Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, June 22, 2012

Jamey Scot

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
'...Wahai sayangku Jamey... ' - Isabell



'Hurmmmm, tasik kuno ni buat hidup aku huru-hara. Semua orang di sekeliling aku seolah-olah tidak ambil peduli lagi padaku' Jamey mengeluh. Entah dari mana, tiba-tiba muncul Eugene Kim dari jambatan berjalan perlahan-lahan ke arahnya.

'Kenapa kamu duduk seorang diri di sini dalam basah kuyup?' Eugene Kim bertanya sambil menguntumkan senyuman.

'Saya baru balik dari sekolah, tiba-tiba saya ternampak anak kucing. Sayapun terjun sebab nak selamatkan dia. Terlupa pula nak buka baju. Ibu mesti marah. Dah lama saya tunggu baju ini kering. Tapi sayangnya, air tetap menitis dan baju tak kering. Dah malam ni...' Jamey duduk di tepi tasik sambil matanya melihat dari jauh kelibat bumbung rumahnya.

Eugene Kim terkesima. 'Kamu tidak tahulah yang kamu telah.....' Jeritan Isabell dari beranda rumah membuatkan Jamey berlari mendapatkan ibunya. 'Yaaaaaaaaaaaaa ibuuuuuu... Jamey nak pulang ni... Pergi dulu, ibu telah panggil tu...' Eugene Kim termati bicara bila mana Jamey terus berlari meninggalkannya sendirian di malam dingin begini.

'Ibu... saya pulang ibu... Maaf, baju dah basah...' Jamey berdiri di anak tangga pertama dari tiga anak tangga. Isabell menanggis sambil melihat di tangga itulah Jamey akan menjerit setiap kali pulang dari sekolah.

"Ke mana sahaja kamu sayang dah malam begini. Jangan buat ibu risau..."
'Saya dah balik ni bu... Maaf sebab buat ibu risau. Sayang ibu sangat-sangat...'

Tiba-tiba angin sejuk menyapa tubuh Isabell. Meremang dan lain sangat sejuknya kali ini. Terus dia masuk ke dala rumah dan memetik switch on lampu di beranda. Dengan harapan terang akan buat Jamey nampak rumah dan pulang.

***

'Ibu pasti marah. Dia tidak mengajakku masuk. Mesti sebab baju sekolahku basah lenjun...' Jamey duduk di kerusi menunggu ibunya membuka pintu dan mengajaknya masuk. Sedang menunggu, dia cuba menghilangkan suara-suara perlian dari kawan-kawan sekelas benar-benar merimaskannya namun masih juga gagal. Dari jauh dia melihat Marie sudah balik dari sekolah. Kali terakhir dia lihat Marie sewaktu dia memanjat tembok semalam demi menyelamatkan anak kucing yang hampir lemas di tasik Tuan Harriod.  Ya. Sah dan sahih. Dan dia masih lagi berpakaian baju sekolah yang sudah basah lenjun. Dan ibunya masih lagi bersedih kerana kelakuannya itu.

Hari sudah lama siang. 'Dari malam hingga ke pagi hari... lama rupanya aku duduk di beranda ni tanpa dipedulikan ibu...' Jamey terus masuk ke rumah dan memang jelas ibunya tidak menegurnya langsung. Air susu juga tidak lagi disediakannya. Saat ini, ibunya sedang menikmati aroma kopi pekat sambil berdiri di sliding door sambil merenung sayu ke arah tasik di tanah milik Tuan Harriod.


Lima Belas Tahun Kemudian...
Di Perkarangan rumahnya...
"Hurmmmm... rindunya ibu pada kamu Jamey. Dah lama kita tak berbualkan? Sihatkah kamu...?" Pulau Paskah masih sama seperti lima belas tahun yang lalu. Cuaca di luar masih lagi tidak dijengah matahari. Redup. Sejuk dan menenangkan. Sekali-sekala gunung berani meluapkan asap hitam dan diam. Masih dia ingat, Jamey seringkali duduk di tepi beranda rumah kayu yang berusia hampir 100 tahun hingga ke pagi. Rumah ini hampir usang. Lama dia merenung tasik yang telah menarik seluruh kegembiraannya. Tasik buatan milik seorang lelaki kaya. Isteri yang bernama Eugene Kim telah lama meninggal dunia. Ada yang mengatakan isteri jutawan Harriod tersebut mati bunuh diri kerana tidak tahan dengan kecurangan suaminya dan ada juga kisah versi lain yang mengatakan Tuan Harriod membunuh dan menanam mayat isterinya di bawah pergola yang berbentuk bumbung Tradisional Korea.

Jamey tidak mahu ganggu ibunya sedang bersenang lenang. Dah terlalu lama ibunya tidak bertegur sapa dengannya sejak kejadian selamatkan anak kucing di tasik dulu. Mendengarkan soalan ibunya itu, dia hanya menganggukkan kepala.

"Miauuu..." Ada seekor anak kucing sedang mengesel kaki Isabell manja. Jamey terpana. Sungguh benarkah dia berjaya menyelamatkan anak kucing tersebut...? 'Kenapa aku tidak pernah lihat anak kucing ini di dalam rumah? Bukankah ibu benci kucing? Kenapa dia jaga...?'

"Kamu lapar ya sayang...?" Isabell terus mengendung anak kucing ke dapur di sudut kecil tepi meja makan. "Dah tu ada makanan. Pergi makan..." Isabell menurunkan anak kucing ditangan yang sedang meronta untuk melarikan diri setelah melihat Jamey di peti ais berhadapan meja makan. "Grrrrrrrrrrr... Grrrrrrrr...." Ibunya memandang sekeliling sambil tersenyum. "Laaaaaaaaaa... kenapa kamu lari? Baby... ke mana kamu? Mana ada sesiapa di sini?"

Siang Harinya...
Cuaca Cerah...
"Aunty Isabell... Saya ni Marie, kawan sekelas Jamey..." Isabell terkejut. Dia langsung tidak mengenali siapa Marie. "Ya Marie. Saya Isabell..." Marie terus ke beranda di mana kerusi itulah yang menjadi kegemaran Jamey saban waktu. Selalu dia melihat Jamey akan duduk di situ dari malam hari hingga ke pagi hari. Isabell pelik melihat Marie sedang tersenyum sendiri. "Ada urusan apa kamu ke mari?"

Marie mencapai beg dan mengeluarkan kasut lalu menghulurkan kepada Isabell. Marie meminta Isabell duduk dan dengar dengan baik apa yang cuba disampaikan dan menerima dengan redha "Kasut ini saya simpan 15 tahun lamanya. Iyanya milik Jamey. Masa tu kami berdua dalam perjalanan pulang ke rumah. Sewaktu kami berdua melintasi rumah Tuan Harriod, kami terdengar suara anak kucing. Jamey cari katanya dia dapat rasakan yang kucing itu dalam masalah. Puas saya tegah, tetapi Jamey tetap panjat tembok batu dan melompat masuk di tanah milik Tuan Harriod. Saya takut dan lari tinggalkan dia. Kalaulah saya tunggu dia sekejap mesti Jamey masih hidup lagi..."

Isabell terduduk. Ya itulah kasut Jamey. Ada jahitan sulam tertera JS (Jamey Scot) di bahagian kiri kasut.

"Sepanjang 15 tahun itu jugalah saya melihat hantu Jamey merayap di tasik pada siang hari dan pabila malam dia akan pulang ke rumah dan duduk di kerusi ini sehingga pagi kerana bajunya basah dan takut kamu marah dan terkejut sakit kerananya..."

"Bagaimana kamu tahu dia selalu ada di sekitar rumah ini?" Isabell juga dapat merasakannya tetapi dia tidak berani kerana dia tahu gangguan dan bunyi selama lima belas tahun ini adalah datang dari roh anaknya Jamey.

"Bunyi serunai..." Isabell angguk. "Ya, setiap kali balik dari sekolah dia akan meniup serunai di serambi.
"Peti ais terbuka dan tertutup sendiri..." Isabell menangis sendiri dan itulah yang selalu diperhatikannya setiap kali waktu anaknya pulang dari sekolah. "Air susu. Dia akan minum air susu 2 kali sehari. Pagi hari dan tengahari lepas balik dari sekolah... Cukuplah... Aunty tahu dia sudah tiada. Aunty sedar, roh dia tidak tenteram kerana Aunty tidak redha dan menerima kematiannya adalah suratan takdir..."

Marie terdiam. "Bukan begitu Aunty. Ada satu pesanan yang perlu Aunty lakukan demi dia. Barulah dia dapat pergi dengan aman..." Marie menghulurkan sekeping nota yang ditulisnya sendiri kerana Jamey meminta pertolongannya buat penghabisan kali dan sebagai tanda maaf diterima oleh Jamey kerana Marie lari tinggalkan dia, makanya Marie memberanikan diri bersemuka dengan Isabell.

Nota bertukar tangan.

Ibuku sayang,
Saya tahu saya telah mati di dalam tasik. Selepas saya selamatkan anak kucing tersebut, saya berjaya naik ke darat. Tetapi saya cuai tergelincir semula kerana saya terdengar dan melihat ada perempuan di jambatan.

Selepas saya bertemu dengannya sedarlah saya, itulah hantu perempuan yang selalu disebut oleh Marie - kawan sekelas saya saban waktu.

Sebagai sahabat, ingin sekali saya membantunya kerana rohnya tidak tenteram hampir 15 tahun lamanya. Tolong berjumpa dengan Tuan Harriod dan khabarkanlah padanya begini selepas Tuan Harriod ke London atas urusan kerja Eugene Kim telah mengandung. Dan bidan mengatakan dia tidak akan hidup lama kerana mengalami banyak pendarahan. Makanya dia meminta bidan menjaga anak dan serahkan kepada Tuan Harriod bila pulang nanti.

Katakanlah pada Tuan Harriod, isterinya mati kerana bersalin dan dia mempunyai zuriat. Mirayee Kim namanya.

Ibu, selepas ini saya akan pergi terus. Sebab saya tak boleh tunggu lagi. Ibu jaga diri. Izinkan saya pergi ibu. Kasih sayang ibu amat berharga. Dan satu pintaku - carilah kebahagiaanmu dan mulakanlah hidup baru. 

Sayang ibu selamanya... Jamey Scot.

"Siapa Mirayee Kim?"
"Kita akan cari dia Aunty sampai dapat..."
"Tak takutkah kamu nampak hantu seumur hidupmu?"
"Tidak lagi. Tidak lagi..."


Lima Belas Tahun Yang Lalu...
Hari Persekolahan...
"Betul ke rumah kau betul-betul tepi tasik tu?" Marie bertanya semasa mereka beriringan pulang dari sekolah. Marie bertanya lagi. "Nama kau siapa? Tadi aku masuk lambat ke kelas, makanya aku terlepas untuk tahu biodata kau budak pelik!" Tipu Marie sambil menahan dan melebarkan kedua belah tangannya seolah-olah menghalang Jamey dari terus membatu. Dia tahu budak lelaki di hadapannya ini adalah Jamey Scot.

Jamey terkejut dengan tindakan Marie, lantas dia pura-pura tidak mendengar soalan Marie. Tanpa buang masa, dia terus mara berjalan ke depan dan membiarkan Marie membuntutinya sahaja-berjalan terus tanpa memandang ke arah Marie. Dan Marie terus membebel seorang diri di belakangnya sepanjang perjalanan pulang dari sekolah.

"Hoi budak pelik, hati-hati dengan tasik tu. Ada hantu perempuan mati di sana. Orang pulau ini telah memberitahu aku tentang itu..." Jamey tiba-tiba berhenti jalan dan tindakannya itu menyebabkan Marie yang sedang rancak bercakap sambil wajahnya tunduk ke lantai jalan sambil menyepak batu-batu kecil dan dedaun layu untuk mengelakkan bosan. "Hoi... aduh! Sakit kepala aku terhantuk dengan beg sandang kau. Kenapa kau tiba-tiba berhenti haaaaaaaaaaa...? Cepat minta maaf padaku...! Cepat? Kalau tidak aku tidak akan maafkan kau budak pelik..."

"Eaaaah... aku ada dengar suara anak kucinglah. Bunyinya macam dalam kesusahan..." Jamey tinjau dan akhirnya dia terlihat ada seekor anak kucing sedar terkapai-kapai hampir lemas di tepi tasik.

"Woooi... itu tasik berhantu. Jangan masuk. Kalau kau masuk juga aku akan tinggalkan kau sendiri. Biar kau mati di situ..."

11 comments

June 22, 2012 at 9:18 AM

bos..mantaplah!

June 22, 2012 at 12:53 PM

ini memang PRO punya kispen...mantap boss...

June 22, 2012 at 3:00 PM

yeh... aku suka ini!!! Err.. Mirayee Kim??

June 23, 2012 at 2:58 AM

(ternganga)

June 23, 2012 at 11:50 AM

@Lady Windsor
saya budak baru belajar buat cerita seram

June 23, 2012 at 11:51 AM

@EL MARIACHI
amatur gak...

June 23, 2012 at 11:52 AM

@reenapple
kau kalau ada soalan di komen aku dpot agak motif utama kau...

ps: tanak... aku tak moh sambung... biar aja. nak buat cerita lain. sekali siap citer seram... dahlah tengah mala aku siapkan... aaarghhhhh

June 23, 2012 at 11:53 AM

@suha
jgn camtu... budak pompuan tak comel nganga depan lappy nanti org fikir lain...

ps: hik hik hik... thanks yang...

June 29, 2012 at 9:26 AM

huishh...terhenti seketika keja di office melayan kisah ini....

sambung gheejaaaa~~

July 7, 2012 at 10:57 PM

mantap pemikiran bidadari syurga ni..

July 13, 2012 at 9:31 PM

@Tuan Cimot
;) tq

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...