Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, August 1, 2012

#Cinta: Tujuh Kistot

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
Tanam
'...Ada sebatang pokok... dibawahnya tertanam janin seorang bayi...'

Setahun yang lalu...
Ada satu tubuh bersusuk tegap, sedang membawa cangkul dan sekarung guni di tangan. Menyusuri denai kecil untuk ke Taman Negara. "Tak akan ada manusia bisa mampir ke mari. Terbaik." Usai menanam sesuatu yang di dalam karung guni... susuk tegap itu pergi dengan menaiki Vios.

Kini...
"Nah... bos suruh kau pergi Pahang. Taman Negara... Ada pokok pelik kat sana" Mail.
"Pasal pokok ajapun. Nak jadikan kisah pehal?" Joe.
"Peliklah dowh. Pokok tu kat tuncik atas dia macam bentuk manusia. Menurut kata informer akulah kan? Setiap kali Valentine Days... akan datang berduyun burung merah datang bertenggek kat situ! Gila kan?" Mail.

"So?" Joe.
"14 kan esok? Pergilah cepat!" Mail. Kunci kereta disambarnya pantas. Sewaktu mahu menghidupkan enjin kereta Viosnya, 'Tak mungkin!'

-----------------------------------------------------------
Keciwa
'...Aku fikir lain... Kau fikir lain...'

Di Tasik Teratai
Ain: Akak tengok katak tu, dia tengok apa? Siankan... sedih aja muka dia.
Akak: Tunggu puteri raja agaknya.
Katak: Suka-suki tuduh aku! Amik port berak aku asal satu hal! Eeeeeeee... boleh plak dia cakap aku tunggu puteri raja! Kerja gila betul! Ni semua dakyah citer amerika tulah... Hapa ke namanya ntah! Kan dah terbantut aku nak membuang?

---------------------------------------------
Goda
'...Meaw...'

Stella posing badannya yang gebu di depan Albert. Bulu matanya yang lebat sangat menghairahkan Albert. "Awak, awak tengah buat apa?" Stella geram. Dari tadi dia dok usha Albert. "Heeeeeeeeeeeeeeeee... amiklah ikan kita ni. Wangi lagi, saya curi khusus untuk awak. Awak makanlah dulu. Kita makan kendian takpa..." 

Stella gembira tidak terkata. Sengaja digoyang-goyangkan pinggulnya sambil berjalan didepan Albert. "Grrrrrrr..." Stella terlalu gembira. Umpannya mengena. 'Alah, bukan payah sangatpun nak ayat pakwe. Ya dak? Ini Stella lah...'

-----------------------------------------------------------
Kesal
'...Sempurna itu hak DIA...'


"Awak.. Maafkan saya ya... dah-dah kita jangan gaduh lagi ya?" Aira memeluk anak patung teddy bear pemberiannya. "Sejak bila dia jadi macam tu makcik Ara?" Haikal tergamam melihat Aira begitu. Seketika kemudian, dilihatnya Aira menumbuk-numbuk teddy bear yang dipeluknya sebentar tadi, sambil mengeluarkan kata-kata cacian. Haikal terpana. Dia memandang ke arah Makcik Ara.

"Baliklah... Dia dah tak kenal kamu..." Makcik Ara. "Kalaulah saya tahu macam ni jadinya, sumpah saya tak akan putus tunang. Saya betul-betul minta maaf... Saya sanggup bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi. Saya sanggup kahwini dia!" Haikal nekad.

"Jangan pernah berjanji untuk sesuatu yang kamu sendiri tahu kemampuannya. Bila kamu buat keputusan untuk putus tunang, makcik terima, tetapi bila kamu cakap ingin mengahwini Aira kerana rasa bersalah, baik lupakan sahaja. Nafkah apa yang kamu harapkan dari dia? Tiada..."  Makcik Ara terus menutup pintu. Menutup terus tanda pengenalan yang masih bersisa. 

Dari halaman rumah, Haikal masih dapat mendengar lagu Bencinta yang selalu dinyanyinya sewaktu berkasih dahulu... 'Maafkan saya awak... cinta tak boleh dipaksa, awak mesti takan bahagia... hati saya dah ada orang lain. Sebelum kita pergi terlalu jauh, sebelum kelengkapan kahwin kita beli, saya dah buat keputusan. Inilah yang terbaik untuk awak terutamanya...!' 

-----------------------------------------------
Ego
'...Yang indah ini hanya sementara...'


"Cuba kau dressing tu biar cermat sikit. Selekeh. Kau ingat bila kau dressing buruk macam ni, Azhar selera sangat! Kau dengar sini baik-baik ya freshie! Azhar tu bf aku. Dia baik dengan kau sebab dia kesian tahu?! Jangan beranganlah nak rapat dengan dia, dengan muka buruk macam nie! Balik rumah, cermin diri betul-betul... Faham?!" Tasya cukup marah bila dia mendengar cerita-cerita panas diseluruh kampus ini tentang Azhar lelaki yang lama digilainya dengan Amely seorang budak baru di kampus mereka. 

Tanpa disedari oleh Tasya, Azhar sudah lama berdiri dibelakangnya dan telah mendengar semuanya. "Wahai Cik Tasya binti Tan Sri Zainoil Kalam... Dia ni tunang aku, Sharifah Amely Antasya bin Syed Tojudin. Kau tu yang balik rumah, tengok depan cermin. Cari kain, tampal mana-mana batang pisang kau tu dengan kain elok-elok! Biar wajah buruk! Jangan hati buruk!"

----------------------------------------
Ayat
'...Kita suka awak... awak suka kita tak?'

"Nak apa?"
"Nak bagi bungalah. Amiklah, sampai luka-luka jari kita petik bunga, please baby... I love u"
"Kita nampak Jenab janda meletop tu tolak bunga awak tadi..."
"Eeeeeee... mana pulak! Jenab janda tu yang beriya bagi kita bunga. Kita tolak tau demi awak!"
"Üweee... tak cayalah..."
"Cayalah... Saya cintakan awak sorang aja tau!"
"Betul?"
"Ya my darling... my pumkin de dome"

-:extra note:-
tulisan condong- lelaki
tulisan tegak-perempuan

--------------------------------------------------------
Seram
'...Lewati jalan itu saban waktu... bikin aku nanar... tegar... dan tepu...'


Bosan. Kelas Cikgu Latip sangat membosankan. Dagu sudah di meja. Buku sudah di kangkang untuk menutup wajahnya. 'Okey... tidur time' Setiap hari, selepas habis dari sekolah. Jayut akan pulang jalan kaki. Kali ini, dia merasa sangat pelik, melewati satu kawasan yang dihiasi dengan pohon yang mati. Sepertinya, satu sumpahan. Kehadiran burung gagak, cukup buat seram di tengkuknya meremang. Berlari dia tatkala melewati kawasan tandus itu. 

'Jangan pernah tutup mukamu dengan bukuku... dengkuranmu sudah aku tahu...' Terus sahaja Jayut bertanya "Siapa?" Suara itu menjawab lagi 'Tengorakmu...!' Apa lagi...! Menjeritlah Jayut sambil berlari laju, tidak menoleh kiri dan kanan. Terus sampai ke rumah. 

Ketika di rumah, ibunya menegur... bila mana melihat Jayut seperti lelah berlari dan terus duduk di sofa kerusi. "Yang kamu ni dah ngapa?" Ibu. "Kena kejar hantu ibu... Hantu tengkorak!" Jam di dinding dipandangnya pelik. "Aik, jam kita mati ke bu? Dah kul 1 lebihlah... tu baru kul 8 pagi..." Ibu dah angin. "Aku baru tukar baterinya semalam. Kamu lari dari sekolah lagi kan? Eeeeeeeeeeee... bilalah kamu nak buang tabiat tidur kamu tu hah! Dah pergi sekolah balik!"

"Eah... ya ke tidur?"

16 comments

August 1, 2012 at 9:25 AM

aaa... comel ini kistot!!!!

Anonymous
August 1, 2012 at 9:26 AM

a ahh lahh makin mantap kistot cecomel ni...

LWindsor

August 1, 2012 at 9:37 AM

yg ni best...satu-satu tu tak puas nak baca.

August 1, 2012 at 12:33 PM

best!!!


kistot last paling tak menahan..melampau tidur sampai ngigau balik rumah terus..hehehe


best!! best!! best!! :D

August 1, 2012 at 1:43 PM

Pandainya tulis..semua best

August 1, 2012 at 9:34 PM

aku suka cerita katak muahahaha.. gelak la haha..

picture yg last tu buat aku terkedu.. haha aku ada keep pic tu utk satu kispen hehehe..

Anonymous
August 2, 2012 at 9:19 AM

Cerita Goda tu, sangat pendek tapi aku suka.

-HEROICzero

August 2, 2012 at 10:32 AM

lu akui lu memang pandai menulis...gua kagum..

August 2, 2012 at 1:23 PM

:)

August 2, 2012 at 1:39 PM

bravo boss...semua genre dah ada dalam ni...boss pukul habis sumer...

August 3, 2012 at 12:35 AM

peh, angkat jempol.. =)

August 7, 2012 at 3:16 PM

gambar2 die menarik la...

August 11, 2012 at 1:16 AM

sgt suke

nk jadi cm akk

kreatif

sume rase dalam 7 kistot ni

August 28, 2012 at 10:33 AM

knock...knock..knock...

~rindu nak baca entri baru :)

August 28, 2012 at 4:28 PM

Yang first pon dah umph

September 1, 2012 at 6:39 PM

alolololo..aku suka semuanya!!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...