Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, February 3, 2012

Nafsu #Episod 1

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
'Syaratnya adalah; Seratus banyaknya kepala untuk dipersembahkan... Kebal darah itu kelak akan menyembah kamu...'


Husin putus asa. Sepanjang hari dia mencari rumah Bomoh Hitam. Kata Hambali, "Kau pergi Pekan Berambu, cari rumah bercat hitam berbumbungkan atap nipah, hajatkan kebal darah untuk diri, kalau berhasil hidup kau akan lumayan sudahnya. Syaratnya agak keras sikit... Aaaarghhh, aku yakin, kau mudah urus syarat tersebut..." 

'Aku mesti usaha apapun, agar cita-citaku berhasilkan satu.' Masih segar kotak hitamnya menyimpan setiap data yang disampaikan oleh Budi minggu lepas. "Aku dengarkan? Ini Hambali yang cakap, tiga bulan lagi, Big Boss akan adakan pertandingan kalah-mati, hadiah dia kau tahu apa? Jaga kawasan baru di Tanjung Balik. Kau tanak try...? Mana tahu, kau boleh masyur macam Hambali pulak kan...?"

Husin diam. 'Kasino akan dibina di situ. Terhebat di seluruh Asia. Kalau aku dapat. Perghhhh...! 7 keturunan aku kaya-raya. Betina keliling pinggang...'

"Haaaaaaaa, bukan khabar-khabar lagi bro. Memang real tahu. Hahahahahahaha... Berani tak...? Alah, kau takat bertumbuk dengan 100 orang, takda masalah kot Boss Husin ya dak...?" Budi memang handal provokasi. 'Boss Husin...' Husin suka dengar bila Budi membodeknya.

Husin diam; telinga yang mendengar terus simpan angan ingin merasai kedudukan seperti Hambali  The Tiger yang mempunyai kekuatan sehandal gelarannya. Berita daripada Budi itu dianggapnya sebagai satu pemangkin majukan diri. Bertumbuk? Dia paling handal di kalangan kuncu Big Bossnya. 'Lepas Hambali dan Malik jadi orang besar dalam kumpulan dan meraih nama dan pangkat, kini giliran aku. Haaaaahh...! Aku mahu lebih kuasa dari mereka berdua. Aku mahu Big Boss sedar, aku ini orang yang paling diharap-harapkan...'


Pekan Berambu; 70KM dari Kuala Lumpur
Simpang Ke Kampung Berambu; 3KM dari Pekan Berambu
"Abang...? Abang...? Dah lama saya perhatikan, Abang ni bukan orang kampung ni. Cari apa? Boleh saya bantu?" Husin mengelamun penat setelah seharian mencari. Matanya terus pandang suara tadi. "Kau boleh tolong aku?" 

"Insyaallah abang. Apa dia...?" Budak lelaki yang menegurnya tadi sengih dan angguk berulangkali sambil tersenyum sinis. 'Sah-sah aku tegur ni pun memang untuk tujuan itulah. Manalah tahu kalau-kalau ada rezeki kerja kat bandar, plat kereta kau ni aja dah W... sah-sah kau orang besar kat KL tu... Perghhh kereta kau BMW tu...'

"Siapa nama kau...?"
"Azman abang..."
"Azman ya? Kau orang kampung ni kan?"
"Eeeeeeeeee... mestilah abang. Anak jati Pekan Berambu ni abang. 7 generasi keturunan tok moyang saya menetap tinggal-mati kat sini. Belum satupun berhijrah ke bandar lagi. Oooo-ya, kenapa abang tanya?"

"Bagus. Mesti kau tahu kat mana rumah Bomoh Hitam... Dah banyak kali aku pusing, tak jumpapun..." Husin menghempaskan tangannya ke stering. Penat benar badannya; perut lapar. Hari sudah semakin petang. Azman terkebelakang secara tiba-tiba. Lututnya yang tadinya tegap, terus lemah-longlai apakala mendengar nama Bomoh Hitam berkenaan.

Belumpun sempat Azman bercakap, matanya tiba-tiba menjerit ketakutan. Ya. Ada satu lembaga di sebelah Husin. "Aaaaarghhhhh... Hantu Bomoh Hitam...! Tu-tu-tu-tu... Hantu Bomoh Hitam...!" Ditudingnya secekal mungkin jari telunjuk di sebelah tempat duduk Husin. "Celaka punya budak... Hantu siang-buta apakebendanya. Biar betul dia ni...?" Langit semakin mendung sedikit demi sedikit. 

Bau busuk seperti bangkai menerjah ke hidungnya. Uwek...! Muntah Husin di dalam keretanya bukan kepalang. 'Kereta ber aircond, boleh bau bangkai tetiba. Sialan...'


Warung Mak Limah
Simpang Jalan Kampung Berambu; 200m dari rumah Bomoh Hitam
Husin putus asa. Seingatnya ada satu warung dekat simpang jalan ke kampung ini. Husin melihat Warung Mak Limah sangat cantik dan kemas. Ada haruman yang berjaya membuatkan perutnya kosong kepalang mohon di isi.


Depan Warung Mak Limah
Seberang jalan; 50m dari meja makan Husin
Dol dan Amir berusia 9 - 10 tahun sedang bermain racing sampan kertas
Ada sebuah sungai kecil yang dalamnya mencecah buku lali; jernih sehingga menampakkan batu pelbagai bentuk dan warna di dasarnya. "Akulah yang menang...! Sampan aku yang sampai dulu. Kau selalu bohonglah. Tuhan marah tahu..." Amir yang membelakangkan Dol asyik menolak sampan kertas yang masih di air. Dilaga-lagakannya berulangkali agar sampan Dol basah dan kalah. "Woi budak...! Ke mari..." Husin bercekak pinggang. Dibukanya dua butang baju agar selesa. "Hah...! Apa hal?" Husin tercengang. 'Celaka punya budak. Mujur kau budak lagi. Kalau tak, patah batang tengkuk kau aku kerjakan...' Tingkah laku Amir sedikit kasar. Tidak seperti rakannya yang agak penakut dan hanya berdiam diri sedari tadi.

"Kau tahu rumah Bomoh Hitam kat mana?" Dol memandang Amir. Amir masih leka bermain sampan. Kedatangan Husin sedikitpun tidak dihiraukannya. "Apa hal kau nak cari dia? Kau dah lama hidup? Kau dari mana?" Amir bersuara. Husin sekali lagi tercenggang. Marah? Seharusnya dia gembira saat ini. Kata-kata Hambali The Tiger bukan gurauan, kerana ramai yang cabut lari bila dia menyebut nama Bomoh Hitam; tetapi tidak pada Amir. Baru sahaja tangannya nak mencekup belakang baju Amir muncul satu suara dari belakangnya.

"Atas urusan apa kamu ke mari?" Amir yang tadinya duduk, bingkas bangun berlari menyorok di belakang wanita berkerudung putih yang bersuara sebentar tadi. "Siapa kamu?" Wanita berkerudung putih itu memejamkan matanya tanda protes ditenung Husin sebegitu lama. "Namaku Salsabilah..."

14 comments

Anonymous
February 3, 2012 at 9:14 AM

Arghh...kenapa tergantung pula bos! Aku dah berimajinasi Husin jadi kebal..hehe


Lady Windsor
(jadi geng papaHero dan AbgBroelmariachi..x sempat login...)

February 3, 2012 at 9:22 AM

salsabilahh. menarik juga

February 3, 2012 at 9:56 AM

serammmm....

February 3, 2012 at 10:00 AM

wahhhh. mot suka. cepat sambung ye. suspen ni.

February 3, 2012 at 10:55 AM

tunggu seterusnya....

February 3, 2012 at 2:20 PM

berepisod..
tunggu sambungannya..

February 3, 2012 at 4:20 PM

fuhhh.....seram,mengancam dan sadis....

February 3, 2012 at 8:09 PM

Amir Gangster . haha
Terbaik cerita ini

February 3, 2012 at 10:59 PM

hahaha.. salsabilah. Memula gerun sebab 'dia wanita berkerudung putih' dlm hati- siapa dia? mesti seorang yg penting!

Tapi bila dia bagitau nama dia salsabilah! ahahahaha.. tak padan rasa gerun tu dgn nama yg ayu itu hehe.. teringat lagu Yasin-Salsabilah.

Tapi.. serius! cerita ni aku baca dari patah ke patah ayatnya.. sekalipun hampeh kuciwa sebab terpotong di penghujung "salsabilah'

Bila sambungan?

February 3, 2012 at 11:40 PM

insyaallah, sambunganya minggu depan.

February 4, 2012 at 1:46 AM

ah saspens gila penghabisannya. tergantung. hahaha

February 5, 2012 at 8:40 AM

sambung...


dah banyak persoalan yang berada diminda..




nice..

February 5, 2012 at 2:57 PM

terbaik boss...

February 6, 2012 at 8:04 AM

Amir The Gangster..
kah kah kah..
aku suka nama tu..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...