Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, March 31, 2012

Ku Petik Satu Bintang

11:01:00 AM | | Best Blogger Tips


Maya bergegas menuruni anak tangga. Panggilan dari suaminya yang berada di luar pagar rumah mereka mengejutkan Maya yang sedang sibuk menyiapkan 'sesuatu' untuk suaminya. Cepat-cepat Maya memulas tombol pintu. "ni mesti tak bawa kunci lagi"getus Maya dalam hati. "Sorry sayang. Abang tak bawa kunci." Hazri buat muka bersalah. "Oh takpe." balas Maya. Maya membuka pagar besi itu seluas-luasnya.

Hazri keluar dari kereta. Maya terus mendapatkan Hazri dan mencium tangan suaminya. Hazri mengusap kepala Maya. "Sayang buat apa tadi? Abang call banyak kali tadi". tanya Hazri. Maya hanya tersenyum. "tak ada apa. Jom kita masuk. Abang nak minum air apa hari ni?" Maya cuba menukar topik perbualan mereka. "Ermm.. abang nak air apa-apa je. Ada tak?" pinta Hazri. 

"Kalau air apa-apa je saya tahu lah. Air suka-suka hati saya lah kan?" Maya senyum.
"Air suka-suka hati awak ke?" 
"Tak. air suka-suka hati kita"
Hazri mencubit pipi Maya. 
Maya membalas dengan mengucup pipi Hazri dan terus menuju ke dapur. Hazri senyum.

"Ini lah air suka-suka hati kita yang abang maksudkan tu" Maya menghulurkan cawan kepada Hazri. Hazri senyum lagi. "Kenapa senyum? Minumlah." Maya duduk disebelah Hazri. "Erm sayang, kenapa dengan jari sayang ni? Mata Hazri tertumpu pada jari isterinya yang berplaster. "eh tak ada apa lah. Luka sikit je" balas Maya ringkas. "Tipu lah tak ada apa-apa. Kenapa ni?" tanya Hazri lagi.

"La...abang ni. Luka sikit je. Abang jangan risau ok?" 
"Tak la. Tu baru jari. Semalam kaki awak terpijak kaca. Dah terhencot-hencot berjalan.Apa je awak buat kat rumah ni sayang?"
"Ala..sikit je.Abang jom jom naik atas!" Maya menarik tangan suaminya. Hazri tercengang-cengang. Menurut saja kemahuan isterinya.
"Taaadaaaaaa!!!!"

Hazri melopong. Terkejut. Bungkam. Melihat bilik tidur mereka yang penuh dengan bintang kertas yang pelbagai warna. Melekat di dinding. Ada yang di dalam balang. Bermacam-macam bentuk balang. 
Maya mengucup pipi suaminya. "Selamat Ulang Tahun Sayang!"
"Eh..birthday abang ke?"
"Laaaa...yelah."

Hazri mengucup manja dahinya Maya dan memeluk erat. "terima kasih sayang" bisik Hazri lembut ke cuping telinga isterinya.
"Bila sayang buat semua bintang-bintang ni?" 
"Ermm.. dua hari lepas."
"Dan sebab tu jari awak tu berplaster kan? Kaki tu kenapa? baik bagitau sekarang sebelum abang bertukar jadi ketam sepit jari sayang tu?"
"Eh jadi ketam pulak dia."
"Sebenarnya salah satu balang pecah. Kaki terpijak kaca. Tu yang luka. Jari ni pulak berplaster sebab luka sikit. kertas tu keras sangat"
"Sayang, gila ada 44 macam. Agak-agak sayang ni gila yang nombor berapa?" Hazri senyum. Sengaja dia mengusik isterinya.
"Gila saya ni nombor 1. Tiada dua, tiada tiga, tiada empat" Maya senyum nakal. Hazri peluk erat isterinya.
"Tapi kenapa bintang?"
"Sebab saya penah cakap nak jadi bintang pada abang. Saya tak layak dan tak mampu pun jadi bintang. Jadi bintang-bintang kertas saya buat mewakili diri saya. Biarpun bintang-bintang ini tak sebanyak bintang-bintang yang ada di langit. Tapi, kasih sayang saya, setia saya pada abang sebenarnya melebihi bintang-bintang kertas ini."

Hazri terharu.
"Selamat ulang tahun sayang" ucap Maya sekali lagi.

Friday, March 30, 2012

Peluang Kedua

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
IU



Tahun 2002.
-adik-
“Mama, ampunkan segala dosa adik. Ya, ma?” aku memohon keampunan sebelum kami melangkah masuk ke Masjidil Haram. Mama memandangku pelik. “Adik, adik tak ada dosa dengan mama. Mama dah ampunkan segala dosa adik.”

Aku tersenyum. Kami sama-sama melangkah masuk ke Masjidil Haram.

“Mama, walau apa pun jadi dengan adik. Jangan bawa adik keluar dari sini, ya ma?” Aku sebak memandang Kaabah sejurus saja masuk.

Mama hanya diam.
Sejurus selesai mengerjakan solat Maghrib. Mama mula membaca al-Quran. Aku baring di pangku mama.

“Adik, adik sakit ke?” Mama memandang wajahku.

Aku geleng. “Tak, adik tak sakit. Cuma, kaki dan tangan adik sejuk sangat.” Aku separa berbisik.
Mama menggenggam tanganku. “Adik, sejuknya! Macam ais.” Mama cuba memanaskan tanganku dengan tangannya. “Adik, nak balik hotel?”

Aku geleng lagi. “Mama, adik nak tidur sekejap. Kejap lagi masuk waktu Isyak, mama kejutkan adik, eh?”
Azan Isyak berkumandang. Mama mengejutkan aku. “Adik bangun sayang. Dah masuk waktu Isyak.”
Aku menggagahkan diri untuk solat Isyak. Mungkin ini adalah solat terakhir aku.
Setiap pergerakan aku mula lemah.

Ya Allah, sesungguhnya, sujudku, matiku, hidupku hanya untukMu. Jika ini yang terakhir, ku mohon terimalah amalan ku ini. Air mata mula bergenang.

Dan, selepas sujud yang terakhir, aku tak bangun lagi.

***

-mama-
Selepas usai salam, mama terus menerpa ke arah anaknya yang masih sujud, dan tidak bangun. Segera dia membaringkan anaknya yang kini tidak sedarkan diri.

“Adik, adik anak mama. Bangun, sayang. Jangan buat mama takut macam ni.” Mama berbisik. Takut. Takut, setakut-takutnya.

Orang ramai mula mengerumuni anaknya itu. Ada yang mengazankan. Ada yang memeriksa nadi. Ada yang mula membaca yaasin. Ada yang memanggil ambulans.

“Mam, we should bring your daughter to the hospital. I already called the ambulance.” Salah seorang jemaah menyentuh bahu mama. Mama menggeleng sambil memangku kepala anaknya. “No, she said don’t take her out of here. She’s okay. She will be alright.”

“Kak, degupan nadi anak akak ni dah lemah sangat, kak. Kena bawa ke hospital ni, kak.” Jemaah dari Malaysia memujuk. Mama masih menggeleng. Dicapainya al-Quran. Mula mengaji.
“Mam! Your daughter….. She’s not breathing and her hearbeat stops!” Kata seorang jemaah separuh menjerit setelah, memeriksa sekali lagi nadi dan nafas anaknya itu.

Lagi kuat mama memeluk anaknya sambil berdoa.

“Anak, jangan macam ni. Kalau masa budak ni dah sampai, redhakan dia pergi di tempat suci. Di dalam sujud. Di hadapan Kaabah.”

Keadaan agak huru-hara.
Mama menangis. Tidak putus-putus berdoa. Mama tidak percaya bahawa anaknya akan meninggalkannya dahulu. Tidak. Adik tak tinggalkan mama, kan? Adik takkan tinggalkan. Mama. Ya Allah, tolonglah, ya Allah. Aku tak sanggup kehilangan anak aku ni. aku sanggup lakukan apa sahaja untuk anak aku ini hidup semula.

Doa tulus seorang ibu sememangnya punyai kuasa yang menakjubkan.
Datang 3 orang wanita memakai purdah dan berpakaian serba putih. Memegang kepala, badan dan kaki anaknya. Mengangkat dan membacakan doa.

***
Aku tersedar. Di pangkuan 3 orang wanita.
Ya Allah, aku hidup lagi?
“Mama…”

***

Tahun 2012.
Ya, aku bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Siapa sangka, selepas kejadian itu. Arwah mama yang pergi dahulu sebelum aku.
Rahsia Allah tak siapa yang tahu.
Aku hanya pasrah dan redha.

Thursday, March 29, 2012

Cahaya Cinta

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Ke hadapan isteriku yang tersayang,
Selamat ulang tahun perkahwinan abang ucapkan buat sayang…
Sayang tahukan abang tak pandai berpuisi dan tulis ayat-ayat berbunga…
Abang hanya nak sayang tahu yang abang sayangkan sayang sangat2…
Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke anak cucu cicit piut piun…
Abang tak tau sayang suka ke tak hadiah yang abang bagi tu..
Almaklumlah abang ni orang laki mana pandai menilai perhiasan2 wanita ni…
Akhir kata,sayang awak sangat2..hehehehe..

Yang ikhlas menyayangimu,
Adam

Surat berwarna merah jambu itu ditatapnya lama,tulisan yang dulunya kemas kini kelihatan comot dek dakwat yang berkembang gara-gara air mata yang jatuh.
Setitik
Setitik
Setitik… Dadanya menahan sebak. Tangannya menggigil. Air matanya terus mengalir dengan deras.

“Ya Allah,jika ini takdir mu ya Allah.Aku terimanya dengan redha. Kau cekalkanlah hatiku ini ya Allah.” Wanita itu berkata di dalam sedan sedu tangisannya. Hatinya tidak mendengar kata mulutnya. Pedih. Kepedihan yang wujud di dalam hatinya sungguh pedih.

Bayangan kenangan manis mereka bersama mula bermain di minda. Dari saat mereka berkenalan hingga ke alam perkahwinan. Satu per satu memenuhi ruang mindanya. Menghantui kembali dirinya.

“Kau tu dahlah tak boleh beranak! Pandai-pandai pulak kau nak buat keputusan hah??”
“Nak carik duit konon! Ntah-ntah keluar dengan jantan. Engkau ingat aku bodoh?”
“Tak payah berdrama! Aku benci perempuan macam kau!. Menyesal aku kahwin dengan kau.”
“Aku ceraikan kau talak tiga!!!”

Ayat-ayat ini kembali bermain di telinga. Berdosakah dia? Salahkan dia?. Berdosa ke menjadi perempuan mandul? Hina sangat ke dia?

“Sayang ,nantikan kalau kita ada anak, abang nak namakan anak lelaki kita boleh? Awak namakan anak perempuan.” Wanita itu mengangguk tanda persetujuannya.
“Maafkan saya tuan, puan…tapi nampaknya tuan dengan puan ada masalah sedikit untuk mendapatkan anak. Rahim puan yang mengeluarkan ovum nampaknya sebelah tersumbat manakala lagi satu ovum yang dihasilkan tidak begitu subur. Kami minta maaf tapi peluang untuk anda berdua dapatkan anak adalah tipis.”

Semakin deras air mata yang mengalir keluar. Sebak di hatinya tidak dapat tertahan lagi. Di mana lelaki yang pernah berjanji dengannya untuk sehidup semati? Yang berjanji sentiasa di sisi walau dalam apa jua keadaan.

“Abang tipu saya!!!” Wanita itu menjerit dengan sekuat hati. Bantal yang berada di kirinya di lempar ke dinding. Surat di tangannya itu dikoyakkan dengan sekuat hati lantas sampahnya di lemparkan ke atas. Bertaburan jatuh cebisan-cebisan kertas itu. Tetapi kenapa hatinya tidak berasa puas lagi? Syaitan apakah yang merasuki dirinya? Wanita itu terbaring lemah di atas katil. Tangannya memeluk lututnya seakan-akan kesejukan. Air matanya lancing mengalir. Tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

“Walaupun Adam anak mak, tapi mak malu dengan tindakan dia. Mak minta maaf bagi pihak dia. Ini semua salah mak sebab tak pandai besarkan anak. Maafkan mak.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Abang! Saya betul-betul nak bekerja carik duit bukannya cari lelaki.”
“Huh! Mulut cakap lain,hati cakap lain. Mana aku nak tau yang kau bukan carik jantan lain? Kau bukannya boleh mengandung pun!”
“Abang!” Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu. Menggigil tangan si isterinya. Dia tidak sengaja. Dia pun punya hati dan perasaan.
“Tengok mak! Dah pandai nak pukul laki dia. Perempuan macam kau ni tak layak jadi isteri!”
“Minta maaf bang, saya tak sengaja.” Perempuan itu melutut di hadapan suaminya. Memohon keampunan.
“Tak payah berdrama! Aku benci perempuan macam kau!. Menyesal aku kahwin dengan kau.”
“Abang” Perempuan itu memanggil suaminya dengan lemah. Suaranya kedengaran sayu.
“Aku ceraikan kau talak tiga!”

Dalam sekelip mata, status isterinya musnah dalam sekelip mata. Wanita itu akui kesilapannya menampar suaminya sendiri. Tetapi salahkah jika dia tidak mampu melahir zuriat untuk suaminya sendiri?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Untungnya mereka yang tidak dikurniakan anak ialah sekiranya mereka(pasangan suami isteri itu) adalah dari kalangan orang-orang yang soleh dan solehah apabila dihitung amalannya di padang masyar nanti dan pahala mereka lebih daripada dosa mereka maka mereka sudah pasti menjadi penghuni syurga kerana tidak anak mereka yang akan mengheret kaki mereka walau setapak pun ke arah nereka~

Nota Penulis:- Ayat kat atas ni diberitahu oleh ustaz saya ketika saya bergelar pelajar. Saya olahkan sedikit ayat ni. Maaf kerana tak tahu ayat ini sumbernya daripada mana. Cerita ini adalah rekaan semata-mata,  persamaan hanya kebetulan. Ilham tiba-tiba datang menyinggah ketika mendengar lagu dan cerita ini ditulis terus. Maaf di atas segala kekurangan.

Wednesday, March 28, 2012

Malam Yang Panjang

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Risa berguling-guling di atas katilnya. Sekejap ke kanan, sekejap lagi ke kiri. Kemudian matanya memandang jam yang setia di dinding. Pandangan hampa bila jarum jam yang hampir ke angka 12 tengah malam. Keresahannya semakin mengigit perasaan. 

Tik.. tak.. tik.. tak..

Detik demi detik terasa begitu lambat berlalu. Malam yang panjang dan membuat Risa resah. Dia ingin sekali melelapkan mata... Tetapi risau kalau tidurnya akan kembali gundah lagi. Sayup-sayup malam, Risa terdengar sesuatu. Risa bingkas dari katilnya. Dari celahan langsir dia menjengguk ke cermin tingkap biliknya, Pandangannya terpaku. Ada seseorang sedang mengangkat sesuatu yang kelihatannya sangat berat. Sambil menoleh ke kiri-kanan, orang itu kemudiannya meletakkan barang yang dibawanya tadi di belakang bangunan lama yang terbiar. Orang itu cepat-cepat berlalu. Risa tersentap. Barang yang dibuang tadi bergerak-gerak. Risa dengan pantas berlari-lari anak turun ke bawah. Menuju ke situ.

Kedengaran jelas suara tangisan. Teresak-esak. Tersedu-sedu. Dalam samar-samar malam Risa melihat seorang budak lelaki yang cacat menangis di sebalik dinding bangunan. Di celah-celah sampah sarap di tepi longkang yang berbau hanyir. Busuk! Berbau darah! Kaki budak lelaki yang berumur sekitar 8 tahun itu cacat. \'Budak itu kudung dan bukan hanya kakinya yang kudung. Salah satu tangannya juga kudung. Dan sebelah lagi ada, tetapi kelihatannya longlai... lumpuh!\' Risa menajamkan pandangannya lagi agar lebih jelas. Sekalipun bau busuk semakin mencucuk-cucuk deria baunya hampir membuatnya muntah dia nekad. Sesekali Risa menutup hidungnya. Menghela nafas dari mulut supaya dia tidak tersiksa oleh bau yang boleh membuatnya pitam. Risa kembali menajamkan pandangan melihat wajah budak lelaki itu. Mukanya herot dan matanya kelihatan hampir buta. \'Kasihan sungguh!!\' Suara tangisannya sungguh menyayat hati.

“Tolong.. tolong saya” Rintih budak itu. 
“Kenapa kamu di sini?” Hati Risa tersayat pilu. Siapakah yang meninggalkan budak cacat ini di lorong belakang bangunan yang terbiar ini.
“Saya.. saya telah di buang..”
“Di buang? Siapa yang buang kamu?”

Dengan tangan kudungnya sampai ke siku, dia menunjuk ke suatu arah. Risa membuang pandangannya ke arah yang ditunjukan oleh budak cacat itu. Sebuah pintu berwarna merah. Ketika itu seorang perempuan berbaju putih keluar dari pintu merah itu. Dia membawa sebuah baldi berwarna hitam ke tepi longkang dan mencurahkan cecair hitam yang mengeluarkan bau busuk dan hanyir. Perempuan itu kemudiannya masuk kembali tetapi membiarkan pintu itu terbuka sedikit. 

“Siapa perempuan tu..?” Tanya Risa masih memakukan pandangannya ke arah pintu berwarna merah itu. Senyap. Tiada jawapan. Risa memandang ke bawah, ke arah budak itu. \'Hilang!\' Budak cacat yang kudung kaki dan tanggannya itu ghaib! Risa terkejut. Budak kudung itu tidak mungkin boleh pergi ke mana-mana dengan begitu pantas. Sungguh! Tidak sampai sepuluh saat! Matanya melilau ke sekeliling tapi langsung tiada. Budak itu benar-benar ghaib macam magik! Meremang bulu roma Risa irama jantungnya mulai kedengaran laju.

***

Menyusuri longkang berbau busuk yang memualkan. Dengan perlahan Risa melangkah ke arah pintu berwarna merah itu. Risa mengintai di sebalik pintu yang sedikit terbuka. Melihat seorang doctor dengan beberapa orang pembantu sedang sibuk dengan sesuatu. Entah dari mana keberaniannya datang. Dia menguak daun pintu dengan berhati-hati; terjengket-jengket curi masuk dan bersembunyi di sebalik sebuah almari barang di ruangan itu. Terdapat pintu bilik air tidak jauh dari almari. Risa bimbang jika ada yang menuju ke bilik air, mereka mungkin akan menyedari kehadirannya di sini. 

'Aarghhh lega. Tapi tidak ada sesiapa menyedari kehadiranku. Mereka terlalu sibuk...' Rupanya tempat itu adalah sebuah klinik. Ada seorang perempuan yang sedang berbaring; dengan kedua kelangkang kakinya dibuka lebar. Doktor mengambil satu alat. Dan memasukkan ke celah kelangkang perempuan tadi. Perempuan itu menjerit-jerit kesakitan. Peluh dingin keluar dari dahinya. Darah merah mengalir disedut oleh satu hos dan tumpah ke dalam baldi berwarna hitam.

“Ah… Ahhhhhhhhhhh!” Jeritan perempuan itu begitu membingitkan telinga. Ngeri.. Titis-titis darah yang tercurah ke dalam baldi banyak sekali; merah kehitaman. Tangan doktor menyeluk ke celah kangkang perempuan itu dan kedengaran sekali lagi suara kesakitan yang mengerikan terus kedengaran. Gumpalan daging dicabut keluar dan dicampakkan ke dalam baldi sekali lagi. Selesai. Perempuan itu kelihatannya longlai. Dia bangun lesu dan melangkah perlahan menuju ke satu arah. Risa panik. 'Perempuan itu mahu ke marikah?' Perempuan itu semakin mendekat, semakin dekat dan berhenti di depannya. Menatapnya tajam menerung Risa. Wajahnya pucat dan berpeluh. Bibirnya bergetar dan ada sisa-sisa air mata. Risa terpegun kaku. 

“Lihatlah apa yang telah kita lakukan!” Tiba-tiba perempuan itu berbicara terus padanya.


“Aku?” Jawab Risa terkejut. Perempuan itu tersenyum sinis. Dia hulurkan kedua belah tangannya kepada Risa. Tangan yang berlumuran darah. Segumpal daging bergerak-gerak di telapak tangannya; mengeliat seolah-olah bernyawa.

“ Apa itu?” Pekik Risa ketakutan.
“Kau tanya aku apa?” Tempik perempuan itu marah. 

Budak cacat yang ditemuinya di tempat longgokan sampah tadi tiba-tiba berada di sisi perempuan itu. Budak cacat itu bersuara. 'Tahukah kau betapa sakitnya bila besi dari tangan doctor itu melumat tubuhku..? Lihatlah aku. Cacat.. kudung.. berwajah herot! Kau bunuh aku.'

“TIDAK!!!!!!!” Dengan tidak semena-mena wajah perempuan itu mulai Risa kenali.. bibirnya.. matanya.. hidungnya. Sungguh dia kenal benar. Perempuan itu adalah dia. Wajahnya sendiri. 

“Bukan aku!! Bukan….!” Jeritan bergema. Risa tersedu-sedan di atas katilnya. Malam yang panjang itu menghantui hidupnya. Mimpinya semakin aneh hari demi hari saban waktu. 

Risa akhirnya teringat betapa sakitnya ketika besi-besi itu masuk ke dalam tubuhnya dan berputar-putar lalu melumat daging yang sedang berdenyut, bernyawa dalam rahimnya. Risa ingat semuanya!!! Risa bertempik. Dia sudah berusaha untuk melupakan segala-galanya. Dia sudah buang ingatan itu jauh sekali. 'Aku tidak akan jadi perempuan itu lagi. Tidak lagi...'

***

P/S: Saya hantar kispen setelah diberi tunjuk ajar oleh bos S7W, moga kisah ini jadi tauladan buat kita semua :)

Tuesday, March 27, 2012

"Smoke Till You Stroke, Sayang"

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
run aziluz


Langkah kaki sama derapnya. Tangan hayun ke depan ke belakang sambil genggaman terus kemas. Si lelaki pandang si perempuan, si perempuan pandang si lelaki. Dua-dua tersenyum bahagia menampakkan gigi dan warna kekuningan pada ruang antara setiap gigi. langkah dihenti di tepi tembok longkang.

Sekotak berwarna merah ditarik kemas dari poket kemeja si lelaki. Sebatang yang berwarna putih diketap bibir, kemas. Api dinyala. Sedut. Hembus. Sedut hembus. Sedut dalam-dalam. Bulatkan mulut. Hembus dengan bulut membulat ke arah si perempuan, lalu jari telunjuk menepuk sedikit bucu pada asap bulat dari mulut. lalu terbentuk asap bentuk hati dari mulut terus ke muka si perempuan. Si perempuan senyum. ketawa. Pipi merah.

Habis sebatang, sebatang lagi disedut hembus. Sedut hembus. Asap panjang dari hidung. Asap bulat. Asap bentuk hati. Senyum. Ketawa. Pipi merah. Batuk. Sedut. Hembus lagi.

"sayang, kau kisah aku merokok?" tanya si lelaki yang sedang sedut hembus sedut hembus.
"tak."
"kenapa tak kisah? kau suka aku mati cepat?"
"tak apalah. kalau kau mati cepat. aku pun ikut sama. sebab aku pun sedut asap dari kau juga."
"jadi kita boleh sehidup semati?"
"mungkin. smoke lah. smoke till you stroke, sayang."
lalu batang-batang yang putih-putih itu disedut hembus hingga ke batang terakhir.

* * * * *

Dua puluh tahun berlalu. langkah kaki sama derapnya seperti dulu. Tangan hayun ke depan ke belakang sambil genggaman terus kemas seperti dulu. Si lelaki pandang si perempuan, si perempuan pandang si lelaki. Dua-dua tersenyum bahagia menampakkan gigi dan warna kekuningan pada ruang antara setiap gigi yang semakin jarang ditelan usia. Langkah dihenti di tepi tembok longkang, tempat dulu-dulu.

Buat kesekian kalinya asap bentuk bulat keluar dari mulut si lelaki.Ddibelah sedikit bahagian atasnya dengan jari telunjuk, jadi bentuk hati lalu mengenai muka si perempuan. Buat kesekian kalinya lagi, pipi merah.

"sayang, kalau aku mati dulu, kau mahu kahwin lagi?" untuk kali ini si perempuan memula bicara.
"tentulah tidak. kan kita sehidup semati."
"tapi aku rasa masa aku makin dekat."
"tapi kau cuma sedut asap dari aku. bukan dari rokok ini."
"benar. aku perokok kedua yang risikonya sepuluh kaliganda."

Selesai berceramah pendek si perempuan rebah dengan mulut herot. Bila diperiksa selepas matinya, ada darah membeku di otak.

Sehari demi sehari si lelaki sunyi tanpa si perempuan. Tanpa bergenggam tangan menghayun ke depan belakang berjalan dengan derap sama ke tepi longkang. Tanpa muka penadah asap bentuk hati. temannya cuma batang-batang putih dari kotak merah yang disemat kemas dalam poket baju. Lalu disedut hembus sedut hembus batang-batang putih itu tanpa henti dan ditiup asap bulat, dan dipotong bahagian atasnya dengan jari telunjuk lalu jadi bentuk hati. Cumanya tiada muka si perempuan, lalu asap bentuk hati hilang dibawa angin.

Sepuluh hari kemudian, si lelaki sitemui rebah dengan mulut herot... dan bila diperiksa selepas matinya, seperti diduga ada darah membeku di otak.

Monday, March 26, 2012

Kau Takdirku

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Nong Andy



Airmata gadis itu gugur berjuraian. Dia tersedak-sedak di atas sejadahnya. Penuh kekesalan. Penuh keinsafan. Irfan terpaku. Hatinya sayu melihat tangisan gadis itu. Meruntun-runtun jiwanya. Dia bukan sengaja mengintai. Dia cuma kembali ke surau itu memastikan kepentingan surau terjaga. Memastikan lampu tertutup dan paip air dipulas kemas agar tiada pembaziran berlaku. Tugas itu sudah lama dilakukannya. Dia hanya sukarelawan yang sentiasa menjaga kebersihan dan kepentingan surau itu. Tidak bergaji hanya mengharapkan kasih sayang dariNya di syurgaNya kelak.

Tidak menduga yang malam itu seorang gadis masih menghuni rumah tuhan dengan esak tangis kekesalan. Penuh keinsafan. Irfan terpaksa menanti dengan sabar. Hingga gadis itu selesai melepaskan semua yang berbuku di hatinya kepada sang Pencipta. Mulanya dia ingin pulang saja tapi entah mengapa kata hatinya menghalang langkah. Sudahnya dia menanti hingga gadis itu selesai. Terbit rasa bimbang di hatinya. Sudah jauh malam tapi gadis itu masih berseorangan. Manakah rumahnya? Dekatkah.. jauhkah? Bagaimana dia pulang? Bagi Irfan bahaya kalau seorang gadis berjalan sendirian malam-malam.

Mukanya merona merah bila menyedari ada insan lain di surau itu. Pemuda yang berwajah tenang sedang merenungnya. Malu mengingatkan wajahnya yang basah dek airmata. Melihat ke wajah lelaki itu dia tahu, lelaki itu bukannya orang jahat. Dengan songkok dan baju melayu dia tahu lelaki itu tentunya orang baik.

“Er.. saudari. Sebenarnya saya cuma datang memastikan semua suis lampu dalam surau terpadam. Dan juga ingin mengemas sejadah-sejadah itu” Dia tunjuk ke arah beberapa helai sejadah yang tidak di lipat ke tempat asal.

“Maaf.. biar saya bantu” Kata gadis itu. Masih berwajah malu. Dan semuanya bermula pada malam itu. Persahabatan mereka. Dia menghantar pulang gadis manis bernama Mia. Memandang wajah Mia yang sayu, hatinya dipagut sesuatu. Sesuatu yang tidak difahaminya. 

***

“Mia? Mia Amira tu?” Nada suara Farin sedikit tergelak. Irfan berkerut kening.
“Kenapa?” irfan mohon penjelasan.

“Ifan.. aku rasa baik kau lupakan saja perempuan tu. Dia bukan perempuan baik! Lelaki baik macam kau, layak dapatkan perempuan yang baik-baik. Lainlah yang buaya darat macam aku ni” Ketawa Farin menyakitkan telinga.

“Maksudmu? Dia bukan perempuan baik? Tapi.. dia ku lihat baik-baik saja” Hatinya terguris.

“Jangan tertipu Ifan.. itu hanya luaran. Hakikatnya.. Mia tu gadis murahan. Kau ingat Jihan kawanku itu? Dia bekas teman lelaki Mia kau tahu! Dan semua tentang Mia aku tahu melalui Jihan.. Jadi kau dengar sajalah cakapku ini. Lupakan rasa hatimu itu.. Si Mia itu bukan gadis terbaik untukmu. Aku kawanmu.. jadi aku mahu kau dapat gadis yang baik.. sebab aku tahu kau lelaki yang cukup baik!” Farin membongkar semuanya. Hati Irfan terguris. Senyuman manis Mia ternyata senyuman syaitan yang mengodanya ke neraka jahanam! Irfan kesal. Tapi.. Mia cuma kawan dan tak lebih dari itu. Dan Mia tidak pernah meminta lebih dari Irfan. Bagaimana pun Irfan benci kisah silam Mia. Benci sekali!!

“Mia.. siapa Jihan?” tanya Irfan dengan suara agak tenang. Mia tersentak. Wajahnya pucat. Kenapa lelaki yang telah jadi sejarah hidupnya itu diungkit Irfan.

“Kenapa kau nak tahu?” Enggan menjawab. Irfan tenung Mia. Wajah itu kelihatan suci. Tapi kenapa gadis itu tidak suci lagi?! Irfan meradang. Mia enggan membalas tenungan Irfan. Begitu mudah baginya untuk jatuh hati pada irfan. Dengan tingkahnya yang prihatin. Dengan tatapan matanya yang menawan. Mustahil bagi Mia tidak jatuh hati padanya. Tapi lelaki sebaik Irfan tidak sepadan dengannya. Mia sedar dan Mia tidak akan mengikut kata hatinya. Biarlah saban hari dia rindukan Irfan. Biarlah.. dia tidak akan membenarkan dirinya jatuh hati pada lelaki itu. Tidak akan!!

“A.. Aku dengar dia bekas kekasihmu..” sedikit gugup. Mia tertunduk. Akhirnya kisah dia dan jihan sampai juga ke telinga Irfan. Mia malu. Malu pada Irfan. Malu pada tuhan. Betapa pun dia menafikan perasaannya pada Irfan tetapi tuhan telah pun membenihkan cinta ke dalam hatinya kepada lelaki itu. Ia telah pun tumbuh dengan mekar tanpa dibaja. 

“Ya.. benar. Dari mana kau tahu?” Tanya Mia. 

“Farin..” nama itu sudah memberi gambaran jelas bagi Mia sebanyak mana Irfan tahu tentang kisah silamnya. Dia tidak perlu bertanya lanjut. Mia tahu Irfan tentu pandang rendah padanya. Jauh sekali akan jatuh cinta padanya. Tidak mungkin!

“Oh.. Farin. Dia tentu sudah cerita tentang aku. Jadi.. aku kira kita tidak perlu berkawan lagi. Perempuan kotor macam aku hanya akan membawa aib kepadamu.. hanya akan mendatangkan fitnah. Aku sayang kau.. jadi aku tak mahu kau terkena lumpur yang ku bawa” Dan Mia cepat berlalu sebelum sempat Irfan membalas kata-katanya.

***

Airmata Mia yang berjuaraian suatu waktu dulu masih terbayang-bayang di peluput matanya. Jelas di ingatannya. Irfan resah. Betapa pun dia mahu lupa, tapi wajah Mia ada di mana-mana. Wajah suci yang memagut ketenangan siang dan malamnya. Irfan melangkah ke bilik air. Mengambil wuduk. Hatinya yang gundah itu harus di adukan kepadaNya. Hanya padaNya tempat dia meminta bantuan.

“Kau biar betul Irfan” Bantah Farin bila irfan menyuarakan hasratnya.
“Betul.. aku cakap betul” Yakin nada Irfan menjawab.
“Kau nak pinang Mia? Tak ada gadis lain ke Irfan? Mia tu sisa orang.. kau tahu!” Hina sungguh Mia di mata Farin.

“ Kami ditemukan di rumah tuhan Farin.. dan hatiku sudah ditawan oleh airmata keinsafannya. Mia jauh lebih mulia di mataNya berbanding kita yang berlagak mulia ini Farin. Taubat dan keinsafannya menjadikannya lebih mulia dari kita.. Dan tentang hatiku yang terlalu merinduinya, tentulah kurniaan dari maha Esa. Pemberian dariNya, Siapalah aku untuk menidakkan ketentuanNya..” Penjelasan Irfan mematikan suara Farin. Betapa pun Irfan membenci kisah silam Mia. Tapi rasa cinta yang di tanamkan oleh sang Pencipta ke dalam hatinya, tidak berdaya dinafikannya. Irfan akur kalau Mia ditakdirkan menjadi tulang rusuk kirinya yang hilang.

“A.. terpulanglah pada kau Irfan. Kalau itu yang kau mahu..” Farin mengalah. Sedikit sakit hati pada Irfan. Dulu dia pernah mengorat Mia. Tapi tidak di layan. Akhirnya Jihan pula yang dapat. Bila Jihan buang Mia macam habis madu sepah dibuang, Farin puas hati. Mia yang sombong itu akhirnya merana sendiri. Terbetik juga akal nakalnya mahu memikat Mia semula. Mana tahu dia boleh dapat 'Perempuan' percuma. Dia tak kisah kalau Mia sisa orang sebab dia sendiri bukannya teruna. Tapi Mia dipikat tak dapat-dapat. Kemudian jinak pula pada Irfan yang alimnya macam bakal imam muda. Maka benci dan sakit hati pada Mia menjadi duri dalam daging. Membisa dalam hatinya yang hitam. 

***

“Kata Suhana kau nak jumpa denganku?” Tanya Mia pada Irfan yang duduk membelakang tasik. Atas bangku batu yang dingin. Irfan menoleh dan senyumannya mengetarkan hati Mia. 

“Ya.. aku rindu kamu Mia” Ujarnya berterus terang. Tanpa malu. Tanpa Ego. Mia terkedu.
“Tapi kenapa?”

“Sebab hatiku kata begitu..” Mata Mia ditenung sepuas hati. Matanya yang pernah dilihatnya basah oleh airmata. Mata yang sayu penuh kekesalan. Mata yang menganggu tidurnya yang lena. Mata yang membuat dia rindu! Sungguh Irfan rindu. Dan mustahil buat Mia tidak terharu dengan kata-kata itu. Mia ingin pergi. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Semua ini pasti palsu, bisik hatinya.

“Irfan.. kau terlalu baik untuk aku. Jadi aku tak mahu kamu..” Tolak Mia lembut. 

“Dengan nama Allah Mia.. Aku mahu kamu.. Sebagai isteriku. Jadi.. izinkan aku sunting dirimu..” Lamaran Irfan mengejutkan Mia. Mia mengigit bibir. Dia pasti sedang bermimpi.

“Tidak mungkin Irfan.. aku..”
“ Kau tidak sepadan denganku?” Pintas Irfan. Mia mengangguk.
"Mia.. tahukah kau, perempuan itu dijadikan tuhan dari tulang rusuk lelaki.. bukan dari kepala untuk di junjung, bukan dari kaki untuk dipijak.. tapi dari rusuk kiri yang dekat di hati untuk disayangi.. dan dekat dengan lengan untuk dilindungi.. Jadi Mia. Apa pun kisah silam mu.. Kaulah tulang rusuk kiriku. Yang akan aku sayangi.. dan akan aku lindungi.. Aku percaya kaulah takdirku. Kerana itulah kita telah ditemukan di rumah Allah.. dan bermula itulah hatiku ini milikmu.. mengapa begitu Mia? Itu rasia tuhan..” Jelas Irfan. Dan Mia sekali lagi berjuraian airmata.

Armand Strikes Back (feat. Miguel Bain)

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Memang sudah nasib Armand. Bila sahaja tiba di kota Uganda ibunya terus memasukkan dia ke sekolah asrama. Hampa sungguh Armand mahu duduk bersama ibunya.Di asrama itu bercampur antara lelaki dan perempuan. Maka ada seseorang budak perempuan yang amat menarik perhatiannya. Nama budak perempuan itu ialah Megawati. Tak tahu apa jenis keturunan akan perempuan itu namun semua yang masuk dalam asrama semestinya keturunan pribumi.

Sama seperti Armand. Kecantikan akan si Megawati ini amatlah manarik dan tiada cacat celanya. Jika Armand terkenang akan Megawati akan muncul lah figura Megan Fox yang amat di minatinya.

Puas dia menegur namun gadis kecil itu tidak sedikit pun menunjukkan sebarang respon. Apakah dia bisu kalau bisu takkan dia masuk sekolah asrama.

Maka segala ikhtiar di cari oleh Armand untuk menghampiri gadis kecil tersebut. Armand sering bergaya rambut ala Justin Bieber...

Maka mungkin oleh kerana kesungguhan Armand. Dia terjumpa akan seseorang yang amat pelik dalam asrama itu. Nama nya Miguel Bain. Dia melihat akan Miguel yang punya pesona hingga hampir keseluruhan gadis mahupun cikgu perempuan suka dan selalu berada di samping nya.

"Apa rahsia kau Miguel?"tanya Armand mahu tahu.

"Oowhhh...kamu mahu tahu rahsia aku? Syaratnya kamu harus mendapatkan celana dalam gadis yang kau suka itu padaku.Setelah itu baru aku beri kau ayat ayat pengasih...Dan aku akan mandikan kau dengan air limau tiga hari berturut turut..."

"Tersangat susah syarat syarat itu..Huh!!!Aku rasa baik aku lupakan sahaja...Silap silap aku pula di tangkap warden memasuki dorm perempuan?"

"Kau terlalu cepat menyerah Armand...Begini..Aku terangkan caranya. Surau kita akan di tutup tepat jam 11 malam. Aku rasa jika waktu itu kamu mahu solat sudah terlambat. Kamu ikut akan rombongan budak laki laki ke pekan dan kamu bikin mereka percaya kamu tersesat. Kamu balik lewat dan... Nah..Warden akan membenarkan kamu menggunakan surau di sebelah bilk mandi perempuan. Aku sudah tahu akan setiap budak perempuan akan menyidai celana dalam mereka selepas mereka habis period...Kamu ambil sahaja celana yang bernama Megawati itu dan kamu tidak akan silap. Mereka menyidai celana mereka dengan nama mereka."

"Hhahahaha..aku tak sangka sungguh mastermind kau Miguel."

"Hey!!! Kau mahu ikut atau tidak kataku?"
"Kau amalkan ayat ini setiap kali kau berjumpa gadis yang kau suka itu..."
"Marcu luluh ketih asih sih telasih..."

Khabar terkini Armand demam kerana terkejut sebab di tegur oleh sesuatu di dorm perempuan pada awal 3 pagi...Oleh kerana untuk menutup malu dan melindungi airmukanya dia bercerita yang dia terjumpa hantu di dorm perempuan. Sebenarnya dia terserempak dengan warden yang juga membenarkan dia mengambil air wuduk di surau wanita. Selepas itu kelibat Armand tidak kelihatan lagi dia sekolah asrama tersebut.

Armand sekali lagi telah lari...kali ini dia lari dari asrama.

Sunday, March 25, 2012

Bas Kuala Tahan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips



"Jangan paksa diri sangat"
"Ok mak".
"Sampai nanti, call ayah"
"Ok yah".

Fahmi merapatkan pipi ke wajah ayah dan ibunya. Tiada air mata mengalir. Tiada perasaan sedih pun, mungkin. Itulah perkara terakhir sebelum dia menaiki bas Kuala Tahan. Hari Rabu kelas sudah bermula, tanda tamatnya cuti Raya Cina. Fahmi bercadang untuk balik sehari lebih awal, supaya boleh menyiapkan dirinya untuk ke kelas. Lagipun, Kedah tu bukannya dekat. 7 jam perjalanan dari tempat asal Fahmi. Mau sembelit 3 hari duduk 7 jam straight. 

Tiket menunjukkan seat nombor 26. Dah ada orang duduk kat seat sebelah tingkap. Kalau ikutkan hati, Fahmi nak saja humban orang tu ke luar tingkap. Tapi nasib baiklah dia ni jenis penyabar. Lagipun orang tu tengah tidur, dan ada janggut. Nampak macam alim. Nampak sajalah. Tapi apa yang Fahmi pelajari dalam hidup ialah, kita hendaklah sentiasa bersangka baik. 

Seat tu sumpah tak selesa. Fahmi terbangun terlelap sebanyak 3 kali. Entah kenapa, sebelum pukul 1 pagi, Fahmi tak boleh tidur. Setibanya di Gombak, Fahmi terpandang ke kiri. Dia nampak UIA, sebuah universiti yang terkenal. Tapi bukan itu yang terlintas di fikirannya, tapi akan siapa yang sedang belajar di sana; seorang yang sedang berada dalam fikirannya..

Mengelamun.

Persimpangan ke Shah Alam merupakan pandangan terakhir Fahmi sebelum dia terlelap. Bangun saja, dia dapat lihat logo Ipoh yang disimbah cahaya hijau. "Aduyai.. lama lagi ni". Fahmi mengeluh. Perut sudah terasa lapar, dan mamat sebelah sudah melentokkan kepalanya di bahunya. Ini merupakan bahana bagi diri Fahmi. Kalau awek, dia tak kisah. Puaka sungguh perangai budak ni. 

Sampai di Sungai Petani, Fahmi terbangun. Bingkas dia mengambil laptop dan beg dari tempat isi barang di atas. Takde teksi, jadi Fahmi naiki kereta tumpang. Pakcik kereta tu mesra. Tambah-tambah lagi dia pernah tinggal di kampung halaman Fahmi. Sampai saja di universiti, Fahmi menuju ke bilik. Dia menyiapkan diri, dan azan Subuh mula mengisi langit pagi.

Sesudah Subuh, Fahmi membuka bekalan yang dibawa dari rumah. Nasik lemak dengan sambal. Tanpa diduga, air mata mengalir ke pipi Fahmi. Tak cukup untuk buat matanya merah, tapi cukup untuk menggambarkan rindunya. Heh.

Fahmi sangka dia tiada perasaan. Dia silap.


note: Cerita Penuh sila (Klik Sini - http://amirjohnson.blogspot.com/2012/01/bas-kuala-tahan.html)

Saturday, March 24, 2012

Awak, Dia...

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

Oleh APi



Awak,
dia selalu perhatikan awak..
dia curi curi tengok awak..
dia malu kalau awak nampak..
dia senyap senyap suka kat awak..

Awak,
dia ada tulis puisi untuk awak..
dia ada karang lagu untuk awak..
tapi orang kata cara dia lawak..
zaman sekarang cara tu sesak..

Awak,
malam malam dia nyanyikan lagu untuk awak..
petikan gitarnya seiring melodi yang rosak..
dia tahu awak tak tahu tapi dia yang nak..
sebabnya itulah luahan perasaannya pada awak..

Awak,
hari tu dia dah sedia nak bagitahu awak..
perlahan lahan langkah dia mendekati awak..
sempat dia petik bunga kertas nak bagi kat awak..
dah nak sampai tiba tiba perempuan tu peluk awak..

Awak,
awak tahu tak betapa hancurnya hati dia..
awak tahu tak berapa lama dia kuatkan diri untuk luahkan perasaan dia..
awak tahu tak melodi lagunya semakin sumbang rentaknya..
awak tahu tak? ah awak tak tahu perasaan dia..

Awak,
dia tengok saja awak pergi..
dia berdiri saja tengok awak melangkah kaki..
dia simpan saja bunga kertas tadi..
dia nyanyi saja lagu yang tak bermelodi..


Hikayat Si Pengemis

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Wanita tua di sel yang bertentangan itu ... Aku sangat mengenali dia. Bukan secara personal yang pasti. Mata ini ada dan sentiasa memerhati. Otak ini masih berfungsi dengan baik untuk mengimbas fotograf memori walaupun sudah bertahun akal ku mati.Aku masih ingat setiap garisan halus di wajah sayunya yang sentiasa dihiasi dengan senyuman dikala bersama 9 orang anak kecilnya. Tetap, wajah itu sayu. Kesayuan itu yang indah tentang dirinya.

Kotak-kotak dibentang dan di dirikan menjadi dinding beratapkan zink berkarat. Guni sahaja tirai mahligai kecil untuk anak-anaknya sebagai peraduan. Wanita itu menawarkan diri untuk menjadi penjaga istana demi keselamatan putera dan puterinya. Sanggupnya dia melelapkan diri di luar beralaskan kotak, berselimutkan guni. Mulianya hati wahai si ibu mengorbankan keselesaannya demi anak-anak. Namun dia hanya anjing pada manusia-manusia yang lalu-lalang. Sampah masyarakat. Sampah ? Bukan pada aku.

Setiap hari meneroka di celahan hutan konkrit demi hasil sebagai santapan. Menyara 9 orang anak bukanlah sesuatu yang mudah biarpun kau hidup dalam mewah. Inikan si pengemis. Manakan ada kertas bernilai seringgit pun padanya. Mata wang itu seolah tiada kewujudannya dalam hidup wanita itu Kadang-kala nasib menyebelahinya. Bila celaka, redhakan sahaja. Terpaksalah air longkang sahaja menjadi pembasah tekak yang kering dan bila malam menjelma, tangisan anak-anaknya kuat merayu untuk diberi makan.

Hatinya tidak tertahan melihat anak-anaknya sengsara dan pada hari itu tragedi berlaku....

"Saif ."
"Ye saya ..."
"Awak telah diikat jamin oleh kakak awak."
"Ehm ? Baiklah"

                                                   ************************

Sudah hampir seminggu aku dikeluarkan dari penjara atas kesalahan merempit. Bermakna sudah hampir seminggu berlalu,hari aku ketemu wanita tua itu. Hari ini satu berita di kaca televisi menarik perhatian aku ketika sedang leka melayan anak buah ku yang juga ahli keluarga baru di ruang tamu. Seorang wanita tua telah dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan membunuh 8 orang anaknya dengan mencekik setiap seorang ketika mereka tidur. Kemudian mayat anak-anaknya di sorokkan dalam sebuah rumah kotak. Cuma anak kecilnya  yang masih terselamat. Itu pada pandangan masyarakat.

Pada aku, wanita itu telah membuat satu pengorbanan yang besar. Mengorbankan 8 kebahagiaannya bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang yang bergelar ibu. Namun, ibu mana yang sanggup melihat kesengsaraan anak-anaknya.

Kalau aku bisa ceritakan hikayat si pengemis itu barangkali lupus segala keji yang bertakuk di celahan mata-mata masyarakat metropolis ini. Tetapi hendakkah mereka mendengar ? Lebih baik dikatup rapat sahaja bibir ini. Kejam itu kadang-kala memberi satu sinar pada insan lain yang lebih memerlukannya untuk satu kehidupan yang penuh kejutan. Kakak ku kini sudah mempunyai anak untuk dikasihi. Dan anak kecil ini, tidak perlu meneguk air longkang untuk menghilangkan dahaga.


Friday, March 23, 2012

Apa Itu Cinta?

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
IU


“Saya cintakan awak.” Dalam mata Daniel memandang Lisa.
Lisa memandang wajah Daniel. Kosong.

“Cinta? Apa itu cinta?” sinis Lisa bersuara. Matanya menala kea rah tasik buatan manusia.
“Cinta, itu adalah perasaan yang sangat dalam. Perasaan yang ingin bersama. perasaan yang ingin memiliki dan dimiliki. Perasaan yang membuatkan seseorang gila. Perasaan yang yang dijaga dan disuburkan.” Daniel tidak melepaskan pandangan matanya ke arah Lisa.

“Cinta itu, bila saya melihat awak, saya merasa gementar. Hati saya can’t stop beating. Merindu awak hanya walau sehari tidak bersua.” Daniel masih menjelaskan perasaan cinta itu dengan panjang lebar.
Lisa tertawa. Tanpa perasaan.

“Jadi, dipendekkan cerita, cinta itu hanya mainan perasaan. Cinta itu hanyalah nafsu semata.” Beku. Pandangan Lisa sememangnya dingin.

“Awak silap, Lisa. Awak silap. Cinta itu lahir dari hati yang suci.”
“Cinta yang saya kenal, adalah menyakitkan. Lukanya tak pernah hilang. Menjadi mimpi ngeri. Menjadi sejarah silam yang tak dapat dilupakan. Memberi kesan bukannya sahaja pada diri, tetapi pada sekeliling. Menjadikan air mata tidak pernah terhenti.” Lisa mengetap bibir mengucapkan satu demi satu perkataan.

“Awak pernah terluka kerana cinta?” Daniel bertanya. “Biar saya rawati luka awak. Biar saya menjadi knight in shining armor awak. Izinkan saya?”

“Ya, saya pernah terluka kerana cinta. Dan saya hidup dengan kelukaan itu sepanjang hidup saya. Tapi, itu bukan cinta antara kekasih. Cinta antara mama dan papa saya yang terhenti di tengah jalan. Yang menjadikan saya mangsa dan juga pengemis kasih sayang. Saya tidak pernah percaya pada cinta. Hentikan kata-kata cinta awak. Ianya sedikit pun tidak memberi kesan pada saya.” Lisa mula berdiri dari duduknya yang di atas jambatan tepi tasik.

“Dan, persahabatan kita putus saja di sini. Saya tidak suka berkawan dengan lelaki penipu seperti awak.” Lisa mula menapak untuk pergi. “Huh, cinta konon.”

“Lisa, mungkin awak tidak percaya pada ungkapan cinta saya. Dan mungkin, saya juga bukan ditakdirkan untuk menjaga awak. Namun, doa saya untuk awak, agar awak dapat menemui lelaki yang akan buat awak jatuh cinta. Dan menyedari apa itu sebenarnya cinta.” Lirih suara Daniel, sebenarnya, sudah puas dia menagih cinta gadis ini. Biarlah, terhenti sampai sini.

Lisa menoleh. “Moga sahaja doa awak tidak akan menjadi kenyataan. Kerana, cinta antara kekasih tidak wujud. Ianya hanya akan memberi derita pada pihak perempuan. And, I’m not going to let this bullshit thing happen to me.”

“Jangan terlalu yakin. Jangan terlalu ego. Kehendak takdir, tak siapa yang tahu.” Daniel juga bangun dan menapak pergi.

Ianya takkan berlaku. Tak mungkin di hayat ini.
Lisa juga menapak pergi dengan air mata yang menitis.

Thursday, March 22, 2012

Putus

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Yuki



"Sabar okey? Dia ada kat dapur tu. You janganlah asyik call I sangat time I kat rumah. Susah nanti. Love u too okey. Kejap lagi I datang"

Intaian-sengaja, kadangkala benar-benar menyakitkan. Payah untuk ditelan. Seolah-olah mengunyah sambil menikmati keindahan seni kaktus itu sendiri. Melihat suaminya sednag menuju ke arah dapur. Berlari pantas adalah solution yang paling bagus untuk beriadah-peluh.

Peti sejuk mewah ku perhatikan sedari tadi. Bau haruman perfume suami sangat menghairahkan imaginasi aku sebagai isteri. Dambakan peluk dan ciuman; sudah lama dia menjauhiku. Timun di tangan; bertukar posisi kemas di landas untuk dihentak lumatkan.

"Sayang! I keluar kejap. Ada meeting plak. Boss call banyak kali dah tu. Love u" Aduh, kalau sahaja dia mahu menjamah bibirku barang seketika pasti hati aku akan reda sebenarnya. Aaaargh, hati wanita; seringkali mahu dimanja dan diuliti sebetulnya.

Parang di tangan. Di angkat kemas seperti pertiwi.
Duuummmm....!! Putus dua sudah.

"Kalau sahaja kamu berani berlari keluar, akan aku hayun parang ini sekali lagi di kaki kirimu mengerti!!... Huh...!" 

Wednesday, March 21, 2012

Twitter

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Vee


DIA suka twit. Dah banyak kali aku cakap, jangan twit...jangan twit, dia twit juga. Dia buat juga benda yang aku tak suka. Aku bukan anti teknologi, malah aku pun techmaniac sebenarnya. Kalau boleh aku nak technology bangunkan satu perisian supaya aku boleh berinteraksi dengan orang dalam televisyen, boleh bercumbu mesra dengan mana-mana wanita cantik yang aku tengok dalam tv.

Aku suka tengok Lindsay Lohan tu, walaupun badannya berbintik macam berkulat, tapi aku suka tengok dia yang bodoh keluar masuk penjara. Aku suka dan aku wish one day nanti technology maju supaya aku boleh berbicara terus dengan dia. Berbalik kepada perempuan yang suka twit ini, aku bukan halang dia twit sesama geng dia, tak..aku tak halang pun tapi aku bengang sebab dia twit benda yang bodoh. Bodoh alang, bodoh gila babi, bahkan aku rasa babi lebih cerdik dari dia.

Dah korang cuba bayangkan kalau setakat twit macam ni:
"...aku masak nasi, malas nak masak lauk, goreng bilis je lah...haishh!"

Tak ke bodoh tu namanya. Kadang kala tahap bodoh dia mengalahkan lintah bendang. Semua benda nak ditwitkan..dowh! Aku pernah hangen sebab dia pernah twit bagaimana aku penetrate masa main dengan dia..gila kan...benda dalam kain pun nak twit..aku tahu dia tak twit direct tapi tetap memalukan.

Dia twit begini:
"..ahh puas tau main subuh subuh morning gini..."
Damn stupid!

Kalau korang cek kamus, twit tu maksudnya memang bodoh kan...sah-sahlah pentwit ini adalah bodoh..dan dia ini kelulusan luar negara tapi kegilaannya terhadap kerja twit mengalahkan pekerja asing yang jadi buruh kasar di Malaysia ni.

Setiap jam dia dengan twitternya. Aku balik kerja, dia sengeh depan hpnya yang canggih, aku tahu dia layan twitter. Aku nak tidur malam pun dia masih layan twitter. Aku malas dah nak ambil tahu apa yang dia twitkan. Sebab aku dah ada 'kerja' lain nak buat.

"Sayang, I ada meeting dan kursus di luar daerah selama dua minggu..so jaga diri tau.."
"Oh ya ke, kenapa tak beritahu awal-awal? Boleh I ambik cuti dan ikut U tau dear."
"Ek tak pe, kalau boring atau sunyi, U boleh twit kan..twitter kan ada.."
"Oh ya, apa-apa hal cek kat twitter tau..muahh!"
Kucupan hangat sayang dia singgah di pipi aku. Dia tak tahu aku nak pergi bercuti dengan bini baru aku yang tak akan sekali-kali menghadap twitter!

Dia nak twit berjuta kali dalam sehari, lantaklah..sebab aku pun akan sibuk semasa keluar berkursus ini, aku sibuk sebab nak 'ajar' bini yang baru aku nikahi ini bagaimana menjadi 'pentwitter' yang excellent setiap kali ingin 'twitter' dengan aku....hahaha!

Prequel Ichigo - Menggapai Matahari

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Ichigo datang dari keluarga bangsawan atau kerabat di raja. Ichigo adalah keturunan ke 4 dari warisan nenek moyangnya. Ichigo amat mementingkan peraturan sehingga dia tidak tahu bahawa peraturan itulah yang menjadi musuh dalam hidupnya. Dia seorang yang berhobi pelik iaitu suka berjalan malam. Suatu malam dia telah menyaksikan seorang gadis yang di rogol oleh seorang pegawai yang mabuk... dan demi untuk menyelamatkannya dari membunuh diri. Ichigo sanggup menjadikan wanita itu isterinya atau gundiknya atau apa sahaja asalkan wanita itu tidak membunuh diri. Wanita itu pula adalah seorang pekerja di rumah agam Ichigo bekerja sebagai penjaga dan pengurus kebun dan taman.



"Hisana... aku tahu kamu kecewa dalam hidup kamu... dan kamu rasa tak ada apa yang akan menyelamatkan maruahmu.."

"Ya... biar saya cabut saja nyawa saya dari badan..."

"Jangan... sungguh pun kamu tidak lagi berharga pada sesiapa...jangan kau akhiri hidupmu dengan penuh kekesalan... jika kau mahu mati sekalipun biarlah bermaruah..."

"Ooh Tuan Ichigo... saya tidak semulia tuan... biarlah saya mati saja..."

Hisana hampir sahaja menikam dirinya dengan belati tajam itu kerana tak sanggup lagi hidup menanggung malu. Namun ketangkasan yang ada pada Ichigo sempat menahan dan memegang belati itu hingga melukakan tapak tangannya.

"Tuan Ichigo!!!" jerit Hisana melihat tangan Ichigo yang luka parah kerana memegang belati dari mengenai tubuhnya.

"Arggghhh.. bisa sungguh belati ini Hisana... aku harap kamu jangan mempersiakan hidup kamu... aku berjanji akan mengambil kamu dan membela nasib kamu..."

Hisana menangis bila hari hari yang berikutnya menjadi hari bersejarah bagi dirinya. Menyarungkan kimono termahal dan menjadi puan dalam rumah yang dulunya dia pernah menjadi hamba membasuh setiap inci kekotoran dalam rumah itu.

"Tuan Ichigo... saya memperhambakan diri saya pada tuan... hidup dan mati saya adalah untuk tuan..." kata Hisana sejurus selepas Ichigo menyarungkan cincin di jarinya.

"Hisana.. tiada yang lebih baik dalam hari hari kehidupan aku dari menjadikan kamu suri dalam ruang hati aku hari ini... dan aku juga tidak pandai mencari ruang luka bagi senyuman kamu itu melainkan aku merelakan diri ini turut merasai apa yang kamu rasa.." Ichigo tersenyum lantas mengucup dahi Hisana dengan penuh kasih dan sayang. Tubuh Ichigo yang tinggi dan tegap itu didakap erat oleh Hisana bagaikan mendapat pelindung kehidupannya yang malang dulu.

"Selepas menerima kamu Hisana, aku bersumpah di hadapan kubur ibu bapaku bahawa ia akan menjadi kali terakhir aku melanggar peraturan, dan dari masa itu, tidak kira apa yang berlaku, aku akan mengikuti dan mempertahankan peraturan hingga ke akhir." tambah Ichigo lagi mengesat airmata yang bercucuran dari kelopak mata Hisana.


*********************************

Namun panas tak sampai ke petang... matahari yang menyinar pagi yang cuba digapai tangan takkan dapat menghalang mendung yang berarak menutupi suasana yang pada sekelip mata sahaja sudah di selubungi kegelapan.



Hubungan Ichigo dan Hisana mendapat tentangan dari kaum kerabatnya yang tidak mahu anak yang di kandung oleh Hisana mewarisi keturunan bangsawan Ichigo yang berpengaruh di istana itu. Mereka merancang satu pertemuan Hisana dengan pegawai yang merogolnya dan pada satu keramaian sahaja Hisana telah dapat meracuni pegawai tersebut dengan arak yang di bubuh racun. Pegawai itu mati serta merta.

Satu pengadilan telah dibuat dalam keluarga bangsawan dan kerabat Kurosaki tersebut dengan bukti bukti yang ada maka Hisana telah di sabitkan kesalahan. Dia telah diadili dalam rumah itu dan semua keputusan adalah di tangan ketua keluarga bangsawan iaitu bapa bapa saudara Ichigo.

"Ichigo... kami menyuruh pihak berkuasa menangkap dia kerana telah meracuni seorang pegawai yang dipercayai pernah memperkosa dia dan kami tahu anak yang di kandung itu bukan dari keturunan bangsawan ke 4 Kurosaki. Kami rasa dengan kesalahan yang begitu hanya hukuman mati sahaja yang menunggu Hisana. Jika kamu mahu membebaskan Hisana kamu harus menceraikan dia." kata ketua keluarga bangsawan Kurosaki.

"Tuan Ichigo... tuan telah berkata pada saya jika mahu mati... matilah dengan bermaruah. Saya harap tuan tidak menghalang niat saya untuk itu kali ini..." kata Hisana yang mahu mati dengan maruahnya.

"Dan apabila kamu telah dihukum mati, aku hanya ternganga. Aku telah bersumpah kepada roh ibu bapa aku untuk mengikuti dan mempertahankan peraturan, atau janjiku pada Hisana untuk melindungi zuriatnya. Aku bingung juga ...yang mana satu yang perlu aku ikut dan kotakan?"


***************************************


Ichigo menyertai tentera untuk melarikan diri dari hidup kesepian selepas Hisana dihukum bunuh kerana meracuni pegawai yang merogolnya.



Ichigo tidak menoleh ke belakang lagi. Baginya hidup lampaunya tidak bererti lagi. Apa pun kelebihannya sebagai keluarga bangsawan tidak memberi makna sedikit pun... jika hidup Ichigo mahu terus berbakti dan jika mati... Ichigo hanya mahu mati dalam penuh kehormatan.


Menyertai barisan pertahanan udara Nippon. Ichigo telah terpilih mengetuai serangan ke Asia Pasifik sebagai Kamikaze. Cukup 6 bulan berlatih menerbangkan pesawat pejuang sempurnalah satu pasukan elit seramai 20 orang yang menganggotai Kamikaze. Mereka bersumpah di hadapan maharaja untuk tidak akan gagal dalam serangan pertama mereka dan nyawa jadi taruhan jika mereka di sebaliknya.

"Ayah dan ibuku... Aku telah kerap kali melanggar peraturan... entahku tidak mahu tahu... kali ini aku bersumpah dengan darah dan nyawaku tidak akan melanggar peraturan dan setia pada maharaja...."

"Dan aku akan melaksanakan tugas aku untuk menghancurkan kekuatan tentera Berikat di Asia Pasifik."

Begitu sumpah yang dilafazkan oleh Ichigo Kurosaki di kubur ibu bapanya sebelum dia melaporkan diri di ketumbukan tentera Jepun di bandar Kyoto di Tokyo.

Tuesday, March 20, 2012

Approval

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Yuki


"Duhai kekasih pujaan hatiku... Dapatkah kau beriku satu arti..." Menyentuh wajahmu kekasihku hanya melalui saluran maya, pathetic aku rasa. Nun jauh di sudut hati, Amarah dan sebal menjadi tunjang dendam yang baru sahaja bermula.

Wall FB Seseorang...
"b, honey baru balik. b kat luar lagi yeah? taking care ok? miss me tak b?"

Aaaarghh...!!!, Kalaulah kita boleh berkawan wahai honey; Kedatangan honey buat pertama kalinya, minum petang. Betullah memang tak cantik manapun. Wajah? Senyumannya untukku? Aaaarghhh sakitnya hati. Aduh, lembutnya bicaramu; barangkali kerana itu kekasihku menikam hatiku dan beralih arah kepadamu. Terus sahaja aku capai pemukul baseball yang aku simpan kemas di tepi pintu berhampiran duduknya honey; sementara menunggu teh bancuhanku.

Aaaarhhh. Amat mudah lunturkan gadis lembut persis kamu rupanya wahai honey. Kulitmu yang licin, aduh pisau lipat di tangan mula menghiris lembut lapisan wajahmu yang menjadi dambaan kekasihku dahulu. Seumpama menyiang ikan salmon - hirisan halus mengembalikan aroma yang segar buat santapan hidung apabila percikan lemon mengena bersaksikan wasabi sebagai hiasan. Kalaulah kulitmu ini boleh bikin lekat di wajahku akan aku lakukan tahu? Agar senang aku mengambil alih kekasihmu - oooh tidah. Kekasihku sudah. Sorry.

Aaarghhh... Jemarimu yang menyentuh kekasihku wajar ku lumatkan. Danggggg! Berpisah jua kau jari dari tubuhmu. Pinjamkan ia padaku. Aku rindu belaian kekasihku yang semalam menjadi milikmu. Hah! Yang tinggal kini hanya badan dan kaki. Adik manismu yang duduknya antara bawahan pusat? Aaaarghhh aku lupa tentang itu. Sialan...! Rabak... Laju sahaja kayuhan baseballku mengena adik manismu. Sakitkah? Rabak sudah. Lagi sekali kamu hebat. Kalau saja aku mampu berikan adik manisku kepada kekasihku, mesti dia aku miliki selama-lamanya tanpa berkongsi denganmu.

Message to honey:
Maaf ya, Betullah kata kawan saya, muka awak serupa macam arwah kakak saya. Kita suka tgk muka awak. sebiji sgt. Maaf ya. Kita tak bermaksud nak buat awak terkejut. Cuma nak wat pelepas rindu. Pic kakak saya semuanya ayah saya dah buang. Satupun takda dalam simpanan. Hanya duduk dalam hati saya aja. Sudilah kiranya awak accept friend saya ni. Saya hargai sangat2. Menumpang rindu pada awak yang serupa dengan wajah kakak saya.

Seminggu lamanya tiada approval darimu honey. Aku kepingin sekali ingin jadi kenalanmu.

Reply from honey:
Ya ampun, sory sesangat, kalaulah saya boleh redakan kerinduan awak, mesti saya usahakan. kita appoved awak jadi kawan kita. dah jangan sedih-sedih lagi ya? Nama awak siapa? Saya sudi jadi kawan awak. Kita boleh bual panjang. Nanti awak ceritakan pasal kakak awak tu kalau tak keberatan. Cheer up okey? :)

Yes...! Thank a lot for being my new friend. Dam, u very soft person. i knew it, btw, My name is Yuki.

Kamu , dengar sini .

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips













Kamu,
Dengar sini.

Kalau aku mampu takluk dunia,
Akan aku serahkan taman paling luas untuk kamu.
Kalau aku mampu capai langit tinggi,
Akan aku hadiahkan bintang paling indah untuk kamu.
Kalau aku mampu buat semua,
Akan aku buat segala untuk kamu.

Kamu katakan apa saja.
Aku serah apa yang punya.

Kalau saja aku mampu.
Kalau saja kamu milik aku.

Beri aku masa?


.END.

Monday, March 19, 2012

Namaku Adalah Jade #Episod Akhir

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
lynethewriter

Namaku Adalah Jade #Episod 1 |

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Peribahasa Melayu itu ada benarnya dan itu terjadi pada diriku. Nama aku naik sebagai suspek kepada kes pembunuhan Dato’ Jack. Uncle Yin marah tak habis-habis padaku kerana aku bersikap cuai kali ini. Aku mengaku, aku kurang menumpukan perhatian kerana aku tak sangka Dato’ Jack sempat meminta bantuan walau sudah di tembak bertalu-talu. Aku menampar dahiku. Semuanya seperti berakhir begini saja walaupun Eric beberapa kali berjanji dia akan menolongku walau apa pun terjadi. Dia berjanji, polis tak akan berjaya menangkap aku.

“Tak perlu lindungi saya Eric. Memang betul saya terlibat”, kataku pada Eric. Aku jenis berani buat, berani tanggung. Aku bukan seorang pengecut.
“Tak perlu begitu. Saya sayang kamu Jade. Saya tak nak apa-apa terjadi pada kamu. Lagipun, aku pun terlibat sama”, kata Eric dan buat pertama kali dia memegang tanganku.

Aku tidak rasa apa-apa. Aku rasa biasa saja pegangan tersebut. Walaupun dingin tangan Eric dapat kurasai. Aku memandang ke matanya. Aku dapat merasai sesuatu di dalam dada tapi... cepat-cepat aku mengalih pandangan. Aku memandang lorong yang sepi. Tiada apa di sana dan sekali-sekala beg plastik berterbangan mengikut rentak udara bertiup. 

“Aku mencintaimu Jade”, ucap Eric. 

Aku masih memandang lorong. Kata-katanya hanya tinggal kata-kata. Aku tidak merasakan ia satu ucapan istimewa. 

“Aku hanya anggap kamu sebagai abang saja”, kataku kemudian bangun dan masuk ke dalam bilikku yang berselerak seperti tongkang pecah dan berbau busuk bangkai. Aku sudah sebati dengan bau tersebut.

Baru saja hendak melelap mata walau hidung terasa sakit dengan bau busuk menyucuk-nyucuk, aku terdengar jeritan Eric.

“Cepat keluar! Polis datang!”

Aku bingkas bangun dan Eric lantas menarik tanganku. Kami berlari keluar dan aku melihat semua orang sudah lari entah ke mana. ‘Patutlah bunyi bising tadi.’, getus hatiku.

Kami curi saja sebuah motosikal yang berada di hadapan restoran. Terasa seronok pula lari-lari macam ni. Aku memandang ke belakang kerana mendengar jeritan dan maki-hamun seorang lelaki India meminta kami mengembalikan motosikalnya. Aku melihat juga kalau-kalau polis sempat mengejar kami namun tiada. Aku anggap pelarian kami berjaya.

#####################################

Dua hari kami menyorok di sebuah ladang getah. Nyamuk? Hampir semua bahagian tubuh mereka singgah sambil meninggalkan hadiah iaitu gatal tak sudah-sudah sehingga tergaru-garu dibuatnya. Eric pula demam manakala aku rasa terseksa berada di sini. Rasanya lebih baik aku berada di penjara yang di beri makanan dan minuman. Aku baru merasai lima kali masuk keluar penjara kerana terlibat dengan rompakan dan perjudian haram. Jadi rekod aku masih bersih bagi kes pembunuhan. Aku bersandar di salah satu batang pokok getah dan begitu juga dengan Eric. Aku meliarkan mata dan menajamkan telinga untuk menghidu kehadiran binatang berbisa atau manusia. Bila difikirkan balik, bertuah aku menjadi rakyat Malaysia. Undang-undangnya masih longgar berbanding negara lain. Kalau di Penjara Sacramento, California pegawai polis di sana akan menahan banduan yang ada geng di sebuah bilik gelap supaya mereka mengeluarkan apa yang mereka telan iaitu ‘kite’ ( maklumat organisasi geng). Satu saja caranya iaitu membuang air besar. Kalau aku tak pasti sama ada aku sanggup menelan ‘kite’ atau tak.

Perut aku berkeroncong dan pedih. Bayangkanlah dua hari tanpa makanan dan minum air dari embun pada permukaan daun atau air hujan. Aku tak kisah tak makan tapi aku terpaksa kisah sebab Eric. Demamnya semakin teruk. Keadaan belum selamat untuk penjenayah seperti kami. Fikiranku teringat pada Uncle Yin dan ahli yang lain. Di mana mereka? Aku cuba menghubungi mereka melalui handset namun gagal. Itu boleh bermakna dua perkara; mereka dah mati atau mereka dalam tahanan polis.

Aku memberitahu Eric bahawa aku hendak mencari makanan dan membeli ubat. Eric enggan melepaskan aku pergi dan aku berjanji akan balik sebelum senja melabuhkan tirai malam. Aku memapah Eric ke sebuah pondok usang dan berpesan padanya supaya berhati-hati. Pisau yang sempat kuambil sebelum melarikan diri, aku serahkan kepada Eric. 

Aku mengatur langkah penuh berhati-hati. Jantungku berdegup laju dan nafasku juga kencang. Aku takut terjumpa ular berbanding berjumpa manusia. Aku meliarkan mata sekeliling. Hanya satu senjata saja di tanganku iaitu pistol Old Colt pemberian Uncle Yin. 

Tiada sesiapa dalam pandanganku dan tiba-tiba aku dapat menangkap suara nyaring berbual. Aku cepat-cepat menyorok di belakang pokok getah. Ada tiga orang budak berbasikal menuju entah ke mana. Aku memandang ke arah dari mana mereka muncul. Kemungkinan budak terbabit dari jalan besar.

Cepat-cepat aku mengatur langkah dan terus berlari walaupun belum tentu aku akan menjumpai jalan besar. Sakit kaki kutahan dan aku tetap mengagahi tubuhku berlari sejauh yang mungkin. Akhirnya tiba juga aku jalan besar. Nafasku tercuap-cuap. Aku keletihan dan kepalaku pening. Aku pasti wajahku kali ini. Pucat dan tak bermaya. Kali terakhir aku ingat aku ternampak lembaga putih dan kelamaan pandanganku mulai kabur dan semakin kabur kemudiannya gelap. 

Terasa air dingin di percik ke mukaku. Kemudian aku terasa lagi air dingin tersebut. Perlahan-lahan aku membuka mata namun masih kabur. Aku tak pasti aku di mana tapi aku mendengar nyanyian atau bacaan dalam bahasa yang aku tak faham. Bukan dalam bahasa Kantonis mahupun Mandarin. Semakin aku cuba membuka mata semakin sakit kepala kurasa.

Ayat yang di baca itu bagaikan masuk ke dalam saluran darahku dan dapat rasa ketenangan tak kala ayat itu sampai di jantung. Aku rasa semakin tenang dan kemudiannya aku terdengar satu suara. Suara lelaki keturunan Melayu.

“Cik dah sedar?”, pertanyaannya tak kujawab. Kini aku dalam membuka mata sepenuhnya namun aku terkejut. Aku mengundur ke belakang sedikit walaupun lelaki itu berkali-kali menyuruhku jangan takut. 
“Saya kat mana?”, tanyaku sambil memandang pelik pakaian yang di pakai oleh lelaki muda terbabit. Ada setandan pisang dan air botol mineral disisinya.Wajahnya pula jernih dan setenang air di lautan.
“Cik dekat tepi surau sekarang.”, katanya sambil tersenyum.

Aku menyentuh ke belakang badan untuk mencari pistol yang aku sorok di celah cangkuk coli. Nasib baik masih ada! Aku memandang ke arah tangga surau.Kebetulan ada seorang budak lelaki hendak keluar dan segera aku memautnya ke belakang. Aku mengacukan pistol ke kepalanya. Aku berani buat begitu kerana tiada orang lalu lalang di tepi jalan.

“Aku nak barang di tepi kau tu!”, arahku padanya.

Dia ketakutan. Terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata. Cepat-cepat dia menyerahkan setandan pisang dan botol mineral itu. Entah kenapa aku merasa kesian sedangkan sebelum ini aku tak pernah merasa kesian melihat mangsaku dalam ketakutan. Aku melepaskan pautan dan menyuruh mereka tidak menghubungi polis. 

Aku masih mengacukan pistol kepadanya dan entah mengapa, ringan saja tanganku menyerahkan dua biji pisang kepadanya. Kemudian, aku terus lari tanpa memandang belakang lagi. Aku perlu cepat kerana hari hampir senja.

##################################### 

Masuk hari ketiga menjadi penjenayah dikehendaki polis. Semalam, aku hanya makan pisang dan minum sedikit air dari botol mineral yang aku curi. Selebihnya, aku biarkan Eric minum habis. Aku memandang Eric dan dia...nampak lebih sihat sedangkan tak makan ubat pun. Emm...bukan sebab dia dah makan semalam. Tak kisahlah, yang penting sekarang kami perlu cari Uncle Yin dan Geng Yin. Lagipun semalam aku tidak nampak kereta polis meronda atau sekatan jalan raya. 

“Awal bangun?”, kata Eric yang baru tersedar dari tidur. 
Aku hanya tersenyum kemudian mula termenung. Eric mula bertanya di mana aku mendapat air botol mineral itu. Aku memandang pelik kepadanya. 
“Benda macam tu pun nak tanya. Kitakan memang keturunan pencuri, mestilah aku curi saja.”, jawabku selamba sambil menghisap rokok yang aku terjumpa dekat dengan pondok. Entah siapa begitu baik meninggalkan sebatang rokok dan mancis. Setelah diam seketika, aku memulakan bicara.
“Kenapa kau tanya macam tu?”
“Entahlah...aku rasa sihat lepas minum air ni.”

Aku memandang Eric. Agak menarik mendengar kata-katanya. Aku merampas botol mineral yang berada di pegangan Eric.

“Ala...air botol Bleu je. Bukan apa pun.”
Kemudian kami masing-masing berdiam diri. Tak tahu hendak berkata apa. Duduk kat ladang getah ni bukan boleh buat apa pun. Sekejap-sekejap lari bila ada orang datang menoreh. 

Tiba-tiba aku teringat lelaki muda berwajah jernih itu. Ada sesuatu menarik pada pandanganku. Aku bukan jatuh cinta tapi ada sesuatu bagaikan melembutkan hatiku yang keras ini. Ayat yang aku terdengar dari dalam surau semalam, sememangnya mendamaikan. Aku ada bertanya pada Eric pasal agama tapi kami berdua sedia maklum, ahli Geng Yin tidak akan menganuti apa-apa agama seperti Islam atau Kristian.

“Aku keluar sekejap dan jangan ikut aku. Eric, jaga diri kau baik-baik.”
Eric mengangguk kepala dan patuh dengan arahanku. Lagipun katanya dia masih tidak larat untuk berjalan. Rasa sakit dikakiku berbisa setiap kali aku melangkah. Sesampai saja di jalan besar, aku terus menyorok senjata. Aku rasa aku perlu berjumpa dengan lelaki berwajah jernih itu.

Aku berjalan di tepi jalan walau ada mata memandangku kerana wajahku comot dan pakaianku sedikit koyak kerana terkena dahan apabila berlari. Badanku bagai di tolak oleh angin apabila ada sebuah lori pasir melalui sebelahku. Sakit kaki semakin menyucuk seperti tusukan jarum peniti namun kutahan. Aku berhenti berjalan sekali-sekala apabila makin berat kaki untuk melangkah. Aku menuju ke sebuah warung kopi dan bertanya di mana letaknya surau. Mereka membuat muka pelik apabila melihat orang Cina seperti aku bertanyakan soalan sedemikian.

Aku meneruskan langkah manakala fikiranku memikirkan tentang apa yang aku lakukan selama ini sebagai seorang manusia. Dari kecil aku di latih sebagai seorang pembunuh upahan. Semasa kanak-kanak seusiaku bermain buaian, aku hanya memandang dari jauh saja. Hendak bermain, Uncle Yin tidak bagi. Jadi, apa menjadi hiburanku masa itu adalah pergaduhan antara ahli geng tak pun bermain siapa dapat mencuri kuih pau paling banyak. 

Tidak terkira berapa ramai menjadi mangsa kecurian atau pembunuhan yang dilakukan oleh tanganku ini. Terbaru ialah Dato’ Jack. Baru aku tersedar sesuatu, apa reaksi mereka melihat orang kesayangan mati? Sedangkan aku melihat kematian adik di depan mata, aku menggeletar seluruh tubuh. 

Aku berjalan lagi kali ini langkahku semakin ringan. Sekejap lagi rasa sakit akan datang kembali. Ingatanku mula tergambar wajah mangsa yang pernah kubunuh. Ada ternganga sambil mata terbeliak, ada juga tidak habis merayu padaku dan sanggup menyerahkan wang sebanyak mana aku mahu supaya aku tidak membunuhnya dan ada juga melawan menyebabkan aku terpaksa mematahkan tulang-temulang mereka terlebih dahulu. Tiba-tiba perasaan bersalah menyelinap di dalam jiwa.

Aku memandang ke hadapan kemudian tersenyum. Sampai juga aku ke surau di mana aku di beri bantuan oleh lelaki yang tak pernah aku kenali. Aku pergi ke depan surau dan beberapa minit aku rasa bosan menunggu kehadiran lelaki tersebut. Bosan juga menjawab setiap pertanyaan orang peramah yang bertanyakan tujuan aku ke mari dan siapa gerangan yang ingin kujumpa.

Baru saja melangkah pergi tiba-tiba aku terdengar bunyi lori memberhenti dengan mengejut dan aku memandang ke belakang. Itu lelaki berwajah jernih itu yang hampir di langgar oleh lori!. Tanpa berfikir panjang, automatik kakiku berlari kemudian memeluknya. Kami kemudiannya bergolek ke kiri. Tiba-tiba aku melihat sebuah kereta terbang laju ke arah kami dan aku segera menolak badan lelaki Melayu berkenaan. 

Aku berjaya menyelamatkan dia tapi...tanganku yang sering melakukan dosa begitu juga kaki yang pernah aku gunakan untuk memijak dan menendang orang bersalah di gilis oleh kereta laju tersebut. Darah melumuri badanku dan aku cuba mengangkat tangan namun terasa berat dan pedih. Aku memejamkan mata dan aku terasa kebas seperti tiada mempunyai tangan. 

Tiba-tiba aku teringat bagaimana aku mencuri barang dari seorang lelaki kudung tangan. Aku ingat lagi aku mengejek sambil ketawa bersama Eric apabila melihat lelaki itu bersusah payah ingin menangkap kami. Terasa air hangat mengalir di pipi. Aku kesal dengan kesalahan aku selama ini. Aku kesal sangat!

Pandanganku semakin kabur dan semakin berat bagaikan ada batu besar menindih badanku supaya sama rata dengan permukaan bumi. Kepalaku terasa digonyoh dan dihentak-hentak oleh tangan gergasi. Pandanganku kemudiannya menjadi kelam walhal aku membuka mata. Hanya telinga masih mendengar bicara.Tiba-tiba aku terdengar suara menyuruhku berbuat sesuatu.
“Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.” 

Aku mengikut kata-kata lelaki tersebut dan lancar saja lidahku membaca sedangkan aku bukan beragama Islam. Menitis air mataku tatkala menyebut nama Allah s.w.t dan juga RasulNya. Dalam keadaan gelap mengikut pandanganku, tiba-tiba muncul cahaya terang. Cahaya itu semakin lama semakin terang seperti ada pintu yang sedang terbuka. Aku tersenyum dan perlahan-lahan suara yang aku dengar makin lama makin sayup dan terus aku tidak mendengar lagi.

Namun aku terfikir, adakah Allah dapat membuka pintu kemaafan dan mengampuni dosaku walaupun aku bukan beragama Islam tapi sempat mengucap tatkala ajal hampir tiba?

-TAMAT-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...