Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, February 10, 2012

Nafsu #Episod 2

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

'Aku macam pernah lihat kau Salsabilah...? Sungguh...! Tak mungkin kau...?' Mata Husin menangkap wajah Salsabilah sepantas mungkin. Renungan mata Salsabilah tajam tetap menawan hatinya. "Pernahkah kita jumpa sebelum ini...?" Husin berlari-lari anak mengejar Salsabilah yang berlalu pergi tanpa menjawab sebarangpun soalan yang terluah tadi. 

"Wooi bak sini duit aku. Semuanyalah bodoh...! Yang ada kat tangan kau...! Aaarghhh...! Aku menang...! Sampan aku menang tadi ada faham...?!" Amir yang berwajah garang dan bengis terus merampas duit taruhan yang bernilai RM1.00 di tangan Dol. "Alah, kau main tipu, aku nampak kau benamkan sampan aku. Mana aci macam tu...?" Amir terus mampir ke arah Dol yang bertubuh kecil daripadanya. "Aci-maci... Itu asas peraturan yang kau wajib belajar. Fight for life..."

"Main judi haram. Makan duit judi lagilah haram. Mak aku cakap duit judi bila jadi darah daging manusia itu sendiri tak akan mampu berdiri tegap. Kita orang Islam..." Dol berani menjawab, kerana dia merasakan ada ketidak adilan di sini.

"Woi samdol ngok...! Bapak kau tu Tokan Judi terbesar kat Pekan Berambu ni, dalam badan kau sah-sah mengalir duit haram tahu...? Bapak aku bilang, kau anak Tokan Samdol Judi, sikit hari lagi kau akan ikut jejak bapak kau. Mati dalam longkang tahu...?!" Amir puas hati bila lihat Dol berlari pulang dengan keadaan marah." Dari jauh Amir terdengar suara Dol "Satu hari nanti, aku akan pastikan kau juga terbaring dalam longkang serupa bapak aku...!" Dol puas hati, dan berlarilah dia sekuat hati. Amir tidak mengejar. 'Bodoh punya budak. Makan pakai kau pun family aku yang bagi, ada hati nak lawan aku.' Dia hanya ketawa terbahak-bahak. "Wei... jilat tapak kaki aku dululah, baru kau boleh balas...! Bodohnya anak Tokan Samdol" 

Lama Husin fikir. 'Anak Tokan Samdol...? Aku macam biasa dengar namanya seumur hidupku. Sumpah aku pernah dengar...' Salsabilah yang masih di depan menoleh ke arah Husin. "Samdol itu nama bapanya, Manusia yang lupa asal-usul seharusnya berasa malu..." Husin menahan Salsabilah dengan tubuh badannya. "Apa maksud kau...?" Salsabilah tunduk. Lantas jari telunjuknya menuding ke arah seorang ibu kematian suami dan seorang anak yang kehilangan bapa. "Rumah siapa? Aku macam pernah jejak...?" Salsabilah mengarahkan Husin masuk sendiri.

"Itu Dol kan...? Salsabilah tudingkan jarinya ke arah Husin kembali. "Tidakkah kamu seharusnya kenal dengan dirimu sendiri...? Atau mungkin benar kata mereka; orang kampung, kamu malu dengan asal-usulmu sendiri..." Husin terngaga. Matanya membesar. Diamati betul-betul wajah perempuan tua disebelah Dol sebentar tadi. '

"Aku...? Aaaarghhh...!" Husin amati wajah perempuan walang dari jarak dekat...? Husin mengeletar. Peluh menitis. "Ibu...? Ibu...! Ini Husin bu...? Ibu hidup lagi rupanya. Ibu...? Kenapa ibuku tak pandang aku...? Kenapa ibuku tak dengar suaraku...? Ibuuuuu...? Salsabilah? Kau jawab dengan aku sekarang...! Kenapa orang tua aku anggap aku macam tak wujud aja ni? Kau siapa hah...? Apa yang kau cuba buat sebenarnya ni...?" Salsabilah tersenyum. Dipegang dan disentuhnya ibu Husin dengan penuh kasih sayang. "Sebetulnya bukan hanya kau seorang tidak dipedulikannya. Malahan aku juga. Dulu, semasa aku hidup, saban waktu aku ke mari, sering ke mari menghulurkan makanan buatnya. Aku masih ingat lagi, saat dia menangis merindui kau, tidak dijamahnya walaupun sebutir nasi. Aku terpaksa menyuap dan memujuknya makan. Hurmmm... dan seperti biasa, ibumu hanya menjamah sedikit makanan yang dibawa... Aku kira kematiannya bersebabkan rindu yang tak berpenghujung barangkali... " Ibu Husin hanya memeluk baju melayu Husin buat pengubat rindu.

"Hurmm, sumpah demi Allah, aku juga selalu rindukan ibu. Cumanya aku malu mahu pulang miskin tanpa harta di tangan..." Husin terduduk di tepi ibunya yang memeluk, mencium baju melayunya. Ya, baju itulah sahaja yang dia ada waktu kecil dulu. Baju itulah juga dibuat pakai untuk mengaji mukadam di rumah Tok Aji. "Ya. Itulah sahaja harta aku waktu ini, selepas bapa mati, ada beberapa orang jahat merampas dan mengeledah semua harta dan mengambilnya. Ibuku menanggis minta dikasihani. Aku kecil. Aku tak mampu lawan ke semua mereka. Dan aku tidak pernah lupa wajah Amir, ketawa dan mengejek saat keluargaku dirundum malang. Maka itu aku ambil keputusan untuk lari dari rumah. Aku sedih bila orang kampung tuduh mak aku perempuan sundal pembawa malang. Aku malu bila semua orang kampung gelarkan bapa aku Tokan Judi mati katak dalam longkang. Aku mesti tebus maruah orang tua aku. Sebab tu aku lari. Aku tanak mak terbeban dengan adanya aku... Aku mesti cari harta dan wang ringgit..." Salsabilah kemudiannya meneruskan perjalanan, tanpa menunggu Husin. 

"Kau mahu bawa aku ke mana...? Bukankah kau patut tunjukkan aku rumah Bomoh Hitam...?" Salsabilah pantas angguk dan menuding jarinya sekali lagi ke arah rumah yang hampir rebah menyembah bumi. Dindingnya dipenuhi dengan tumbuhan menjalar. Di bahagian kiri dinding rumah kelihatan terlopong dan terus mengadap hutan tebal di sebelahnya..." Husin berlari keliling rumah bomoh hitam. Hatinya punah dan kecewa dengan apa yang ada dihadapannya saat ini. "Aku perlu kebal darah Bomoh Hitam ini Salsabilah. Aku mesti menebus maruah. Aku perlu menang dalam pertandingan kalah-mati itu Salsabilah. Aaaarghhhhh...! Aku mesti...! Cita-cita aku di ambang kemenangan mengerti...?"

"Di akhir-akhir hidupnya, aib menghadapi kematian sangat-sangat menyedihkan seluruh isi rumah Bomoh Hitam. Sebahagian rumahnya mesti dikopak agar embun dan kedinginan malam menerpa tubuh Bomoh Hitam yang sudah mati. Tiga bulan lamanya... Dengan tubuhnya yang membusuk, Bomoh Hitam masih mampu menghabiskan seekor lembu... dan tatkala Surah Yassiin bergema, badannya terangkat ke udara dan terhempas berulangkali. Darah memancut-mancut keluar dari setiap anggotanya yang terbuka..." Husin terlopong. "Mengapa begitu...?" Salsabilah menggeleng. "Aku tak tahu. Semua orang tak tahu puncanya..." 

Salsabilah membawa Husin ke suatu tempat kegemarannya. "Ya. Aku ingat tempat ini. Kalau sungguh benar ingatanku, ada titi di hujung barat tempat aku dan seorang yang aku suka suatu waktu dahulu. Aaaaghhh... gadis itu sangat cantik. Sangat lembut. Sangat sopan... Persis kau..."

"Hidup berpaksikan nafsu, menjuruskan kau kepada dendam Sin... Sungguh aku rindu mahu dengar kemerduanmu mengalunkan kembali Al-Fatihah seperti dahulu..." Terjelepuk Husin tatkala mendengar Salsabilah memanggilnya dengan panggilan manjanya 'Sin'.

Tiba-tiba Husin terdiam. Salsabilah hilang dari sisinya yang ada hanya suara Salsabilah bergema di seluruh Teruk Berambu. Dan kini, di hadapannya adalah titi kegemarannya di kala sedih, tempat dia menanggis tatkala lapar dan dihina orang kampung; yang hampir runtuh di mamah air laut Teluk Berambu. 

"Aaaaargggghhhhhhhhhhh...!" Tiada siapa yang mendengar jeritannya melainkan ombak dan titian usang yang semakin dimamah lautan. 'Dejavu Salsabilah...' Husin menanggis sendirian. Tiada kawan. Tiada teman. Dia hanya sendiri memandang air laut berombak tenang seolah-olah tersenyum menerima kehadirannya hampir berpuluh tahun menghilang diri.

ps: Sepanjang bulan Februari ini, tinggal lagi dua episod untuk Kispen Nafsu; Dejavu Salsabilah(Kisah Cinta Husin dan Salsabilah) dan Nafsu #Episod Akhir. Terima kasih. Actually aku alergic episod banyak. Hahahaha. Karma makan diri.

17 comments

February 10, 2012 at 9:23 AM

errr. mot orang 1st komen ke?
ni cerita pasal bomoh itam ke pasal asal usul usin? kasi la thrill skit. tapi bahasa jangan tinggi sangat tau. bahasa macam kispen ni ok. kalau tinggi sangat makan dalam nanti. bukan sebab terharu/takut/suka. tapi makan dalam sebab geram tak paham. bak kata kebayakan orang..tak hadam. heheheh

February 10, 2012 at 9:33 AM

@Amamot
heeeeeee... insyaallah dah habis mudah ni mot. baik boss mot... tunggu tau mot. ada 2 lgi episod... ceritanya bukan semata2 mahu jumpa bomoh sahaja. teapi ia merangkumi semua.... kena baca semua dulu pastu harap2 dpt jwpnnnya mot

February 10, 2012 at 10:04 AM

ye. mot tunggu ni

"seminggu sekali je kan? maknanya minggu depan kan? maknanya lambat lagi la mot nak tunggu kan?" kata mot dalam hati.

February 10, 2012 at 1:55 PM

entah kenapa rasa yg husin ni dah arwah sebenarnya..hahaha

February 10, 2012 at 8:11 PM

Amir penipu . Kasihan Dol .

February 10, 2012 at 9:03 PM

seramnya baca cerita bomoh tu mati. Rasa macam tengah baca kisah seram Tamar jalis pun ada.. sebab dlm satu cerita biasanya ada byk cerita sampingan sebelum smpai ke cerita asal :)

bahasanya memang mudah hadam :)

Baik.. aku tunggu kisah Husin dgn Salsabilah.

x terpikir la pula husin dah arwah sehingga cik marcella ckp mcm tu.. er.. dah arwah ke? heee....

February 10, 2012 at 9:31 PM

terbaek boss...citer genre camni buat saya seram seram sejuk...

February 12, 2012 at 2:37 AM

Kita saspen betul nak baca ni.. Rasa macam ada dalam cerita pulak...

February 12, 2012 at 3:21 PM

@marcella
mungkin ya mungkin tidak.... heeee. klise bolehkah?

February 12, 2012 at 3:22 PM

@Sparrow
jahat yeak?

February 12, 2012 at 3:23 PM

@Nong Andy
arrghhh kamu org kedua rasa dia dah mati. aduh.... tunggu

February 12, 2012 at 3:23 PM

@EL MARIACHI
thanks abg bro

February 12, 2012 at 3:24 PM

@Lady Windsor
ya ke? ido cuci kaki.

February 13, 2012 at 12:05 AM

banyak lagi ni untuk dirungkai..

*menanti sambungan*

February 20, 2012 at 10:06 AM

pandai lu menulis..kagum gua..

February 20, 2012 at 3:24 PM

@Waqheh
;)...

ps: lalalalalala

February 20, 2012 at 3:24 PM

@APi
gigil lutut nk buat ending dia... har har har...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...