Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, April 30, 2012

Cinta Itu Emak

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Terbayang di mata saya seraut wajah manis milik emak saya yang pada hemat saya, emak yang paling tabah di dunia. Emak saya jantung hati saya, emak saya kekuatan saya. Tapi sekuat mana pun badai yang dihadapinya, semanis itulah senyuman yang dilemparkan bagi menutup luka di hatinya. Emak, saya sayang emak.

Emak saya menanggung duka di usia muda, di awal perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati. Emak kehilangannya buat selama-lamanya. Lelaki itu bukan ayah saya kerana ayah saya hanya hadir dalam hidup emak saya selepas emak saya bergelar balu. Menerima ayah saya bererti berusaha mencari bahagia dan saya yakin emak saya bahagia.

Derita emak bersambung lagi. Anak kedua yang dilahirkannya selepas saya,meninggal ketika bayi. Belum usai sakit mengandung, belum pun hilang sakitnya bersalin. Tapi janji Allah itu pasti, adik saya dijemputNya seawal usia 37 hari. Berduka lagi si emak yang manis itu. Namun percayalah emak, Allah tidak akan mengambil sesuatu dari hambaNya melainkan akan diganti dengan 10 kebaikan. Lihatlah emak, Allah kurniakan emak 5 putera supaya suatu masa nanti dapat berkhidmat untuk emak, dapat menjaga emak sepertimana emak menjaga kami.

Maka kami membesar sebagai anak-anak yang taat kepada emak kami, menyayangi emak sepenuh hati kami. Namun ujian Allah datang lagi. Ayah jatuh sakit. Sakit hingga tidak mampu menggunakan tangan dan kaki. Ada air jernih di mata emak setiap kali memandang ayah tapi emak kuatkan semangat supaya ayah juga mampu bertahan. Doa dititip supaya ayah dapat kembali berjalan. Setiap kali solat, setiap kali itulah doa emak panjatkan. Menitis airmata saya bila melihat emak terpaksa menguruskan keluarga seorang diri. Tapi itulah emak saya, tabah dan sedia melakukan apa sahaja untuk keluarga.

Melihat emak menguruskan keperluan ayah, keperluan keluarga membuatkan saya terfikir, mampukah saya menjadi isteri sebaik emak? Saya melihat melalui sudut yang tidak mungkin dialami oleh semua insan. Saya melihat emak saya melalui pandangan simpati seorang anak. Namun saya tahu, saya juga mahu menjadi seorang emak seperti emak saya. Berkat doa dan usaha gigih emak dan kuasa Allah, ayah sembuh akhirnya. Dan pada saat itu, saya bahagia kerana dapat melihat senyuman emak saya. Senyuman yang tidak ada duka padanya.

Itulah emak saya. Emak yang telah terbiasa hidup di luar kemewahan tapi tidaklah emak pernah mengeluh. Emak tidak pernah meminta lebih dari apa yang ayah sediakan. Emak tidak pernah meminta kami menjadi seorang yang lebih dari seorang yang kami mampu. Emak yang masih tersenyum ketika mendapat berita saya di tendang dari UIA. Emak yang masih tersenyum ketika keluarga yang lain mengutuk kegagalan saya. Dan itulah emak saya. Yang akan sentiasa mengejutkan saya setiap kali saya ingin study di awal pagi, yang akan sentiasa menelefon saya dan memberi saya semangat setiap kali saya hampir memasuki dewan peperiksaan. Emak yang tidak akan pernah jemu walau sudah bertahun emak melakukan perkara yang sama.

Saya rasa sangat bertuah kerana dikurniakan emak yang begitu kepada saya. Mana mungkin saya akan mendapat emak yang terbaik selain dia. Tersemat di hati saya, suatu hari nanti saya ingin menjadi emak seperti emak saya. Emak yang mampu menggembirakan anak, yang mampu menyenangkan suami. Terima kasih emak kerana mendidik saya menjadi seorang insan yang tahu nilai seorang emak. Terima kasih emak kerana masih bersama kami. Terima kasih emak kerana masih menyayangi ayah saya. Terima kasih emak untuk segala yang pernah emak buat untuk saya. Terima kasih, emak.

Saya tidak dapat bayangkan andai saya kehilangan emak. Bagaimana saya mampu hidup tanpa emak. Saya bermohon moga suatu saat jika saya terpaksa kehilangannya, saya telah mampu untuk menggembirakannya. Kerana mati itu pasti dan saya akan tetap harus merelakan bila tiba harinya kelak. Terkadang saya berharap saya akan pergi dulu sebelum emak tapi seketika saya kembali tersedar, jika saya yang pergi dulu, emak akan lebih menderita. Ya Tuhanku, panjangkanlah umur kami dan senangkanlah hati emak kami, semoga suatu hari nanti tempat emak adalah di syurga.

Seorang emak dan selamanya begitu. Seorang emak yang seumur hidupnya menjadi cahaya. Emak adalah kehidupan, tiada kehidupan tanpa emak dan benar, cinta itu emak.

Hak Cipta: Suha

Frust Menonggeng

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Hari terakhir dalam bulan ini...hari terakhir juga aku akan berpapasan dengan Ina. Dan mungkin tak akan ada lagi lewat mulutnya asyik mengomel akan apa yang aku buat. Apa yang aku cakap.Ina...seorang yang begitu kuat semangat aku rasa. Aku kerap membayangkan Ina macam Izara Aishah dalam siri drama TV tu...memang dia idaman setiap jejaka di premis itu termasuklah Fandi. Maka setiap hari ada saja yang Fandi update tentang Ina...dan text kat aku.

"Mi...hari ni Ina mengancam abis meleleh aku tengok dia..."
"Mi...gebu dan tembamnya Ina hari ni...aku teruja..."
"Mi...montoknye Ina kalau dressing cam tu kan...geram aku Mi..."

Penat juga aku melayan akan kerenah si Fandi...Dia yang beriya iya sangat memuja akan figura Ina namun aku jugak yang terpaksa melayan keterujaannya. Namun bila berhadapan dengan Ina apa yang mampu di ucapkan oleh Fandi ialah. Ye Kak Ina...baik Kak Ina dan segala galanya sopan dan santun serta terpuji.

Lelaki manalah yang tak getar iman.Melihatkan seorang figura yang begitu mengancam jiwanya. Namun aku cover dan cover...Ahhh...aku nak buat apa...aku kan dan kahwin? Aku hanya layan SMS nakal Fandi...dan aku turut terasa terujanya Fandi punya SMS kadang kadang menyenakkan perut aku. Hahaha...tak apa orang bujang kan?Lainlah aku ni...cover cover cover...

Namun figura bernama Ina ini selalu menghampiri aku...Mungkin kerana perasaan hormat dia kat aku...Aku hanya mampu cover cover cover...Aku melayani setiap yang ingin dia tahu dan aku tak pernah menunjukkan apa apa reaksi pun. Segala galanya profesional. Kadang kadang hati aku sendiri pun berkata kata.Kenapa aku baik sangat kat dia?

"Assalamualaikum abang...abang kenal Fandi?
"Huh kenal kenapa dia usik awak ke..."
"Tak lah dia kata dia kawan baik abang..."

Namun selepas apa yang terjadi. Ina ternyata tidak lagi mahu menghampiri aku.Malah nampak kelibat aku pun dia dah menghindar. Aku tak dapat berbuat apa apa lantaran memang ternyata salahku.

"Kenapa kau putuskan hubungan dengan dia?Kenapa...alaaaa perempuan Mi...kalau dalam 3 minggu ke sebulan ke...eloklah balik tu"

"Masalahnya sekarang ...aku dah minta maaf kat dia...aku tak terniat nak hantar kat dia SMS tu...ter SEND kat dia..."

"Nasib baik kau tak sebut nama aku...dia ada tanya kan?"

"Ada...tapi aku diam je...aku cuma SMS balik tapi dia tak pernah reply...marah sangat kat aku tu..."

Aku terpaksa memutuskan hubungan aku dan Ina...Kerana aku tak mahu Ina panjangkan lagi isu ni...Bukan ada apa pun...Aku cuma membalas SMS dari Fandi dan sebab nama Ina kat hp aku bermula dari huruf F iaitu Fareena so aku tak sengaja ter Send kat Ina...

Kucuba untuk memohon maaf kali terakhir dengan Ina.

"Ina ini abang Mi..."
Senyap ...tak ada replay dari Ina.

"Ina maafkan abang. Kalau Ina tak reply juga abang rasa tak sedap hati la...Ina maafkan abang ye?
Senyap juga...

Keesokan harinya ku lihat Ina lebih mengancam dari biasa...dan dia begitu berubah dari segi gaya...nada suara yang menggoda....Dan sering bermanja manja di hadapan aku dengan orang lain....Sedangkan aku dan dia sudah jadi orang asing.

Apa perasaan aku ni? Bukankah aku tak layak memikirkannya langsung?Ahhh...biarlah...Ini namanya dugaan untuk aku...Aku tak akan mengalah dengan perasaan aku sendiri.

Aku melihat kembali SMS aku yang aku salah SEND kat Ina untuk aku delete kan...

"Aku stim bila tengok Ina menonggeng..."
Dan sekarang aku rasa frust menonggeng...

Sunday, April 29, 2012

Tuhan Yang Aku Cinta

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Manusia dalam mencari cahaya dan rahsia alam, sentiasa bersujud pada Tuhan untuk mencari rahsia Ketuhanan. Akur dalam segala titah perintah-Nya. Bagi manusia, Dialah raja. Dialah segala. Lantas segala letak duduk perbuatan baik dari sekecil-kecil perbuatan seperti menggaru kepala sehingga seberat-berat perbuatan seperti menakhoda negara, segalanya dilakukan atas nama Tuhan. Segalanya. Tanpa ada sekelumit rasa bosan seksa dan binasa.

Setiap kalimah, setiap bait-bait kata yang terhasil dalam pemikiran yang dicaskan dengan ion-ion positif negatif neuron kotak sempit mula berjemaah tersusun menjadi kalimah dan bait kata indah memuji Tuhan dalam setiap perbuatan. Saat melihat indahnya alam, pujian diangkat pada Tuhan. Saat melihat cantiknya pakaian dipakai, pujian diangkat pada Tuhan. Sama juga saat apabila di mana diri melihat kecelakaan, ingatan sentiasa dihadapkan pada Tuhan. Sudah tentu ingatannya dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan juga kita pergi.

Nurussakinah adalah salah seorang manusia yang terjerumus atau bahasa moleknya terduduk dalam kolam pemikiran jernih sang penganut. Tutur katanya sentiasa terisi dengan nama-nama Tuhan yang sembilan. Peringatan demi peringatan sentiasa diberikan. Lantas ramailah rakan-rakan yang tidak selesa dengan tutur katanya berusaha menjauhkan diri dan membuatkan Nurussakinah keseorangan. Nurussakinah tidak kisah. Nurussakinah tahu yang menemani dirinya adalah Tuhan Sekalian Alam. Yang menjuarai segala sesuatu. Yang induk daripada yang perlu.

Acapkali Nurussakinah bangun sepertiga malam, mengadu kasihnya pada yang satu. Mengadu rindunya pada kasihnya itu. Sentiasa bermohon agar cintanya sentiasa terbenih mekar menjadi bunga cinta yang agung. Dalam melewati air matanya, Nurussakinah sentiasa tergagap-gagap mengucapkan kalimah-kalimah cinta. Penuh rasa gentar, cintanya tidak diterima. Penuh rasa ragu, keikhlasannya tidak sampai kepada-Nya.

Tuhan
Hina hamba mengadapmu
Setiap langkah kuatur untukmu
Setiap nafas disedut keranamu
Masih adakah ruang untukku
Untuk bersama rasul mencintaimu?

Tuhan
Jika diukur cintaku ini dengan ukuran cinta dunia
Kutahu langsung tidak sampai sezarah parasnya
Kutak berani lafazkannya
Hanya berani mengadukannya

Tuhan
Ampunkan segala dosaku
Ampunkan segala tingkahku
Ampunkan segala cacat-celaku
Ampunkan segala keburukanku
Sesungguhnya keampunan itu semuanya milikmu

Tuhan
Titipkan salam rinduku buat kekasihmu
Muhammad al-Amin
yang sentiasa bernyawa
dalam dan luar
jiwa muslimin muslimah
Untuk aku
dan untuk semua yang merindunya

Tuhan
jika kau dengar rintihku
jika kau peduli tentang aku
letakkanlah rasa cinta ini
walau tidak sepenuhnya sekalipun
walau tidak memenuhi kehendakmu sekalipun
izinkan aku mencintaimu
walau kau tak dapat menerima cintaku

Sesampai di rangkap akhir, sedu-sedan Nurussakinah kadang-kadang sehingga membuatkannya tidak mampu berkata-kata. Titis-titis air jernih mengalir laju dari mata. Berat, seberat-berat kalimah buatnya. Dia takut, kerana kehinaan dirinya, Tuhan tidak memandangnya. Dia takut, kalau-kalau kerana kecacatan hatinya, membuatkan Tuhan langsung tidak pedulikannya. Nurussakinah tahu, dirinya, ruhnya, akalnya, segalanya milik Tuhan secara mutlak. Nurussakinah tahu, tanpa Tuhan yang disayanginya, dia tidak akan mampu mengorak langkah ke hadapan, dan dia tahu, dia tidak akan mampu meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Selesai meraup tangannya sambil mengelap air matanya yang sudah kering, Nurussakinah selalu duduk di meja bacaannya, memerhati bintang-bintang di langit. Dia tidak faham kenapa dan bagaimana cara susunan bintang-bintang itu yang dikatakan ahli astronomi sangat membantu dalam mentadbir alam, akan tetapi Nurussakinah tahu bintang-bintang bergemerlapan di waktu malam sangat-sangat indah. Seperti bahasa puitis yang disampaikan Tuhan kepada manusia. Seperti kalam-kalam-Nya yang didapati dalam naskhah al-Quran. Indah, penuh rasa cinta. Dari Tuhan buat hamba-Nya.

Hak Cipta: Tiara Qistina

Saturday, April 28, 2012

Blanky

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


I stared blankly at you, already that far away
It seemed like you would turn back again to look
I thought if I cried now, it might really become farewell
So I pretended to be calm and let you go

Titis hujan menemani si wanita yg sedari tadi hanya berdiam diri. Jasadnya di situ, di tengah keramaian. Namun rohnya hilang bersama sang arjuna yang telah pergi meninggalkan dirinya.

Kalahkan dia?
Penakutkah dia?
Cintanya terkandas dek kerana lidah yang berbicara.

“Kita putus!” Ucap si wanita. Riak wajahnya menunjukkan keputusan yang muktamad.
“Itu yang awak mahukan?” Diam tidak bergerak walau seinci pun wanita itu.
“Baiklah.” Ujar si lelaki lemah. Di mana salahnya, tidak dia ketahui.

Selangkah demi selangkah lelaki itu meninggalkan si wanita di belakang. Manakala si wanita yang sedari tadi tidak menoleh terus melihat si lelaki yang sudah meninggalkannya.

I thought about asking you not to go
But I couldn't say anything because of your cold expression
And just watched

Diam. Kaku. Wanita itu tidak terdaya. Hatinya pedih bagai dihiris sembilu.

I can now see you far away
I couldn't move one step
Don't leave me behind
Come back to me
Please turn around once

Namun tidak dapat didengari oleh si lelaki kerana wanita itu berkata dalam hati.
Bodohkah dia?
Atau bijakkah dia?

I stared blankly at you, already that far away
It seemed like you would turn back again to look
I hated myself for just crying like that
Turn back the time
I want to go back to when I didn't know you

~~~~~~~~~~~~

“Is akan sambung belajar.” Ucap seorang wanita dalam usia 50an. Laila hanya mengangguk sahaja.
“Jadi makcik nak kamu putuskan hubungan kamu.” Yakin wanita itu menuturkan kata-katanya. Tidak ada sedikit pun rasa bersalah.
“Kenapa?”
“Supaya dia anasir-anasir buruk dapat menganggu dia. Saya harap awak faham.” Dengan itu wanita itu pergi meninggalkan si bunga yang sedang kesedihan.

Berdosakah dia?

Laila…
Listen, sometimes in life you have to learn to let go of something that important in your life.
Because sometimes live mean sacrifice.
Love sometimes mean you are not meant together…

Terlihat sebutir mutiara di hujung mata wanita itu taktala matanya dikatup rapi.

Hak Cipta: feat2u

Tiga Tikus Buta Bukan Watak Utama

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips


Ding! Dong!

Asmah mengikat rambutnya. Kertas di tangannya di kipas laju. Berharap agar tuan rumah itu membuka pintunya segera. Penantian 2 minit di kala panas tengahari terasa seperti sehari menunggu. Asmah segera menekan loceng rumah berkali-kali.Mukanya sudah habis berkerut-kerut. Tambah pula dengan peluh yang perlahan-lahan melunturkan solekannya.

Seorang lelaki muncul di muka pintu. Kurus kering susuk tubuhnya cukup untuk membuat Asmah mengecam identiti lelaki itu. Asmah di luar rumah memandang tajam. Dia bengang dibiarkan menunggu di luar.

"Awak ni buat ape sampai lambat sangat bukak pintu ?! Ingat saya hanjing ke nak menunggu depan pagar macam ni?"

Bebelan Asmah terus-terusan berjelar dari pagar sampai ke dalam rumah. Adi hanya berdiam diri di belakang. Telinganya sudah cukup tebal untuk menapis segala cacian yang diludah oleh Asmah. Bukannya sekali dia diperlakukan sebegitu. Tetapi sudah berkali-kali. Dia tidak pernah mengambil hati kerana sudah masak dengan sifat panas baran Asmah. Biarpun Asmah begitu, dia yakin Asmah hanya sayang padanya. 

Adi menggapai pasu bunga di atas meja dapur lalu menjatuhkannya ke atas kepala Asmah. Asmah rebah ke lantai. 

"Itu dulu ...."
Adi mengeluh.

*************

"Three blind mice, Three blind mice
See how they run, See how they run
They all ran after the farmer's wife
Who cut off their tails with the carving knife
Did you ever see such a thing in your life as three blind mice"

"Tak ! Aku mintak maaf ! Tolong jangan buat aku .... "
"Apa awak merepek ni. Saya mana ada nak buat jahat kat awak"
"Tolong jangan... Aku sayang kau. Kau sayang aku jugakkan ? Tolonglah bukak ikatan ni. Please ..."
"Taknak !! Nanti kau tinggalkan aku !! Ingat aku tak tahu kau curang dengan aku?! Kau ni memang bangsat !"

PANG !!!

"Argh ! Fuck kau lah ! Kau ingat aku tak tahu kau curang dengan aku jugak. Pegi mati la babi !"
"Aku ? Aku tak pernah curang dengan kau.... Cuma.... Nafsu aku tak pernah puas bila dengan kau. So, aku perlu memburu. Memburu untuk kau dan aku."

"Memburu ? Untuk aku jugak ? Apa kau merepek ni ?"

Kain yang menutup mata Adi dibuka. Pandangannya kabur dan berpinar-pinar. Perlahan-lahan semakin jelas. Adi terkejut melihat 2 orang mayat lelaki di hadapannya. Seorang lagi masih hidup. Kaki dan tangan terikat. Menggeletar menahan sakit. Ketiga-tiga mereka punyai persamaan. Tiga-tiga buta. Tiga-tiga sudah tiada anu.

Darah hanyir mengalir dari celahan kangkang mengotorkan lantai. Adi memandang Asmah yang berdiri tersenyum padanya. Asmah duduk bercangkung di hadapannya.Sebiji balang besar berisikan 3 batang anu digoncangkan pada muka Adi

"Saya tau lah awak tu gay dulu. Sebab tu awak tak puas, saya pon tak puas jugak. Lepas tu curang dengan saya pulak tu. Kalau ye pon nak curang, jangan lah sampai tiap-tiap hari nak bawak member laki balik rumah kita. Bertukar-tukar pulak tu."

"Awak tahu ke? Hum... Awak tak kisah?"
"Tak pon. Yang penting awak sayang saya. Dah lepas ni tak payah curang. Kita da ade ni. Awak boleh guna, Saya pon boleh."

Asmah menggosok kepala Adi. Adi senyum.
Kan betul. Asmah sayang aku je.

-Sparrow-

Friday, April 27, 2012

Bukan Sang Bunga Api

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


And when I'm gone, Just carry on, Don't mourn,
Rejoice, Every time you hear the sound of my voice,
Just know that , I'm looking down on you smiling,
And I didn't feel a thing, So baby don't feel no pain,
Just smile back.

Ke mana agaknya kita nanti? Garis hidup di telapak tangan sudah merajuk pudar Setiap insan perlu mencari kebahagiaan sendiri. Jika ditakdirkan bersendirian, aku sudah belajar tersenyum semasa bersama arjunaku. Bekas arjunaku.

Hijau dedaun gugur bertaburan. Angin sepoi- sepoi begitu menceriakan. Jarang fenomena ini berlaku. Alam ketawakan kita agaknya. Atau cuba membuat kita tersenyum, lupakan memoribilia bersama. Modus operandi kita sukar difahami. Masing- masing membawa cara unik masing- masing yang akhirnya membawa perih pada dua- dua pihak.

Aku tak rasa salah aku. Tidak juga salah kamu, sang arjuna. Mungkin kita kerap benar digelar merpati dua sejoli. Kita stress ,maybe. Lidah kita sama- sama terkunci. Sama- sama tak memahami nuansa sendiri.

' Rejoice? '
' Just carry on?'
' You didn't feel a pain ?'

Kau bohong diri sendiri lagikah? Sahabatmu sering saja memberitahuku, kau tak pernah sebegitu. Tapi, kau pilih untuk diam membatu, sembunyi segala apa di kalbu. Aku? Tak mungkin aku mulakan dahulu. Biarkan kau mampus dalam kedinginan jiwamu. Tapi kini, aku tak mampu berlalu dari wasilah lama.

Ingin sekali aku menghirup nafas di tempat lain di kala kau tiada. Kehadiranmu bukan bagai bunga api. Yang terpercik kuat. Kehadiranmu biasa- biasa saja. Yang akhirnya berlalu dalam diam.

Jom ketawakan aku. Ketawakan rapsodi ini. Aku ingin hidup dengan egoku sendiri walau ku tahu aku akan diteman sang sunyi sampai ke tua. Ketawakan aku kerana aku melepaskanmu. Ketawakanku kerana sengaja menyakitkan hatimu. Ketawakan aku melepaskan arjunaku yang satu.

Alasanku tidak mampu memikul cintanya tidak boleh diterima. Mungkin setelah aku melepaskanmu, kau akan menemui kebahagiaanmu yang sebenar. Aku doakan itu dalam sujudku.

Untuk aku, aku cuma boleh berharap ada insan yang sudi menerimaku di hujung lorong sana. Akan ku tebus salahku. Walau bukan denganmu. Tapi tahniah. Kau orang pertama yang mampu membuat aku bermadah sastera begini. Satu simetriku yang tidak pernah aku singkap.

Kau. Aku cuba senyum. Semoga kau mampu memberi kebahagiaan dengan muzikmu. Maafkan aku lancar berkata- kata menyindirmu. Aku doakan kau berjaya arjuna. Aku doakan kau bahgia sang teruna. Aku doakan kau sejahtera, selamanya.


Hak Cipta: Eli J.

Thursday, April 26, 2012

Hanya Sebuah Puisi

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Lariannya makin laju. Letih diketepikan. Yang penting pensyarahnya dapat dikejar. Termengah-mengah Ain Soliha apabila sampai di tempat letak kereta. Nama pensyarah itu dilaung kuat sekali. Hampir semua orang di sekeliling memandang. Dia tak peduli. Semuanya berkata sendiri. mungkin mengata dia. Ain tak peduli semua tu.

“Encik Hakimi wait!!!” Hakimi terkejut. Wajahnya menyinga. Pantang sungguh dia diganggu di waktu begini.
“Awak ni tak reti hormat orang lain ke?” Pedas pertanyaan itu. Ain Soliha tergamam.
“Apa salah saya?” Nafasnya masih tak teratur. Letih dia berlari. Semata-mata nak tanya pasal assignment. Moodnya ke laut. Geram hatinya dengan lagak lelaki itu.

“Berani awak tanya? Awak dah lah perempuan. Buatlah cara macam perempuan. Terpekik terlolong macam puntianak. Saya dapat agak yang awak mesti tak ada pakwe lagi kan?” Sinis sungguh. Hakimi memandang atas bawah. Tudung melekat di kepala. Namun, tak menunjukkan perilaku yang baik. Dia berpaling semula ke keretanya. Malas melayan pelajarnya itu.

“Apa kaitan dengan Encik? Saya tak pernah menyusahkan orang pun. kalau saya salah saya minta maaf tapi tolong jangan cakap macam tu lagi…” 

Air mata berlinangan. Terasa sungguh hati kecilnya. Entah apa salahnya. Setiap perbuatan pasti mengundang kata-kata sinis dari lelaki itu. Lelaki yang dikagumi suatu ketika dulu berubah menjadi benci. Benci dengan sikap lelaki itu. Benci dengan segalanya. Hakimi termangu. Perempuan itu menangis. Gara-gara dia! Namun, egonya terlalu kukuh untuk dirobohkan hanya kerana air mata. Dia lantas menghidupkan enjin dan berlalu pergi. 

Sejak itu, Ain Soliha akan menjauhkan diri darinya. Pasti mengelak jika terserempak. Hakimi sedar kenyataan itu. Namun, dia masih keras hati. Dia tak salah. Pada pendapatnya perempuan itu patut diajar. Diajar untuk menjadi sopan santun dan menjadi ciri-ciri muslimah yang baik. Dia anti sungguh dengan perempuan sebegitu. Kisah lampau membuatkan dia menjadi begitu.

~~~~~~

“Kimi, kau tak boleh ikut sangat perasaan kau tu,” Faizal cuba menasihatinya.
“Aku tak boleh. Aku tak boleh berdepan dengan dia beb. Dia betul-betul macam Amylia. Kau tak faham perasaan aku ni,” Hakimi membuang pandang ke pemandangan Kota Raya yang sibuk.

“Aku faham. Tapi apa salah budak tu. Dia cuma jadi dirinya. Mungkin personaliti diorang sama. Dia bukan Amylia. Amy dah bahagia pun sekarang. Kau jangan hukum semua perempuan hanya sebab dia. Tak adil namanya tu,” Faizal menjadi geram. Kalau dia di tempat Hakimi pasti dia tak memilih untuk benci. Benci pada orang yang salah pula.

“Kau tak berada di tempat aku beb. Kau tak faham. Betapa seksanya aku bila dia buat aku macam tu. Aku macam orang bodoh. Datang meminang tapi ditolak mentah-mentah. Aku malu. Aku ingat dialah gadis yang akan membahagiakan aku…” Air mata pun bergenang. Faizal tergamam. Begitu sakit hati memikirkan kisah sahabatnya. Namun, dia tetap tak berpuas hati. Dia kasihan dengan orang yang tak ada kaitan langsung dengan kisah kecurangan Amylia. Tak semestinya semua perempuan sama. Faizal tahu dalam diam Hakimi meminati pelajarnya sendiri. dia tahu sangat hati lelaki itu. Tapi ego menghalang. Kisah lalu hanya alasan. Dia tahu dia perlu berbuat sesuatu. Dia tahu Ain Soliha mampu mengubah perspeksi sahabatnya tentang cinta. Dia mahu sahabatnya bangkit semula.

~~~~~~

Ain Soliha terpegun memandang puisi itu. Baginya begitu indah. Terlalu dalam maknanya. Nama pena penulis itu hanya -his- membuatkan dia makin teruja mengenali si penulis. Lama dia merenung puisi itu. Ain membaca satu persatu. Cuba menghayati setiap bait kata milik si penulis. Jiwanya terusik yang pastinya.

Rasa ini
Berlegar-legar
Penuh selirat
Mencengkam dada

Rasa ini
Melelahkan diri
Menuntas jiwa
Melepas lara

Rasa ini
Takkan berhenti
Masih segar
Mendiam raga

Air mata menitis. Jiwa penulis seakan dia fahami. Lantas dia menyalin semula puisi di blog itu. Suka dia membacanya berulang kali. Rasa ini seakan sama. Sama dengan rasa yang si penulis rasa. Rasa ini sungguh aneh. Ain terbuai rasa dalam diam. Dia sedar yang dia sedang menyintai sesuatu yang mustahil baginya. Dia mencintai orang yang dia benci. Serabut otak memikirkan rasa yang menjerat jiwa. Dia menangis semahu-mahunya. Dia menangis kerana dia terlanjur mencintai pensyarah yang dibenci. Dia kini benci dengan diri sendiri.

~~~~~~

Dia membisu. Lama. Entah mengapa hatinya kacau bilau jadinya. Memang ini pernah menjadi harapannya dulu. Namun, ia amat mustahil untuk digapai. Dia memandang lelaki di sebelahnya. Hakimi!~

“Kenapa pandang macam tu?” Hakimi tak betah diperhatikan begitu. Entah mengapa dia terjerat dengan mainan jiwa sendiri.
“Kenapa saya? Kenapa awak pilih saya?” Ain cuba memahami situasi mereka kini. Dia bingung sebenarnya.

“Saya tak tahu. Hati saya membisikkan nama awak setiap masa. Sejak saya mengajar awak lagi. Saya cuba tolak hakikat tu dengan kenangan silam. Tapi tak boleh. Jadi inilah hasilnya,” Hakimi akui. Dia kalah. Kalah dengan perasaan sendiri. Kini, dia dan Ain sah menjadi suami isteri. Ain Soliha menyatakan dia menerima hanya kerana tak mahu keluarganya kecewa. Walau dia gembira tapi dia tak mahu menunjukkan. Dia masih ada harga diri.

“Senang awak kan. Bila awak benci, awak herdik saya. Marah depan orang ramai. Bila awak suka, awak terus pinang tanpa tanya saya dulu. Awak ingat saya ni apa?” Ain melampias amarahnya.

“Saya minta maaf. Tapi saya serius sukakan awak. Saya akan cuba sayang awak. Cuba belajar mencintai awak pula,” Ain terkedu.

“Awak…senangnya lelaki melafazkan cinta kan? Awak, saya minta maaf. Hati saya tak boleh dipaksa. Saya dah mula suka seseorang. Walaupun kita dah sah suami isteri, saya harap awak faham,” Ain sengaja mengatakan itu. Bukan dia mahu jadi isteri yang zalim. Tapi perasaannya berbaur. Rindu kepada si penulis mengganggu rasa cinta dalam diam terhadap Hakimi. Dia buntu.

“Apa? Kenapa awak terima? Sampai hati awak menduakan suami awak pada hari pertama kita sah nikah?” Hakimi kecewa. Jelas air matanya bergenang. Luluh hati mendengar kata cinta isteri terhadap orang lain.

“Saya minta maaf. Tapi saya sukakan hasil tulisan dia. Puisi tu menghantui saya. Saya terima awak tapi saya tak dapat lari dari mengimbau puisi itu sentiasa,” Hakimi terduduk.

“Puisi apa yang berhantu sangat tu? Sampai awak tegar begini?” Ain menggeleng. Dia tahu dia salah. Tapi hatinya tak tentu. Di sini cinta. Di sana sayang. Mustahil dia akan lupakan bait puisi itu.

“Puisi itu indah. Simple tapi bermakna. Setiap kali saya baca, saya rasa dekat dengan si penulis. Dengan tajuk, ‘Rasa Ini’ sudah bisa membuat saya membuai rasa misteri…”

“Wait, apa tajuk puisi tu?”
“Rasa ini. Why?” Ain berkerut. Lebih-lebih lagi lelaki di depannya ketawa berdekah-dekah. Hakimi mengalirkan air mata gembira. Gembira cintanya disambut hanya kerana sebuah puisi.

“Sayang, thank you very much. Saya tahu awak memang sayangkan saya. Just admit it,” Hakimi terus memeluknya. Ain Soliha terpinga-pinga. Namun, setelah Hakimi menyebut satu persatu bait puisi itu. Barulah dia faham. –his- dan Hakimi orang yang sama. Dia jatuh cinta dua kali pada orang yang sama. Ain malu. Malu dengan luahan sendiri.

“Awak ni kan…” Satu ciuman hinggap di pipinya. Ain tersipu. Hakimi bahagia. Cintanya berbalas. Puisi itu sebenarnya memang ditujukan untuk Ain. Semakin dia lari dari rasa itu, makin dekat rasa itu mendatang. Akhirnya, dia mengaku. Dia juga mempunyai rasa yang sama. Setelah jiwa dipermainkan wanita bernama Amylia. Dia berjaya membuka hati untuk orang lain pula. 

Hak Cipta: Iffah Afeefah

Kucintai Kekuranganmu

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Katalah apa saja
Aku terima
Makilah apa saja
Aku redha

Arman tidak sama sekali akan meninggalkan Irdina. Itu janji dia. Sekalipun Irdina membencinya. Sekalipun Irdina memakinya. Arman nekad. Irdina adalah tanggungjawabnya. Irdina adalah kehidupannya. “Boleh tak jangan layan saya macam budak kecik?!” bentak Irdina. Arman kaget. Tidak menyangka Irdina akan memberikan reaksi sebegitu. Irdina terkial-kial menuruni anak tangga. Tongkat itu menjadi temannya sejak empat bulan yang lalu. Dan sejak itu dunia Irdina berubah. Kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka tak mungkin Irdina lupa. Kerana kemalangan itu, tulang kaki Irdina retak. Kerana kemalangan itu kerjayanya musnah. Irdina menyalahkan Arman atas apa yang berlaku. Bagi Irdina kalau tidak kerana kecuaian Arman semasa memandu mungkin takkan berlaku semua itu.

Irdina duduk di meja makan. Arman menuangkan air ke dalam cawan, dihulurkan kepada Irdina. Irdina menepis. Air dalam cawan yang dipegang oleh Arman sedikit tumpah. Arman lap meja yang terkena air. Di tuangnya semula air ke dalam cawan Irdina dan diletakkannya dihadapan Irdina. Irdina hanya membatu. “Sayang, abang dah masak semua. Nanti lunch hour abang balik lagi ok. Sayang jaga diri. “ Arman mengucup dahi Irdina mesra. Diusapnya kepala Irdina dengan penuh kasih sayang. Seperti kebiasaannya Irdina tidak memberi sebarang reaksi. Hanya membatu dan membisu.

Sepeninggalan Arman ke tempat kerja, Irdina masuk ke bilik bacaan mereka. Dibukanya satu laci tidak berkunci kerana di situ dia menyimpan segala pemberian Arman. Irdina meneliti sekeping kertas biru yang sudah sedikit usang. Satu lembaran kata dari Arman seminggu sebelum mereka diijabkabulkan.

Ku sunting dirimu
Penyeri hidupku
Suri hatiku
Belahan jiwaku

Kuhanya dambakan
Apa yang ada padamu
Hanya kamu

Siapapun dirimu
Apapun kelemahanmu
Meski besar kesalahanmu

Kasihku tak usah kau ragu
sayangku dan cintaku hanya padamu
kucintai jua kekuranganmu...

Irdinia tidak dapat menahan sebak. Air jernih mengalir jua dari tubir matanya. “Selama empat bulan Dina abaikan abang. Selama empat bulan Dina dingin dengan abang. Selama itu juga Dina memarahi dan memberontak dengan abang dalam diam. Maafkan Dina abang. Dina berdosa pada abang”. Irdina merintih dalam hati. Kesedihannya tak dapat dibendung. Telefon bimbit di atas meja dicapainya. Mendail nombor Arman. Tapi malangnya tidak dapat dihubungi. Irdina sedikit cuak. Dia menghubungi pejabat Arman dan kata mereka Arman sudah lama keluar.

Irdina duduk di bilik bacaan mereka. Sejak peristiwa itu hanya di bilik bacaan itu tempat dia menghiburkan hati. Seperti biasanya Arman akan membeli buku untuk Irdina. Tak pernah sekalipun Irdina berterima kasih. Dan Arman tidak pernah ambil hati. Layanan Arman pada Irdina tetap tidak berubah.

ehem..ehem..”
Irdina menoleh. Arman berada dibelakangnya! Satu senyuman dihadiahkan kepada Arman. Irdina mencapai tongkat disisinya. Cuba untuk berdiri. Dibantu oleh Arman. Tapi ditepis oleh Irdina. “Dina nak bangun sendiri”. Lembut suara Irdina. Arman sedikit terkejut dengan perubahan Irdina. “Sayang nak ke mana ni?” tanya Arman kehairanan. “Abang tunggu ya”. Arman hanya mengangguk. Sedikit gusar dengan perubahan mendadak isterinya Irdina. Arman membelek buku yang ditinggalkan Irdina di atas meja.

Abang, nak minta tolong boleh tak?'
Apa dia sayang?”
Tolong ambilkan air yang Dina bancuh kat dapur eh. Dina tak dapat nak bawa dengan tongkat ni.”
Laaa!..sayang..tak perlu buat. Biar abang buat semua tu.”
Tak boleh macam tu. Dina dah lama abaikan abang.'
Sayang duduk dulu ya”

Arman meluru ke dapur untuk mengambil air yang dibancuh oleh isterinya. Terukir senyuman di wajah Arman. Milo panas kesukaannya. Arman meletakkan air yang dibawa ke atas meja. Irdina merenung Arman. “Kenapa pandang abang macam tu?” tanya Arman lembut. Irdina senyum. Arman duduk disebelah Irdina. Irdina mengubah posisinya. Irdina duduk di lantai. Dicapainya kaki Arman. “eh! Sayang, tak perlu buat”. Irdina tersentak. Namun diteruskan niatnya untuk menanggalkan stoking Arman. “Abang, empat bulan Dina tinggalkan rutin ini. Dina banyak buat salah pada abang. Dina berdosa. Maafkan Dina.” Airmata Irdina mengalir jua. Arman meraup wajahnya Irdina. Diusapnya lembut pipi Irdina. “Sayang, sayang, dengar sini. Abang tak pernah berkecil hati. Abang tak pernah anggap sayang bersalah. Abang tahu kelalaian abang buat sayang menderita macam ni. Maafkan abang eh?” Arman memeluk tubuh isterinya erat. Lama benar rasanya mereka tak melalui momen seperti ini. “Kenapa abang tak pernah marah Dina?” suara Dina. “Sebab sepanjang sayang sihat dulu sayang tak pernah mengabaikan abang. Tak pernah sekalipun. Dan kerana itu, bila sayang ditimpa musibah ini abang tak nak abaikan sayang. Sampai bila-bila. Abang cintai segala kekurangan sayang.Ermm..tahu tak, abang sangat rindukan rutin yang selalu sayang buat pada abang. Macam tadi tu." Irdina hanya tersenyum. Irdina kini hanyut dalam dakapan suami yang setia dan menerima kekurangannya.

Wednesday, April 25, 2012

Give Your Heart A Break

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


The day I first met you
You told me you'd never fall in love
But now that I get you
I know fear is what it really was

Now here we are, so close
Yet so far, haven't I passed the test?
When will you realize
Baby, I'm not like the rest


Lagu Give Your Heat A Break nyanyian Demi Lovato, mula berkumandang di radio. Adam teringat insiden petang tadi.

“Boleh tak Adam faham perasaan Dira? Boleh tak jangan nak push Mira? Please…” rayu Nadira. Dia tak sanggup lagi untuk memikirkan soal itu. Hatinya terlalu penat. Terlalu. Ah… Adam bukannya akan faham perasaannya. Dia tahu dia yang bersalah. Bersalah kerana tidak mampu lagi terbitkan rasa itu. Rasa cinta pada lelaki yang telah dikahwini selama 6 bulan.

Adam Hakimi menarik nafas. Dia tahu dia bersalah. Terlalu mendesak Nadira Syafina supaya menerima cintannya. Sudah 6 bulan mereka melangsungkan perkahwinan, namun Nadira masih belum mampu untuk mewujudkan rasa cinta padanya. Bukannya dia tidak memberi masa, namun, dia juga manusia yang punya tahap kesabaran. Sampai bila dia harus bersabar?

Adam tahu Nadira tidak punya perasaan padanya saat akad nikah dilafazkan. Saat mereka bertunang selama 3 bulan. Dia tahu Nadira terpaksa bersetuju untuk bertunang dan berkahwin dengannya disebabkan permintaan keluarganya. Keluarga adalah kelemahan terbesar Nadira. Nadira sanggup berbuat apa sahaja untuk keluarganya walaupun dia tidak bersetuju. Adam tahu itu.

“Dira nak Adam buat apa lagi? You know about my feeling for you. You know I had feeling for you since university. Dan Dira tahu, saat Adam luahkan perasaan pada Dira, saat kita bertunang dan saat ini, perasaan Adam tak pernah berubah,” Adam melabuhkan punggungnya di katil.

Nadira memandang Adam dengan penuh rasa bersalah. Dia tahu itu. perasaan Adam padanya tidak pernah berubah. Dia masih ingat lagi luahan Adam padanya ketika mereka ber-out station di Cameron Highlands. Yaa… dia bekerja di bawah Adam. Adam adalah anak majikannya, Datuk Yusoff. Dia patut sedar bilamasa Datin Rashidah, ibu mertuanya sekarang selalu melayan dirinya dengan baik, rupa-rupanya Datin Rashidah memasang impian untuk menjadikan dirinya menantu. Untuk dipasangkan dengan anak bongsunya, Adam Hakimi. Ah… Adam yang dikenalinya dari zaman university rupa-rupanya punya perasaan padanya.

“I’m sorry.” Ucap Nadira dengan lemah. Di saat itu, air matanya jatuh.

Adam mengeluh. Bukan itu yang dia mahu dengar. Dia sudah jelak dengan kata-kata maaf yang terkeluar dari mulut Nadira.

“Adam dah jelak dengan kata-kata maaf yang keluar dari mulut Dira. Sampai bila Adam kena bersabar? Adam lelaki yang punya 1 nafsu. Adam selalu mengalah dengan Dira. Cuba untuk beri Dira ruang. But then, Adam dah tak mampu lagi untuk menunggu lagi. For how long Adam kena tunggu? Adam juga ada ego. It’s not you only.”

Nadira Syafina memejamkan matanya. Dia tahu hal itu. Adam selalu mengalah dengannya semata-mata mahu memberi ruang kepadanya. Dari saat malam pertama mereka lagi, Adam mengalah. Adam sanggup tidur di sofa dan biarkan dirinya tidur di katil. Yaa… Adam masih belum menyentuh dirinya. Katanya Adam, mahu memberi masa untuknya.

“Dira sebenarnya….” Nadira cuba untuk menyusun kata. Dia cuba untuk menjelaskan hal sebenar. Namun lidahnya tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata itu.

Adam bangun dan beredar dari bilik. Dia tidak mahu lagi mendengar alasan Nadira Syafina itu. Dia tidak mampu lagi untuk berpura-pura bilamasa hatinya terluka. Dia sudah cukup bertahan dengan masa yang diberikan kepada Nadira Syafina. Dia tidak mahu melukakan hati Nadira, dia mahu berikannya masa namun hatinya yang terluka. Adam mencapai kunci kereta Toyota Harriernya dan memandu keluar dari rumah bangle pemberian Papa dan Mamanya sempena perkahwinannya.

Now here we are, so close
Yet so far, haven't I passed the test?
When will you realize
Baby, I'm not like the rest
Don't wanna break your heart
I wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to waste, to waste

Kereta Toyota Harrier Adam masuk ke perkarangan rumah, namun, dia masih belum keluar. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia tidur di situ malam itu. Dia tidak mampu untuk menghadapi Nadira Syafina untuk masa sekarang. Ah… ujian apakah ini? Adam berbisik dalam hati. 

Adam mengeluh lagi. Dia tahu Nadira pernah dikecewakan oleh lelaki. Dia tahu Nadira risau jika dirinya sama seperti bekas-bekas kekasihnya. Dia masih ingat lagi bagaimana Nadira mengaku padanya, menceritakan kisah silamnya yang perit itu dengan lelaki. Adam faham itu. Tapi dia mahu Nadira tahu, dia bukan seperti lelaki-lelaki yang pernah Nadira kenali. Dia mahu Nadira itu. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Adam melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sedari sesuatu yang unik mengenai persekitaran rumah malam itu. Kelam dengan cahaya dari lampu-lampu neon. Adam melangkah lagi. Dia menelan air liur. Meja makan di ruang makan kelihatan bercahaya dengan cahaya lilin, dan hiasan bunga ros di tengahnya.

“Dah balik?”satu suara kedengaran di belakang Adam. Adam menoleh. Dia melihat Nadira sedang tersenyum ke arahnya. Cantik. Pujinya dalam hati bila melihatkan nadira memakai gaun labuh berwarna peach. Nadira kelihatan seorang puteri dalam pakaian tersebut.

“Apa semua ni?”soal Adam hairan. Nadira tersenyum.
“Hari ini, genap 6 bulan kita berkahwin.”
“So?” Adam masih tidak faham.
“So, Dira ingat nak celebrate dengan Adam.” Dira berjalan ke arah Adam. Memandang mata Adam.
“What for? Membazir kalau just nak pujuk Adam sahaja.” Adam melangkah ke arah tangga.

Nadira memegang tangan Adam. Adam tersentap. Adam menoleh semula ke arah nadira. Nadira sedang tersenyum ke arahnya.

“Boleh tak dengar apa yang Dira nak kata?”Dira mendekatkan dirinya. Adam memandang isterinya.
“Dira mintak maaf.” Dira memandang Adam dengan penuh senyuman.
“Hentikanlah ucap kata maaf tu.” Adam membalas. Nadira tersenyum.
“Dira tahu Dira tak patut bersikap ego. Dira patut luahkan bilamasa Dira sure ia sudah ada. Actually at the beginning. Mungkin dekat dengan tarikh perkahwinan kita.” Nadira berkata.

“Apa yang Dira nak cakap?”Adam tidak mengerti.
“I love you.”Akhirnya dia mampu ucapkan tiga patah perkataan itu. Belum pernah dia ucapkan 3 patah perkataan itu pada mana-mana lelaki.

Adam speechless. Dia mungkin tersalah dengar. Namun tidak mungkin, kata-kata itu cukup jelas di gegendang telinganya. Dia memandang Nadira.

“Nadira Syafina?”Adam tersenyum. Cuba untuk meminta penjelasan.
“Yeah… it’s true. I love you. Masa yang Adam bagi untuk Dira dah cukup. Terlalu. Mungkin lebih. Dira tahu Dira bersikap ego. Ego dengan diri Dira sendiri. Dira dah mula sukakan Adam, actually cintakan Adam but then Dira tak nak akui lagi. So, I love you.” Dira mencium pipi Adam.

Adam terkesima. Dia tersenyum dengan ciuman hangat di pipinya. “You do love me?” Nadira mengangguk.

“I love you too.” Kali ini giliran Adam mencium pipi Dira. Dira tersenyum. Malam itu, malam yang paling gembira untuk Adam.


Hak Cipta: reenapple

Gara-Gara Puisi

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


 “Sha… Dah siap dah kau punya story puisi kau tu…???”, tanya Iffah prihatin.
Nope…”. Balas Nisha ringkas.
“Bila nak kena schedule…???”. Sekali lagi Iffah bertanya. Dia memandang Nisha pelik.
“Minggu depan kot… Nanti aku check balik bila tarikh aku kena publishkan cerita tu…”, jawab Nisha perlahan. Matanya khusyuk mengadap skrin laptop.
“Weyhhh… Kau ni Sya… Tak habis-habis kan dengan game Tumblebugs kau tu… Dah-dah lah tu mainnya… Daripada kau main game tu, baik kau sambung buat story kau. Cepat siap, cepat settle… Tak payah serabut-serabut lagi dah…”. Iffah bersuara. Tak faham benar dia dengan perangai Nisha yang satu ni.  Pantang dapat main game, payah benar dia nak berhenti. Selagi tak buat highscores, selagi tu dia tak kan puas.
“Heee… Kau jangan bising lah Fah… Aku tak boleh fokus… Nanti aku siapkan lahhh…”, jawab Nisha dengan matanya masih lagi di skrin laptop.
“Suka hati kau lah…”. Iffah mengalah. Malas mahu memanjangkan cerita.

Senyap seketika ruang bilik itu.

“Fahhh…”. Nisha memanggil manja. Meleret. Mukanya ditalakan ke arah Iffah. Senyuman sehabis mungkin dilemparkan.
“Ermmm…”.
“Teman aku…”. Seyuman masih lagi berbaki di pinggir bibir.
“Nak kemana pulak…???”. Sengaja Iffah menekan suaranya. Ada-ada jelah budak ni.
“Alaaa… Tak kemana pon… Temankan aku tengok cerita Sepi tu je… Kang aku tengok sorang-sorang, takut tertidur lagi je nanti… Kau pon tahu kan aku dah cuba dua-tiga kali tengok cerita tu tapi failed…”, jujur Nisha.

Senyap tanpa balasan.

“Fahhh… Boleh ke tak boleh ni…???”. Nisha sudah mula berperangai seperti anak kecil. Merengek yang sengaja dibuat-buat.
“Ada kena budak ni kang… Kau ajak aku teman kau tengok cerita Sepi tapi kau still ngadap lagi game tu kan… Dah tahu nak tengok cerita tu, bukalah… Tu pon nak kena suruh eyhhh…???”. Marah benar lagak Iffah tika itu.
“Alaaa…. Mana aku tahu kau nak teman ke tak. Kalau aku tahu, dari tadi lagi aku dah buka dah… Janganlah nak serius sangat… Aku sentap kang, kau juga yang sepi nanti…”. Nisha mula perasan. Terus di klik button exit game untuk digantikan dengan melayan cerita Sepi yang tak pernah sudah.

Sunyi seketika bilik itu. Baik Nisha mahupun Iffah, kedua mereka bagaikan hanyut tenggelam dalam jalan penceritaan cerita tersebut. Namun, masuk jam pertama, Nisha mula membuka mulut bersuara.

“Weyhhh… Cerita ni tentang apa sebenarnya…??? Kejap orang lain, lepas tu orang lain pulak…”.
“Tengok jelah dulu sampai habis… Nanti kau faham laaa…”, Iffah membalas perlahan. Khusyuk benar dia menghayati cerita itu.
“Mananya puisi dia…??? Hadoiyyy… Meleweh betul la…”, geyus Nisha tak senang diam.
“Kau tengok part Imaan ni betul-betul…”, Iffah mula mengarah.

Beberapa minit kemudian, kedengaran tawa mereka berdua.

“Alahaiii… Comel dowh Syed Hussein dalam cerita ni… Cair meleleh aku…”- Nisha.
“Kannn… Tahu takpe… Aku pon rasa cam dah tergoda habis dah ni… Hahahaha”- Iffah pula menggedik.

Namun tawa Nisha hanya seketika cuma. Bagai ribut Nisha bangun dari duduk mencari kertas dan pen bila sahaja Iffah menjerit menyuruhnya get ready untuk menyalin puisi yang ingin diambilnya.

“Cepatlah Sha…”, Iffah semakin mendesak.
“Kau sabar boleh…??? Pause lah dulu…!!! Pen ni pon satu… Time aku nak guna, time tu lah dia takde dakwat… Eiii… Sakit pulak hati kite ni…!!!”. Sempat lagi si Nisha mengajuk skrip dalam cerita Adnan Sempit 2 yang membuatkan Iffah ketawa berdekah.
“Hahahaha… Bongok… Senget punya budak…”. Iffah masih lagi dengan tawanya yang berbaki.
“Okay, jalan…”, arah Nisha sebaik duduk bersama cebisan kertas hitam dan liquid paper. What…??!!! Balon ajelah…

Bisikku pada bulan…
Kembalikan…

Pause…!!!”. Nisha menjerit.
“ Bisikku pada bulan… Kembalikan…”. Dia mengulangi skrip tersebut perlahan. Sambil tangan menyalin semula patah kata puisi itu hingga sempurna.
Done… Terima kasih ‘coz temankan aku layan cerita ni… Aku nak gayut jap… Heee…”, Nisha sengeh menunjukkan giginya yang bertaring bak raja bersiung.
“Laaa… Tak kan kau nak tengok cerita ni semata-mata nak ambil puisi dia je kot…??? Aku ingatkan kau nak tengok sampai habis…”. Iffah cuba menoleh bila dirasakan bagai bercakap seorang diri.
“Tak boleh pakai punya kawan… Siang gayut, malam gayut… Tak faham betul aku dengan perangai orang bercinta ni…”, getus Iffah sendirian.

**********************************

Malam itu usai solat Isyak, Nisha sudah mengadap laptop. Berkobar-kobar mahu menyiapkan story pusinya. Dipandangnya puisi yang telah disalin di atas cebisan kertas. Arghhh.. Apa ni…?? Satu apa pon aku tak paham maksud puisi ni… Sepi kenapa pulakkk…

Bisikku pada bulan…
Kembalikan…
Temanku…kekasihku…syurgaku…
Tanpa dia…
Malam menemaniku…
Sepi memelukku
Bulan…
Jangan biar siang…
Biar alam ini kelam…
Biarkan ia sepi…
Sepertiku…

Sekali lagi, Nisha mengambil harddrivenya. Semangat mahu menonton semula cerita Sepi berkenaan dengan harapan dia dapat memahami puisi tersebut. Iffah di katil sebelah bagai sudah tidak wujud baginya.

Setengah jam beralih sejam. Kini sudah sejam setengah Nisha menghayati cerita tersebut. Handset  yang berbunyi di sebelahnya juga tidak diendahkan. Tiba-tiba Iffah terperasan bagaikan ada sesuatu yang mengalir di pipi Nisha.

“Sha… Kau kenapa weyh nangis…???”. Risau.

Sambil mengesat airmatanya yang bila-bila saja mungkin jatuh, Nisha menjawab, “Sedih dowh cerita Sepi niii… Huwaaa…”. Cerita di-pause-kan. Dicubanya untuk ketawa untuk menutup malu.
“Hahahaha… Gila gembeng kau sampai nak meleleh bagai. Tapi cerita tu memang sedih pon…”. Iffah semakin gelihati melihat telatah Nisha. “Kau tengok jelah sampai habis…”.

Bilik itu kembali senyap. Iffah melirik ke arah Nisha. Laaa… Dah banjir rupanya budak ni… Patut pon senyap. Senyum sendiri.


Sepikah aku sehinggakan begitu terusik saat menonton cerita ini – Nisha.

Tuesday, April 24, 2012

Menyesal

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Lagu Menyesal nyanyian Ressa Herlambang berkumandang di corong radio.

Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu
Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela
Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu


Arh~ mengapa lagu seperti ini wujud di muka bumi ini? Mengapa setiap liriknya sangat menusuk dan tepat sasarannya ke dada aku? Aku mengambil kotak kecil yang tersorok di celahan kotak-kotak lain yang tersusun di tepi dinding. Aku membuka penutup kotak itu. Pelbagai kenangan sebenarnya tersimpan di situ.

Aku memandang scarf dan buku nota yang dibalut dengan kertas berbentuk hati berwarna merah. Hati terasa sakit. Pedih. Kenangan itu datang lagi. Kenangan lama. Yang cuba dipadamkan dari sejarah ingatan.

Kalaulah memori ini boleh di ‘delete’ seperti memori-memori dalam komputer. Alangkah mudahnya hidup. Alangkah mudahnya tidak hidup bersama kenangan yang bermula dengan manis namun berakhir dengan pahit.

Menyelak helaian-helaian kertas, yang tercatit segala kenangan. Mataku melihat ‘hadiah pertama’ yang diberikan.

Boarding pass RBA, Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur.

Yang pada mulanya, aku hanya bermain-main untuk mengambil dan menyorokkannya. Namun, ianya menjadi hadiah, sebelum dia berlepas pulang ke Brunei. “Ambillah boarding pass tu. Simpan. Kalau tak nak, buang je, tak apa.”

Terhenti di baris-baris sms yang disemat abadi dalam buku nota ini.
-Mia.-

Semua orang memanggil aku dengan nama Misha. Hanya dia memanggil Mia. Hanya dia. Aku tidak pernah tau kenapa. Dia tidak pernah menjelaskan kenapa dia panggil aku Mia, sedangkan ahli keluarga aku mahupun ahli keluarganya, memanggil aku Misha.

Ah… kenangan lagi.
-senyumlah gadis yang manis. jangan bersedih lagi.-
-jangan lupa makan. nanti kalau sakit abang fi yang susah.-

Tanpa sedar bibir tergaris senyum.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku harus lupakan segalanya. Aku dengan dia tidak pernah ada ikatan apa-apa. Hanya kawan. Hanya seperti adik dan abang. Hanya…

Mata aku tertancap di sebaris ayat lagi.
-mia adalah teman terindah. Walau jauh dimata, tetap dekat di hati.-

Teman terindah? Gurauan apakah ini? Entah. Aku tidak pernah tau, pada dia, apa sebenarnya hubungan kami. Kalau aku, aku hanya mengatakan dia relative lelaki aku yang rapat. Aku tak berani nak mengatakan dia seperti abang aku, kerana dia tidak pernah walau sekali menganggap aku adiknya. Tidak juga ku katakan kawan, kerana dia lebih tua dari aku.

-I miss you, mia. Lama sudah kita tak jumpakan.-

Dengan dia, aku tak berani bermain kata. Tidak juga pernah ku balas tiap kali kata-kata rindu terluah dari bibirnya. Aku hanya ketawa dan mengucapkan terima kasih. Tidak juga aku pernah balas ucapan valentine nya. Bagi aku, hubungan kami, tiada kepastian.

Aku tidak tahu cinta itu apa. Namun, bila dia pergi dari hidupku. Hati aku bagai terhiris.

Dan lebih terhiris, bila, baru-baru ini, aku mendapat tahu, gambar-gambar aku banyak dalam simpanannya. Sama ada yang aku sendiri berikan, mahupun yang tidak aku tahu dari mana dia mendapatkan gambarku.

Dan lebih, lebih terhiris lagi, bila kali terakhir aku bertemu dengannya, segala kelakuan dia bagaikan meminta maaf denganku. Malah, dia melebihkan aku dalam segala perkara berbanding orang yang telah menjadi kekasihnya.

Moga dia, bahagia dengan dia.
Aku tidak apa-apa. Kerana hati ini akan terus dingin dan beku.

Aku hanya mahu memadamkan dia dari sejarah ingatan aku. dia adalah kenangan yang indah. Namun, dia hanya sejarah. Sejarah yang tidak mahu aku ingatkan lagi.

Sejarah yang ‘bodoh’.

***

Aku tersedar dari tidur yang panjang. Ouh, mimpi apakah yang pelik dan mengarut sebegini? Lagu Menyesal berakhir. Lor, dengar lagu Menyesal ni pun siap boleh termimpi jalan cerita ke? Tak apa lah, tulis jelah di lembaran microsoft word ini dan hantar ke S7W.


***
p/s: cerita ini tak ada kena mengena dengan penulis. sekian. :)

Hak Cipta: IU

Dalam Renyai Hujan

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Sesuatu yang sudah terlalu lama hilang...
Sesuatu yang sudah terlalu lama tak nampak oleh mata...
Yang kabur objeknya...

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal iya terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…

Bukan aku tak mahu menjelmakan sebuah kenyataan namun aku takut kepastian...
Bimbang kamu berubah hati menjadi benci...
Kali ini aku tahu kamu berada di situ...
Kamu sering mengasingkan mana kawan dan mana teman...
Teman kamu tidak di situ teman kamu hanya bangku kosong...
Oohhh aku ingin melihat bangku itu diduduki oleh seorang yang kacak...
Aku ingin kamu beritahu aku bahawa aku tak perlu lagi menanti...
Sebetulnya aku suka menanti...
Apakah ini lewat kisah lama aku berulang kembali...



hujan renyai renyai
bebayangku hilang
dalam kebasahan
selama ini
kupegang janjimu
selama ini
kugenggam harapanku
namun kini
terpaksa kulepaskan
ambil lah kembali milikmu
ia bukan milikku...
sekadar aku berdiri
menjengah ke pintu hatimu
bukan layakku bermimpi
di dunia realitimu
sewaktu sebegini...
tempias hujan masih membasahiku
di setiap langkah yang kuinjak
menyelusuri jalan terbentang luas
dan
di kala reda hujan
aku akan melangkah pergi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...