allah S.W.T.

TAMAT

Hak Cipta: Ani Mustapa

Sunday, May 27, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 11

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


Aku membuka pintu 7eleven. Terus aku meluru ke bahagian aneka coklat. Aku meneliti coklat yang disusun rapi di atas rak, ada pelbagai bentuk, semuanya sedap, cuma sediakan duit,bayar di kaunter, dan dapatlah nikmati keenakkannya. Ketika asyik meneliti coklat, aku konpius coklat yang mana satu menjadi kegemaran Nikita Willy. Ada dia beritahu semasa chat semalam, tapi hasil kuat terminum air yang dimasuki semut, benda semudah itu pun gagal untuk aku ingat.


"arghh, belasah je la, aku rasa dia minat toblerone"



Aku mencapai dua ketul coklat toblerone yang di paketkan dalam bentuk 3 segi, sungguh unik, sama seperti setem berbentuk 3 segi yang jarang-jarang kita jumpa. Aku membuat bayaran di kaunter dan meneruskan perjalanan aku ke kampus. Aku sempat menilik jam tangan adidas yang sudah setahun menjadi peneman setia pergelangan tangan kiri aku. Aku berasa lega kerana aku masih di landasan yang betul untuk sampai tepat pada waktunya sekaligus memberikan kejutan kecil untuk Nikita Willy.



Sampai di kampus, dari jauh lagi sudah kedengaran hiruk pikuk di lif. lif yg asalnya ada 6, ditolak 1 utk kegunaan lecturer,ditambah pula dengan 2 lif yg selalu rosak,kini tinggal hanya 3 yg beroperasi. Manakan tidak berlaku perebutan yang maha dahsyat jika bangunan setinggi 16 tingkat hanya mempunyai 3 lif yang berfungsi. aku mengambil keputusan menggunakan tangga sambil tangan sebelah lagi mengenggam erat coklat toblerane. Peluh jantan yang membasahi dahi dikesat oleh aku. Aku sampai di tingkat di mana nikita willy menimba ilmu yang bermula dua jam sebelumnya. Hati aku berdebar-debar, risau memikirkan apa reaksinya nanti melihat seorang jejaka dengan potongan rambut ala Shaz Jaszle berdiri di hadapannya lalu menghulurkan coklat yang menjadi kegemarannya. Apakah mukanya akan merah sambil terkejut atau dia langsung berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga?? aku cuba berfikiran positif.



Pintu kelas dibuka, dada aku berombak-ombak. Dia punya takut tu lagi kuat dari masa berkhatan dulu,sungguh. Seorang demi seorang pelajar keluar dari kelas. Orang yang ditunggu masih belum kelihatan. aku sabar menanti, benda-benda macam ni tak boleh gelojoh. sehinggalah ke orang yang terakhir,barulah si jantung hati memunculkan diri. memakai blouse berwarna hijau zamrud pada hari itu, Nikita Willy masih lagi tidak perasan akan kehadiran aku. Perlahan-lahan aku menghampiri dia.



"hai awak, saya ada surprise untuk awak" pantas aku hulurkan coklat padanya.

"eh awak, awk buat apa kat sini??" Nikita masih bingung dengan apa yang dilihatnya.

"saya datang nak jumpa awak, ni ada something untuk awak" aku hulurkan toblerone untuk kali kedua.

"owh datang jumpa saya? eh awak bawak toblerone untuk saya?" Nikita masih lagi kehairanan.

"yup saya bawak untuk awak, hehehe" aku masih mencuba.

"hahaha, alahai, sweetnya awak ni, thanks awak, bestnya dapat coklat, tapi kan awak, saya tak minat sangat toblerone" jawab Nikita.


"heh tak minat toblerone ek, rasa cam awak cakap aritu awak suka toblerone, aduhh camne la boleh silap pulak ni,hahaha" aku cuba ketawa dalam ketika cuba menahan malu.


"tak la awak, saya suka coklat laen, ni mesti tak pay attention time kita chat semalam kan, tapi its ok, toblerone pun saya makan jugak, thanks tau awak, awak amek la satu, saya amek satu" balas Nikita.


"eh tak pe la awak,awak makan la dua-dua, memang saya beli untuk awak, eh awak, awak nak balik terus ke lepas ni?" tanya aku kepada Nikita.



"tak la, saya nk pegi shah alam, teman classmate saya buat kad matrik baru, nape awak?"

"owh takde pape, ingatkan awak free tengah hari ni, boleh ajak awak lunch sama, emm takpe la" aku senyum penuh kelat.



"so sorry, next time ok, hari ni saya ada hal, btw thanks tau 4 the toblerone, really appreciate it" Nikita tersenyum.



"hehehe, benda kecik je la awak,next time saya bawak coklat kegemaran awak ok, saya pun tak tau macamane saya boleh terbeli coklat laen ni, hahaha" aku masih cuba menahan malu.



"hahaha,kelakar la awak ni,ok la awak,i got to go,see u next time k,tata" Nikita melambai.

"ok awak, see u next time" aku turut melambai.



Perlahan-lahan bayangan nikita hilang dari bayangan. Aku masih belum berganjak. Mata tidak berkelip. kemudian, aku bersandar di dinding. Aku mengetuk-ngetuk dahi beberapa kali. Dalam otak aku, sebaris ayat ini berlegar-legar dengan lajunya, "macamana aku boleh salah beli coklat untuk dia????" terasa seperti orang bodoh pulak bila memikirkan benda semudah itu pun aku boleh failed. Macam mana aku nak complete kan degree aku yang jauh lagi susah dari membeli coklat yang menjadi kegemaran untuk seorang gadis impian??



Aku berjalan longlai menuju ke motor. Misi hari ini kurang berjaya, bukanlah tidak berjaya langsung, at least hati dia pasti tersentuh melihat usaha aku yang bersusah payah datang menemui dia semata-mata nak bagi dua keping coklat. Bak kata orang, effort tu da ada, yang selebihnya kita serahkan pada Maha Pencipta. setibanya aku di rumah, terlihat Kudi baru saja memulakan aktiviti makan nasi. Aku duduk menghadap kudi. habis aku ceritakan segala yang baru terjadi tadi tanpa sebarang tokok tambah pun. Kudi mendengar penuh teliti sebelum memberi pandangan apa langkah seterusnya untuk aku.



"aku puji apa yang ko buat hari ni, ko jangan anggap apa yang ko buat ni failed, benda ni ada hikmah di sebaliknya" Kudi mula bicara ala-ala pakar.



"hikmah celah bedahnya" aku membalas.



"ko nih, camni cite die, hari ni ko bagi coklat salah kat die, so lepas ni ko boleh jumpa dia lagi untuk betulkan silap ko tu, ko bawak coklat yang betul pulak, ko nampak tak point dia ka t situ? bermakna ko ada reason untuk jumpa dia buat kali kedua, ape da" panjang lebar dari Kudi.



"ha ah la,ye tak ye jgk,lepas ni boleh la aku jumpa dia lagi, untuk bagi coklat yang betul, perghh hebat betul la ko ni kudi, ko betul-betul lejen la" puji aku kepada kudi.



"arghh ko, benda2 cinta ni semua ada dalam poket seluar aku je" Kudi cuba berlagak.

"arghh poyo ar, dah la, aku nak naik tido"aku membalas sambil naik ke tingkat atas.



Baru hendak melabuhkan badan atas tilam,terasa getaran di dalam poket seluar. Aku mengeluarkan handset aku. Mesej dari gadis berjilbab lagi. Entah ini mesej yang ke berapa selepas insiden di depan kelas tempoh hari.Aku membuka mesej itu.



"salam,awak saya nak sangat-sangat jumpa awak, ada banyak benda yang perlu kita bincang, ada banyak salah faham yang perlu diperbetulkan, ada banyak benda yang awak perlu tau, please..."



Hampir 7 kali jugak aku baca mesej yang baru diterima ini. Aku cuba memahami apa maksud isi kandungannya. Apa lagi yang hendak dibincangkan? apa lagi yang nak diperbetulkan? apa benda yang perlu diberitahu?? semuanya telah jelas dengan apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri tempoh hari. tidak mungkin mata aku sendiri akan menipu aku, lain lah jika yang melihat perkara itu kudi,dan cerita itu disampaikan kepada aku, mungkin kesahihannya boleh dipertikai, mungkin perkara sebenar ditokok tambah. Ini tidak, aku melihat sendiri sambil disaksikan oleh Chee Bong. Aku bukannya bacul untuk menolak bulat-bulat apa yang dilihat pada hari itu.



"ok, kalaulah saya setuju untuk jumpa awak, bile awak nak jumpa saya?" aku membalas mesej itu.

"kalau malam ni??"


Hak Cipta: pepol
- Bersambung pada minggu depan -


Friday, May 25, 2012

Senyum Cinta

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Aku duduk diam di sini. Menghadap pantai yang tenang. Burung burung berkicau. Tiba tiba aku ternampak dua figura. Bergelak ketawa. Si lelaki dan si perempuan kelihatan bahagia bersama. Mata aku tak lepas dari memandang mereka. Bahagia nya rasa bila hati di salut cinta. Aku tersenyum. Aku juga pernah merasakan begitu. Pernah. Bukan sedang. Dan menyedari itu, senyum aku mati.

Imbauan pertama.
“Haii Mira!,” Langkah ku terhenti. Aku kenal suara itu. Dengan perlahan aku menoleh. Matanya bertaut dengan mataku. Aku senyum dan mengangguk sedikit. Lantas langkah ku laju berlalu pergi. Sempat aku menangkap usikan kawan kawannya. Aku tersenyum sendiri. Jantungku mengikuti rentak kaki ku. Hati keluar bunga bunga. Terasa di kelilingi ros ros merah, putih dan pelbagai lagi warna. Aku teruskan langkah ku. Senyum tak mati lagi di bibir ini.

Imbauan kedua.
“Nah, for you,” Tangan itu menghulurkan sesuatu pada aku. Aku bekerut. Untuk apa pemberian ini ? Menyedari aku yang kaku, dia meletakkan rantai itu di tapak tangan ku. “One day, I hope I could see you wearing it,” Dia senyum dan berlalu pergi. Aku cuma diam di tempat ku. Dan tiba tiba hati keluar bunga bunga lagi. Aku faham maksudnya. Aku melihat sekeliling. Tiada orang. Lalu tangan ku menyelinap masuk ke dalam tudung ku. Aku kalungkan rantai itu ke leher ku. Dan aku senyum. Suatu hari nanti, mana tahu dia akan dapat melihat rantai ini di leher ku. Aku senyum lagi.

Imbauan ketiga.
“Asyik asyik dengan that guy, jealous tahu?” Mukanya masam mencuka. Aku pandang wajahnya. Dan aku diam. Air mata mula bertakung. “Ehh, hey hey, I didn’t mean to,.. Crap! Hey hey, don’t cry,” Dia laju memujuk aku. Air mata jatuh. Aku mula teresak kecil. Dia jadi buntu tentang apa yang harus di lakukan. Tiba tiba aku dengar suara menyanyi “Baby, I love you and I never want to let you go, the more I think about, the more I want to let you know..” Aku diam. Melihat aku yang berhenti menangis, dia lansung menyanyi. Aku terhibur. Hati yang terguris dek kemarahan oleh dia, tiba tiba pulih. Parutnya ada tapi luka itu telah hilang. Hati bagai di landa salji, tiba tiba menjadi sejuk. Bibir aku tak lekang dengan senyuman.

Tapi itu dulu.
Manisnya bercinta. Aku pernah rasa. Tapi sakit apabila cinta itu hilang, seperti luka yang di rendam dalam air garam. Rasa macam hati kena tusuk sembilu. Rasa macam kena hempap batu seribu. Aku menarik nafas dalam dalam. Aku tersenyum sendiri. Luka yang ada dalam hati bagai peringatan untuk tidak bercinta lagi. Dan sekarang, aku di sini sendirian. Mungkin sendiri ini lebih baik. Tidak ada yang menyakiti dan di sakiti. Cinta itu memang indah. Namun risikonya besar. Orang orang yang berani sahaja akan dapat menghadapinya. Tapi sayang, aku bukan dari kalangan orang orang tersebut. Aku melihat lagi pasangan itu. Bahagianya mereka. Aku juga pernah bercinta. Pernah. Bukan sedang. Dan senyum aku tak mati lagi. Sekurang kurangnya, aku pernah merasa. Kau pernah rasa ?

Hak Cipta: Arissa



Thursday, May 24, 2012

Kalaulah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
“Kita putus”, aku.
“Baiklah, kita putus”, dia.
“Ya, itu lebih baik. Paling baik buat kita”, aku.
“Apa agaknya akan jadi nanti?”, dia.
“Entah, aku pun tak pasti tapi aku tahu bahagia itu ada”, aku.
“Dulu, aku sangkakan bahagia itu kau”, dia.
“Kalau bahagia, pasti tidak begini”, aku.
“Mungkin”, dia.
“Maafkan aku atas segala apa yang pernah berlaku”, aku.
“Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku”, dia.
“Hahaha kau bahagia?”, aku?
“Sangat bahagia. Kau?”, dia.
“Satu ketika dulu”, aku.
“Huh! Aku teruk, bukan?”, dia.
“Aku takkan menyintai orang yang teruk”, aku.
“Maafkan aku”, dia.
“Jangan! Aku yang bersalah. Aku yang minta diputuskan”, aku.
“Keadaan memaksa, aku faham”, dia.
“Aku yang memaksa keadaan”, aku.
“Aku tahu kau penat bertahan”, dia.
“Entah”, aku.
“Jom, balik!”, dia.
“Semoga satu hari nanti kita akan bertemu lagi”, aku.
“Dan pastikan kau sudah berbahagia”, dia.
“Itu pasti”, aku.
“Selamat tinggal”, dia.
“Good luck!”, aku.

Masing-masing melangkah, tidak mahu berpaling lagi. Benar ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan tapi hati tetap sakit. Di mana bahagia yang mahu diraih itu? Adakah tertinggal di belakang? Ataupun bakal menjelma di hadapan? Tiada siapa yang tahu.

I
(Monolog Aku)
Kenapa kau merelakan? Kenapa kau setuju? Aku sayang kau. Aku sayang hubungan kita. Aku mahu kamu ada. Kau tahu aku rasa sakit bila kau rela kita berpisah? Kau tahu aku rasa pedih bila kau setuju untuk berpisah? Aku bahagia. Aku teramat bahagia bila bersama kau. Tapi sayang, segalanya perlu berubah. Aku mohon, berhentilah melangkah, pandang ke belakang dan aku pasti berlari ke arah kau. Kita bina hidup baru. Kita hentikan segala rasa sakit ini. Kita lupakan segala duka yang pernah menyinggah di tabir hidup kita. Kita jadi orang yang baru. Aku mohon, berhentilah melangkah.

Dengan seribu kekuatan aku berpaling dan berharap kau sedang memandang aku. Tapi rupanya segala kekuatan aku hanya untuk disiakan. Ya, dia masih melangkah tanpa berpaling. Lalu aku akur. Ini akhir sebuah cerita aku. Aku, perempuan yang penuh kisah duka.

II
(Cerita Dia)
Dia yakin satu-satunya perempuan yang dicintai itu tidak jujur dalam meluahkan rasa. Dia yakin satu-satunya perempuan yang ada dihatinya itu pasti menarik balik kata-katanya. Jadi dia menunggu. Malahan kakinya tidak melangkah meninggalkan tepi tasik yang seakan sudah menjadi tempat rasmi setiap kali mahu memadu kasih, melepaskan rasa rindu. Sesaat. Dua saat. Tiga saat dan tika waktu sudah entah tidak terkira berapa saat lagi, dia masih memandang langkahan perempuan itu. Hatinya mula hancur berkecai. Dia pasti perempuan itu sudah nekad. Dia menggenggam tangan perlahan-lahan dan mula berpaling untuk melangkah. Tuhan, tabahkan hati perempuan itu. Dia tidak mahu ada lagi duka dalam hidup perempuan itu. Dan dia mula melangkah pergi.

III
Kalaulah aku berpaling saat dia sedang menunggu.
Kalaulah dia bersabar menunggu aku berpaling.



Hak Cipta: suha

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Anak Kampung

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Keluar rumah, aku terus bawak motosikal menuju ke kedai makan member aku. Motosikal ni aku beli hasil duit PTPTN. Maklum la orang tak ada kerja macam aku ni mana mampu nak beli pakai duit sendiri. Tu pun nasib la masa aku praktikal dulu dapat elaun ditambah dengan duit PTPTN yang tak ditolak yuran. Dapat jugak aku beli motosikal EX5 ni, dah rezeki. 

Sampai saja di kedai member aku tu, aku tengok tak ada orang yg aku kenal melainkan tuan punya kedai dengan pekerjanya. "mana abis budak-budak NAMAI ni?". Aku ambik keputusan pergi kedai runcit depan sikit sebelah kedai sayur tu. Aku beli surya 3 batang. Kenapa aku beli 3 batang? sebab 3 batang harganya singgit.

Tengok kiri, tengok kanan belum ada tanda-tanda member aku akan sampai. Aku duduk atas motor sambil hisap surya yang aku beli tadi tu. Fuhhh nikmatnya..
Tiba-tiba..
Woiiiiiii!!! satu suara dari belakang.
Aku menoleh, 
Celaka masa bila pulak mamat ni sampai. Sedar-sedar dah ada kat belakang aku. 
"lama sampai?"
"baru ja."
"jom"

Kami pun gerak ke kedai makan tadi. Aku ambik tempat duduk betul-betul depan televisyen, maklum la malam ni ada cerita vanilla coklat sebab tu aku duduk depan2 TV. membe aku tadi duduk sebelah aku. dia ni dulu penah kalah judi dekat 3ribu jugak kot. lepas kalah judi terus pergi massage dekat kampung siam yang jaraknya dua kampung dari kampung aku. nak tenangkan fikiran katanya. tapi semua tu cerita lama. sekarang ni kertas nombor ekor penuh dalam beg kecik dia. tak salah cuba nasib katanya.

membe yang sebelah aku ni namanya mat hafiz. disebabkan ramai orang kampung aku yang bernama mat maka aku letakkan dia sebagai hafiz. 

tengah syok aku layan vanilla coklat tu hafiz ni pulak bersuara,
 "tak kena la harini, salah lubang pulak". aku paham maksudnya, spontan aku menoleh kearahnya.
"belah mana hang ambik?"
"aku ambik K naik lubang M, celaka"
"tu la, aku suruh main keliling nk main sebelah-sebelah"
"banyak duit weh nk main keliling"

Ni kisah dia tikam nombor ekor tak kena lah. Pernah suatu ketika dulu kami ambik upah meracun rumput belakang kubur. Enam orang semuanya. Upah yang dapat cuma RM50. Macam mana nak bahagi kalau upah RM50 tapi orangnya ada enam. Selepas berbincang sesama sendiri kami ambik keputusan tikam nombor. Last-last kena pulak tu 2 angka. Dapat RM120. Ha ha kan dah boleh bahagikan. Ada lagi satu cerita mengenai hafiz ni, dulu masa mula-mula dia main nombor ekor, dia duduk berteleku tapi perdu pokok pisang, dekat setengah jam dia duduk situ. Apa yang di fikirkan pun aku tak tau. Lepas tu dia datang kearah kami bawa pen dan kertas. Dia cakap aku dah dapat dengan wat muka sengih kerang dan muka tak bersalah, yang ajaibnya esok tu dia telefon aku cakap dia kena nombor. Dalam hati, aku menyumpah-nyumpah apa yang dia buat dekat pokok pisang tu. lepas aku tanya apa yang dia buat, dengan selamba dia jawab " aku kencing ja kt pokok pisang tu".
celaka!! tapi aku rasa lega kerana dia tak buat benda khurafat.

Aku yang jarang ambik pot pasal nombor ekor ni layankan saja. Dah memang hobi mereka. Nak melarang? macam la aku ni baik sangat.

Dalam kesibukan kami bercerita mengenai nombor yang tak kena tu datang lima biji motor masuk kat tempat parking tepi kedai tu. ada enam orang semuanya. mereka-mereka ni orang kampung aku. Malam-malam ni lah terpat pertemuan semua pemuda-pemuda kampung aku. Al maklum lah siang-siang semuanya bekerja mencari rezeki. Ada yang menoreh ja, ada yang jadi driver jentera berat dan macam-macam lagi lah kerja yang mereka buat. Serba boleh la katakan.

Mereka-mereka yang tadi tu terus ke meja kami. Ambik kerusi duduk satu meja. Ada pulak sorang member aku ni duduk depan-depan aku, menghalang aku untuk menonton TV.
"hoiii tepi lah aku nak tengok TV ni".
" alah ni pun nak emo".
"cita feveret ni"
" cita bodo ni pun nak tengok"

Dengar ayat tu aku terus tak tengok TV. Ambik pot pasal tajuk yang mereka bincangkan. Member aku ni ajak pergi Pulau Pinang nak cari kerja, yang dapat interview kat Penang tu namanya Yen. Dia ni kalau hal-hal perempuan memamg kategori sifu lah. Btah ubat apa yang dia pakai sampaikan dia digelar 'playboy bendang baru'. Ingat senang ka nak dapatkan title tu. Atas semua usaha dan berkat kesabaran dia dapat jugak title tu kat dia. Dia ni orang kampung yang agak susah nak buat kerja kampung. Melainkan kerja tu boleh siapkan dalam masa sehari.Untuk makluman, dia ni penganggur, tapi disebabkan title yang dia dapat tu maka perempuan-perempuan yang sangkut dengan dia automatik akan menjadi penyara kepada dia.  

"rokok daun ada tak Jan?" aku bertanya kepada member aku yang lain. JAN ni memang terlalu kampung hidupnya. Susah nak diajak keluar kampung. pernah suatu ketika dulu kami ajak dia pergi Alor Setar tengok wayang. takat melulut dengan tarik tangan dia takkan goyang la. memang dia takkan ikot, yang dia tahu dan suka ialah pergi mengail, tahan pukat burung, mandi sungai, main sepak raga tuju, main wau. Semua benda tu tak payah diajak, dia yang akan mengajak. nak buat macam mana itu hobi dia dan dia ni mungkin tidak terdedah kepada panorama atau aktiviti kekotaan kot. Tak pernah masuk atau pergi melihat2 budaya luar. yang dia tahu. Bangun pagi nampak pokok getah. Kalau satu hari nanti dia bangun pagi-pagi nampak kapal terbang ka bangunan tinggi-tinggi ka maunya mati sakit jantung ni..

"nah" dia berkata sambil menghulurkan seberkas daun dan tembakau.

Member aku yang lain-lain tu, sorang namanya Yon, dia ni anak ketua kampung. Kalau tengok muka dia macam emo sikit jangan ditegur nanti buruk padahnya.  Pernah sekali dia tengah emo, ada pulak yang buat lawak bodo, akhirnya patah riuk motosikal masing-masing. Dia kalau emo mana ada nak pukul orang, benda yang dekat dengan dia akan jadi mangsa kerakusan emosi dia.

Yang sorang lagi Saipul, orangnya berbadan kecik, sekali tengok macam penagih pun ada, sangat ketagih pada air daun ketum. Habis keliling rumah dia tanam pokok itu. Tu belum masuk yang dia tanam curi-curi kat kebun getah emak dia. Tapi sumber pendapatan dia jugak, kalau tak ada duit, daun itulah yang akan dijualnya. beratus jugak yang dia dapat, tapi yang teruknya kami semualah, nak kutip daun satu-satu masuk dalam guni. dia ni pulak sekali jual bukan sikit, mesti 20 kilo keatas. Bayangkan daun yang ringan dikutip sampai jadi 20kilo. sakit abis lengan-lengan ni.

Ada sorang lagi, namanya Azrin, dia ni anak tauke pemborong getah kat kampung aku, ayahnya pembeli getah berlesen. Kerjanya angkut getah dari dalam kebun bawak balik ke kedai la. Itulah marketing strategy yang digunakan oleh mereka sekeluarga untuk menarik ramai lagi penjual getah kecil-kecilan kepada mereka. Jadi, siapa yang ingin menjual getah, telefon dan tunggu di dalam kebun, nanti dia akan sampai. Bijak kan. mungkin perniagaan ini akan diwarisi olehnya, sebab lori yang dibeli ayahnya sudah ditukar keatas namanya. 

Dan yang terakhir adalah Daoh, orangnya agak hensem, tapi jika mengikut luaran mungkin ada yang akan menyangka dia ni baik, rajin dan sebagainya. Tapi dengan rambut yang ala-ala K-POP ni dia sebenarnya seorang yang agak pemalas, kalau bab bercakap, sepuluh perkara yang boleh di percayai mungkin hanya dua. Pernah di boikot oleh rakan sekampung kerana mencuri telefon tok bilal dalam masjid. Tu cerita lam, dia pun dah pulangkan telefon tok bilal tu, siap dapat hadiah lagi dari tok bilal tu.

Dah selesai cerita salasilah mereka.

Hampir setiap malam kami semua akan berkumpul di kedai ini, kalau diikutkan masih ada ramai lagi yang selalu bersama pada waktu sebegini disini. Tapi malam ni cuma ada lapan orang termasuk aku.

Kembali pada perbincangan mereka tadi yang mana Yen akan pergi ke Pulau Pinang untuk mencari kerja. Ramai di antara yang ada tidak berapa setuju. Macam-macam yang dihasut mereka untuk menyakinkan Yen bahawa duduk di kampung lebih bermanfaat daripada bekerja di luar. Itulah yang berlaku kepada mereka-mereka semua. Tidak pernah berhijrah keluar kecuali balik pada hari yang sama, paling lama pun takkan sampai seminggu. Aku mungkin bernasib baik sebab aku ada degree, tu pun sekarang kerja aku ialah menoreh, lebih kurang macam mereka juga. mereka ini, belajar paling baik pun cuma SPM, ada yang setakat PMR tu pun nasib ja. Tapi yang penting semua mereka ini ada jugak sijil UPSR.  

Apabila tuan punya kedai menunjukkan tanda-tanda akan buat closing, kami semua paham dan terus angkat kaki. semua balik dan cari tempat melepak seterusnya. Yen balik dengan keputusan untuk tidak pergi ke pulau pinang. 

Aku dengan rasa mengantuk yang amat sangat terus balik ke rumah, member-member aku yang lain pergi rumah Azrin, nak main karom kata mereka.

Hak Cipta: deksnamai


Tuesday, May 22, 2012

Suatu Kisah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Deruan si air mengalir laju mengikut arus ke kiri dan ke kanan. Permukaannya itu ibaratkan kaca yang rapuh, di bawahnya sunguh jernih menampakkan kehijauan warna lelumut yang hidup di bawah jernihan si air. Dari jauh lagi sudah terlihat kilauan si air oleh pancaran cahaya matahari yang memancar terik menambahkan lagi pinaran mata yang memandang. Aur di tebing sungai begitu kuat cengkamannya hingga arus deras pun tidak menjejaskan keutuhan aur pada si tebing. Di suatu sudut, terdapat sepohon langsuyar bergayutan pada celahan pokok si induk, hanya menumpang sahaja kerjanya. Dahulunya jalan ini bertanah tetapi sekarang sudah diletakkan tar agar mudah untuk manusia berjalan di atasnya. Tangga juga kini sudah bersimen. Kalau dahulunya, sering aku dan dia berjalan di lecak-lecak tempat air bertakung, tanah basah yang lembab. Rindu pula aku pada si lumut yang yang licin. Taipi suda tidak ada lagi. Kalau ada pun bukan pada tempat laluan ini. Sewindu sudah tidak ku jejakkan kaki di sini. Apatah lagi menampakkan muka pada si pohon jati yang rending. Mereka juga sudah tentu rindu padaku.setia sungguh penanti an si alam menunggu kehadiran aku di sini agaknya, mungkin sebab itu mereka masih ada. Tetatpi kesetiaan si alam menanti si dia lebih banyak daripada mereka menanti aku di sini. Bahkan dialah yang mereka tunggu-tunggukan. Sewindu. Lama sungguh, hampir sedarsawarsa lamanya. Sekurang-kurangnya, wujudlah juga aku di sini setelah sekian lama menghilang, tapi dia?

Betapa indahnya andai aku dapat hidup di sini. Terasa segar apabila dapat menghirup udara bersih. Bunyi cengkerik hutan tidak pernah lekang di gegendang telinga, tetapi tidak pula terasa bingit di telinga ini. Tiba-tiba terasa kehadirannya di sisiku. Seolah-olah kami berjalan bersama beriringan. Terasa kehangatan suam-suam air pada tangan kananku. Itu tangan dia rupanya. Kami berpimpinan tangan. Aku tersenyum. Dia bawa aku berjalan melihat keindahan air terjun ini. Aku pasti, alam juga pasti mencemburui kemesraan kami. Tetapi mereka tetap gembira dengan kewujudan kami di sini. Alahai manisnya dikenang kembali. Pada hujung minggu begini, ramai pengunjung yang datang. Ada yang bersama  keluarga, kawan-kawan, pasangan kekasih. Semuanya ada. Aku dan dia berjalan lagi. Di hujung jalan, masih ada lagi kedai makan Pak Mat dan isteri. Kedai Pak Mat bersih dan sedap. Sebab itu kami sering makan di situ dan dia pun tidak melarang aku membeli air di situ. Aku singgah sekejap. Tercari-cari wajah Pak Mat dan isteri andainya mereka masih mencari makan di situ. Aku meletakkan harapan tentang kehadiran Pak Mat dan isteri di depan mataku supaya dapat kami bercerita tentang kehidupan kami semua tetapi yang muncul ialah seorang wanita muda. Mungkin anaknya tetapi mana mungkin kerana anak-anak Pak Mat semuanya telah lama merantau jauh di Negara orang.

Aku berjalan lagi, masih terasa dia disebelahku. Masih juga terasa sepasang mata yang redup itu memandang aku. Dia sayangkan aku dan alam juga tahu. Merekalah yang menjadi bukti kasih sayang antara aku dan dia. Kalau dulu, setiap kali aku pulang bercuti dan semua orang sibuk, dia selalu bawa aku ke sini untuk bersarapan pagi. Kami menunggang motosikal, kadang-kadang aku yang membonceng dan kadang-kadang dia yang dibonceng walaupun waktu itu aku masih di sekolah menengah. Aku tahu dia percayakan  aku. Di suatu, masih kukuh lagi bangku kayu itu berdiri. Bangku kayu itulah yang selalu menjadi tempat rehat kami berdua setelah menikmati keindahan alam yang Maha Esa. Di tepi bangku itu, sering mejadi tempat sekumpulan rama-rama hutan berterbangan. Warna mereka hitam dan hijau. Masing-masing berpasangan. Rama-rama juga makhluk tuhan dan yang dicipta pasti berpasangan. Rama-rama yang berterbangan menjadi peneman dan penghibur setia kami, sering aku bertanya soalan pada dia tentang si rama-rama, tidak jemu pula dia menjawab walaupun soalan yang sama diajukan. Begitulah sikapnya yang pengasih. Aku meneruskan langkah kaki ku. Terasa sebentuk senyuman diukirkan khas buat aku daripada ala mini. Sama sahaja senyumannya. Senyuman penuh makna dan sayang. 

Tiba-tiba hujan renyai-renyai. Aku menepuk dahi sendiri, lupa pula aku untuk membawa payung pada    awal perjalananku dari kereta tadi. Sudah ku agak bahawa hari kana hujan kerana dari wal tadi lagi awan sudah menampakkan pokok hujan. Terpaksalah aku berteduh sebentar. Nasib baik sempat jua kau sampai di pondok itu. Pondok yang kini sudah bersimen dan atapnya juga sudah tidak bernipah lagi. Fikiran aku menerawang jauh. Dahulu, pondok yang beratapkan nipah dan bertiangkan kayu getah. Di bawahnya subur dengan pokok pegaga jepun yang dapat dibuat ulamam. Masih teringat saat aku dan dia bersama-sama berteduh di bawah pondok ini. Kami selalu berteduh di sini andainya hari hujan. Pasti ada atap yang bocor dan air akan jatuh di atas aku, dialah yang akan mengambil surat khabar yang dibawanya lalu memayungi aku dengan surat khabar itu. Sebaik sahaja hujan berhenti, aku terasa rindu untuk melihat keindahan daunan hijau yang segar setelah disirami air hujan. Bunyi serangga-serangga hutan yang akan mula kedengaran, ada rama-rama hutan yang berterbangan dan burung-burung juga tidak melepaskan peluang untuk mendendangkan kicauannya yang merdu seola-olah menyanyi untuk alam dan penghuninya.

Tanpa ku sedari perlahan butiran mutiara jernih turun dari rubir mataku yang sepet ini. Dari tadi cuba ku halang tetapi ternyata empangannya runtuh jua dek hentaman si mutiara yang degil itu. Dia muncul lagi di hadapan ku, kini betul-betul di sisiku. Lalu, tanganku dicapainya lalu dahi ku di kucup. Di sinilah tempat terakhir aku menghabiskan kenangan-kenangan manisku dengan dia sebelum Yang Maha Berkuasa lebih berhak mengambilnya daripada menjadi hak aku yang hanya sementara. Tiada petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Aku tahu, dia sayangkan aku sama juga di sayangkan yang lain. Munkin itu yang yang membuatkan dia tidak mahu kami menyedari akan tanda-tanda bahawa di akan pergi buat selamanya. Dialah penemanku di kala hati terasa sunyi, penawarku di kala hati minta diubati, kekuatanku dikala diri perit meniti onak yang berduri. Kami berkongsi cerita dan dia suka mendengar cerita aku. Ada banyak kisah untuk diceritakan kepadanya. Cerita kami tidak sama kerana dia yang membuatkan cerita hidup aku menjadi isitimewa. Itulah keistimewaanya dia di sisiku dan yang lain. Semuanya ada cerita masing-masing. Dia juga ada kisah untuk aku. Kisahnya tidak akan ku lupakan buat selama-lamanya. Tidak dapat aku coretkan di sini kerana bias atas pemergian tanpa dipinta amat mendalam hingga ke sanubari dan ia masih kekal di situ. 

Kenangan yang paling pedih ditinggalkan adalah di saat-saat akhir kewujudan dia di muka bumi ini masih terbayang difikiranku sewaktu mengalirkan air di wajah tenang ibu, pucat lesi wajah ibu di saat itu, lalu jariku merayap lalu menyentuh bibir ibu, sebentuk senyuman dilayangkan ubtuk aku. Aku membalas balik senyuman ibu dengan linangan air mata. Bibir itulah yang akan mengucup dahiku sentiasa di saat jasadnya masih hidup, senyuman yanh palin manis dan itulah agaknya senyuman yang terakhir dari ibu buat aku. Tidak dapat dilupuskan dari ingatanku tika aku menyentuh tangan kasar ibu. Tangan yang dahulunya sentiasa panas kini sejuk dan dingin. Tangan yang akan membelai rambut aku, yang akan memimpin tanganku di kala aku memerlukannya. Tangan itulah yang telah banyak berjasa sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Pelbagai soalan muncul di benak fikiranku. Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan mengeat air mataku di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam mencari erti sebuah kehidupan? Darah tidak lagi mengalir di dalam badan ibu. Sungguh tidak tertahan lagi hati aku sewaktu aku mengalirkan air di kaki ibu. Aku mengucup kaki ibu. Lama. Syurga aku di bawah telapak kaki ibu. Kaki ibu sejuk juga sama seperti anggota badannya yang lain. Aku mencium parut yang ada di buku lali ibu. Aku lah yang telah meninggalkan parut itu di kaki ibu dan ia kekal sehinggalah aku sendiri yang memandikan jenazah ibu. Aku telah menjatuhkan pisau di kaki ibu kerana bergaduh dengan adik. Dan masih teringat bagaimana kaki ibu mengalirkan darah yang yang banyak sehingga ibu mengadu akan kakinya kakinya yang terasa kebas. Maafkan aku.

Dan lagi sewaktu Nek Mah mengkafankan jenazah ibu yang terbaring kaku itu. Masih terbayang-bayang wajah adik lelaki aku pada ketika itu baru berusia sebelas tahun mengalirkan air mata, sungguh menyayat hati kerana adik telah kehilangan ibu pada usia yang masih mentah lagi. Kakak dan abang di suatu sudut sedang menenangkan adik dan tidak dapat dinafikan juga bahawa mereka juga turut sedih kerana kehilangagn ibu yang tersayang dan abah pula tenang sahaja wajahnya tetapi aku tahu hatinya pasti menangis sayu meratapi pemergian si isteri. Kini, seorang demi seorang mencium dahi ibu buat kali terakhir. Aku melihat kakak cuba untuk menahan air matanya di saat bibirnya menyentuh dahi ibu. Tetapi berderai juga akhirnya. Begitu juga abang dan adik. Tibalah giliran aku akhirnya. Saat yang paling menggentingkan. Aku meletakkan pipi aku di atas pipi ibu. Sejuk. Lalu aku mencium pipi ibu. Dahulunya, ibu yang mencium ubun-ubunku tetapi sekarang giliranku pula untuk mencium ubun-ubunnya. Bukan buat kali pertama sahaja, malah untuk kali terakhir dalam hidupku.

Akhir sekali, tibalah jua saat dia kembali ke tempat asalnya. Sebagai seorang anak, tidak tertanggung lagi derita hati dan jiwa apabila melihat mayat ibu kandung sendiri diletakkan perlahan-lahan ke dalam liang lahad oleh abah, abang dan saudara-mara  lain. Lalu dicangkulkan sendiri tanah merah ke atas mayat ibu. Hari itu mendung sahaja. Awan seolah-olah menangisi jua pemergian ibu kami. Hati aku menangis lagi, ibu akan pergi buat selama-lamanya. Perlahan kami adik-beradik menyiramkan air mawar ke atas kubur ibu. Tiada linangan air mata di saat itu tetapi hati tetap pedih menahan pemergian ibu. Namun, aku pasti jiwanya akan sentiasa hidup di dalam diri kami. Kini, tiada ucapan sayang yang dapat kami luahkan lagi di hadapannya seperti biasa tetapi hanya doa kami yang mengiringi ibu dalam menuju ke destinasi yang abadi. Dan kami, tugas kami adalah untuk menjadi anak yang berguna dan menjaga abah di usia tuanya serta patuh kepada perintah yang Esa. 

Sudah jauh fikiran ku melayang, ku kesatkan saki-bakik air mata tadi, suasana semakin gelap di sini, jam di tangan sudah tepat menunjukkan pukul  7  malam. Ku percepatkan ayunan langtkah kakiku kereta. Alam memberi senyuman yang terakhir buat aku, kini sudah ku berikan jawapan kepada si alam tentang permergian ibu. Mereka mengerti. Aku berjanji tidak akan ku tinggalkan tempat ini lagi selepas ini. Aku pasti dia juga merindui alam ini.

Hak Cipta: VZ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...