Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, February 24, 2012

Nafsu #Episod Akhir

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
'...Keinginan untuk memiliki sesuatu tanpa sedar, mengaktifkan rasa yang penuh bernafsu...'

Siang pertama...
"Apa...? Koma?" Bukan ke pesakit tu dah sedar kelmarin? Siapa yang bertugas semalam?" Nurse Betty  memeriksa jadual bertugas. "Imran dok...! Dia ditugaskan menjaganya semalam..." Doktor Adam Haikal berkerut wajah. Ada urusan yang belum selesai sebenarnya. Tetapi apakan daya, ruang untuknya semakin sempit apakala komanya Husin semula. "Panggil dia sekarang..."

***

"Doktor panggil saya ke?" Imran adalah nurse yang ditugaskan untuk mengawasi Husin. 'Aku tak banyak sumber, hanya dialah yang mampu membantuku sehabis baikku...' 

"Sepanjang hari ketika kamu menjaga pesakit tersebut, ada apa-apa yang dia cakap ke?" Imran menggaru kepala. Cuba sehabis baik ingat sedari awal tugasnya bermula ketika itu. "Setahu saya tak ada pulak dok. Lagipun, dokpun tahu kan? Dia tak boleh bercakap, walaupun sudah sedar. Kotak suaranya rosak seperti yang direkodkan. Ada masalah ke? Ke hasil kerja saya tak memuaskan? Ada komplain dari senior nurse ke dok?" Imran yang malu memulakan tugasnya dua bulan yang lalu, maka itu dia sedikit cuak yang entah apa. "Hurmmm... maaf, saya tak nampak masalahnya semalam. Cuma pagi ni saya dikhabarkan dengan komanya pesakit tersebut. Kenapa takda siapa inform pada saya awal-awal?" Imran lega. Dia tersenyum. "Yang itu saya tak pasti dok, saya baru masuk kerja shif pagi. Nak saya bantu apa-apa lagi ke?" Doktor Adam Haikal mengarahkan Imran keluar. 'Abah... banyak yang saya cuba beritahu pada abah tentang ibu. Banyak sangat abah. Kenapa Allah swt temukan saya saat abah dalam keadaan begini?'


Malam pertama...
"Dok, saya balik dulu... Dok tak penat ke? Pasti ke dok nak tidur sini?" Nurse Betty cuba meyakinkan dirinya yang Doktor Adam Haikal tidak silap memberi arahan untuknya; menemani pesakit yang bernama Husin bin Samdol malam ini. "Saya tak apa-apa. Lagipun, memang dah tanggungjawab saya. Memandangkan dia tiada saudara mara dan keadaan dia masih lagi kritikal, saya tawarkan diri untuk menjaganya. Mungkin inilah sahaja kesempatan yang saya ada untuk berbakti kepada seseorang yang sudah terlalu lama saya cari..." Nurse Betty bertambah binggung. Aksi dan wajah Beety yang agak canggung seperti menggaru kepala dan menunduk ke lantai membuatkan Doktor Adam Haikal berasa sedikit lucu "Awak tahukan? Saya tak pernah sembunyikan apapun rahsia diri saya pada awak terutamanya. Sikit hari lagi, saya akan ceritakan semuanya. Baliklah. Rehatkan badan awak. Jangan buat saya risau faham? Terima kasih untuk bekal makanan yang awak bawak ni. Saya hargai sangat. Dah terlalu lama saya tak merasa air tangan wanita selepas ibu meninggal..." Betty tersenyum malu. "Ya... saya balik dululah..."

Lama dia merenung abahnya yang hampir 70% bersimen akibat luka yang teruk. 'Apa sebenarnya yang berlaku kepadamu abah...? Ibu selalu kata, abah banyak berkorban untuk besarkan Adam. Korbankan cinta, korbankan masa depan dan korbankan kebahagiaan diri untuk ibu, asalkan Adam berjaya mencapai kejayaan. Kenapa ibu kahwin dengan uncle Amir. Kenapa uncle Amir begitu baik pada ibu; menikahi ibu 5 tahun selepas abah menceraikan ibu. Abahtunaikan tanggunjawab abah dengan memberi nafkah yang cukup sepanjang 5 tahun tersebut sangat-sangat bermakna buat Adam yakin yang perginya abah bersebab. Kalau benar, abah sayangkan ibu, kenapa abah ceraikan ibu dan kenapa uncle Amir menjadi ayah yang paling baik selepas. Aduh... sukarnya hidup ini... Banyaknya rahsia yang kamu bertiga sembunyikan dari Adam. Pesanan abah ingin lihat Adam jadi doktor tercapai jua abah. Sudah 3 tahun, selama 3 tahun itu jugalah Adam... Abah saat-saat begini, ingin sekali Adam bilang padamu; anakmu ini sedang berhadapan dengan mata cinta ibunya. Kekasih ibunya sedari kecil... Tahukah abah, yang aku ini anakmu? Saat kamu koma begini masihkah ada ruang untuk kamu mengenaliku sebagaimana aku mahu mendengar ucapan abah muncul buatmu...? Banyak bukan soalan yang ingin aku lontarkan padamu abah...? Ini baru sebahagian kecil impianku... akan banyak soalan kelak jika kamu sihat abah... banyak sekali. Adam cuba takut, kalau-kalau abah tak mampu menjawab semua soalanku seperti ibu terdiam bila semua soalan ku lontarkan habis kepadanya...' Dan akhirnya Adam Haikal tertidur disebelah abahnya. 


Sebelum azan Subuh kedua berkumandang... 
Husin menghembuskan nafasnya yang terakhirnya, disaat Adam Haikal sedang mengambil wuduk... 'Aku terima semua ketentuanMU ya Rabbi... Semoga abahku bersama dengan golongan orang-orang yang beriman...'


7 Hari selepas Husin meninggal...
Adam Haikal melihat ada surat bertulisan tangan dalam sampul. 'Siapa punya?' Betty muncul kemudiannya dengan menghulurkan beberapa fail kes pesakit yang perlu diseliakan oleh Doktor Adam Haikal kembali setelah bercuti selama 7 hari demi menguruskan pengkebumian abahnya. "Dok ingat tak budak yang jumpa arwah abah Dok tu?" Adam Haikal angguk teruja pasti. "Of course saya masih ingat. Kenapa dengan dia...? "Dialah yang tulis surat ini. Tapiiii, saya tak pastilah apa isinya... menurut kata penjaga rumah anak-anak yatim tu, dia menulis surat ini kamu dok. 'urusan peribadi' katanya..." Adam Haikal sedar, menulis adalah salah satu-satunya cara budak tersebut berhubung disebabkan dia bisu sedari kecil. "Saya mahu ke sana, ada urusan peribadi... tengahari nanti saya masuk semula..." 

***

"Daniel... bolehkah papa bertanya kepada kamu? Apa rasanya bila kali pertama kamu dapat mendengar suara abah papa memanggil dan meminta tolong jasadnya dijumpai oleh kamu di lorong belakang tu? Kamu takutkah?" Adam Haikal memeluk Daniel; budak yang menjumpai Husin. Dan kini adalah anak angkatnya bersebabkan wasiat yang disampaikan menerusi mimpinya 3 hari selepas abahnya dikebumikan.

Daniel mengambil sekeping kertas berupa memo yang memang disediakan oleh Adam Haikal untuk kegunaan Daniel berhubung. 

...Tak takut, sebab saya dah biasa dengan keadaan begini. Allah beri kelebihan kepada saya dengan pancaindera ke enam ini...

Adam Haikal mengusap lembut rambut dan tubuh Daniel sehabis baiknya. Penghubung antara dia dan abahnya suatu waktu dahulu dan kini dia rasa terhutang budi kerana antara salah satu surat miliknya yang ditulis oleh Daniel menerangkan jawapan buat ke semua soalan yang dia pernah tanya pada abahnya saat koma dahulu; saat dia berjaga untuk abahnya di saat akhir; di saat dia berusaha untuk memastikan setiap saat beremaskan cinta buat abahnya menghitung semua rasa rindu; di saat seluruh nafasnya berkehendakkan abahnya bangun dari koma, ternyata terjawab sudah satu persatu. 

Tiba-tiba Daniel mengesat air mata Adam Haikal seraya tersenyum dan menghulurkan sekeping lagi kertas.

...Di saat-saat akhir hidupnya, dia mahu kembali kepada jalan Allah swt, dan disebabkan itulah juga dia enggan mengikut syarat-syarat Bomoh Hitam yang berkehendakkan seluruh darah zuriat sebagai galang ganti untuk ilmu kebal tersebut jika mahu diperolehi, dengan mengorbankan papa, bermakna mengorbankan seluruh rasa cintanya buat kekasih hatinya Salsabilah...

"Ya sayang... papa sepatutnya bersyukur untuk rasa itu juga bukan? Abah papa mencintai papa walaupun dia tidak bekersempatan menjaga dan melihat setiap kejayaan papa..." Adam Haikal menarik nafas yang tersekat untuk sekian kalinya. Lega yang teramat sangat.

Sehelai lagi memo...

...Nafsu itu bermula dengan angan dan impian, impian yang tersimpan di akal akan berkembang dan merencanakan pelbagai cara bagaimana keinginan itu bisa diperolehi, 2 pilihan; berusaha dengan cara DIA atau berusaha dengan cara menidakkan DIA. Keinginan untuk memiliki sesuatu tanpa sedar, sebenarnya bisa mengaktifkan rasa yang penuh bernafsu secara keseluruhan dan akhirnya hati akan berperang dengan akal kerana masing-masing punya peranan yang jauh-jauh berbeza... Akal merencana, hati mengubah impian menjadi realiti...'


*******************************
Kuala Lumpur - Seorang lelaki yang berusia di dalam lingkunan 20-an ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kepala yang hampir terputus dua serta darahnya kering seperti disedut keluar berhampiran kawasan rehat menghala ke Teluk Berambu. Polis percaya, kes ini ada kaitan dengan kumpulan yang mengamalkan amalan khurafat gangster geng hitam dalam insiden pergaduhan tahunan mereka. Menurut saksi yang menemui mayat tersebut berkata "Saya tengok longkang rumah saya airnya warna merah, rupa-rupanya ada mayat yang mengerikan, nak termuntah saya tengok, kepalanya hampir putus...". Mayat lelaki tersebut dikenali sebagai Budiman Santono berasal dari Barito River, Kalimantan, Indonesia. Pihak polis percaya ia ada kaitan dengan geng Hambali Kebal yang sedang mereka buru hampir sedekad ekoran dari cara mayat ditemui. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sila hubungi kami di talian 03-22222222.
*******************************

17 comments

February 24, 2012 at 1:50 PM

husin dah mati rupanya...









suka daniel.. hehe

February 24, 2012 at 2:11 PM

ala. rasanya husin tau tak adam yg jadi doktor bertanggungjawap memulihkan kesihatan dia?

February 24, 2012 at 9:03 PM

rasa mcm nak baca balik episod sebelum ni utk sambungkan citer.. susah sikit nak hadamkannya... kisah salsabilah mcm tu je ke? atau aku dah terskip baca?

February 24, 2012 at 9:39 PM

Bos BS buat skrip drama best ni...tambah pula sekarang ni banyak Siri drama misteri macam ni...

February 24, 2012 at 9:55 PM

@Amamot
dia tahu mot... ingat tak dia lepas husin koma semula dia tanya mcm soalan depan husin... dan lepas tu daniel beri satu surat yang menjelaskan ke semua soalan yang adam tanya... ke semua soalan tersebut berjawab di dalam surat yang ditulis daniel kerana dari daniel sahaja husin bisa berhubung kerana selalunya kanak2 istimewa nikan? byk specialitynya...

February 24, 2012 at 9:58 PM

@Nong Andy
dejavu salsabilah adalah slot tambahan; hanya flashback menerangkan siapa salsabilah dalam hidup husin kerana semasa husin dalam perjalanan mencari bomoh hitam dia berjumpa Salsabilah yang tidak dingatinya sama sekali kerana hatinya menutup semua kisah silam kerana malu dengan kemiskinan dan penghinaan...

ps: baca 1,2, akhir dan dejavu salsabilah... boleh jelas sedikit... susah hadam? adoi... takpa... minggu depan akak buat story cikky2 aja...

February 24, 2012 at 10:00 PM

@marcella
hidup dan koma semula.... sebetulnya bila husin kembali bernyawa secara tiba-tiba menjelaskan kebiasaannya bila seseorang sudah hampir pergi dia akan sihat walafiat dan kemudiannya pergi... anggaplah ia sebenarnya sebagai satu suntikan semangat buat adam yang akhirnya berjumpa dengan abahnya walaupun dalam keadaan begini... satu harapan tipis kadangkala dapat ubat hati yg terlampau rindu selalunya...

February 24, 2012 at 10:04 PM

@Lady Windsor
hahahaha *siapalah yang nak terjemahkan karya picisan ittew ni...*

ps: yang nipun dah buat penin sis...

February 24, 2012 at 10:16 PM

oh.. o.k! macam tu rupanya :)

Daniel memang budak spesel. rasa mcm nak tulis kisah mistik yg mcm ni tapi kompom kantoi hehehe.. teringat kisah six sense lakonan bruce will pula hehehe..

February 24, 2012 at 10:21 PM

@Nong Andy
akak rasa kamu mesti boleh punya... akak yakin... pasal akak dah baca malam yg panjang tu bagus tahu... hahahahaha... happy dpt edit untuk kamu... akak rasa sayang gila kispen Malam Yang Panjang tu.... sampai skang akak baca aja ulang2.... lalalalala

February 24, 2012 at 11:48 PM

:)

dpt sokongan dr cik Bidadari aku jadi semangat.. nanti, kumpul energy dulu :)

February 24, 2012 at 11:51 PM

@Nong Andy
nong dah boleh cuba novel ok... perghhhh tak sabar nak baca... nanti tag akak kat fb tau... bila kispen ala misteri tu dah siap

February 25, 2012 at 2:12 PM

kak bs, saya setuju dengan kak lw! :D

kalau movie lagi best rasanya..:)

February 25, 2012 at 9:53 PM

kenapa watak Daniel muncul lambat sangat..
menarik jalan cerita dia BS..
terbaik.. =)

February 25, 2012 at 11:00 PM

@Teenager Housemaid
akak ni penakut citer hantu... ooh... masih terlalu jauh adik. baru try buat genre misteri... rasanya macam tak berapa menjadi... berat barangkali..

February 25, 2012 at 11:02 PM

@APi
mudah aja... kadangkala kebahagiaan yang kita cari selalunya muncul lambat... dan kalau ya tidak terbit sekalipun... DIA sudah merencanakan yang terbaik buat hambaNYA dengan atau tanpa disedari oleh kita-kita ni...

kononnya mcm tulah jalan citernya yang akak cuba terjemahkan... Klise dengan realiti kepada kispen begini... thanks Api... try hantar lagi kispen pi? akak nak baca lagi...

February 27, 2012 at 3:25 AM

@Bidadari Syurga
insyaAllah ada rezeki saya hantar lagi.. =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...