Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, February 17, 2012

Dejavu Salsabilah

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips
Sambungan dari Kispen Nafsu #Episod 2

Husin tidak pernah membuang helaian renyuk yang dilemparkan Salsabilah kepadanya 34 tahun yang lalu di titi Teluk Berambu, "Manusia yang insaf sebetulnya pasti telah melalui waktu-waktu yang sukar dalam hidupnya, maka itu aku lihat ramai di kalangan mereka berjaya dengan hebatnya setelah DIA memberi manusia itu peluang yang baru... Bernafaslah kamu dengan indahNYA..." Aku tidak sangka, quote mu yang indah itu terhampar untukku belajar adaptasi dengan galasan seluruh jiwa.


"Husin, giliran kamu baca Al-Fatihah pulak. Ke mari, lepas tu kita semua boleh balik. Cepat duduk depan sini...?" Husin tersipu-sipu malu. Husin tersenyum girang. Di sini, ada manusia yang kagum dan menghargai kelebihannya. Dari jauh dia perhatikan seorang budak perempuan yang sangat cantik. 'Alahai, cantiknya kau. Kau budak baru pindah itu hari tak?' Tamat kelas mengaji, mata Husin terus perhatikan seseorang. "Siapa budak tu?" Husin beranikan diri bertanya kepada Amir. Dia yakin, Amir mesti tahu. Amir anak Tok Penghulu Kampung Berambu.

"Ooooo... Dia tu anak buah Ustaz Mizilah. Asal kau tanya? Woi, dia tua dari kau dol, Bapak aku cakap, dia satu sekolah dengan aku tahun depan. Kau sekolah rendah lagi. Salsabilah tu aku punya tahu...?! Ingat dalam otak kau bebaik...! Kalau aku nampak kau bercakap dengan dia siap..." Amir siap beri contoh akibatnya kelak andai Husin tidak ikut perintah. 'Aduh sakitnya kepala aku. Salsabilah... Sedapnya nama kau. Apakan daya... Maknanya kau 13 tahunlah ya...? Aduh... Tak kisahlah. Cinta tu kan buta?' 

***

"Ehem-ehem... Nama kita Salsabilah. Kita kawan boleh..?" Husin terkejut beruk bila Salsabilah menegurnya selepas kelas mengaji. Apalagi, terpusing-pusing kepalanya mencari kelibat Amir, takut juga, yalah buah hatinya anak Tok Penghulu. Siapalah dia, hanya dagang merempat. "Awak cari siapa? Terpusing-pusing dari tadi saya tengok..." Salsabilah kecewa. Malupun ada. Rakannya Mira, menariknya seboleh mungkin bila mana kelibat Ustaz Mizi kelihatan di depan kelas mengaji. "Takpalah kalau tak sudi nak berkawan. Kita cuma nak beritahu, suara awak mengaji sedap tahu. Boleh jadi orang-orang yang musabaqah tu...?"


'Aaarghhh, ini aja peluang aku nak kenal dia.' Husin senyum kelat. "Eeeeeee... janganlah merajuk awak. Kita bukan tak sudi jawab soalan awak. Kita takut bf awak marah...." Husin masih terasa pedihnya ketukan kepala Amir minggu lepas. Bekas lebam dikepalanya masih tinggalkan kesan.

"Hik hik hik... oooo, ingatkan tak sudi tadi. Eh, kita takda bf lagilah awak. Kita suka tengok awak pakai baju melayu, pandai mengaji, suara sedap sangat. Wajah redup, sejuk mata kita tengok awak..." Salsabilah berlalu pergi. Dia malu setelah luahkan apa yang disimpannya selama ini. Sudah banyak kali dia mendengar Pakcik Mizinya memuji Husin pandai melaungkan Azan. Suaranya lunak dan sedap sekali didengar. Bila mengaji kusyuk dan berusaha untuk baiki diri.

'Heeeeeeeeeee... ya ke? Tak sangka...' Petang tersebut, Husin pulang dari kelas mengaji dengan hati yang girang bukan kepalang.

***

"Awak, kita orang miskin, awak tak malu ke nak berkawan dengan kita...?" Husin luahkan kepada Salsabilah bila mana dia sering melihat Salsabilah selalu datang ke rumah buruknya menemani ibu. Salsabilah sering membawa makanan yang enak-enak dan mewah lagi berkhasiat buat ibunya. Husin gembira lihat ibunya ada kawan sebagai peneman. Inilah kali pertama dilihatnya ibu gembira dan ketawa, setelah bertahun ibunya meratapi cemuhan, umpat keji setelah pemergian ayahnya oleh orang kampung.

***

Setiap petang, selepas mengaji, Husin akan menemani Salsabilah yang suka menulis quote-quote pendek di dalam buku diarinya. Salsabilah dan Husin akan menjuraikan kaki sambil bermain-main di gigi air Teluk Berambu dengan bersaksikan pokok dan batuan besar tentang kisah cinta mereka yang indah.

"Awak, satu hari nanti, kalau saya terpaksa pergi jauh, awak tolong jaga ibu saya boleh...?" Husin memandang Salsabilah yang sentiasa tersenyum. 'Alangkah indahnya kalau aku tahu apa yang ada dalam hatimu Salsabilah... Miskin ini menjadikan aku matang sebelum usiaku... Sedangkan kau manja dan riang tidak terperi...'

"Alah, awak tu kecil lagi, mana awak nak pergi? Jangan risau okey, saya ada, Pakcik Mizipun ada. Kita berdua jaga ibu awak sama-sama okey? Selagi cinta kita berpaksikan DIA, andai permintaan awak sebentar tadi tidak terlafaz sekalipun, saya akan pegang janji saya; menjaganya dengan sepenuh hati. Anak yatim piatu macam saya, hanya mahu sedikit ruang untuk dicintai dan melebarkan ke semua rasa cinta yang ada pada manusia tanpa minta dibalas kembali..." Salsabilah membalas renungan Husin. Salsabilah tunduk. Dia malu direnung begini lama. 'Aaarghhh, matang dan manja kau itu telah menawan aku Salsabilah. Demi Allah, aku akan cari wang yang banyak untuk ibu dan kau. Satu hari nanti, bila aku kembali, kau akan sah aku nikahi...'

***

"Awak, saya nak keluar dari kampung ni. Saya malu. Saya mesti cari duit banyak; lemparkan kat muka Tok Penghulu kat semua orang kampung, masa tu baru dorang tahu siapa saya...!" Husin dan Salsabilah duduk menunggu di titi Teluk Berambu. Saban waktu mereka berdua ke sana untuk bercerita tentang diri dan perasaan hati. 

"Mak awak...? Awak 11 tahun aja tau...? Budak lagi tau? Belum 21 tahun tau...? Sabar aja tak boleh ke...? Saya tak pernah hina awak...! Kenapa awak perlu kisah pada semua yang menghina!? Saya seorang yang memuja awak tidak cukupkah...?" Salsabilah dikira cukup matang untuk berbicara tentang apapun. 'Aku masih budak..? Aaaarghhh kau juga tidak yakin dengan keputusanku. Tunggu sahaja. Akan aku buktikan pada kau juga Salsabilah...'

"Kau tidak pernah rasa duduk di tempatku Salsabilah. Dihina dan diludah hanya untuk secupak beras upah ibuku membasuh dan mengemas rumah mereka... Aku anak laki-laki...! Maruah ibuku harusku bela mengerti...?" Belum habis bicaranya Husin, Salsabilah bangkit lalu membaling sehelai kertas yang sudah renyuk. Hatinya kecewa. Pantas sahaja Husin menangkap kemas lalu berkejaran ekor matanya mencari kelibat Salsabilah yang hilang di dalam semak terus mara ke denai kampung.

***

Dari satu ruang cahaya terakhirnya, Salsabilah merenung tubuh Husin yang sudah tidak bernyawa. Ramai doktor sedang berusaha memberikan bantuan sehabis baik mereka. Cara terakhir adalah dengan memberikan renjatan elektrik buat jantung(defibrilasi). 'Aku akan baik-baik sahaja Salsabilah, pergilah. Andai sudah tersurat aku mati dengan aib yang kalah melawan nafsu, aku akur. Kalau ada ehsanNYA, aku mahu hidup...' Salsabilah tersenyum sambil akur dan memahami yang mana di akhir pertemuan mereka berdua akhirnya bakal membuahkan hasil yang indah kelak.


"Manusia yang mahu insaf pasti telah melalui waktu-waktu yang sukar dalam hidupnya, maka itu aku lihat ramai di kalangan mereka berjaya dengan hebatnya setelah DIA memberi manusia itu peluang kedua... Hargailah kehidupanmu Sin... Lepaskanlah rasa cintamu selama ini yang tak tercapai untukku. Kita hanya mampu menjadi perancang terhebat, sedangkan DIA sudah tentukan setiap pengembaraan makhluk ciptaanNYA dengan MAHA teliti... Aku maafkan kau Sin..."

Husin merenung Salsabilah yang semakin menjauh mendekati cahaya. Sepantasnya Husin luahkan apa yang selama ini terbuku dihatinya untuk Salsabilah pegang dan hargai "Cintaku hanya padamu Salsabilah, walau hancur dimamah bumi, bulan tak retak apatah lagi bintang turut tak jatuh menghempas bumi, selagi itulah rasa cintaku tidak perlu disandarkan untuk satu pengharapan..." Salsabilah angguk dan tersenyum puas. 'Semadilah dikau disisiNYA. Maafkanlah aku kerana menahan kau dari melepasi garisan abadimu... Aku lepaskan kau Salsabilah binti Mahani dengan semahar Bismillahirrahmanirrahim... Bersemadilah dikau dengan tenang selepas ini Salsabilah, aku lepaskan seluruh rasa cintaku padamu, aku kembalikan semula mahar cintaku kepada DIA semula. Maafkan aku Salsabilah, kerana mungkir janji. Tidak pernah aku sangka, menyimpan amarah cinta yang aku sangka telah dikhianati, melukakan hatimu dengan sedarku. Tidak pernah aku duga, kehidupanmu bak hempedu selama mana akalku menyangka indahnya syurga duniamu dengan Amir tercipta selepasku... Semoga rohmu bersemadi dengan tenang kini...' Husin merenung kubur Salsabilah. Dan Husin juga merenung sekujur tubuh yang terbaring di tengah gelanggang. Air matanya mengalir. Yang dilihatnya kini adalah tubuh Husin' yang berdarah dengan tulang lehernya yang patah riuk di'belasah Hambali. "Pulanglah Husin, pulanglah ke duniamu dahulu, ada urusan yang belum selesai buat kamu, satu amanah penyambung cintaku buatmu. Satu tanda cintaku padamu hadiah DIA untuk kamu sebagai penyambung zuriat. Andai benar suatu waktu, hatimu punya cinta menggunung untukku, kita akan berjumpa dengan izin DIA... Dengan ehsan DIA..."

Siapa sangka, Hambali juga bertarung untuk merebut kejuaraan yang sama; juaranya kelak bakal menguruskan Tanjung Balik - Kasino yang akan dibina adalah yang terhebat di seluruh Asia. 'Kau ni bodoh tau tak...? Kalau nak kuasa dan pangkat, berkorban sikit. Kau ingat dengan kudrat kau yang ada sekarang ni mampu ke lawan aku hahhh...! Tulah, kalau kau setuju dengan syarat Bomoh Hitam tu kan bagus? Kita boleh bergabung tahu? Bodoh...! Dah, korang campakkan aja mayat si bodoh ni kat lorong belakang. Ingat! Jangan sampai orang nampak faham...?!' Ingatan pertama Husin tepat kepada kata-kata terakhir Hambali. Saat tubuhnya dicampak macam sampah, dia sedar, pengakhirannya sudah sampai dikemuncaknya. Namun kini, tubuhnya kembali bernyawa. Satu nafas janji untuk dia pegang kini.

"Allah..." Perlahan suara Husin melafazkannya dan rohnya kembali berbaring sebagaimana jasad Husin terlentang di katil pesakit. "Eeerkkk...! Doktor... Pesakit ini bersuara, dia sebut nama tuhan..." Nurse Betty yang berketurunan Cina terkejut dengan keajaiban yang dilihatnya saat ini. "Thanks god..." Doktor Adam Haikal tersenyum. "Kita tak perlukan mesin defibrilasi, pesakit ini sudah bernafas dengan sendirinya..." Nurse Betty menggaru kepala dan keliru sendiri "Tapi tadi, dok cakap jantungnya dah berhenti bukan...?" Doktor Adam Haikal berjalan sambil melihat beberapa doktor mengambil alih tugas seterusnya untuk pesakit ini.


Siapa nama pesakit ini?"
"Husin bin Samdol. Sebab dimasukkan adalah kerana jantung tidak berfungsi dan sebahagian besar tulang leher, rusuk dan juga kaki serta tangannya patah dan dia hilang banyak darah. Mungkin ini kes samseng gaduh barangkali. Itu catatan rekod bertulis yang ada..."
"Ada nama orang yang hantar dia tak? Hubungi keluarga terdekatnya dengan segera..."
"Ada seorang budak terjumpa dia dekat sampah sarap masa cari tin dengan botol. Budak tu ada kat luar skang ni... Nak saya panggilkan ke?"
Husin merenung seorang budak lelaki yang comot, dan di tangannya masih terpegang beg plastik yang penuh tin minuman. "Call Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis sekali, sambungkan kepada saya ya...?"
"Baik Dok...""
"√úruskan pesakit ini untuk ke ICU seberapa segera ya..."

***

"Ya, Saya Doktor Adam Haikal bin Husin dari Hospital Kuala Nawang, Ini Jabatan Kebajikan Masyarakat ke?"


-Sambungannya minggu depan - Nafsu #Episod Akhir.-

8 comments

February 17, 2012 at 9:28 AM

Ala sambung lagi..bos gua dah tak sabar nak tahu apa jadi endingnya..

February 17, 2012 at 9:56 AM

memula mot baca episod 1 mot ingatkan kispen seram sbb nak pi cari bomoh segala. pastu episod 2 mot rasa cam seram komedi. tapi rupanya kispen ni macam kisah cinta. maknanya minggu depan baru tau kesudahan la ni ek? lambat nya.

"tunggu siput berlari ke garisan penamat pon lebih cepat dari tunggu kispen berepisod" hati mot dah tak sabar

"elek la. nak cepat buat sendiri" otak mot sibuk balas

February 17, 2012 at 10:39 AM

gua pernah layan movie danzel washingto - dejavu- hehee

February 17, 2012 at 2:02 PM

bersambung lagi... Husin tak mati kan? belum lagi.. tapi di ambang kematian?

February 17, 2012 at 3:23 PM

peh peh..
Husin ada anak..
melayang juga cerita ni.. =)

February 18, 2012 at 1:43 PM

ops, sambung lagi seterusnya..:)

February 18, 2012 at 4:30 PM

terbaik bos...

February 19, 2012 at 2:51 AM

Lady:
hahahaha. harap2 minggu depan dpt lunaskan Nafsu.

ps: cuak dah ni

--------
Amamot:
hahahaha... harap endingnya akak dpt clearkan semua yg mot terbitkan... jumpa bomoh tu kan? insyaallah tgk merangka...

----------
Waqheh:
amboi bro... apsal gua mcm tak ingat story tu? later gua usha... manalah tahukan? heeeeee.

----------
Nong Andy:
kalau dpt citer ni baru bernafas dari mati.

----------
Api:
mujur hero upkan tema hari kekasih, kalau tidak, takda gak dejavu salsabilah ni. hahahahah... maka terwujudlah anak husin tu gamaknya.

ps: kah kah kah, ending tak payah boleh tak? kah kah kah...

---------
TH:
insyaallah minggu depan. arghhhhhhhhhh

------
abg bro EL:
minggu depan baut citer ayam dengan itik cukuplah kot ya..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...