Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, November 2, 2011

Pondok Usang #2

1:11:00 PM | | | Best Blogger Tips
...Seharusnya kamu sedar yang kasih sayangnya mencakupi ke semuanya...

Indah syurga mainan jiwa...
Buat pecinta yang buta hatinya...
Haruman neraka santapan jiwa...
Untuk pengembara yang gelap hatinya...

Madi membaca nota yang tertulis di sekeping kertas yang agak keras permukaannya di sudut kiri tempat tidurnya. Dari atas katilnya, dia merapati matanya ke satu tubuh yang sedang bersujud entah berapa lama. Dari satu solat ke solat yang lainnya berulangkali.

"Solat apa itu...? Lama benar aku melihat keasyikan kamu...?" Madi pantas bersuara setelah melihat lelaki tua tersebut usai solatnya.

"Solat sunat taubat..." Lelaki tua itu senyum sambil melipat sejadah di lantai. 

Madi terdiam. Mana mungkin dia mencium haruman sejadah untuk solat sunat kalau fardunya pincang.

"Siapa yang tulis kata-kata tu...?" Madi ingin tahu.

"Tuan guru ku semasa belajar agama suatu waktu dahulu... Bangun dan mandi. Aku persiapkan juadah buat kamu..." Lelaki tua itu bersuara lembut. 

Madi memandang tanpa berkedip. Seumur hidupnya inilah pertama kali dia berhadapan dengan lelaki yang berbudi tutur katanya. Madi menurut. Entah mengapa hatinya bagaikan dipandu rapi apabila mendengar tutur sopan lelaki tua tersebut.

"Terima kasih kerana menolongku. Siapa namamu kalau tidak keberatan...?" Madi memberanikan diri bertanya. Dan yang nyata gaya tutur katanya juga turut sama berbeda berbanding kebiasaan.

"Tok ayah tanda pengenalanku... Ibrahim Idris asal namaku..." jawab Tok ayah sambil membawa makanan di meja kecil bersebelahan dengan pintu masuk rumah.

Madi berjalan terus di belakang rumah. Ada satu tadahan air yang cantik... Dan punya air yang timbulnya dari dalam tanah. Manis dan sedap rasanya. Di sudut kanan rumah ada satu tanaman sayuran pelbagai jenis. Dari pengamatan Madi. Itu adalah makanan hariannya kerana kedudukannya yang jauh dari masyarakat setempat.

"Rumah punyalah cantik. Bilik air tarak. Air mata air ini plak bila masa ada kat sini...? Tengah-tengah hutan plak padahal aku selalu aja lalu sini. Tak pernah jumpapun. Biar betul...?" Madi seakan mengeluh. Sesekali matanya memandang kelibat Tok ayah seperti memerhatinya dari jendela.

Pakaian yang ditubuhnya kini adalah sehelai jubah putih bersih seakan punya haruman herba. Dia ketawa sehingga airmatanya mengalir.

"Seumur hidup aku... Inilah pakaian yang terakhir aku nak pakai. Macam pakaian orang miskin aja aku tengokkan dah..." Madi mula rimas. Tok ayah hanya tersenyum sambil menyambung bacaannya kembali.

Hidangan di depan mata mengejutkan Madi...

"Nasi bubur aja...? Biar betul...?" Madi mengomel di dalam hati. Terus ditolaknya tanpa menjamah. Perut berkeroncong tidak langsung dihiraukan.

Tok ayah hanya memerhati dan terus memerhati Madi.

"Tok tak bosan ke duduk sengsorang dalam hutan macam nie...? Orang kata dalam hutan banyak makhluk halus. Betul ke Tok...?" Madi membelek buku-buku di rak yang tersusun penuh sepanjang rumah tamu.

"Tengok...? Tvpun takda... Internet jauhlah sekali. Entahkan ada tidak elektrik dalam rumah nie..." Madi bengang. Jiwa mudanya seakan memberontak.

"Buku apa yang Tok baca...?" Madi soal sambil duduk di depan pintu rumah. Sesekali hatinya teringat akan ibunya yang di rumah. Aaarghhh... Tengaharipun belum masuk lagi. Awal lagi. Itulah kata hatinya. Memujuk diri.

p/s: Gua tengok schedule kosong... Gua celah sesiap...
------------------------------
bersambung untuk episod akhir. Cerita ni ada 3 episod aja ok...
--: Pondok Usang #1 :--
--: Pondok Usang #3 :--


12 comments

November 2, 2011 at 1:47 PM

madi nie ta reti bersyukur.




**jiwa mudanya sentiasa memberontak.

November 2, 2011 at 1:56 PM

ayooo
madi ni
ada tempat berteduhpon dh okeh
aiyooooooo

November 2, 2011 at 2:06 PM

walaupun kemungkinan orang akan menyampah dgn perangai Madi, tapi saya suka

;D

November 2, 2011 at 3:47 PM

mmg byk betul kerenah si madi tu..syukur la sikit dgn ape yg ade..hihi

November 2, 2011 at 4:33 PM

bunian ke tok ayah tu +__+

November 2, 2011 at 10:00 PM

sebenarnya tok ayah tu tok janggut kn??

November 2, 2011 at 10:26 PM

owwwh Madi..nama sama cam nama kawan baik saya...lol!

November 3, 2011 at 12:40 AM

stalker hebat:
remaja sedang meneroka alam...

--------
aimie:
tunggu episod last...

--------
Asrul:
nak jadi terbaik untuk Dia perlu ada khilaf

--------
Prince:
lebih kepada perasaan terkejut...

--------
abg stalker:
heeeee... tunggu episod last... pastu awak terjawap juga...

--------
budak penjara:
:p... ada dalam sejarah ke?

--------
el:
asal gelak? ngeh ngeh ngeh... kebetulan....

November 3, 2011 at 1:24 AM

Mana mungkin dia mencium haruman sejadah untuk solat sunat kalau fardunya pincang.

berhantu ayat ni

ngeh3

November 3, 2011 at 3:56 AM

Sy tunggu. :)kalau sy x perasan tolong bgth sy kt blog sy eh awk.pandai awk menulis cerita.amik kos sastera ke?haha

November 3, 2011 at 8:39 AM

jiwa org muda..atenya memberontak...
xmatang utk berpk dgn rasional..

November 3, 2011 at 4:18 PM

header baru ke??? cantik arr

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...