Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, July 24, 2012

Tujuh Kistot

9:45:00 AM | | Best Blogger Tips
Basikal Baru
'...Pengorbanan itu subjektif...'

"Abah, besday gegirl dah dekat ni... abah dah janjikan nak belikan yana basikalkan?" Abu kerut dahi. Poketnya hanya tinggal RM5 sahaja.

"Yalah... Nanti abah usahakan. Tidur ya sayang..."

Keesokkan harinya...
"Aku ada surat perintah dari mahkamah; Gegirl sekarang berada di bawah jagaan aku. Kau tak mampu sara dia... Aku tak nak gegirl makan pasir..." Abu tak terkata apa. Gegirl sedang bermain basikal barunya.

"Kau umpan dia dengan harta. Macamana kau tipu untuk kikis harta aku; macam tu kau akan rasa suatu hari nanti sakitnya bila seseorang yang kita cintai mendustai hati..." Abu kenal sangat dengan Ahmad Aidil; playboy terhebat yang kini sedang berkasih dengan mantan isterinya. 'Maafkan abah sayang, abah tak mampu... kamu akan hidup senang dengan ibu... Jadi anak yang solehah... Doa abah mengiringi pemergian kamu...'

---------------------------------------------------------------------------
Anyet
'...Kau hadir bagaikan magik...'


Aku ada seekor kucing, warnanya kuning dan oren. Aku masih ingat, saat aku berjumpa dia; bulunya terang dan berkilau, sangat magik ketika itu.

"Dari mana kau datang...?" Hari-hari mendatang bagaikan penuh dengan kehadiran Anyet. Anyet berak di tepi lubang. Dia tak makan ikan goreng walaupun terhidang di pinggan. Dia tak kacau hamster walaupun dia boleh capai dan jatuhkan sangkar hamster. Dia tak kacau ikan kat akuarium walaupun dia boleh ja nak kacau. Dia tak pernah ganggu orang makan sebab dia sangat beradab. Dia tidur bawah katil aku. Dia seekor kucing yang sangat menawan. Aku ingat lagi, bila suatu hari aku balik rumah, dia gesel dan memandangku hiba... "Ya... akak tahu, walaupun Amad tinggalkan akak, Anyet tetap adakan...? Maafkan akak ya Anyet, sebab abaikan Anyet selama setahun ni..." 

Selepas seminggu, Anyet pergi... dan aku sangat menyesal, kerana merindui dia keterlaluan. Tapi sekurang-kurangnya sebelum dia pergi, aku dah bersihkan telinga dia, sikat bulu dia. Dia ngiau aja. 

---------------------------------------------------------------------------
Scooter
'...Perempuan dan jalanraya; Terbukti penunggang berhemat tinggi tahu...?'

Aku aim scooter Aprilia... Tetapi memandangkan budjet ciput, aku beli MZ Moskito. Sayang gila aku time tu. Pompuan bawak scooter? Hik hik hik... comel kan? Aku ingat lagi... excident pertama... aku dengan scooter aku jatuh sendiri... satu kereta hapakpun takda kat situ, bila aku cek bebetul... La-a-nat... badigul mana ntah yang excident, serpihan tu bersepah tengah jalan. Cer sapu lepas buat excident tu kan, tak boleh ke? Excident kedua, aku bergesel dengan pakcik tua bawak kereta. Tangan kanan aku landing baik aja kat kereta dia. Ala... macam superman tahan kapalterbang besar? Lampu merah dol... 'Eeeeeeeeeeee pakcik ni reti bawak kereta ke idak?'. Lepas excident aku boleh bawak motor lagi tahu...? Tapi tak lamalah, malam tu juga aku dah mengerang kesakitan. Rupanya, tulang aku dah terkeluar landasan... Superwomen kan? Sudahnya sebulan tangan aku bersimen. Baik aja excident, cukup seminggu, aku excident lagi, heeeeeeeeeee... kali ini bebetul depan polis dowh... Dengan lesen tak bawak, P tak pasang... Aku ambik mood; watak perempuan yang sedih, 'Oh dem abg polis dah datang... cenggana signal boleh tak pasang ni? Eeeeeeeeeee... mujur sempat...' Heeeeeeeeeeeee finally, abang polis tu suruh aku pergi, hahahaha... padan muka kau... siapa jadi pembuli kenderaan comel kan? kan? kan? Arghhhhh... Balik aja rumah mak cakap "Dah tak payah bawak motor lagi, asyiklah kena langgar dengan orang..."  Ooh tidakkkkkkkkkk... gulap-gulita mata beta.

---------------------------------------------------------------------------
I Love You 
'...Jom..."


'Eeeeeeeeeeeeeee... lari cepat....! Oh tidak....'

Bobo tidak dapat melarikan diri dari Temah. "Oh, kat sini ya kau sembunyi... Jom... aku ada beli susu, cepat kita main jilat-jilat..."

'Aaarghhh, dia ni teruklah... minumlah kat cawan sendiri, ini tak...! Boleh plak dia nak berebut kongsi dengan cawan aku. Aaarghhhh...'

---------------------------------------------------------------------------
Pahlawan Berkuda 
'...Cinta dan pedang adalah aku...'


Ada seorang lelaki yang bernama Alamanda, memperhambakan dirinya untuk Raja Zamrud III sehabis baiknya. Sanggup mati kerana Rajanya. Tanpa dia sedari sebenarnya Permaisuri Balqis sudah merencanakan rancangan jahatnya iaitu membunuh Alamanda yang menjadi kesayangan Raja Zamrud III apabila cintanya ditolak mentah-mentah oleh Alamanda. Akibat kerana malu yang teramat, Permaisuri Balqis berdendam.

"Maafkan patik wahai Permaisuri... cinta patik hanya kepada Raja Zamrud III dan hamba tidak mahu bersetuju dengan rancangan jahat Permaisuri menjatuhkan  Raja Zamrud III". Apalagi, murkalah Permaisuri Balqis. Maka dia membuat satu fitnah dan adukan kepada Raja.

"Bawa si bedebah tu menghadap beta... Berani dia menggoda Permaisuri beta...? Dasar tidak diuntung..." Akhirnya Alamanda mati kerana taat setianya kepada Raja Zamrud III tanpa membela diri. Baginya, pengorbanan dan cintanya kepada Raja dan negara paling penting. 

---------------------------------------------------------------------------
Seksa
'...Aku rindu saiz M...'


Amira duduk di tepi kedai, sudah hampir 10 buah kedai dilaluinya, tak ada satupun baju yang muat. Dia menanggis semahu-mahunya. "Aaarghhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati awak hancurkan hati saya, satu hari nanti, tuhan akan balas balik apa yang awak dah buat kat saya...!"

"Adik... Spicy McDeluxe 3 set, tambah Mc Chicken 2 set ya...?" Amira duduk di dalam bilik. Makan-makan dan makan... Sampai membaca quote ciptaan sendiri berulang-kali; Aku berazam untuk bersaiz M kembali. Chaiyok! Chaiyok!

Eeeeerkkkk(ini bunyi sendawa ya kengkawan).... 'Alhamdulillah...' Burger ke empat mula dibuka. "Sampai hati awak minta putus dengan kita... apa salah kita awak? Apa kurangnya kita?" 

Dan quote hanya tinggal kata semata-mata.

---------------------------------------------------------------------------
Rindu 
'Kasih... Diriku kosong tanpamu...'


"Apa...?" Amer bengang bila Mat ketawa dan terus ketawa melihat Amer. Panas hatinya masih bersisa.
"Tulah... ada awek, biarkan tak reti nak jaga... bila dah melepas, baru frush menonggeng cenggini...." Mat kenal benar dengan perangai Amer yang kaki perempuan. 

"Ya, aku tahu aku salah... Apa yang aku boleh buat skang, hanya doakan semoga dia bahagia..." Amer merenung kad kahwin yang diterimanya dari Nabila. 

Masih terngiang-ngiang di telinga Amer sewaktu  mendengar ulasan Nabila bila mana Amer bertanya adakah dia bahagia dengan jejaka terbarunya kini.

"Perempuan biasa macam saya, tak minta banyak awak, cukuplah dia menyintai saya dan menjaga maruah saya melebihi dirinya sendiri... dan menyintai DIA melebihi dari segala-galaNYA..." Nabila pergi.

13 comments

July 24, 2012 at 10:23 AM

pagi macam ni, otak aku perlu ligat menangkap tujuh rangka cerita yang pelbagai.

`basikal baru' ada elemen sendu, kalau panjang pun orait jugak.

July 24, 2012 at 1:41 PM

terbaik ni....

July 24, 2012 at 11:31 PM

best nih..

Basikal baru: terkesan di hati.. sob..sob..


Seksa: kasihan amira

July 25, 2012 at 11:44 PM

TERBAIK! semua tujuh kispen bawa kesan luka dalam hati...

fifi bkn nama saya
July 26, 2012 at 2:28 PM

basikal baru dan anyet...sedih...huhuhuhu

July 26, 2012 at 9:36 PM

akk buat iffah terpengaruh ngn kistot

sume best

xtau nk komen mne

tp sal bsikal br tu sedih grrr

July 28, 2012 at 1:19 PM

lama xdatang sni....seriuuuuuus:)

July 28, 2012 at 2:27 PM

rasa macam ada kena mengena dengan 7 writer...hahaha...

July 28, 2012 at 2:58 PM

ni yang ntah ker berapa kali aku masuk dan baca 7 kistot ni :D

macam tak jemu2...

nak belajar buat kisah kontot jugalah :D

*selalu tu BS aku tak sempat nak komen berukbandku merajuk :(

July 30, 2012 at 9:32 AM

aku dah baca kistot ni.. tapi tak sempat nk komen dengan akaun sendiri sebab aku tk nk org sebelah aku mas atu tahu akuk ada blog.. ehehe.

papeom.. kistot ni best.. huhuhu

July 30, 2012 at 9:35 AM

aku dah baca kistot ni.. tapi tak sempat nk komen dengan akaun sendiri sebab aku tk nk org sebelah aku mas atu tahu akuk ada blog.. ehehe.

papeom.. kistot ni best.. huhuhu

August 1, 2012 at 1:51 PM

Bestnya..ayat hebat!

August 28, 2012 at 4:30 PM

Good !

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...